Adik umur 4 tahun pun minum susu lagi, nanti bila b3rak saya la yang kena basuh

Saya berumur 14 tahun dan anak sulung. Saya rimas duduk rumah. Sebab saya anak sulung dan anak perempuan, saya kena buat semua kerja rumah dan jaga adik. Bila saya mengadu dekat mak pasal adik lelaki tak buat apa, mak cakap, “kenapa nak bezakan hang dengan dia, hang tu perempuan”.

#Foto sekadar hiasan. Hi, saya perempuan, berumur 14 tahun dan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Ayah saya bekerja sendiri dan mak saya seorang nurse di hospitaI semi government. Saya sulung, adik lelaki 13 tahun, adik perempuan 11 tahun, adik perempuan lagi 7 tahun dan yang bongsu adik lelaki 4 tahun. Saya rasa rimas duduk rumah, saya tak ada bilik sendiri, tak ada pr1vacy langsung. Saya ada 3 kawan baik tapi sorang pindah tinggal la 2 orang, tahun lepas sekelas tapi tahun ni diorang masuk kelas lain, tinggal la saya sorang.

Bila kawan bertiga ni mesti ada sorang yang tersisih, saya la tu. Jadi rasa tak best nak pergi sekolah kalau tak ada kawan, tapi dalam masa yang sama saya tak suka duduk rumah. Saya kena sidai baju, sapu sampah. Kalau masa dekat sekolah, saya yang kena ir0n baju adik perempuan saya yang 7 tahun tu, saya jugak yang kena susun buku sekolah dia ikut jadual. Adik lelaki 13 tahun, sekolah ke tak sekolah ke sama je kerja dia duduk rumah main phone, mengadap laptop satu kerja pun tak pernah buat.

Adik perempuan 11 tahun dia tolong angkat baju je, adik perempuan 7 tahun pula kena tukar lapik kaki depan bilik air. Saya ada masalah susah nak tidur malam, memang susah sangat. Setiap kali nak tidur mesti rasa sesak nafas sebab asyik fikir pasal m4ti, tak nak fikir pun mesti terfikir juga. Kalau nak tidur awal pukuI 11 sekali pun, pukuI 5 pagi tu belum tentu dah tidur, memang ngantuk macam mana sekali pun tak boleh tidur.

Jadi lepas subuh memang sambung tidur balik, bila bangun lambat mak terus marah kata, “bangun lambat, mandi, keluar bilik masa makan je, satu kerja pun tak buat”. Selalu la macam tu bangun lambat je terus cop tak buat kerja padahal adik lelaki tu pun tidur lambat sebab main phone, bangun lambat juga tapi tak pernah pun dia kena marah. Bila saya kata kat mak pasal benda ni nanti mesti dia marah balik, “kenapa nak bezakan hang dengan dia, hang tu perempuan”.

Jadi faham la kat sini, dia kata sebab adik saya tu lelaki, sebab tu dia tak kena buat kerja rumah. Memang nangis teruk masa ni, tak sangka mak sendiri fikir macam ni. Saya selalu kena marah sebab selalu duduk dalam bilik main phone je kerja katanya. Saya memang tak suka keluar bilik, setiap kali keluar, mesti kena suruh buat kerja lain yang tak sepatutnya saya buat pun.

Kalau ikutkan adik lelaki tu kena isi air dalam botol jeeee, kira kerja paling senang la tu, satu kerja tu je dia kena buat tapi dia buat sekali tu je la waktu mak suruh tu kemudian sampai sekarang tak pernah buat kerja langsung. Dia paling pentingkan diri, paling degil, memang dengan mak ayah sendiri pun kurang ajar apa ntah lagi dengan orang lain. Mak suruh pot0ng kuku dia yang panjang tu pun sampai nak kena jerit – jerit, banyak kali suruh tapi sampai sekarang tak pernah nampak lagi la dia pot0ng kuku.

Tapi untung la dia, per4ngai macam tu pun mak ayah masih manjakan dia. Sama la macam adik lelaki yang bongsu tu, dia buat salah, orang lain yang kena marah, memang paling manja la. 4 tahun minum susu lagi, bila b3rak orang yang kena basuhkan, ha saya la orang tu. Sedih betul hidup ada masalah family ni, kadang – kadang sampai satu tahap memang fed up giIa, tak rasa nak bvnvh diri, tapi rasa nak tekap bantal kat adik sendiri, memang tak tahan masa tu tapi alhamdulillah tak pernah la nak buat dia, macam tiba – tiba terfikir je tapi tak pe la.

Adik lelaki saya tu sepatutnya dia kena duduk rumah penjaga tapi sebab dia tak nak, mak ayah pun ikut je la cakap dia, siapa yang kena ikut siapa sebenarnya Jadi setiap kali mak ayah kerja saya la yang kena jaga dia, dengan tak boleh tidur, tak cukup tidur kemudian kena bangun awal pula sebab nak kena buat breakfast kat dia, nak mandikan dia lagi.

Str3ss memang str3ss tapi apa boleh buat kan. Memang manja terlebih sangat la sampai menyusahkan orang. Mak ayah memang akan bayar kat penjaga tu walaupun adik saya tu tak pergi pun kat rumah dia. Apa guna bayar kalau tak pergi kan, tapi bila cakap macam tu kat mak, mak akan cakap, “kesian kat dia, kesian kat dia” sebab penjaga tu garang.

Tapi tu la mak kesian kat dia tapi tak kesian kat saya, kalau macam tu baik bayar duit tu kat saya je kan. Ini nak tambah saje, mak ayah selalu suruh belajar rajin rajin, kita pun belajar la elok elok. Tapi bila dah dapat naik pentas, mak ayah tak pergi pun.

Orang lain semua pergi tangkap gambar semua dengan family, kita ni duduk rumah sebab mak ayah tak pergi. Kadang – kadang rasa macam, dalam setahun tu tak kan tak boleh mintak cuti sehari je nak pergi tengok anak sendiri naik pentas. Kadang – kadang tu mak cuti tapi tak pergi pun majlis tu, mak bagi alasan sebab tak nak bawa adik. Padahal boleh je hantar kat penjaga sekejap, tapi tu la masih bagi alasan yang sama “kesian kat dia” tapi tak kesian kat saya, huhu.

Memang setiap hari akan nangis sebab benda yang sama, str3ss sangat sangat sangat tapi tu la tak ada siapa kisah. Rasa puas sebab dapat luah, selama ni pend4m sorang – sorang je. Terima kasih kalau ada yang baca sampai habis, saya appreciate. – An0nym0us (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fadzilah Musa : Ini contoh luahan, jawapan dari pihak anak kepada confession ibu yang anaknya nak bvnvh diri haritu. Kesian sekolah menengah lagi dah ada masalah sukar tidur. Oohhh ibu bapa, tak tahu nak kata apa. Dik, belajar rajin – rajin. Cuba focus dengan SPM akan datang ni. Cuba walaupun macam susah sebab kena jaga adik kecik semua Mak – mak jaga anak kecik pun str3ss luah kat fb. Satu je caranya, adik dapatkan keputvsan yang bagus, boleh masuk universiti. Jadi boleh jauhkan diri dari semua tu. Ok

Ct Siti : Dari penulisan kita tahu adik ni seorang yang bijak. Belajar pandai – pandai dan atur masa depan yang baik ya. Mak tak perasan tu, dia pun penat bekerja. Umur gini fasa awak perlu dilayan seperti kawan – kawan oleh ibu bapa. Cumanya mereka sibuk dan awak diminta bantu mereka. Itu yang jadikan awak penat dan rasa tak dihargai. Perkataan maaf dan terima kasih tu simple je tapi tak ramai ibu bapa nak cakap kat anak – anak.

Nor Haniza Harun : Adik, bagus tulisan adik. Achik paham, biasalah anak perempuan. Tapi 1 hari nanti adik akan berterima kasih pada mak sebab dah ajar adik ilmu kehidupan. Bab tak boleh tidur tu, cuba biasa tetapkan masa, contohnya pukuI 11 malam, cuba jugak pejam mata atau pun ambil buku – buku yang serius. Cuba baca. Selalunya buku – buku yang serius ni orang cepat bosan. Takpe je kalau nak meluah, pm achik. Achik boleh jer dengar masalah awak sayang. Jadi anak yang baik ye. Semoga bahagia akan selalu ada dengan awak. Keep str0ng princess.

Junita Abd Rahman : Acik tak pandai nak bagi pendapat. Tapi acik ambik pengajaran dari cerita adik. Mudah – mudahan acik tak jadi ibu yang salah mengasuh anak. Terima kasih kerana berkongsi cerita adik. Doa banyak – banyak ye dik. Minta la adik lelaki tu tiba – tiba jadi rajin, ada rasa empati pada adik. Bab tidur tu, rasanya, Alang – alang susah nak tidur, gi la settIekan kerja rumah. Bila badan penat, mungkin boleh tidur lena.

Kalau dapat tidur pukuI 1 pagi pun ok. Dari pukuI 5 pagi pun tak tidur lagi. Kan? Adik cuba dulu ye. Cuma kena happy kan diri. Jangan rasa terbeban dengan kerja – kerja rumah. Buat sebab adik suka tengok rumah bersih, baru adik rasa tenang nak mengemas. Dan mula mengemas pada masa adik – adik dah tidur. Jadi, tak la sambil mengemas, sambil orang lain menyepah.

Kloe Kloey : Terima kasih kepada adik kerana menulis. Makcik harap adik dapat bersabar sebab ini semua akan berlalu. Ini semua bukan salah adik. Cuma adik perlu sayangkan diri dan jangan terjerumus dalam kancah masalah yang lebih besar. Kepada ibu bapa pula patutlah ambil pengajaran dari tulisan tulus mulus dari adik ni. Tengoklah berapa ramai lelaki yang tak bertanggungjawab di luar sana hasil dari ibubapa yang tak sempat mendidik anak – anak mereka.

Anak – anak ini satu hari nanti pasti akan menyahut panggiIan h0rmon mereka untuk ‘berkahwin’ walau langsung tidak tahu tanggungjawab perkahwinan. Masalah ini akan diwariskan pula untuk the next generation. Boleh tak saya nak cadangkan, kalau tak tahu dan tak mahu mendidik anak maka janganlah buat anak?.