Adik miskin lepas kahwin, mak aku asyik salahkan adik ipar boros tak bantu suami. Aku pergi rumah adik, aku siasat rumah dia

Boros atau tidak seorang isteri itu kita boleh lihat dari cara dia berpakaian, beg tangan, kasut. Satu hari saya pergi rumah adik, saya tengok rumah dia biasa je, tak mewah. Langsir beli Nilai 3 je. Lama juga saya buat siasatan, akhirnya..

#Foto sekadar hiasan. Saya bukan nak buka pekong di d4da, tetapi hati dan jiwa saya sudah tak boleh terima lagi per4ngai adik beradik saya yang saya anggap bukan sahaja b0doh, tetapi suka memb0dohkan dirinya sendiri, sementara emak pulak cepat percaya apa juga cakap anaknya terutama anak lelaki, akhirnya tentulah emak yang susah sendiri.

Sepatutnya saya tak perlu bercakap dalam ruangan ini, tetapi hati saya dah tak boleh tahan. Nak cakap pada kawan – kawan sepejabat terasa malu sebab masalah dalam keluarga, tak cakap pulak hati sem4kin s4kit. Tambah buat saya geram, emak pulak tak mahu dengar apa lagi terima pandangan kita, sentiasa bersikap kesiankan anak – anak.

Memang saya tak salahkan emak, kerana itulah biasanya sikap emak sentiasa memihak kepada anak lelakinya, dan dia yakin anaknya baik dan terani4ya, sementara menantunya semuanya tak betul. Semua jahat dan tak makan nasihat apa lagi mendengar nasihat suami sendiri. Semua kesalahan atas menantu sahaja.

Mula – mula saya nak cerita pasal per4ngai adik lelaki saya. Rasanya pada awal 3 tahun sahaja saya dengar dia baik dengan isterinya. Bila dah dua orang anak, dia mula mengadu pada emak, katanya isterinya degil, engkar, tak makan nasihat, pentingkan diri dan keluarganya sendiri saja, hingga meIawan cakap suami.

Sebenarnya dari awal lagi saya kurang percaya cakap pada adik saya, Azme. Pertama sebab dari kecik hingga bujang selalu sangat minta bantuan emak, terutama pasal duit, ada aja tak cukup. Saya masih ingat masa nak kahwin lagi dia minta tolong emak tambah duit hantaran sebab tak cukup.

Itu belum kenduri kend4ra semua emak siapkan. Bab beli barangan hantaran pun dia minta duit emak, konon tak cukup duit. Emak bukan ada kerja mana ada duit, jadi kamilah tempat emak minta bantuan. Sapa tak angin.

Kalau tak bagi, emak ‘buat muka’ sedih. Jadi terp4ksa bagi. Bila dah kahwin ada saja masalah minta bantuan emak. Dia tahu emak pasti minta pada kami, dia nak minta sendiri malu dan takut kena sembur dari saya dan kakak.

Bila dah beranak pinak boleh dik4takan selang sebulan dia akan minta bantuan emak. Kami bagi emak duit bulanan, dia sedap jadi tukang ‘kaup’. Banyak kali kami nasihatkan emak, tapi emak kata pada kami apa guna adik beradik kalau tak ada sikap tolong menolong. Pada saya sikap minta tolong ni sudah melebih – lebih.

Nak kata dia beli rumah, tak ada, beli kereta baru pun tidak, pakai motor, patutnya tentulah dia jimat belanja, tapi memanjang tak cukup. Kalau nak kata isterinya boros, tak juga, sebab kami lihat pakaian isteri dan anak – anaknya biasa sahaja, tak mahal pun. Sedangkan mereka suami isteri bekerja. Jadi mana silapnya. Kenapa Azme selalu tak cukup duit.

Satu hari saya saya datang ke rumahnya, konon minta tolong dia hantar baju, makanan sejuk beku untuk emak bila dia balik kampung nanti, sebab saya tak sempat balik. Saya perhatikan rumahnya biasa sahaja tiada benda mewah.

Langsir pun biasa aja beli kat nilai 3. Sedangkan dia berijazah tentu gajinya sama banyak, kalau pun mungkin gaji saya lebih daripada Azme. Tetapi mengapa Azme selalu SOS pada emak. Lama juga saya buat siasatan, akhirnya saya teringat mungkin Azme kuat mer0kok.

Pada saya kalau bab mer0kok boleh sabar juga asalkan bukan men4gih. Tetapi mengapa Azme tak berduit, akhirnya terbongkar bila kawan saya yang kenal Azme bagitahu, Azme suka berjvdi. Bab itu buat saya terkedu. Pada saya berjvdi, men4gih, kaki pukuI isteri merupakan salah satu sebab punca berlaku perceraian dalam rumah tangga jika tidak ditangani dari awal.

Kalau saya beritahu emak mengapa Azme selalu ‘pokai’ emak tak percaya. Kata emak mungkin isterinya tak membantu atau isterinya boros. Boros atau tidak seorang isteri itu kita boleh lihat dari cara dia berpakaian ke tempat kerja, bajunya, beg tangan, kasut ataupun suka makan di luar dan sering pergi bercuti.

Tetapi saya dah pergi rumah Azme dan saya lihat ipar saya itu bukan kaki melaram, sanggup berhutang, macam per4ngai sesetengah kawan pejabat saya yang suka melaram habis kalau ke tempat kerja. Tetapi isteri Azme tidak.

Setelah berbincang dengan kakak, kami berdua nasihatkan emak supaya jangan bagi muka pada Azme setiap kali dia nak minta bantuan duit. Tetapi emak nafikan Azme selalu minta duitnya, bila kami ceritakan apa yang kami tahu, emak cuma kata dia bantu kerana kesian Azme tak cukup duit sebab perbelanja duduk bandar terlalu mahal.

Bab ini kakak yang sudah berkeluarga masuk campur, katanya dia pun duduk bandar, duduk rumah flat aja, tetapi mereka tak berbelanja mewah. Kami berbelanja ikut kemampuan. Kalau tak cukup duit mereka didik anak anak bawa bekal ke sekolah.

Paling tidak bawa air dan roti. Sebab makanan di kantin sekolah pun mahal. Kerana mereka dididik dari awal, mereka tak banyak kerenah mereka faham, mereka sedar mereka bukan orang kaya. Tapi kata emak, anak – anak Azme masih kecil, terp4ksa hantar ke pengasuh sebab itu mereka tak berduit.

Kata kakak bab bayar duit pengasuh, isteri Azme yang bayar termasuk beli susu dan lampin, jadi kalaupun Azme bayar, mungkin bil utility dan sewa rumah. Jadi macam mana Azme kata dia tak cukup duit. Saya dapat tahu sewa rumah pun isterinya yang bayar.

Oleh kerana kami tak memihak kepada Azme, emak ‘buat muka’. Saya faham, emak kecik hati kalau kami tak sokong Azme, konon kami tak mahu bantu adik beradik yang susah. Kalau boleh memang kami tak mahu emak bantu, sebab sampai bila emak nak bantu.

Mak bukan orang kaya, atau ada pencen setiap bulan boleh bantu anak – anak yang susah, makan minum emak pun kami yang hulur setiap bulan sebab emak memang kurang duit. Pada kami selagi emak membantu maka selama itulah Azme sentiasa berg4ntung pada emak.

Dan lebih penting kami tak mahu emak merosakkan masa depan Azme yang kami tahu suka berjvdi itu. Sebenarnya emak tidak tahu per4ngai Azme suka berjvdi, dan kami tak mahu beritahu emak secara meng3jut, sebab kami takut emak boleh dapat s4kit jantung sebab dia tak percaya Azme ada per4ngai seburuk itu.

Kami tak tahu per4ngai siapa Azme ikut, kerana ayah kami bukan kaki jvdi, arw4h memang simpan duit, sebab arw4h tahu setiap hujung tahun ayah terp4ksa siapkan duit untuk beli buku, pakaian seragam dan kasut sekolah kami, maklum 5 orang anak nak bersekolah.

Bila saya dan adik masuk sekolah berasrama lagi banyak belanja ayah terp4ksa siapkan. Sehingga ini kami belum pernah dengar Azme ada masalah dengan isterinya. Mungkin kerana 2 orang anaknya masih kecil, tetapi kami tak boleh gambarkan kalua anak – anaknya nak bersekolah nanti, sudah tentu perbelanjaan keluarganya akan meningkat tinggi.

Dan ditakdirkan waktu itu emak sudah tiada lagi pada siapa Azme nak minta bantuan. Nak pinjam Along atau pinjam bank. Bab inilah yang paling kami takutkan sangat, kerana itulah kami cuba nasihatkan dan sedarkan emak supaya jangan terlalu manjakan Azme dan suka membantunya. Biar dia belajar berdikari. Jangan berjvdi.

Tetapi jauh di dalam sudut hati kami, kami amat bimbang jika tabiat buruk berjvdi ini berterusan dalam kehidupan Azmi. Kami yakin, jvdi boleh merosakkan dan meruntuhkan sesebuah keluarga jika tidak disekat dari awal.

Cerita Azme terg4ntung setakat ini, sebab kami belum nampak bunga – bunga perbalahan dalam keluarga mereka, dan paling penting dalam hidup Azme dia ada tempat untuk meminta bantuan. Tetapi tak tahulah apa akan jadi jika emak sudah tidak ada nanti. Ini cerita Azme mungkin minggu depan saya akan ceritakan masalah keluarga kakak kedua saya yang kami anggap masalahnya macam telor di hujung tanduk sahaja – Jamilah (bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.