Disumpah suami jadi miskin, papa kedana namun apa yang berlaku lepas kami bercerai buat saya tak sangka

Suami sampai bersumpah hidup saya tak akan aman, hidup saya akan susah dan terus miskin, papa kedana dan macam-macam lagi yang dia sumpah dekat saya dan mak. Selepas 6 tahun mereka datang cari saya dan terk3jut lihat keadaan mertua..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin, mohon hidekan profile diri saya. Saya hanya nak minta pendapat dan pandang dari sahabat – sahabat di facebook. Saya ada 3 orang anak yang berumur 13 tahun, 11 tahun, 9 tahun.

Besar – besar dah anak – anak saya. Kisah hidup saya dulu, Allah bagi ujian sampai satu tahap yang saya sendiri tak tahan dan hampir bunvh diri (bod0hkn saya). Sebab terlalu tertekan dengan pasangan, ujian buat saya sebab dapat suami yang dulu selalu ketepikan hati isteri, kaki perempuan, kaki k3ncing duit orang, malu sangat saya min.

Terp4ksa hadap macam – macam benda. Ayah mertua sangat baik, dia selalu pertah4nkan saya, cuma mak mertua je yang selalu tegakkan benang yang basah. Sanggup dibod0hkan oleh anak dia sendiri, ikut apa saje yang anak – anak dia buat.

Samada itu benda baik atau buruk tetap dia sokong anak – anak dia. Sanggup reka cerita menantu yang jahiI, yang jahat, mngkin tu adalah nasib saya. Allah dah letakkan dan saya redha. Sep4k, penamp4r, tumb0k itu perkara biasa, Iebam sana sini itu makanan saya dulu, 6 tahun yang lepas.

Laporan polis tak payah kata lah, boleh buat koleksi. Bekas suami dulu masuk Iokap 2 kali juga atas kes pukuI bini tapi dia jenis hati kebal. Jenis manusia tak mahu berubah. Apa yang mertua suruh saya buat, ayat yang selalu sebut, mintak saya sabar sabar sabar.

Cukup sampai sini kisah maIang hidup saya, 6 tahun yang lalu, saya undurkan diri keluar dari rumah sebab saya dah nekadkan. Walaupun masa tu dalam diIema sebab saya memang tak bekerja, tambah lagi dengan ada anak – anak yang masih kecil ketika itu.

Allah saja yang tahu perasaan saya waktu tu, fikir masa depan anak – anak, fikir nasib saya. Saya keluar rumah sehelai sepinggang, bawa semua anak – anak, 3 orang. Saya bawa balik rumah mak, mak mana yang tak sedih tengok hidup anak kesayangan, anak bongsu jadi sampai tahap macam tu.

Bermulah kisah, mak saya kata, kalau saya nak bekerja dalam status bini orang, susah. Orang akan pandang tak baik kata mak. Tak apa lah, selagi belom selesaikan hal cerai di mahkamah, mak akan tanggung saya dan anak – anak.

Alhamdulillah, esoknya bekas suami saya pun datang buat kecoh, dia kata mak saya ni bersubahat, katanya saya nusyuz bagai lah. Waktu tu hati saya dah nekad, walau apa pun yang jadi, tak kisah lah nusyuz ke ape, tetap saya tak akan balik kepada bekas suami tu.

Dia sampai bersumpah hidup saya tak akan aman, hidup saya akan susah dan terus miskin, papa kedana dan macam – macam lagi yang dia sump4h dekat saya dan mak. Mak saya ni ibu tunggal, arw4h abah dah lama tak ada, saya rasa kalau arw4h abah masih hidup, memang m4ti arw4h abah kerjakn bekas suami saya tu.

Selang seminggu lepas saya keluar dari rumah. Abang dan kakak saya balik kampong untuk uruskan kes saya di mahkamah, kami buka fail. Pergi balai ambik segala repot kes pukuI dan lengkapkan semua apa yang ada.

Masa sebutan kes bekas suami tak hadir, dan tarikh seterusnya pun tak hadir. Nak menangis rasa sebab dia tak nak bagi kejasama. Seolah – olah memang dia nak hidup saya ni meIingkop. Akhir sekali. mak keluarkn modal untuk bayar peguam, memang rase bebankn mak, abang, kakak. beribu bayar untuk selesaikan masalah saya tapi tu je cara untuk cepatkan proses dan ajar manusia yang pentingkan diri sendiri.

Alhamdulillah, kes berpihak pada saya lepas tu selesai segalanya beban yang ditanggung. Mulalah episod baru, kehidupan baru. Ringkas saya cerita, saya bekerja ambil upah bersihkan rumah, macam – macam kerja yang saya buat untuk anak – anak.

Kalau boleh tak nak bebankan mak dan adik beradik tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya. Saya kemudian dapat kerja kantin hospitaI besar sebagai cashier. Serius, hati jauh lagi bahagia hidup macam ni.

Saya rasa happy sangat – sangat, balik kerja dapat tengok muka anak – anak. Hidup dah normal macam orang lain, mak pun suka sebab cucu ada jadi peneman mak di rumah. Ringkaskan lagi cerita, setelah sekian lama sendiri, Allah temukan seorang bujang, dia adalah seorang anggota yang sekarang menjadi suami yang sah buat saya dan ayah tiri yang baik buat anak – anak saya.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya, keluarga dan anak – anak. Genap tahun ni baru nak masuk 3 tahun perkahwinan, anak – anak membesar dengan sihat dan sangat bahagia. Kami 1 keluarga yang penuh kasih sayang.

Suami saya terima anak – anak saya malah terlalu sayangkan anak – anak dan saya menjadi surirumah sepenuh masa sebab suami tak izinkn bekerja, anak – anak 100% suami saya yang tanggung. Akhir cerita, bekas suami saya selama 6 tahun tak pernah bagi 1 sen pun nafkah anak – anak.

Sejujurnya, lepas kami cerai, saya dah tak pernah ambil tahu pasal dia, tentang keluarga dia. Tak kisahlah hidup atau m4ti. Dan saya berm4tian ingat bekas suami dah hidup kaya raya senang lenang tanpa menanggung anak – anak.

Tapi Allah tu maha kaya maha adil, doa orang terani4ya Allah sentiasa pelihara, serius dengan tak sangka kehidupan dia. musn4h ranah. Ya, dia dah kahwin tapi ade seorang anak tak sah taraf, ayah dia dah meninggaI dan mak dia Allah tarik semua nikmat, str0ke tak boleh bercakap, m4kin hari m4kin tenat.

Sampai la satu tahap, tahun lepas diorang cari saya dan anak – anak semula. Hati ni memamg s4kit, marah, benci. Tapi saya sebagai manusia ada hati dan perasaan kesian dengan kehidupan mereka sekeluarga. Tak pernah saya sangka Allah bagi dugaan yang sangat – sangat berat untuk keluarga bekas suami.

6 tahun dah berlalu buat saya tertanya – tanya dan saya tak pernah mendoakan Allah membaIas. Tapi takdir Allah untuk mereka sekeluarga. Pengajaran dan pengalaman buat saya, janganlah kita selalu fitnah orang, khian4t hidup orang,

Allah akan baIas atas dunia apatah lagi akhir4t sana. Kepada ibu – ibu yang becerai, janganlah tinggal anak – anak, susah senang Allah dah aturkan. Pada suami yang tinggalkn nafkah anak – anak bertahun – tahun, sentiasa ingat, hidup tak akan berkat dan hidup tak akan tenang.

Larilah puas – puas atas dunia, tapi di akhir4t Allah akan soal satu persatu. Mohon kisah saya menjadi semangat pada ibu – ibu yang senasib dengan saya. Assalammualaikum

Komen Warganet :

Anna Arisah : Happy ending. Semoga tt akan selalu bahagia dunia akhir4t. Kisah kita seakan sama tt tapi semua tu saya dah lupakan. Saya kini bahagia dengan anak – anak biar pun serba kekurangan. Anak – anak kita sama umur la tt, saya pun anak 3 orang juga, bezanya saya masih single.

Ziha Jieha : Alhamdulillah, semoga sis terus bahagia hingga ke jannah. Kisah hidup yang sangat menarik, berkat kesabaran Allah temukan kebahagiaan buat sis dan anak – anak. Tahniah.

Zulaikha Hamzah : Semoga adik terus bahagia. Semoga suami baru adik dirahm4ti kerana kebaikan beliau menjaga adik dan anak – anak. Kisah yang penuh inspirasi, tahniah sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.