
Saya terdengar suara macam orang nazak tu, tercungap – cungap tarik nafas tapi tak lepas. Memang mula tu nak pergi tengok, tapi bila saya pikir balik tak kan la mak saya sesak nafas kuat sangat sampai boleh dengar dekat bilik saya. Mesti ada benda lain..
#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum admin. Sementara saya tengah jaga mak mertua saya kat hospital ni, saya nak cerita apa yang terjadi dekat saya dan mak mertua saya. Dari awal lagi saya dah perasan perubahan dekat mak mertua saya.
Kadang kadang dia buat benda pelik, cakap sorang – sorang dan perangai dia pun makin lain. Mula – mula saya ingat mungkin sebab dia dah tua atau badan dia tak berapa sihat. Tapi makin lama saya duduk dengan dia, makin banyak benda pelik yang saya perasan.
Saya ada cerita dekat suami saya pasal perubahan mak dia, tapi suami saya macam tak ambil serius. Dia kata mungkin mak dia penat atau tak sihat. Tapi ada beberapa kejadian yang buat saya sendiri mula rasa takut. Saya mula terfikir mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan mak mertua saya dan saya rasa kami kena cari orang yang boleh bantu.
Sebab tu saya cadang dekat suami untuk panggil Ustaz. Tapi Husband marah saya. Dia cakap saya saja nak aibkan dia dengan mak dia. Ada satu malam tu masa saya tengah tidur dalam pukul 11 malam, suami tak balik lagi masa tu. Saya terdengar suara macam orang nazak tu, tercungap – cungap tarik nafas tapi tak lepas.
Memang mula tu nak pergi tengok, tapi bila saya pikir balik tak kan la mak saya sesak nafas kuat sangat sampai boleh dengar dekat bilik saya. Mesti ada benda lain. Lepas tu saya buka ayat Al Quran dekat fon dan tunggu Husband balik.
Masa saya buka ayat dekat fon tu suara tu jadi makin kuat pulak. Tak lama lepas tu baru berhenti. Dalam pukul 11:40 malam Husband saya balik. Saya suruh dia tengok mak. Husband saya tengok mak mertua saya tengah baring sambil selubung muka dia.
Husband panggil, “Mak, mak okey ke?” Mak mertua saya cuma jawab, “Ermmm.” Lepas tu Husband suruh saya keluar. Dia cakap mak nak tidur. Tapi dalam bilik mak mertua saya tu saya terbau macam bau hangit. Saya pun terus rasa seram entah bunyi apa yang saya dengar tadi.
Esok tu, waktu saya nak mandi masa nak solat Asar, saya rasa macam ada benda bernafas dekat tepi telinga saya, macam orang tarik nafas dalam – dalam lepas tu hembus kuat – kuat dekat telinga saya. Lepas pada semua kejadian tu saya terus paksa suami saya cari jugak orang untuk ubatkan mak mertua saya ni sebab saya rasa benda tu dah makin melampau kacau saya.
Dia macam marah sebab saya usaha nak ubatkan mak mertua saya ni. Saya cerita setiap gangguan yang saya kena sampai menitis jugak lah air mata saya ni. Saya cakap, “Kalau Abang tak percaya lagi, Abang jangan terkejut kalau saya lari rumah. Kalau lama – lama macam ni saya boleh gila kalau hari – hari ketakutan.”
Malam esok tu suami saya panggil Ustaz dari Terengganu datang rumah saya. Masa Ustaz tu sampai mak mertua saya tengah makan. Belum sempat cakap apa – apa lagi, mak mertua saya bangun dari meja makan dan cakap, “Sampai hati korang berdua buat mak macam ni.”
Mula tu mak saya dia macam nak naik angin. Dia dah siap berdiri sambil mata melilau pandang kawasan rumah. Husband saya pun cakap, “Tak kan mak nak biar je benda tu dalam diri mak.” Mak mertua saya terus gelak dan duduk depan Ustaz. Ustaz tu pun mula lah start berubatkan mak saya. Masa berubat tu takde apa – apa jadi pun. Macam kena rasuk ke, meronta – ronta ke, takde. Cuma mak saya cakap badan dia panas dan pedih.
Masa berubat tu mak saya muntah warna hitam, busuk bau macam bangkai tu. Ustaz tu cakap tu benda – benda kotor dalam perut mak mertua saya. Ada sekali tu masa Ustaz tengah ubatkan mak saya, ada bunyi macam orang berlari atas bumbung. Lepas siap berubat, saya minta Ustaz untuk pagarkan rumah sekali.
Masa Ustaz tu tengah pagar rumah, Ustaz tu cakap rumah saya ni dikelilingi oleh roh – roh keturunan mak mertua saya yang dah meninggal. Bila saya pikir balik, jauh betul tersasar aqidah keturunan mak mertua saya ni. Ustaz tu cerita masa dia masuk rumah saya dia kata rumah saya ni panas dan gelap.
Dia kata dia tengok muka mak saya tu dari segi halus, muka mak saya tu dah hitam sebab dari batinnya mak saya tu kepanasan. Pendamping mak mertua saya tu jenis hantu raya. Belaan tu dari keturunan nenek moyang mak mertua saya lagi. Benda tu yang jaga keturunan mak mertua saya ni dari dulu.
Tapi yang peliknya Husband saya memang tak tahu apa – apa pasal benda tu. Lepas dia tahu tu dia terus meremang. Ustaz tu kata pendamping mak mertua saya ni dia berupa macam makhluk yang berbulu warna hitam, berbadan besar dan mata merah.
Kadang – kadang dia boleh berupa macam mak mertua saya. Agaknya malam yang saya tengok mak mertua saya sikat rambut tu mungkin belaan mak mertua saya. Benda tu memang minta dijamu dengan daging mentah. Lepas tu setiap malam Jumaat kena buka tempayan untuk bagi benda tu minum air dari tempayan tu.
Alhamdulillah keadaan mak mertua saya dah beransur pulih. Dah takde puja – puja ni. Tapi saya tetap kena ulang alik ke Terengganu nanti untuk teruskan berubat. Tapi mak mertua saya ni jadi tak banyak cakap dan kurang selera makan.
Sekarang ni badan dia penuh dengan lebam – lebam tu yang kena tahan wad kat hospital. Tak pasti kenapa. Ustaz tu ada jugak bekalkan air penawar untuk mak saya. Cuma kadang – kadang tu dia macam bercakap sorang diri pulak. Tapi Ustaz tu cakap yang benda tu tak boleh buang terus.
Ustaz tu cuma mampu jauhkan dulu je benda tu pada mak saya sebab benda tu dah beratus tahun hidup dalam keturunan mak mertua saya tu, payah nak buang. Benda tu cuma boleh tengok dari jauh je gerak geri mak saya. Jadi Ustaz suruh saya untuk selalu buat majlis bacaan Yasin kat rumah ni. Tempayan tu suami saya dah simpan dalam stor belakang rumah. Mak mertua saya pun takde tanya mana tempayan tu pergi. Doakan urusan mak mertua saya dipermudahkan dan semoga dia sempat bertaubat.
Komen Netizen :
Rohanah Talip : Syukur Alhamdulillah, moga mak mertua sis pulih dari segala gangguan syaitan tu. TT anak menantu yang baik berusaha untuk membantu MIL ke arah jalan yang lurus, semoga sis sekeluarga sentiasa dilindungi dan dikasihi Allah juga segala urusan yang akan datang dipermudahkan. InsyaAllah. Aamiin.
Jaidah Duli : Seram pula aku baca cerita sis ni. Apa – apa pun semoga mak mertua sis cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan sis dalam perubatan tu ya. Aamiin ya rabbal alamin.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.