Baru seminggu kahwin, teruk aku dikerjakan suami. Sambil loud speaker, suami bangga ‘ajar’ aku bagi ibu aku dengar. Alasannya aku kurang ajar

Aku disahkan mengandung. Tetapi setelah aku dapat WhatsApp dari bekas suami, “Saya menceraikan Nur Hamizah sekian – sekian dengan talak 3”. Bila pergi mahkamah, suami kata dia sengaja gertak pasal cerai. Terus jadi tak sah talak. Senangkan jadi lelaki..

#Foto sekadar hiasan. Bagaimanakah seorang bekas isteri nak hadap perangai bekas suami? Cerita aku bermula pada 2020. Kami berkenalan terlalu singkat sehingga dua – dua buat keputusan untuk berkahwin. Waktu tu aku sedang mengenali seorang lelaki pada masa yang sama.

Tapi entah kenapa aku terima jugak bekas suami aku ni dari lelaki tu. Mungkin disebabkan ekonomi dia stabil. Sebab dia sebut yang dia dah ada rumah sendiri di kala umur yang masih muda. Mempunyai kereta yang cukup selesa. Mempunyai simpanan yang boleh terus kahwin tanpa perlu menyimpan.

Jadi aku rasa dia seorang lelaki yang pandai uruskan duit dari aku yang kerja dah bertahun tapi sedikit simpanan atau harta pun tiada. Setelah keputusan berkahwin dibuat aku nak berjumpa ibu bapa dia sebab bagi aku kunci utama marriage tu kekal adalah mertua yang baik perangainya.

Sebab terlalu banyak kes cerai berai kerana mertua. Bila aku jumpa mereka, aku lihat ok mereka baik dan normal. So the wedding is on. Tapi hari demi hari, lagi dekat tarikh perkahwinan lagi nampak belang bekas suami. Aku dah ragu – ragu nak berkahwin.

Aku minta putus tapi dia tak nak. Bila aku nyatakan hasrat ni ke family, ibu aku cakap, “jangan malukan keluarga”. Sedih sangat apabila parent kita belum apa – apa dah dibrain wash oleh “bakal suami”. Jadi the wedding pun selesai.

Hahahaha aku hanya mampu bertahan seminggu sahaja kahwin tanpa ada masalah. Seminggu selepas tu aku dipukul ye. Ye dipukul dengan restu ibu aku. Alasan dibagi bekas suami sebab aku tak bagi dia cek telefon aku. Dia hentak aku ke katil, dia tekan lutut dia dekat aku sambil loud speaker dengan ibu aku sambil bangga cakap aku ni kurang ajar so dia nak ajar isteri.

Saat tu tuhan je tahu. Sedih dia ya Allah. Start dari situ suami akan selalu pukul jika dia tak puas hati. Kononnya aku masih contact lelaki yang aku berkawan semasa aku mengenali bekas suami ku. Demi Allah bermulanya lafaz nikah aku memang tak contact langsung dengan mana – mana lelaki yang boleh mendatangkan curiga.

Aku putus berkawan dengan semua kawan termasuk kawan – kawan perempuan. Dia kata kawan – kawan aku pengaruh buruk dekat aku. Kami pernah bergaduh teruk sehingga aku call polis datang ke rumah. Tapi malangnya polis tu dengan selamba cakap, “hal rumah tangga kami tak masuk campur”. Padahal dah terang – terang bekas suami baru sahaja pukul aku.

Hentak badan aku kat dinding, cekik aku, cengkam lengan aku sekuatnya sehingga dia puas. Yes aku balas tapi kudrat perempuan takat mana je. Start dari tu aku tekad hendak bercerai. Ibu bapa aku sanggup buang aku sebagai anak kerana hasrat aku hendak bercerai. Sedih tapi aku paham mereka tak tahu apa sebenarnya berlaku.

Mereka hanya mengetahui cerita dari bekas suami tanpa aku defend diri. Benda ni berulang – ulang. Pukul baik pukul baik. Aku sampai berdoa, “Ya Allah bagi lah aku mengandung, mungkin dengan kehadiran anak ni bekas suami akan berubah”.

April 2021 aku disahkan mengandung. Tetapi setelah aku dapat WhatsApp dari bekas suami, “Saya menceraikan Nur Hamizah sekian – sekian dengan talak 3”. Waktu tu aku bercelaru. Sedih. Tapi aku rasa macam gembira. Entah lah. Pergi ke mahkamah buat pengesahan, hakim buat keputusan talak tak sah sebab bila ditanya bekas suami, “apa niat kamu?”

Bekas suami jawab, “saja bagi gertak – gertak, nak ajar isteri saya”. Senang kan? Nak talak nak tak jadi talak. Senang je jadi lelaki. Sedikit pun hakim tak tanya dekat aku apa – apa. Jadi talak tak sah kami pun back macam suami isteri. Try duduk 1 rumah sama – sama.

Oh ya waktu tu aku masih bekerja di syarikat tersohor jugak. Gaji ok bonus ok. Tapi! Aku dipaksa berhenti kerja. Bekas suami aku hubungi GM department aku cakap bahawa aku depress dekat rumah sebab kerja so berhentikan aku. Tak cukup tu dia call semua rakan kerja aku, dia godak dalam handphone aku, cakap jangan ganggu aku dan jangan pengaruh aku. Kerana tindakan dia, aku malu.

Aku depress sehingga aku MC terlalu banyak dengan aku mengandung waktu tu. Jadi aku berhenti kerja dengan jaminan dia, dia akan support aku sehingga aku dapat kerja semula selepas bersalin. Hahahaha semua tu “bullshit”. Aku dah berhenti kerja dia tak bagi aku langsung duit, makan minum, duit sewa rumah aku.

Apa pun dia tak bagi. Jadi kami terpaksa keluar dari rumah sewa aku dan deposit 3 bulan yang susah payah aku dapat tu burn macam tu je sebab bekas suami aku. Kerja tiada, rumah tiada, duit tiada. Aku nekad duduk di rumah ibu aku sebab semasa aku duduk dengan bekas suami, dia akan marah aku kalau aku muntah dalam sinki.

Dia kata kotor jijik. Bila aku teringin makanan, nasi goreng murah je, dia beli dan aku hanya makan sikit dia akan maki aku sebab susah kan dia. Ya Allah aku takkan lupa saat – saat aku mengandung anak dia, dia layan aku macam binatang.

Selama aku mengandung aku dijaga oleh ibu aku. Sedikit duit pun dia tak bagi. Sepanjang mengandung ada beberapa kali aku kena pukul. Yang aku ingat ialah aku nak balik rumah mak aku sebab aku dah tak larat layanan dia macam ni, dia lempang aku berdesing ya Rabbi.

Yang kedua masa aku sarat, dia datang rumah ibu aku, cakap nak guna kereta aku nak ke KL sebab nak jumpa kawan. Aku tak bagi lah. Jumpa isteri tak tapi nak pinjam kereta pandai pulak balik. Kerana tindakan aku tak bagi dia hentam bertalu – talu kereta aku.

Aku dengan sarat mengamok ambil kunci kereta pukul dia. Tapi dia balas dengan mengheret aku ke dalam rumah sambil tarik aku di kala aku sarat. Dia buat semua tu bersaksikan ibu aku. Ibu paksa dia lepaskan aku, aku terus ambil penyapu pukul dia halau dia dari rumah ibu.

Dengan batuk – batuk kena cekik tuhan je tahu kudrat aku tahap mana. Oh ya aku check up mengandung dia langsung tak teman tak bayar apa pun. Dia cakap standard aku level kerajaan. Sebab aku dan ibu dah rancang ingin bersalin di hospital swasta.

Dengan anak aku songsang, dengan fibroid sebesar anak aku. Dia langsung tak heran. Hari aku bersalin dia tiada di sisi. Datang esoknya. Datang tanpa membawa sesen duit nak topup bil hospital. Siap cakap dengan ibu aku, “sesen pun takde ni ha”.

Kasihannya ibu aku. Percaya kan menantu, sayang kan menantu, end up dilayan macam sampah. Hari pantang ke 3 aku ditampar sekuat – kuat sampai cermin mata aku terpelanting jauh depan anak yang baru lahir. Kerana? Ok macam ni.

Aku ternampak mesej mertua aku mesej bekas suami aku terpapar di depan telefon dia. Tanpa buka aku boleh nampak dan baca. Waktu tu bekas suami sedang mandi. Mertua aku cakap, “jangan percaya cakap mama Miza tu, perangai macam apa entah. Mama Miza tu teruk, pedulikan je”.

Waktu tu tangan aku menggigil. Ya Allah ibu aku yang ambil alih tanggungjawab dia sebagai suami. Dengan beri aku tempat tinggal, makan minum, baju mengandung, check up, beli barang baby, urut aku tiap – tiap malam, tenangkan aku di kala aku sakit dan bayar bil hospital.

Siapa tak marah bila orang yang patut aku anggap sebagai mak yang layan aku macam sampah cakap pasal ibu aku. Lalu aku call mertua aku bertanya, “apa masalah mama dengan mama Miza?” Dia jawab, “ko jangan nak kurang ajar ok, biadap” bla bla bla makian dia sehingga suami aku keluar toilet dengar mak dia maki aku terus dia lempang aku.

Di saat tu aku dengan dalam pantang tiba – tiba kudrat aku kuat. Aku halau dia dari rumah tu dan aku nekad bercerai. Sejak dari hari tu dia langsung tak cari aku walau aku ada cari dia sebab anak menangis macam rindu kan ayah dia. Tapi tak diendah langsung.

Setelah berapa bulan aku nak start kerja balik. Aku failkan penceraian. Ambil masa lama tapi akhirnya dilafazkan jugak. Dengan bersyarat aku tak boleh tuntut harta sepencarian, nafkah tertunggak dan edah. Waktu tu aku terlalu inginkan penceraian.

Kesan aku terima bila terikat dengan dia ialah aku cuba apply bantuan kerajaan tetapi ditolak walaupun aku tak bekerja dan ada tanggungan sebab dalam sistem LHDN, suami aku terlebih mampu. Jadi dia beruntung aku tak sabitkan dia pukul aku dan tak tuntut apa – apa duit dari dia.

Hakim buat keputusan dia bayar RM200 sahaja nafkah anak. Kerana kononnya itu sahaja dia mampu. Dia cakap dia akan bayar insurance anak so dia tak boleh bagi aku duit lebih. RM200 dengan basic gaji 6 hingga 7K belum termasuk duit elaun. Mengucap aku.

Waktu anak aku masuk hospital, aku minta kad insurance yang kononnya ada, rupanya tiada ok. Hahaha end up pakai kad insurance yang aku masukkan selepas aku dapat gaji pertama. Semasa anak aku masuk hospital dia hanya datang melawat sejam ambil gambar upload ke media social dan terus balik.

Tanpa fikir aku yang haru biru 3 hari yang baru bekerja. Dia? Tak bekerja sebab cuti. Aku buat aqiqah anak dia langsung tak bagi sesen pun. Datang hanya nak ambil gambar dengan anak dan balik. Bila aku offer dia jaga anak sekejap sementara aku ada urusan so sambil – sambil dia boleh jumpa anak, dia cakap dia bukan bibik.

Tanya khabar anak pun tak. Tapi aku ok sebab tak kacau emosi aku. Aku dah ada life sendiri. Walaupun 80% aku yang sara anak dengan duit sendiri. Nak beli cekodok RM1 pun fikir 10 kali sebab nanti duit anak tak cukup. Sedih dia tuhan je tahu.

Balik kerja terus uruskan anak. Tak tidur malam sebab anak sejenis high demand. 6am dah kena pergi kerja. Sekarang anak aku dah 4 tahun. Sekejap je masa berlalu. 4 tahun aku hadap bekas suami punya perangai. Tahun lepas dia failkan saman dekat aku sebab tak bagi jumpa anak.

Well aku mestilah ada sebab. Dan bukan tak bagi terus tapi tarikh yang dia nak tu memang tak boleh. Selama anak aku lahir dia boleh je jumpa anak bila – bila masa. Tapi dia nak jugak saman aku. Korang tahu tak, upah lawyer bayaran dia 3 hingga 5K. Pelik tak dia ada duit pulak.

Kebajikan anak? Kehendak anak? Dulu tahun 2024 aku pernah failkan hadhanah dan nafkah anak. Korang cuba bayangkan lah, dia cakap anak bagi dia jaga, walhal dia kerja offshore, so bila dia takde mak dia jaga. Dah tu mak dia dan family dia fitnah anak aku ni anak lorong.

Lawak kan dia ni. Lepas tu nafkah dia cakap kerana aku yang nak cerai so aku lah yang tanggung. Aku minta duit makan anak RM7 sehari dia cakap tak payah makan je apa ada. Eh banyak lagi lah. Kerana kebodohan dia tu dan amarah aku, aku hired lawyer dengan cost hampir 5K. Tapi aku menang.

Tapi hati aku cakap kalah sebab hak jagaan aku dapat sepenuhnya tapi dia boleh jumpa anak bila – bila masa tanpa aku sekat. Tak kisah lah ada hal ke takde hal. Nafkah pula dia bagi RM500 dari RM1000 aku minta sebab kononnya dia banyak tanggungan hutang. Dan dia cakap aku yang kena tanggung half dari amount tu.

Apa korang akan buat kalau jadi aku? Macam mana nak kawal emosi trauma dengan apa yang dia dah buat? Btw minggu depan aku naik mahkamah bicara kes dia saman aku sebab aku tak share no aku dekat dia. Walhal dia ada je no nak contact pasal anak. Doakan permudah ye kalau tak aku kena penjara.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :