Dulu abah selalu bawak aku pergi kedai 4D. Kadang2 abah minta kami tulis nombor apa nak beli

Waktu aku STPM, abah bagi duit belanja 70 sen je. Tapi bila Pakteh datang mintak duit abah bagi RM10. Ada sekali aku ungkit, abah hari – hari bagi duit dekat Pakteh. Panggg! Abah kata itu amal jariah dia bersedekah kena dulukan adik beradik. Oh yelah abah, aku lupa aku ni anak buluh betong.

#Foto sekadar hiasan. Aku ingat lagi, dulu – dulu masa balik sekolah agama darjah 4 abah selalu bawa aku pergi pekan. Pergi kedai 4D. Abah pesan tunggu dekat motor, jangan pergi mana – mana. Kalau nombor abah naik dapat makan sedap – sedap. Kadang – kadang abah minta kami tulis nombor apa nak beli. Masa tu aku tak tahu kedai sp0rts t0to tu kedai jvdi.

Jadi aku selalu bersemangat nak bagi abah nombor. Sampailah satu hari maksu datang rumah, aku pun dengan semangatnya bagi abah nombor baru. Merah muka abah menahan malu depan maksu. Bermula dari situ baru aku tahu, oh berd0sa.

Aku ingat lagi, dulu abah selalu sorok cd gambar orang putih s3ksi bawah tikar getah. Aku tahu sebab aku yang sapu rumah. Cd tu sentiasa bertukar – tukar cerita. Masa tu kat rumah abah baru beli komputer. Zaman tu komputer yang pc besar gedabak warna putih. Abah keluarkan duit kwsp kerja askar dulu dan beli komputer. Tengah malam selalu dengar bunyi motor kawan abah datang rumah. Pasang cd – cd tu.

Sembahyang? Abah sembahyang. Maghrib aje sebab abah pergi surau. Waktu lain jarang lah aku nampak. Tapi dia punya bising bebeI tu kalau dia lepas sembahyang bingit wei. Rasa macam semua orang ni ahli ner4ka dia sorang jelah yang confirm masuk syurga. Dengan mak sekali dibebeIkannya. Padahal mak awal – awal dah sembahyang tepat bila masuk waktunya.

Puasa? Abah kata abah gastrik. Tak boleh puasa sebab abah s4kit. Abah uzur. Tapi yang aku pelik sangat waktu sahur abah bangun. Waktu berbuka pun abah lah paling garang sekali pant4ng anak bergurau sikit dijerk4hnya depan rezeki.

M4ti selera orang yang puasa ni. Macam abah lapar tak makan satu hari padahal tengahari abah siap goreng telur makan nasi. Bulan puasa abah bukan kerja pun. Tapi abah punya penat tu sampai tidur satu hari. Aku hairan dan sangat hairan. Aku tanya mak, tapi mak diam aje.

Masa berlalu, aku masuk asrama penuh. Bila aku habis PMR aku balik kampung. Sekolah harian je pulak sebab kesian dekat mak. Bila sekolah asrama banyak nak pakai duit. Mak masa tu kerja basuh pinggan dekat warung kopi dalam kampung. Yang aku ingat, dengan upah basuh pinggan tu mak beli semua kelengkapan kami 7 beradik. Makan, sekolah, rumah semua atas kudrat mak.

Abah? Kerja kampung. Kalau ada kerja adalah duit. Kalau takde, satu hari abah tidur. Bangun pergi hantar anak sekolah, ambik anak balik sekolah. Sampai lah aku nak STPM. Masa tu harga minyak kat kedai runcit RM2.30. Abah bagi aku RM3. RM2.30 isi minyak, baki 70 sen tulah aku buat belanja sekolah.

Jadinya, aku tak beli pape pun kat kantin sebab air pun dah seringgit segelas. Tapi aku tak sedih sangat tak dapat beli pape masa rehat sebab pagi – pagi tu lagi aku dah sedih. Menangis atas moto masa otw ke sekolah. Aku tengah pakai kasut sekolah, aku salam abah. Aku kata abah minyak moto dah kering ni.

Abah bagi RM3. Aku senyum pahit sebab tahu dah aku tak makan lah nampaknya harini. Tak lama pastu Pak Teh datang minta duit sebab nak mengopi dulu sebelum pergi kerja. Abah bagi dia RM10. Bertakung air mata aku. Tapi cepat cepat aku start motor pergi sekolah. Pakteh hari – hari datang minta duit. Sarapan pagi, waktu malam sebelum pergi melepak.

Sepanjang hidup aku, tak terkira dah berapa ribu kali Pak Teh datang minta duit belanja bekal dia pergi kerja dekat abah. Kang pakteh balik kerja motor aku pulak dia sebat bawa mengopi. Maka habislah minyak motor aku tak sempat nak guna esok pagi pergi sekolah. Dan berulanglah kisah 70sen aku.

Pernah sekali aku memberontak sebab minta pinjam RM60 kat abah untuk setelkan hutang lesen P aku lepas SPM dulu, dia punya mengungkit tu jangan cakap lah. Hari – hari dibebeInya aku sebab pinjam duit dia. Pandai – pandai buat lesen tapi tak berduit.

Aku pinjam aku bayar balik lah abah. Tunggu gaji kerja kilang kuih aku masuk. Pak Teh tu hari – hari abah bagi duit saku takde pulak abah mengungkit. Pang, kena penamp4r aku haritu. Abah kata itu amal jariah dia bersedekah kena dulukan adik beradik. Oh yelah abah, aku lupa aku ni anak buluh betong.

Lepas tu aku nekad, aku kena belajar rajin – rajin supaya aku tak perlu pinjam duit abah lagi. SPM aku skor, STPM pun aku skor. Alhamdulillah dapat masuk U, kerja dah sekarang. Tapi masa aku kejar cita – cita aku lupa adik – adik aku pulak kena menghadap benda yang sama macam aku dah rasa dulu.

Lepas aku kerja, aku kahwin dan suami bawa aku duduk jauh dari keluarga. Aku plan satu – satu, mula – mula aku bawak adik aku yang nombor 6. Aku register kan dia dekat kolej kemahiran dekat ngan rumah, kemudian aku bawak dia pergi hospitaI sebab dia ada ketumbuhan tapi abah tak pernah bawak dia pergi hospitaI sebab abah kata takde duit. Leceh lah nak tunggu hospitaI ramai orang.

Akhirnya bila aku yang bawak adik pergi hospitaI dekat rumah aku, doktor sahkan adik aku positif k4nser. Allah, aku rasa nak mer4ung pada dunia masa tu. Adik aku dah start s4kit kepala masa dia form 3. Aku ambik dia duduk dengan aku masa dia baru habis SPM. Berapa lama adik aku mend3rita sorang – sorang selama ni.

Masuk tahun ni dah 3 tahun lah adik aku terima rawatan dan dah 2 kali kena op3rate buang ketumbuhan tu. Bulan depan nak kena CT scan lagi sekali nak tengok sel k4nser tu masih ada lagi atau tak atau merebak kat area lain pulak. Kemudian tunggu doktor nak teruskan untuk buat kimo atau apa nanti.

Untuk pengetahuan, sepanjang adik aku duduk sini ulang alik ke hospitaI, tak pernah pun abah kirim apa – apa untuk rawatan adik. K4nser ni ubat dia mahal nak op3rate ct scan semua mahal. Aku bayar je semua walaupun baki gaji aku bulan – bulan cukup untuk isi minyak je. (Aku ada komitmen hutang PTPTN, hutang masters, kereta, simpanan laki bini dan bagi duit kat mak.)

Ni bukan nak kata aku berkira tapi tu anak dia kot. Pak Teh tu boleh pulak dia support daripada bujang sampai kahwin sampai sekarang dah menduda. Aku tak pernah bunyi pun pasal bil dengan adik aku, tapi setiap bulan adik aku save up RM50 elaun kolej dia sebab nak topup tabung rawatan dia yang kami buat kat rumah.

Aku ingat lagi lepas first op3ration dia dulu, cuma ada aku je tunggu dia kat hospitaI. Lepas adik aku sedar dia menangis sambil pegang tangan aku. Sedih, aku sedih sangat. Menangislah kami berdua tanpa suara. Cukuplah dalam hati je kami simpan. Masa aku video call mak pun mak menangis sebab mak tak dapat datang sebab kami nak jimat duit sangat masa tu.

Syukur alhamdulillah, adik aku yang nombor 5 dapat masuk U. Masa dia nak apply UPU aku dah pesan siap – siap kalau boleh apply dekat dengan aku. Sebab nanti aku boleh uruskan pendaftaran dia apa semua. Lagipun aku ambik iktibar awal tahun haritu dia dapat 2 interview dari UITM. And guess what, abah tak tanya pun camne dia nak pergi interview tu.

Pada tarikh tu, adik aku menangis pagi interview tu sebab tak dapat pergi. Gitulah, dia tak jiwa kentaI cam aku. Dia ni lembut sikit. And sekarang perkara yang sama berlaku lagi, sesen pun takdak hulur untuk adik aku tu masuk U.

Takpelah mudah – mudahan berkatlah gaji aku ni bagi dia belanja bulan – bulan. Bila aku tanya adik bongsu yang nak SPM tahun ni dia kata abah macam tulah. Pak Teh pun macam tulah masih lagi hari – hari datang minta duit belanja dekat abah.

Mesti korang tertanya kan apa jadi kat anak yang lain? Well, zaman sekarang ni biasalah. Ada yang tak sekolah. Tak kerja. Malas nak cerita sebab tak best. Korang paham – paham jelah. Macam mana acuan camtulah kuihnya.

So t4rget aku sekarang nak seIamatkan adik bongsu aku lepas ni. Tunggu dia habis SPM lah dulu. Syukur pada Allah sebab kurniakan aku suami yang baik hati dan sangat berbudi pekerti. Ambil berat pasal adik – adik aku dan tak pernah sekali kata apa – apa pasal abah.

Bila balik kampung tak pernah pun lagi suami tak hulur duit dekat abah. Layan mak abah macam mak abah dia sendiri. Entah, aku rasa ni berkat doa mak kot. Mak selalu kata, mak harap anak – anak perempuan mak dapat suami baik dan bertanggungjawab. Aku dah nampak apa kesannya bila berumahtangga tanpa ilmu.

Sekarang ni aku selalu berdoa supaya Allah pandu aku dan suami dalam aIam rumahtangga kami. Aku serik aku tak nak benda yang sama berlaku dalam rumahtangga aku. Semoga Allah bagi hidayah pada aku dan juga pada abah. Aamiin.

Komen Warganet :

Lin Falina :  Alhamdulillah walaupun puan tak bernasib baik tentang bapa tapi suami puan baik. Saya tak ada baca pun pasal puan merungut tentang suami puan. Suami puan tak kisah puan sara adik – adik dan bantu emak. Tahniah puan dapat rezeki suami yang baik..

Murliana Indra : Wahai lelaki lelaki, tolonglahhh jalankan tanggungjawab sebagai ayah, suami, anak, h4mbaNya dengan baik. Kalau korang ni tak jalankan tanggungjawab dengan baik, bukan diri korang huru hara, orang sekeIiling pun terkena lagi – lagi keluarga terdekat. Dah ramai aku jumpa orang macam ni.

Zam’s Penapis Mampu Milik : Huggss sister. Kita dalam situasi yang sama. Aku faham setiap bait – bait kau tulis. Aku rase inilah keluarga di akhir zaman. Kita insan terpilih, kadang – kadang cemburu tengok orang serba serbi indah dalam keluarga dorang. Mungkin kita berjumpa family kita di syurga dalam keadaan bahagia kat sana.

Nurain Mk : Semoga puan confessor dan keluarga diberikan rezeki yang mengaIir bagai air sungai yang tiada henti. Moga adik no 6 bebas k4nser sepenuhnya dan semua adik – adik berjaya dunia akhir4t. Semoga confessor sekeluarga diberkati Allah. Dan semoga Allah jentik rasa tanggungjawab dan menyesal pada ayah confessor.

Azura Ismail : Confessor, awak seorang yang hebat dan kuat semangat. Teruskan dan yakin Allah sentiasa bersama. Didoakan agar confessor diIimpahi rezeki, diberi kesabaran dalam kehidupan dan membantu adik – adik.

Noor Fadila : Siannya adik yang k4nser tu. Kesian kita semua la. Mak pun mesti sudah jugak dengan kehidupan dia. Semoga Allah berkati keluarga awak. Ye, tanpa ilmu kita akan sesat. Nak berumahtangga, nakhoda kapal tak tahu ilmu pelayaran. Habisla, nasib baik kapal masih terapung, nasib tak baik kar4m la kapal.

Apa kata anda?