Adik tak puas hati aku kahwin. Dia marah aku tak boleh tanggung dia lagi. Duit hadiah birthday awek dia pun aku yang bagi

Kakak datang jumpa aku, dia suruh aku bagi duit belanja pada mak. Aku cakap memang setiap bulan tak miss aku transfer duit, terus dia gunakan ayat gini, “oh dah kahwin dah bahagia dengan laki, lupa keluarga, beli barang rumah macam – macam, boleh plak. Nak bagi duit ke mak tak boleh banyak.”

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, aku rasa di sini laa tempat aku boleh meluah tanpa sesiapa pon tahu identiti aku, aku tak nak bercerita dengan orang luar atau sesiapa apa yang aku hadap. Aku tak pandai menulis sangat lagi – lagi nak bercerita dalam tulisan, jadi maafkan aku, aku cuma nak meluah.

Aku berumur 29 tahun, tahun ni. Alhamdulillah dah berkahwin, tempoh perkahwinan aku dah 2 tahun lebih, masih awal dalam alam perkahwinan. Masih sedang belajar tanggungjawab masing – masing. Aku ada 3 orang adik beradik, aku anak yang kedua.

Kakak sulong aku berusia 30 tahun (masih bujang) dan adik bongsu aku lelaki berusia 23 tahun (masih bujang). Semasa aku bujang aku tinggal bersama mak dan adik aku (mak aku ibu tunggal). Memang aku ada bagi duit belanja, bayarkan bil, duit sewa rumah dan kadang – kadang ade laa beli sikit barang rumah topup – topup.

Lepas aku bernikah, aku ikut suami aku, aku dah tak tinggal lagi bersama mak aku. Agak jauh berlainan negeri. Lepas je aku selamat nikah, mak aku cakap dah tak perlu bagi duit belanja apa – apa fokus je pada rumah tangga aku, sebab mak aku faham macam mana pasangan yang baru bertapak dalam alam rumah tangga.

Awal aku berkahwin, aku tak bekerja, lepas beberapa bulan baru aku bekerja, sepanjang aku tak bekerja memang aku tak bagi duit belanja pada mak aku, Lepas aku dapat kerja setiap bulan memang aku ade masukkan duit bulanan dalam akaun mak aku, tak banyak tapi ade lah sikit aku akan kongsi rezeki.

Mula aku okay je tak berapa perasan sikap adik beradik aku. Lagi berapa bulan aku nak nikah, akak aku minta aku bincang dengan bakal suami aku (sekarang suami aku) untuk kami pjj, macam aku cakap suami aku dan aku berlainan negeri.

Alasan akak aku supaya aku boleh tinggal dengan mak dan adik aku, tolong bayar rumah sewa dan bagi belanja (rumah sewa aku dan akak aku share bayar berdua), untuk pengetahuan akak aku tak tinggal bersama kami, dia kerja jauh.

Lepas mak aku tahu idea dia, terus mak aku marah dia, tak izinkan aku ikot idea dia, mak aku suruh aku ikut suami aku. Lepas je nikah aku pindah ikut suami (suami aku memang dah siap carik rumah sewa untuk kami hidup berdua lepas nikah).

Lepas kahwin, aku macam pasangan lain juga jalani hidup suami isteri. Beli barang keperluan sikit, kadang – kadang makan luar berdua, dating tengok wayang dan macam – macam lagi. Isu timbul, bila apa saja barang suami aku beli dan mana kitorang pergi makan ke apa, sampai ke pengetahuan adik beradik aku.

Macam mana dorang boleh tahu? Sebab silap dari aku dan suami, aku jenis anak manja dengan mak aku, aku akan tiap hari call mak aku dan bercerita apa aktiviti aku. Dan mungkin mulut mak aku share dengan adik beradik aku hidup aku macam mana sebab aku jauh dari family, mak aku pernah cakap yang dia bahagia tengok aku bahagia, bila dia tengok suami aku jaga aku baik.

Mak aku berat hati nk lepaskan aku lagi – lagi jauh dari dia, tapi dia syukur aku dapat suami yang jaga aku sangat baik. Masa mak aku cakap ni, dia nangis, sekarang aku tengah taip pun aku menangis. Sejak aku tahu dorang tak berapa suka aku bahagia, aku langsung dah tak bercerita dengan mak aku, aku banyak berselindung dan aku memang jenis tak update apa – apa kat medsos.

Sejak tu, kedua adik beradik aku jadi lain, adik beradik aku yang sangat rapat dengan aku jadi lain. Aku start dengan akak aku, dia jumpa berdua dengan aku, dia mula suruh aku bagi duit belanja pada mak aku. Aku inform memang setiap bulan tak miss aku transfer duit, terus dia gunakan ayat gini, “oh dah kahwin dah bahagia dengan laki, lupa keluarga, beli barang rumah macam – macam, boleh lak, bagi duit ke mak tak boleh banyak”.

Kami suami isteri beli barang rumah bukan banyak satu dua je, tu pon bende murah je masa promo. Aku akan bagi duit ke mak aku ikot kemampuan aku RM100 – 300 tengok keadaaan, setiap kali aku transfer aku akan call mak aku, mak aku akan tanya, “ade duit tak ni, kalau takde takyah bagi, mak ade duit.”

Lepas akak aku cakap macam tu, aku terus balik dan menangis sorang diri. Lepas kejadian ni, dia ade update status cakap macam macam, mak aku tahu, mak aku call dia marah dia, akhirnya dia minta maaf kat aku, dia cume cakap dia tak tahu apa yang aku rasa dalam alam rumah tangga sebab dia belum rasa.

Sejak tu, memang akak aku dah okay dengan aku. Kes kedua adik lelaki aku pula, adik aku 23 tahun, tak bekerja tetap, kerja kedai makan. Dia ade kekasih, di mana dia akan sanggup maki hamun akak akak dia demi pertahankan kekasih dia.

Aku pernah cuba nasihat dia, dia anak lelaki sesama bantu bagi duit belanja kat rumah, tapi yang aku dapat dia maki hamun aku setengah giIa. Dia memang tak bagi duit belanja dari zaman aku bujang sampai laa aku dah kahwin malah sampai sekarang, duit gaji dia kebanyakan dia habiskan pada awek dia (mak aku yang cerita).

Mak aku takde terima sebarang pencen ke apa ya. Ayat – ayat dia aku memang takkan lupa seumur hidup aku, ayat dia seakan akak aku, cuma dia ade tambah yang lagi meny4kitkan hati aku. Selama ni suami aku memang tak tahu, aku tak bercerita.

Ayat yang selalu aku dapat, anak tak kenang budi, lupa keluarga, dah bahagia lupa keluarga. Adik aku kan tak berkerja tetap, masa awal perkahwinan aku, dia kerap whattsap aku kadang – kadang malam, minta aku transfer duit ke dia, alasan dia motor rosak, minyak habis laa macam – macam.

Aku memang akan transfer ke dia sebab dia akan guna ayat “mak sorang kat rumah”, aku memang tak boleh dengar ayat tu, lagi – lagi pasal mak. Sampai suami aku perasan dan suami aku persoalkan kerap sangat motor dia rosak ye.

Aku tak terpikir apa pun, sampai masa aku balik kampung, aku cuma tanya mak aku, motor dia dah okay ke, kalau banyak sangat rosak, beli je baru. Mak aku pelik, mak aku tanya bila motor dia rosak, sebab dah lama dah tak rosak, aku cerita laa dia selalu call, whatsapp malam – malam minta duit motor rosak.

Mak aku mengucap panjang sebab selama yang aku cerita tu, sebenarnya dia ade je kat rumah dalam bilik tengah on call dengan awek dia, Kat sini kantoilah dia tipu aku. Oh ya, dulu setiap kali aku gaji, aku ade juga transfer bagi duit belanja kat dia.

Sejak tu, aku tak cakap banyak pon, aku tak marah dia, aku diamkan diri dan aku tak bagi dia lagi dah. Duit hadiah birthday awek dia yang sekarang pun dia suruh aku bayarkan ye, tapi segala kebaikan aku hanya dapat baIasan makian.

Dulu aku akan balik rumah mak aku setiap bulan, setiap kali aku balik, memang aku beli makanan, belanja makan macam – macam. Kalau aku tak balik pon, setiap minggu memang aku ade order online, transfer duit ke dia untuk belikan makan untuk mak dan dia.

Tapi duit tu, dia tak belikan makan pon, semua mak aku cite balik. Sejak tu, memang aku langsung tak transfer duit dah. Aku tunggu balik kampung baru aku belanja makan. Aku pun dah jarang balik kampung, 2 bulan sekali baru aku balik.

Semua bende jadi ni suami aku masih tak tahu, sampailah satu hari isu jadi tiba – tiba dia maki tanpa bagi salam dalam whatsapp group family yang buat aku terasa hati sampai hari ni. Setiap ayat dia segar dalam ingatan aku, atas sebab aku tak balik kampung, memang aku plan dengan mak dan suami aku nak balik sabtu hujung minggu tu,

Hari dia maki aku dalam khamis atau rabu aku tak ingat. Dia memang maki aku macam macam, ayat macam biase, anak tak kenang budi, belajar pandai tapi bagi duit belanja sikit ke mak, ade laki lupa mak, takut laki sebab taknak balik kampung, macam – macam lagi.

Aku tak reply apa – apa, aku terus left group tu. Kakak aku whatsapp tanya kenapa, aku reply cerita semua, mula aku pikir dia nak tenangkan aku, tapi tidak ye, dia sama naik cakap aku macam macam, masih ayat aku lupa family.

Masa tu aku tengah drive, aku menangis setengah giIa, aku sampai stop tepi jalan untuk tenangkan diri aku sebab aku dah pikir ke lain, pikir nak eksiden, m4ti, bagi puas hati dorang. Aku call suami aku cerita semuanya sambil nangis macam orang giIa, baru la suami aku tahu selama ni aku simpan sorang, suami aku keep calling aku untuk make sure aku selamat sampai rumah.

Suami aku wasap adik aku cuma tanya kenapa jadi sampai macam ni, dan laki aku sekali kene sound dari dia. Ayat dia dah bahagia lupa keluarga, takyah balik dah rumah mak, mak m4ti baru balik. Pendekkan cerita, mak aku pujuk aku berbaik dengan dorang setelah berbulan tak berbaik, aku hanya pikirkan mak aku, aku berbaik dengan dorang berdua,

Aku balik raya last year bermaafan dan bagi dorang berdua duit raya. Bagi duit untuk belikan baju, kasut raya mak aku, bagi duit beli kuih raya, belanja makan macam – macam. Terbaru raya tahun ni, aku masih bagi duit untuk tambah beli kuih raya pada mak aku, bagi adik aku duit sebab dia tak bekerja sepanjang bulan Ramadan (kedai makan breakfast dan lunch). Aku tak berkira sebab aku ade dorang je family aku.

Oh ye, aku pon dah masuk semula dalam group whatsapp family tu. Beberapa hari lepas, memang dia tengah ade isu dengan awek dia dan whatsapp aku personal, aku cume cakap aku malas nak masuk campur hal percintaan dia dan ade aku nasihat sikit.

Aku pikir dia okay, tapi rupanya tak. Hari kejadian dia terus sound aku dalam group whatsapp marah – marah cakap aku macam – macam. Aku hanya bagi nasihat sebagai kakak dia, dia cakap ke aku tak layak bagi nasihat ke dia sebab aku pun banyak je buat silap.

Yes aku mengaku aku ade buat silap tapi salah ke aku bagi nasihat supaya dia dapat prevent diri dia dari buat silap macam aku, dia cakap juga dia tak anggap aku kakak dia dah. Aku ambil keputusan untuk left group tu sekali lagi dan block adik aku. Block semua tempat.

Aku pernah soal dorang berdua, perlu ke aku bercerai dengan suami aku untuk kepuasan dorang berdua. Sebab asyik aku dilabel anak tak kenang budi, anak lupa keluarga dan macam – macam lagi lepas berkahwin. Setakat ini, mak aku takde apa – apa, dorang je yang berlebih.

Sekarang ni, aku ambil keputusan untuk diamkan diri, aku block dia, aku taknak tahu apa – apa, tak nak baca apa – apa yang dia update. Aku dan akak aku masih okay, dia dah berubah sejak raya last year kami bermaafan.

Oh ye korang, aku belum ade rezeki pregnant lagi, adik aku pon pernah doakan aku tak mengandung masa dia meng4muk marah aku macam – macam. Bende ni semua berlaku bila aku berkahwin dan dia kenal dengan awek dia yang sekarang, yang aku tahu dari cerita mak aku, awek dia nak dia berkereta tapi dia takde.

Setiap kali aku atau akak aku balik kampung dia akan berusaha nak guna kereta kami untuk dating. Memang kami tak benarkan sebab dia belum mahir drive takut jadi apa – apa. Sebab tu sekarang mudah dia maki aku dan akak aku macam macam untuk pert4hankan awek dia, bila kitorang komen pasal awek dia.

Aku tersepit antara family aku dan suami aku. Suami aku baik, sangat baik, family dia pun sangat baik. Suami aku cuma cakap diamkan diri je biar je apa dia nak cakap. Aku sayangkan family dan suami aku. Suami pun pernah cakap dia tak akan lepaskan aku sebab mulut dari adik beradik aku.

Mak aku kalau tahu kes gini, dia hanya akan nangis suruh aku lupakan, sebab dia tahu hati aku jenis lembut. Aku selalu cerita dengan Allah apa perlu aku buat? Adakah aku patut bercerai dan kembali ke rumah mak aku?

Adakah satu kesalahan besar aku berkahwin? Keputusan yang aku buat untuk berkahwin ni adalah keputusan yang salah? Aku bersalah ke? – Alia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Azie Azem : Suami baik nak bercerai buat apa, yang bermasalah adik ko, dia m4ki ko, ko m4ki je lah balik. Adik tak guna, ada kakitangan sihat walafiat tapi mintak sedekah kat kakak, nanti mak dah m4ti, harta ko dapat lagi banyak, dah tau takde kerja tetap, tak berharta, tak payah ada awek.. Single lagi bagus…. Ha, tu je maki dia. Janganlah jadi kakak yang lembik. Itu adik lelaki. Kalau semua harpkan kakak, ko suruh dia cari janda kaya je.

Ruzita Mohd Salleh : Kenapa nak berbeIah bahagi dekat suami, sebab suami tu dah cukup baik. Sekarang pun suami tu lagi ada hak ke atas awak. Jadi tak perlu nak rasa nak berpisah dengan suami. Sekarang per4ngai Adik tu la yang teruknya. Lantak la dia nak kata apa pun. Kalau rasa nak hidup senang berusaha la sendiri kenapa nak harapkan dari orang lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.