Bertahun suami tak kerja, duduk rumah jaga anak. Aku bagi 3k sebulan

Hidup aku takde la mewah macam jutawan, tapi hidup selesa dengan anak – anak belajar di sekolah swasta. Kadang – kadang melancong ke luar negara. Pakai bag LV, Dior. Beberapa tahun lepas, dia sukarela berhenti kerja, dia jaga anak dekat rumah aku bagi RM3K sebulan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum semua. Aku bukannya pembaca tegar di page ini, tapi kalau lalu di Facebook (di share atau di komen oleh friends), then baru baca. Lately banyak luahan perasaan isteri mengenai menanggung beban kewangan rumah tangga.

Tapi aku happy ada jugak pihak lelaki yang paham tanggungjawab di zaman ni. Aku ada terbaca kisah seorang suami bernama abang Anuar. Aku berumur dalam 40-an, dah kahwin lebih sepuluh tahun dan dikurniakan dengan beberapa orang anak.

Hidup aku takde la mewah macam jutawan, tapi hidup selesa dengan anak – anak belajar di sekolah swasta. Kadang – kadang melancong ke luar negara. Pakai bag LV, Dior. Bukan nak menunjuk, hanya nak beritahu latar belakang diri aku.

Macam confessions yang lain, waktu aku kahwin dengan suami, gaji dia jauh lebih rendah. Aku graduate dari university dan dia setakat SPM je tapi ada kerja tetap. Waktu tu aku nampak dia ada potensi untuk naik. Walaupun takat SPM, perwatakan dia bukan macam macam orang kerja bawahan.

Cakap Inggeris pun tak salah grammar. Pakai semua smart. Jadi kalau jalan, takde la nampak macam langit dan bumi. Mana aku jumpa? Itu kena buat post lain plak. Hidup aku memang dah biasa dengan hidup yang agak senang.

Keluarga aku pun lifestyle macam aku juga. Sebab aku ada duit, semua benda yang aku nak, aku boleh beli sendiri. Sebenarnya, ini lah kesalahan yang terbesar! Sebab biarkan diri berdikari sendiri, tambah lagi dari segi kewangan dari suami.

Yer… sebelum kahwin memang dia cakap dia tak mampu dengan cara hidup aku. Aku beritahu, takpe aku ada duit. Jadi dari mula kahwin lagi rumah, barang dapur, pakaian, medical bills, duit belanja anak-anak, sebenarnya hampir 98% semua la aku tanggung.

Aku beranak pun aku bayar sendiri. Jadi mana duit dia? Dia kata habis kat duit minyak (pergi balik 50km), duit tol, duit makan kat tempat kerja. Ye lah, gaji pun RM 3k jer. Kereta pun aku bagi. Maintenance, insurance, roadtax kereta pun aku bayar.

Mintak duit kat aku perkara biasa, sentiasa tak cukup duit. Beberapa tahun lepas, dia sukarela berhenti keje sebab tak tahan dengan ofis politik. Itu yang dia beritahu aku la. Kalau dari segi duit, aku tak terasa sebab selama ni pun aku tak berg4ntung dekat dia untuk duit.

Aku tak tau dia nak kerja apa dengan SPM saja. Dah tentu, selama bertahun – tahun ni aku ada juga tanya pasal sambung belajar, suruh ambil diploma ke. Tapi topik tu selalu berakhir dengan berg4duh dan bermasam muka.

Kebetulan pada masa yang sama, pembantu rumah Indon lari. Sebab takde siapa yang nak jaga anak – anak aku, autom4tik dia la duduk rumah. Aku bagi 3k (sekarang 1k sebab aku pun kena p0tong gaji sebab covid). 3k tu gaji yang sama dia dapat masa dia kerja tetap dulu.

Jadi dah beberapa tahun dia duduk rumah. Nak kata dia full house-husband, tak juga. Dia takat tengok anak – anak, masak benda – benda instant, basuh baju anak – anak dan kemas rumah sikit – sikit. Kereta masih ada. Handphone baru aku yang beli.

Baju and sepende pun aku beli. Kalau dia s4kit, aku jugak yang bayar bil hospitaI swasta. Selalunya, bila aku balik kerja, dia depan TV, tengok Netflix. Of course, Netflix pun aku yang bayar. Aku balik kerja penat, tak larat nak masak (memang tak suka masak pun).

Makanan aku order jer kat Grab untuk satu keluarga atau makan luar kat Madam Kwan / Chillis. Yer, sebab aku ada duit. Bukan aku tak sedar yang aku tanggung semua ni dan dia tak jalankan tanggungjawab. Cuma aku sabar dan setiap kali sedih, aku doa kat Allah minta luaskan rezeki untuk keluarga aku.

Alhamdullilah, aku tak penah terputvs rezeki. Setiap kali aku hulur debit kad bayar makan kat restoran atau groceries, aku tak penah lupa doa pada Allah supaya murahkanlah rezeki anak – anak aku untuk hidup selesa macam ni.

Walaupun aku ada duit, tapi duit kalau guna, akan berkurang jugak. Dah la kalau makan, sentiasa order lebih dari aku. Lepas tu bil tolak ke aku. Aku dah mula rasa malu kat orang sekeliling. Bila bil sampai, lelaki (suami) yang bayar.

Kenapa aku yang selalu kena bayar? Kaya sangat ke aku ni sampai tak layak suami belanja aku br3akfast nasi lemak sebungkus? Aku mula malu kat anak – anak yang sem4kin besar. Aku tak nak anak – anak lelaki nampak ni sebagai benda normal.

Aku tak nak besarkan anak – anak lelaki yang tak faham tanggungjawab. Sekarang zaman covid, gaji aku terjejas teruk, tapi aku masih cuba maintain bagi keselesaan hidup yang sama kat keluarga. Ramai orang (lelaki atau suami) hilang kerja and cuba buat macam – macam untuk tanggung keluarga.

Ada kawan aku jadi delivery guy nak bagi anak – anak makan. Suami aku pulak boleh bagi duit kat anak sed4ra dia buat bisnes. Sedih aku dengar, sebab aku nak makan nasi lemak pun dia tak bayar. Sekarang di umur 40an, aku berinteraksi di tempat kerja dengan ramai lelaki yang berjaya.

Ada rumah besar, bawak kereta Mercedes, BMW, Audi. Aku ni kira cantik la jugak, kalau tak, takkan yang tua muda masih meng0rat aku, walaupun tahu aku isteri orang. Setakat ni aku tak penah layan lagi. Cuma aku cemburu dengan kejayaan hidup diorang semua.

Aku yakin semua tu mesti atas usaha dari muda nak bahagiakan keluarga. Aku jeles dengan kesungguhan lelaki – lelaki ni. Suami aku duduk rumah depan tv. Aku selalu bayangkan aku hidup sebagai isteri kepada lelaki – lelaki yang aku jumpa ni.

Tak perlu pikuI tanggungjawab kewangan sepenuhnya. Kesimpulan cerita aku? Aku pun tak pasti. Kalau aku boleh sabar lebih 10 tahun, mungkin aku boleh bertahan 20 tahun lagi. Menyesal dengan pilihan yang aku sendiri buat?

Kadang – kadang. Tapi pilihan ini bagi aku anak – anak yang comel, sihat dan bijak. Cuma aku selalu takut satu hari aku tak mampu nak bagi keselesaan hidup ni. Zaman c0vid yang buat ekonomi tak menentu, aku sangat risau sebab aku rasa bertanggungjawab pada keluarga aku.

Pada Allah sahaja aku mengadu dan berdoa, luaskan rezeki aku, kurniakanlah aku lelaki yang hargai diri aku. Aamiin… – Shahrina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Maizatul Akhma Akhma : Pilihan di tangan tt. Kalau rasa masih sanggup nak tanggung biawak hidup, silakan. Saya tak faham dengan sikap sesetengah isteri ni, sanggup bertahan sebab anak lah, tak nak anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah lah.

Tapi sanggup siksa diri sendiri padahal kerja bagus. Anak – anak yatim yang kem4tian ayah semasa tengah membesar elok je hidupnya, biarpun mak dorang kerja tukang sapu, mak cik kantin. Rezeki tu Allah dah tetapkan. Apa yang nak takut sangat? Tak faham lah..

Cik Ros : Panduan untuk yang nak kahwin atau baru kahwin. Ambik teladan dan pengajaran. Tak apa la sis. Rezeki sentiasa cukupkan. Macam terlebih pun ye. Anak – anak sekolah swasta. Makan luar hari – hari, restoran mewah.

Bercuti luar negara. Barangan berjenama. Memang murah betul rezeki. Sekarang dah suami jadi suri rumah. Listkan apa perlu dia buat kat rumah. Sama macam suri rumah perempuan lain buat. Tak ada la rasa dia biawak hidup.

Mungkin masa sis balik kerja, dia layan netflix tu dia baru berehat setelah kemas rumah dan layan anak – anak. Jadi suri rumah pun penat juga. Zaman sekarang ada jer yang isteri mudah cari duit. Suami urus keluarga di rumah.

Roza Abdul Rahman : Hidup ini pilihan, kau yang pilih diakan sebelum nak kahwin. Dia pun dah self – declare tak mampu dengan gaya hidup kau. Sekarang ni, bila dah bosan, kau carilah 1001 keburukan dia.

Padahal, permulaan jalan tu kau sendiri yang pilih. Ramai je kat luar sana yang household expenses atas bahu wife. Kau tengok laman orang, memang nampak cantik. Laman sendiri terasa buruk.

Situasi suami bekerja pun sama, “aku balik keje penat, netflix aku bayar, beras dahla aku beli, balik – balik isteri aku pemalas nengok drama korea je.” Beginilah, Dunia ni belum sepenuhnya jadi Syurga lagi untuk semua perkara yang kita ni inginkan.

Anggaplah kau diuji tentang keikhlasan. Hak tak ditunaikan oleh suami kau serahkan pada Allah SWT kelak dihisab. Moga keikhlasan kau jadi asbab kau ke syurga.

Siti Noraini Maidin : Ini sekadar pendapat saya. Kadang – kadang saya terfikir disebabkan kita ni perempuan dikurniakan sifat penyayang itulah yang menyebabkan kita jadi tak suka nak susahkan sesiapa, suka menolong, kuat berusaha sampai berjaya.

Seterusnya sifat itu terbawa – bawa hingga ke alam perkahwinan. Namun semua tu memakan diri sendiri apabila diambil kesempatan. Sampai bila perkara ni akan berakhir? Sampai insan yang suka ambil kesempatan ini sedar akan tanggungjawab mereka.

Zulhilmi Jol Hassan : Kesian. Dah terbalik dah ni. Isteri sara suami. Saya tak setuju part bagi 3k setiap bulan lepas suami berhenti kerja (sekarang 1k sebab era covid), saya baca part tu 4 kali untuk pastikan saya tak salah baca.

Sejujurnya puan terIampau baik hati, lembut hati dan suami ambil kesempatan atas kebaikan puan. Hidup kita penuh dengan pilihan, bangun pagi turun katil pun kita boleh pilih nak langkah kaki kanan ke kiri dulu.

Melainkan puan sanggup makan hati, pend4m hingga akhir hayat atau bersemuka dengan suami. Beritahu perasaan puan, bagi kata dua dengan sebab perkara ini tak sepatutnya jadi. Saya yang baca pun geram.

Kalau saya bagi anak buah saya yang darjah enam pun confirm dia auto geram juga. Bertindaklah puan. Moga dipermudahkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.