Adik merungut dan tak tahan bila abah minta beli TV besar sebab mata kabur kena kencing manis

Seminggu ibu k0ma kerana pendar4han dalam otak sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Niat untuk membeIa ibu selepas mengecapi kejayaan tak kesampaian. Kami adik – beradik terlalu bersedih sehingga tidak sedar terkeluar perkataan mengapa tidak ayah saja yang m4ti bukan ibu.

#Foto sekadar hiasan. Membaca kisah kehidupan orang lain banyak mengajar saya tentang erti kehidupan sebenarnya serta membekalkan topik – topik hangat untuk kami berbincang dengan kawan – kawan dan suami saya bagi memastikan rumah tangga yang kami layari selama 5 tahun ini sentiasa ceria, bahagia dan berkualiti.

Tetapi cerita – cerita tentang nasib wanita menarik hati saya dan rasa terpanggil untuk menyumbang sedikit cerita baik untuk renungan pembaca. Iaitu tentang betapa besar dan beratnya peranan lelaki sebagai suami menjadi ketua keluarga. Namun jika pada nama sahaja jadi suami tapi tidak berfungsi apa guna berkahwin, mungkin bahtera yang dilayari kar4m diIanda badai gan4s. Dan tak nafikan ramai gadis mahupun wanita yang bergeIar ibu tunggal atau baIu, saya perhatikan terlalu gembira bila naik pelamin, nak jadi raja sehari, tetapi hakik4tnya tanpa disedari dirinya dan jika tersalah langkah anda akan jadi kuIi sampai m4ti.

Kami suami isteri sentiasa berusaha supaya bahtera kami selamat, kerana saya tidak mahu terjadi seperti bahtera ibu bapa saya, bukan mengh1na, namun saya rasa amat bertuah kerana kapten kedua bahtera kami iaitu ibu kami, seorang petugas setia, kerana peranan beliaulah kami adik beradik selamat, tidak tenggeIam diIambung 0mbak menjadi m4ngsa dad4h, penjahat, penyamun, kutu rayau ataupun penghuni sekolah jahat mahupun pusat pemulihan akhlak. Tetapi hasil bimbingan ibu kami jadi manusia.

Ibu gigih membesarkan dan memastikan kami hidup seperti orang lain. Ayah mengahwini ibu tatkala mereka sama – sama berusia 21 tahun. Semenjak itu dugaan hidup ibu menjadi sangat tragis. Ayah sering tinggalkan ibu berbulan – bulan lamanya terutama apabila ibu hendak bersalin. Itulah sikap ayah yang saya perhatikan setiap kali ibu melahirkan, ayah menghilang. Alasannya mencari kerja.

Minat ayah yang mendalam dalam dunia seni menyebabkan dia sering keluar daerah. Kami tak pasti apa tugas ayah sebenarnya. Sepanjang pemergiannya, sesen pun dia tidak tinggalkan duit kepada ibu. Ibu mengajar kami mengik4t perut bila beras dalam tin sudah habis.

Kami biasa makan nasi digaulkan gula campur air suam, bubur nasi campur gula atau bubur nasi dengan garam, dah jadi menu biasa kami berlima beradik. Ibu berusaha sedaya upaya melakukan bermacam – macam kerja. Ambil upah menjahit, memajak sawah, berniaga kecil – kecilan, ambil upah men0reh getah asalkan dapat sedikit duit.

Kerana terlalu susah dua orang kakak saya tak pernah bersekolah. Kerana terlalu miskin orang kampung memujuk ibu membenarkan dua orang kakak bekerja sebagai orang gaji di rumah orang walaupun waktu itu mereka baru berusia 10 dan 9 tahun. Ibu terp4ksa merelakan kerana hidup kami lima beradik terlalu susah dan hasrat ibu supaya kami yang tinggal boleh makan nasi bukannya bubur.

Saya amat bertuah mempunyai kakak – kakak yang sanggup berk0rban demi ibu dan kami adik – adiknya. Kak Long pernah menceritakan kepada saya betapa ibu menangis tersedu sedan, apabila tangan kecilnya menghulurkan wang gaji pertamanya kepada ibu. Mungkin hati ibu amat tersentuh kerana usia sementah itu sepatutnya riang ria bersekolah sebaliknya terp4ksa membanting tuIang mencari duit untuk ibu bukan banyak tak sampai pun RM40 sebulan.

Ibu pasrah akan ketentuan illahi memberikannya suami yang sangat tidak bertanggung jawab. Sudahlah tidak bekerja tetap bila ada duit sikit dapat kerja sementara mulalah berjvdi dan minum ar4k. Sikap itulah membuatkan ibu cepat meIenting. Kerap juga kami melihat mereka per4ng besar terutama apabila ayah m4buk – m4buk atau sehari suntuk di meja jvdi.

Walaupun mereka berper4ng, tapi ayah tak berani memukuI ibu. Mungkin ayah sedar dia tidak menjalankan kewajipan sebagai suami. Ayah bosan duduk di rumah dia ada tempat pelarian untuk bertemu kawan – kawan seninya di bandar. Ibulah yang terp4ksa menanggung anak – anak dengan apa cara sekalipun, asalkan kami tidak kebuIur.

Ayah selalu merungut pada kawannya katanya anak – anak menyusahkannya. Katanya bilalah kami nak besar boleh cari kerja boleh keluar rumah dan tidak susahkan dia lagi. Bila kedua kakak bekerja di rumah orang di bandar, tinggalkan abang, menjadi sas4ran kebencian ayah. Sejak kecil lagi saya tahu ayah bencikan abang, bila balik ke rumah abang akan jadi sas4rannya melepaskan marah. Ayah tak pernah menunjukkan kasihnya kepada abang.

Ayah bencikan abang anak lelaki tunggalnya. Abang sering kena m4ki hamun pant4ng buat silap. Ringan aje mulut ayah halau abang keluar rumah. Jadi untuk elakkan ketegangan, setiap kali ayah balik abang menyendiri bawa diri, asalkan tak bersemuka dengan ayah.

Abang rajin membantu ibu men0reh, ke sawah atau apa aja kerja yang boleh mendatangkan duit, sampaikan ambil upah jual buah – buah, panjat pokok kelapa, pendeknya apa saja kerja asalkan berduit abang akan buat, biasalah dengan orang kampung berapa sen sangat upahnya, kadang tu tak ada upah duit, buah kelapa, pisang sebagai ganti, abang ambil juga.

Pendek kata abanglah harapan ibu membantunya mencari duit untuk beli beras, bukannya ayah. Tapi ayah tetap bencikan abang sebabnya saya tak tahu. Masa berlalu dan ayah tidak pernah berubah. Abang cuma mampu bersekolah hingga tingkatan lima dengan pangkat 3. Ringan pulak mulut ayah panggil abang bod0h. Tapi abang tak meIawan, kerana ibu sering berpesan jangan mendurh4ka kepada ayah. Kalau dia marah pekakkan telinga.

Demikian juga halnya ketika sampai giliran saya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dahulu, ayah membantah keras, katanya budak perempuan buat apa sekolah akhirnya duduk dapur juga. Syukur kepada Allah, kakak desak hantar saya ke sekolah menengah, waktu itu kakak dah berkahwin, umurnya baru 16 tahun. Mulanya saya takut juga, tapi kerana desakan kuat kakak dan abang saya beranikan diri melangkah ke sekolah menengah. Saya naik basikal ke sekolah untuk jimatkan belanja. Maklum sekolah menengah jauh dari rumah kami.

Gembiranya tak terperi dapat sambung sekolah. Tapi bermulalah episod persekolahan yang penuh kekurangan. Belanja jarang dapat, yuran sekolah asyik tertunggak. Baju sukan tak pernah ada. Kasutku jarang berganti hinggakan budak lelaki kerap mengejek saya budak berkasut buruk. Pendek kata saya bukan sahaja menghadapi dugaan dengan ayah, malah kawan – kawan di sekolah pun sentiasa berusaha memudarkan semangat saya bersekolah, tapi emak bersemangat waja, katanya dia tak berharta, cuma pelajaran sahaja boleh mengubah nasib dan kehidupan kami, berusahalah kalau mahu hidup senang. Dalam makna nasihat ibu, cuma saya waktu itu tak faham, sekarang baru saya tahu hikmahnya.

Walaupun miskin, tapi saya berusaha jadi budak pandai, paling tidak ada juga tempat budak – budak nak segan kat saya orang miskin ni. Nampaknya harapan ibu tak sia – sia, saya kerap dapat nombor terbaik dalam kelas, selepas SPM saya ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah ke UK. Ibu agak berat hati untuk melepaskan, almaklum anak dar4 pergi jauh sendirian.

Ayah yang selama ini membenci saya bersekolah sudah terbalik, dia terk3jut saya ditawarkan ke UK. Dia tak memuji saya berdepan, tetapi saban dia melepak di kedai kopi bercerita perihal kejayaan saya. Ada juga suara – suara sumbang memperlekehkan keluarga kami, sudahlah miskin merempat ada hati nak hantar anak ke luar negeri.

MaIang tidak berbau dalam saya sibuk membuat persiapan untuk berlepas ke luar negara, ibu terlibat dalam kemaIangan, diIanggar motor semasa dalam perjalanan men0reh getah. Seminggu ibu k0ma kerana pendar4han dalam otak sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. H4ncur luIuh hati ini. Niat untuk membeIa ibu selepas mengecapi kejayaan tak kesampaian.

Kami adik – beradik terlalu bersedih sehingga tidak sedar terkeluar perkataan mengapa tidak ayah saja yang m4ti bukan ibu. Adik bongsu terkandas pelajarannya di tingkatan 3, siapa nak bantu kerana ayah menghilangkan diri tidak lama kemudian.

Tinggalkan kami adik – beradik bagai kehilangan arah. Alhamdulillah, kak long bertindak sebagai ibu menjaga adik. Sewaktu di luar negara, saya diberitahu ayah dah kahwin lagi. Tak apalah bisik hati, sekurang – kurangnya ada orang boleh menjaganya kerana dia dah tua.

Dipendekkan cerita kami kini semua telah berumah tangga dan beranak pinak. Pernah juga kami menziarahi ayah di rumah isteri mudanya. Semuanya kelihatan baik, tapi baru – baru ini ayah buat tabiat lamanya, dia tinggalkan isterinya dan balik duduk kampung seorang diri.

Banyak cerita ayah mengumpat isterinya, sebab itu dia pindah duduk kampung. Tapi kami tak ambil pusing. Rupanya dalam diam dia mengharapkan bantuan kami, sebab itu dia pindah balik kampung dia dah boleh cakap besar anak – anak dah bekerja dan nampak senang sikit.

Sebenarnya amat payah untuk kami melahirkan perasaan kasih terhadap ayah, sebab sejak kecil kami sudah renggang, ayah macam orang datang bertandang sahaja. Begitu juga kakak – kakak dan abang. Mereka merasa cukup tersiksa kerana ayah. Abang bertambah lagi, sebab dialah anak yang paling ayah benci, dia dianggap musvh jadi macam mana dia nak sayangkan ayah?

Saya tidak pernah salahkan mereka kerana berperasan sedemikian, sebab kami merasakan kesusahan dan keperitannya. Cuma adik bongsu kami sahaja yang yang kerap balik menziarah ayah serta menguruskan keperluan dan makan minumnya.

Tapi akhir – akhir ini adik pun dah mula merungut. Dia tak berdaya menjaga ayah seorang, tambah – tambah bila ayah memintanya membelikan sebuah tv besar kerana mata ayah dah mula kabur disebabkan peny4kit kencing manisnya hinggakan ayah sudah tak nampak lagi untuk menonton cerita di tv kalau tvnya kecil sangat.

Kami adik – beradik merasa lebih pelik kerana ayah pentingkan tv, bukankah golongan orang seperti ayah sepatutnya lebih kerap beribadah dan pergi masjid. Masalah yang saya rasa sekarang ialah ayah sentiasa mengharapkan anak – anaknya datang menjenguknya di kampung, tetapi sedihnya anak – anak ayah berat hati nak pulang ke kampung kerana masih terkenangkan perbuatan lampau ayah terhadap ibu dan langsung tidak kasihkan anak – anak di samping itu kami pun sering kesibukkan dengan tugas dan mengurus keluarga sendiri.

Kami tak mahu ketepikan anak – anak, kerana kami tak mahu anak – anak membenci kami apabila kami tua nanti, seperti perasaan kami terhadap ayah yang terasa amat sukar untuk dikikis.

Kini ayah memburuk – burukkan kami terutama abang dan kak long. Panas juga telinga bila ayah kutuk abang tidak bertanggungjawab menjaga ayah sendiri. Tapi ayah sedarkah itulah sikapnya dahulu melupakan anak – anak.