Lepas 3 tahun kahwin baru tahu sisi gelap suami, sekarang mak mertua merayu jangan bercerai

Suami saya ni sebagai seorang anak dan lelaki dia seorang yang baik, kelakar, sangat mementingkan adab dengan orang tua, tolong buat kerja rumah, cakap pun berbudi bahasa, bukan kaki pukuI. Cukup sempurna untuk saya yang tak seberapa ni. Tapi 3 tahun lalu, saya dapat tahu sisi gelap suami, yang dah lama dirahsiakan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih admin jika luahan ini disiarkan. Saya Jas, 32, sudah berkahwin 6 tahun, belum ade rezeki anak lagi, bekerja di salah sebuah syarik4t MNC Pharmaceutical dalam bahagian pengurusan atasan.

Saya memang pembaca tegar ruangan ini. Sejak PKP ni, banyak juga isu rumahtangga yang diketengahkan, banyak tips dan cadangan diberikan adapun demikian, tak lari juga dari kritikan dan kecaman. Biasalah, semua pun bebas beri pendapat dan pandangan masing – masing.

Tulisan ini sebenarnya lebih kepada untuk mendapatkan buah fikiran pembaca, kritikan membina dan kalau dengan kecaman boleh meluahkan rasa terbuku di hati kalian, silakanlah. Sebelum sampai ke luahan saya yang panjang lebar ni, saya akan cerita sikit tentang latar belakang kehidupan, yang mana akan ada kaitan dengan cerita di bawah.

Saya anak sulong dari 4 beradik, dibesarkan dengan ibu tunggal yang mana ayah meninggaI ketika saya berumur 7 tahun. Jadi, pindah kampung, atuk nenek jaga, duduk sekali dengan dua keluarga yang lain. Kat kampung tak best sangat, sebab suasana sangat t0ksik, ibu pula kerje siang malam nak besarkan semua.

Jadi saya berusaha keras untuk lari dari persekitaran keluarga yang “biawak hidup” dan “sampah negara”, sampai la masuk SBP. Buat Foundation study lepas SPM sampailah pergi sambung luar negara bawah tajaan biasiswa (Saya cuba sehabis mungkin guna bahasa melayu dalam tulisan ini, maafkan kalau struktur ayat sedikit cacamerba).

Datang dari family yang susah, alhamdulillah, kene usaha keras, berdikari sangat – sangat, jadi hati dan mentaI tu terp4ksa kuat. Kemudian kenal suami, berkahwin, dan duduk rumah mertua. Suami ade 6 beradik, 5 dah bekerluarga, seorang bujang dan kami semua tinggal bawah satu bumbung.

Cucu mertua ade 4 orang semua kecil – kecil lagi, dan alhamdulillah masing – masing ade bilik sendiri. Suami saya ni (bukan nak puji ya), sebagai seorang anak dan lelaki dia seorang yang baik, kelakar, sangat mementingkan adab dengan orang tua, tolong buat kerja rumah, cakap pun berbudi bahasa, bukan kaki pukuI.

Bukan panas baran, bukan kedekut nafkah, bukan kaki ponteng kerja, bukan pemalas, bukan jenis berkawan dengan perempuan (insyaAllah masih setia), pandai closing sales (dia salah seorang Team Leader dalam industri kereta jenama luar negara).

Pendek kata, ciri – ciri suami untuk saya yang tak seberapa ni dah cukup sangat – sangat. Ada yang sisi lain yang saya tak suka, cuma masih boleh bertolak ansur dan boleh terima. Tapi, 3 tahun yang lalu, saya dapat tahu satu sisi gelap yang paling saya cuba lari dari kehidupan masa kecil dulu.

Dipendekkan cerita, saya adalah seorang isteri yang mana suaminya terlibat dengan trend “recretional drvg”, yang mana, rupanya dia dan terlibat dengan benda ni semenjak sekitar umur 20 an lagi. d4dah – d4dah yang terlibat setahu saya ade sy4bu, er4min, g4nja dan piI kuda kot.

Saya rasa marah, kecewa. Dia seharusnya beritahu saya sebelum kahwin . Tapi itulah, dia berjanji untuk berubah. Allah maha kuasa. Saya tak perlu mencari pun, Tuhan tunjuk dengan pelbagai cara, sehinggalah saya tertangkap dia dengan peralatan dan aktiviti tu dalam keretanya.

Selalu saya jumpa barang – barangnya sahaja, tapi ada satu ketika tu, saya nampak depan mata kepala saya sendiri dia buat aktiviti tu. Saya pernah je lari rumah, outstation lama – lama (ye, kerjaya saya memerIukan saya bekerja dalam dan sekitar Southeast Asia, tetapi saya akan hadkan maksimum 3 hari sahaja), dan akhir sekali inform mak mertua.

Lepas kejadian tu, saya nampak dia ade perubahan, maksudnya tak ambil dari segi d4dah buatan ni. (Saya tak tahu la dia bohong ke tak, tapi sebab dah banyak kali terjumpa, saya dah tahap reda dan serah pada Allah je. Sebab kalau ada memang Allah akan tunjukkan tanpa perlu saya mencari).

Dan beberapa hari yang lalu, saya tertangkap dia lagi tapi kali ini g4nja pula. Masa ni saya memang nampak la dia kata memang dah tak sentuh langsung d4dah kimia, tapi g4nja ni adalah dari tumbuhan, sama macam k3tum, herba semulajadi.

Negara lain dah benarkan penggunaanya, jadi sebenarnya herba g4nja ni pun tumbuhan yang Allah jadikan. “I am so sorry, I didn’t buy with your idea”. Saya akui, memang g4nja ade untuk perubatan, tapi selagi bukan dipreskripsi oleh dari doktor, tetap akan mudharat.

Malaysia pada saya, bukan semua rakyatnya masih terbuka minda. Sedangkan yang belum sah dalam undang – undah pun dah salah guna, bayangkan kalau dan merata orang jual. Saya tetap tak setuju dengan ideologi dia, sebab cakap mulut, tak ada “justification” memang saya tak boleh terima.

Pada dia, g4nja ni sebenarnya ramai sangat yang ambil, orang – orang biasa ambil, artis – artis ambil, tapi mereka semua menjalani kehidupan yang normal, sebab ianya semulajadi. Macam – macam lagi la hujah yang dia keluarkan.

Bekerja dalam bidang Pharmaceutical, saya boleh bentang berpuluh “research article” tentang salah guna g4nja. Jadi, saya cadangkan untuk berpisah sahaja. Beban kerja sekarang pun saya dah rasa agak berat, jadi saya cuba untuk elak masalah – masalah lain yang boleh sebabkan str3ss, namun akhirnya dia berjanji nak berubah, dan cuba tinggalkan itu semua, cuma bagi dia masa dan sokong dia.

Selain berdoa, saya sebenarnya dah tahap berserah je kalau jadi apa – apa dalam perkahwinan. Mungkin sebab ni juga Tuhan belum bagi rezeki zuriat (saya fikir mana tau kalau jadi apa senang saya nak bIah je). Saya bagi dia masa kalau betul nak berubah, namun saya berterus terang, saya tak boleh terima pendirian dia.

Saya bagi dia masa bukan bererti saya setuju bahawa g4nja adalah natural herba yang tak bawa mudharat. Salah tetap salah. Kalau saya nampak dalam satu masa dia berubah tingkahlaku dan sebagainya, saya akan terus keluar tanpa banyak bicara.

Kalau nak “bIah” tu boleh sangat sebab sebelum kahwin ade la beberapa harta dan pelaburan yang saya buat sendiri untuk masa depan. Jadi pandai pikir pasal tabungan dan pelaburan pun sebab dulu ayah meninggaI, tak ada harta untuk family.

Tu yang struggIe sikit masa kecik tu. Saya tau kadang – kadang saya ni isteri yang keras kepala dan eg0 juga, tapi situasi ni yang membentuk saya jadi macam tu. Pada pendapat kakak – kakak yang dah lama berumahtangga tu, apa tips atau perkara yang kalian lakukan, untuk pertahan rumahtangga kalau ade satu dua benda yang anda tak suka pasangan anda?

Saya berpendapat, sebagai manusia dan makhluk Allah, semua manusia ade peluang berubah, kedatangan kita mungkin jadi asbab untuk orang lain berubah. Saya boleh nampak yang suami macam tak boleh kalau saya tak ada dan masa mak mertua tau anak dia terlibat dengan aktiviti macam ni, sampai mak mertua pernah kata.

“Jas tolonglah jangan tinggalkan dia, Ibu boleh nampak dia sangat sayang dengan kamu, kalau kamu kerja luar dia macam tak keruan tak tau apa nak buat”. Walaupun saya marah dengan benda paling saya tak suka dia buat, tanggungjawab sebagai isteri seperti siapkan makanan, siapkan pakaian, uruskan hal rumahtgga sehinggalah urusan atas katil, saya tak pernah tinggal.

Membesar kat kampung, yang mana perempuan siap makan hidang tunggu suami makan sampai habis, jadi mindset macam tu tetap masih ada. (Nasiblah dah makan tolong kemas dan basuh pinggan sendiri). Maaf luahan ni panjang sangat.

Sebab saya tak cerita kat sesapa setiap kali ianya berlaku. Pujuk hati sendiri jela. Cuma, mungkin kata – kata dan cadangan dari pembaca sedikit sebanyak dapat memberi laluan dan panduan bagi pasangan yang baru dalam alam perkahwinan ni. Stay safe and take care semua. – Jas (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Orang yang ambil bahan terIarang ni sebenarnya ada isu inferiority complex dan kecelaruan em0si yang sangat banyak sehingga mereka cuba hidup di alam khayalan untuk meneruskan rutin hidup seperti manusia lain supaya dilihat berguna dan berfungsi pada masyarakat.

Cuma masalah yang akan timbul ialah apabila kadar pengambilan tidak terkawal. Boleh merosakkan diri dan ahli keluarga lain. Melihat kepada ciri – ciri suami puan.Dia sebenarnya menjadi begitu sempurna kerana bantuan alat – alat khayalan ni.

Kalau takde saya rasa ada sisi per4ngai lain yang puan akan nampak. Sebelum buat keputvsan untuk bercerai saya cadangkan dapatkan khidmat kaunseling dan terapi utk menghilangkan sebarang bentuk ket4gihan. Maaf cakap saya ramai kawan – kawan yang amik ganja tapi berfungsi sama baik dengan yang tidak amik bahan – bahan khayaIan ni.

Ikut masing – masing punya kekuatan dan sokongan pasangan. Tapi syabu dan d4dah sintentik pula jarang yang berakhir dengan baik. Jadi puan kena cuba bantu dia melihat dunia dan menentukan mana yang utama antara kehendak dia atau rumahtangga puan. Solat mohon pada Allah. Moga Allah bagi puan jalan keluar yang terbaik.

Yeppeun Eomeoni : Buat solat istikarah lah sis. Nak cakap lebih pun takut silap pula. Saya pun ada kenal yang buat recreation drvg ni dan dia ambik g4nja. Member tu dah tua dah pun umur 50an anak – anak pun dah besar bini 2 orang.

Dia macam orang biasa, solat dan tanggungjawab tak culas. Cuma tu lah dia sekali sekala layan g4nja dari muda sampai dah tua ni. Tapi tak semua orang tu sama, sebab tu sis mohon lah petunjuk daripada Allah yang maha mengetahui.

Cik Ros : Tunggu lagi. Yang dok dalam penjara sebab d4dah tu berapa ramai. Memang keluar masuk sampai tua dan sampai ajaI menjemput. Tak adanya berubah. Stop la fikir diri awak tu sangat hebat dapat ubah seorang lelaki yang dah bergelumang dengan pelbagai jenis d4dah sejak muda.

Pen4gih sendiri pun dok bagi nasihat jangan ler sesekali terjebak sebab memang tak nampak jalan keluar. “Jas tolonglah jangan tinggalkan dia, Ibu boleh nampak dia sangat sayang dengan kamu, kalau kamu kerja luar dia macam tak keruan tak tau apa nak buat”.

Kalau aku jadi mentua kau pun aku cakap mcm tu. Tak nak kau tinggal anak dia pen4gih tu. Ntah – ntah tak keruan sebab putvs stok. Sekarang masih ada family dia, dan ada kerja boleh surv1ve hidup dan beli d4dah. Nanti dah ramai anak dan ekonomi pun goyah baru kau nampak dunia realiti.

Dan pen4gih memang sangat – sangat caring serta r0mantik. Ayat semua pot0ng kaki. Tapi kau tunggu waktu dia tengah ket4gih atau terputvs bekalan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.