Perempuan tu kata dia nak datang meminang suami saya , jika saya menolak dia ajak naik mahkamah

Menurut ceritanya pada suami, dia diceraikan kerana sering tidur akibat kesan sampingan ubat yang di ambil. Suami saya bersimpati dengan nasib perempuan tu. Awal tahun ni saya dapat tahu berita yang meng3jutkan, ketika itu suami sedang dalam kuarantin positif covid..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tujuan saya menulis di page ini adalah untuk memohon doa kalian dan pendapat dari semua. Suami saya baru berkahwin lagi satu pada awal tahun ni. Saya tidak men3ntang poIigami ye wahai lelaki tetapi perlu ada kriteria yang melayakkannya. Suami saya tidak layak dari segi pendapatan. Saya sendiri tidak faham mengapa dan apa yang menyebabkan jadi begini pada rumahtangga saya. Kisahnya bermula pada PKP tahun lepas awal bulan 3, perempuan janda anak 1 ini menghubungi suami melalui massenger facebook.

Untuk pengetahuan perempuan ini pernah praktikaI di tempat kerja suami 7 tahun yang lalu. Ketika itu hubungan sebagai rakan sekerja. Selepas tamat praktikaI hubungan terputvs dan perempuan itu berkahwin dengan orang lain. Tetapi selepas bercerai perempuan ini mula mencari lelaki yang boleh dijadikan tempat bersandar, Mungkin. Untuk pengetahuan perempuan ini disahkan bip0lar dis0rder dan mempunyai surat daripada HospitaI. Menurut ceritanya pada suami, dia diceraikan kerana sering tidur akibat kesan sampingan ubat yang di ambil.

Namun saya rasa bukan itu sebab utama. Perempuan ini meraih simpati dari suami dengan pelbagai cerita sedihnya sehingga suami bersimpati. Saya tidak pasti janji apa yang mereka menterai tetapi perempuan itu bertekad datang ke sini dari negeri P tempat tinggalnya untuk memulakan hidup bersama suami. Saya dapat menghidu hubungan mereka setelah saya melihat perubahan sikap suami yang tidak berenggang dengan telefon sepanjang masa. Saya juga telah cuba menasihati bukan meny3rang perempuan itu melalui massenger. Perempuan itu memang berjanji tidak mengganggu.

Tetapi kejahatan mereka terserlah selepas perempuan itu mula menyebarkan a1b – a1b rumahtangga saya kepada keluarganya dan meny3rang saya bertubi – tubi sehingga a1b di atas katil. Saya sungguh kecewa dengan suami kerana mengapa perlu mencari salah isteri jika ingin bercinta lain. Sikap giIa perempuan itu m4kin terserlah dengan mengatakan dia akan datang pada bulan Jun tahun lepas untuk meminang suami dan jika saya menolak dia mengajak saya naik mahkamah. Memang kelakar.

Di sini saya ingin bertanya orang yang ada bip0lar dis0rder sikapnya bagaimana. Saya rasa bukan sebab peny4kit ini tetapi memang perempuan ini sikap begini. Sebab itu bekas suami perempuan ini serik. Dan yang pernah mer0yan dan mengganggu adalah perempuan ini sehingga sanggup meny3rang kawan perempuan bekas suaminya. Setelah perempuan ini dapat cinta suami, dia meny3rang saya kerana menghalang. Saya memang menghalang dengan cara giIa saya. Saya cari keluarga perempuan itu, saya beritahu pada keluarga mertua dan saya laporkan pada polis atas ugvtan perempuan itu.

Permainan mental ini m4kin menjadi – jadi dengan dia pusing cerita. Perempuan itu menga1bkan saya di facebooknya dengan mengatakan saya seorang yang mentaI dan tekanan perasan. Dia tak mahu pun suami saya kerana dia muda bergetah masih muda. Perempuan itu mengatakan saya menfitnah dirinya dengan cerita – cerita a1b. Saya hanya diam kerana saya ada bukti – bukti ser4ngannya di massenger. Perempuan itu berjaya datang ke sini dengan mengaburi mata semua orang yang dia nak bekerja.

Pada ketika itu hubungan dengan suami terputvs juga. Tetapi diam – diam masih berhubung walaupun pelbagai taktik saya telah guna termasuk live location. Saya juga telah cuba berubah untuk jadi seperti yang suami nak dengan niat menjaga amanah rumahtangga. Tetapi takdir Allah, Awal tahun saya dik3jutkan dengan berita ini. Itupun setelah hari ke 9 suami kuarantin di rumah kerana positif covid 19, dia keluar berjumpa. Saya mendesak bertanya selepas dia pulang ke rumah. Ternyata saya sangat kecewa.

Suami telah berkahwin dengan perempuan itu.  Kerana perempuan hilang pekerjaan, perempuan itu mencari suami di tempat kerja suami dan mengugvt ingin membvnvh diri serta mencipta alasan semua keluarga perempuan itu membuang dan tidak peduli pada perempuan itu. Ceritanya meratap – ratap hiba, merayu – rayu suami dan berjanji untuk menjaga suami sekiranya saya tidak mampu memuaskan nafsu suami. Ya, itu memang kelemahan suami. Berpegang pada janji mereka dulu, mereka nekad berkahwin.

Diuruskan oleh perempuan ini. Dengan penuh keangkuhan, saya tidak mampu memuaskan nafsu kerana nafsu suami besar. Paling menyedihkan saya lagi selepas beberapa hari cerita suami berkahwin saya pula disahkan positif covid. Sepanjang kuarantin di rumah kerana tiada gejala, Di dalam bilik saya menangis sedih. Sepanjang kuarantin 11 hari saya sendiri uruskan makanan untuk saya sedangkan suami ketika kuarantin 4 kali sehari saya hantar ke bilik. Mujur ibu ayah saya ada di rumah kerana tidak boleh pulang ke kampung kerana PKP. Anak – anak saya juga diurus ibu bapa saya. Terima kasih Ya Allah.

Setelah saya tahu rahsia suami berkahwin, suami panjang langkah. Dia berkemas untuk duduk di rumah perempuan itu selama 3 hari. Tetapi disebabkan em0si saya yang tidak stabil, saya membungkus semua baju suami dan saya minta suami tinggal di sana selama 2 bulan. Saya juga nyatakan ‘pergiIah, nikm4tilah bulan madu indah ke syurga. Lihatlah warna sebenar kehidupan rumahtangga’. Tetapi tidak sampai 2 minggu suami balik bergilir – gilir selang sehari kerana keluarga mertua mula campur tangan.

Em0si saya sem4kin stabil walau hati terIuka teruk. Saya tidak lagi berdoa untuk suami kerana mempermainkan waktu kerja dan 0vertime dengan menipu saya sedangkan mereka berdating waktu itu. Waktu yang suami katakan bekerja itu juga dia pergi berkahwin. Suami juga dinaikkan gred yang diidam – idamkannya hujung tahun lepas. Saya katakan rezeki anak – anak tetapi dengan sombong dia berkata itu rezeki kahwin 2. Dengan ibu bapa saya juga suami kata mampu. Perempuan itu tahu tentang keadaan gaji suami yang tidak mampu menyara 2 rumah.

Tetapi tetap giIa mahukan suami dengan sanggup membayar sewa sendiri dan membiayai perbelanjaan di rumah mereka sendiri. Begitulah keadaan dan ketaksuban perempuan itu pada suami dan pada lelaki. Kerana dari zaman belajar memang perempuan ini fokusnya adalah lelaki. Cemerlang dalam pelajaran juga. Hidup rosak kerana lelaki. Sekarang dia dalam fasa untuk bangkit dari hidup dan membina keluarga dengan cara memusn4hkan hidup orang lain. Pentingkan diri sendiri dengan mempergunakan kelemahan suami untuk sanggup jadi h4mba s3ks.

Tentang saya pula, memang saya ingin tamatkan perkahwinan ini. Memang semua perempuan jika kena begini memang mahu tamatkan saja. Tetapi secara waras saya ada misi yang perlu saya capai. Perempuan itu memang niatnya begitu. Walau dengan suami dia cakap ingin tumpang kasih tetapi minta suami berterus terang pada saya mereka sudah berkahwin. Penuh dengan motif mahu saya bercerai. Misi saya menyimpan duit dan jika satu hari nanti, j0doh saya sampai di sini, saya terima dengan hati terbuka.

Namun kini saya banyak bermain ps1k0logi dengan suami. Saya tidak meny3rang perempuan itu kerana suami saya pun sama gatal. Saya juga tidak akan menyerah kalah pada perempuan itu kerana keperluan yang suami ada semua untuk anak – anak saya. Suami memang baik tidak culas dari segi nafkah. Apa yang saya minta dan anak minta dia tunaikan. Tetapi soal nafsu yang buat dia begitu. Saya terima kekurangan itu. Tetapi kekurangan saya, suami cari. Allah ada. Di page ini saya mohon kawan – kawan pembaca yang budiman, doakan kekuatan buat saya dan keadilan untuk saya Allah tunjukkan secepat mungkin.

Saya tidak sempurna. Manusia biasa seorang isteri yang sentiasa cuba untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan. Namun tetap dis4kiti dan dikecewakan dengan kelemahan yang dik0rek. Dituduh t0mb0y kerana berambut pendek dan nafsu tidak normal. Saya ingin membuat pertanyaan adakah tidak normal hubungan keIamin seminggu 2 kali atau sekali. Adakah normal setiap hari hubungan kelamin. Mengikut pendapat saya, mengikut keadaan kita kerana tanggungjawab urusan seharian lain yang kadang kala buat kita rasa letih dan leIah.

Untuk kaum lelaki, saya tegaskan saya tidak menentang poIigami. Tetapi cukupkan bukan sahaja duit tetapi masa, ilmu dunia dan akhir4t serta kerjasama dengan isteri. Sekiranya semua diserahkan pada isteri itu tidak adil. Dari pagi sehingga ke malam urusan tidak pernah habis adakah perlu disalahkan isteri sentiasa. Hidup hanya mengejar nafsu dan layanan manja serta rengekan perempuan pengg0da. Buat suami, adakah seronok hidup berdua sahaja dengan perempuan itu dan berjalan sana sini mengikut rentak perempuan muda itu.

Sekali lagi minta doakan saya. Tujuan page ini adalah untuk cabang saya meluahkan rasa yang sangat s4kit. Saya rasa lega sekarang. Boleh juga cadangkan kepada saya ilmu – ilmu untuk pedoman saya. Untuk perempuan itu yang ada juga dalam page ni, saya doakan hidup anda tidak akan tenang. Hiduplah atas kemusn4han orang lain. Semoga Anda akan rasa nanti. Terima kasih semua. Allah ada. – Insan serba kekurangan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nora Adila : Nasihat ikhlas dari saya, pergiIah cantikkan diri. Buat bukan untuk suami tetapi utk diri sendiri. And cari duit sendiri. Jujurnya kalau kita cantik, ada duit sendiri kita lebih senang nak move on. Dan selalu kena ingat. Nak cantik ke, nak duit banyak ke hanya buat sebab kita sayangkan diri sendiri. Hidup ni pun bukan lama. Jadi, tak payah nak menjeruk rasa lama – lama. Laki yang baik tak akan gunakan alasan nafsu nak kahwin lain.

Nurul Shafinaz : Kalau akak tekad tak mahu bercerai, eloklah akak anggap je suami tu dah m4ti, dan akak dekatkan diri dengan Tuhan. Kalau  boleh, akak bIock sahaja perempuan mer0yan tu. Biarlah hidup dia dengan suami nak bahagia ke, nak terciduk ke, jangan ambil tahu. Biarkan suami beri nafkah seperti biasa, akak kuat apabila Allah ada dalam hati akak. Sentiasa berdoa dan baca alquran untuk hati yang tenang itu. InsyaAllah, segala kesuIitan dan jalan yang akak nak, Allah akan beri. Semoga yang baik – baik untuk akak. Jangan bertindak ikut em0si perempuan tu, kalau dia ugvt akak, lapor je kat polis..

Ziti Akthar : Suami puan akan SANGAT SUSAH jaga perempuan yg ada bip0lar dis0rder. Nasihat saya, jangan dilayan madu yang ada peny4kit ini sebab mereka boleh bertindak dengan sangat extr3me bila dalam keadaan man1c. Mereka boleh buat apa sahaja sebab tidak dapat bertindak dengan waras. S3ksuaIiti pun meningkat semasa man1c epis0de, sanggup berbelanja besar, reduce the needs for sleeping dan selalu merasakan diri mereka hebat dan besar. Mereka akan masuk ke peringkat depr3ssion yang mana, depr3ss hingga boleh membvnvh diri sendiri.

Suami puan sedang dan akan men3mpuh jalan yang amat sukar. Believe me. Puan patut tenang – tenangkan diri dan jaga diri dan anak – anak dengan baik. Tidak perlu bersaing dengan madu kerana tidak berbaloi dan dia tidak sihat secara mentaI kerana mereka selalu salah buat keputvsan. Puan akan dapati suami akan betul – betul susah melayan per4ngai isteri keduanya. Tenang – tenang sahaja ye puan.. Puan lepaskan lah suami tu..nanti dia mesti cari jalan pulang.. take care.

Fairuzk Ibrahim : Moga Allah jaga akak dan anak – anak. Yang bahagian lain orang dah cerita, saya cuma nak cerita pasal bip0lar dis0rder. Bila sebut dis0rder, dia sampai akan effect hidup dia – pekerjaan, hubungan peribadi dan lain – lain. Bip0lar ni bila dia tengah relapse, ada dalam 2 keadaan. 1. Man1c atau hyp0man1c . Dia tengah ‘high’. Nafsu dia membuak – buak. Boleh jadi nak s3ks non stop, atau habis semua duit yang ada untuk shopping, bercakap non stop, idea datang banyak sampai tak leh tidur.

Dia tak rasa takut. Tak tahulah masa dia ajak suami tu pergi kahwin tu tengah man1c tak dia. Hyp0man1c kurang sikit lah dari tu. Fasa kedua depr3ssion. Yang ni saya tak cerita banyak sebab ramai dah tahu. Harap tak lah suami pengsan ke apa kalau isteri baru tengah man1c minta hubungan keIamin non stop.

Ai Enma : Saya bip0lar. Saya pernah hampir menjadi perempuan itu sewaktu exBF saya berkahwin dengan orang lain. Saya sampai cari agen untuk kahwin di thailand tapi saya batalkan niat selepas keluarga saya slow talk dengan. Saya jugak cemerlang dalam pelajaran, dalam kerjaya saya jugak. Pes4kit Bip0lar ni, lagi ditekan lagi meIawan. Kalau dia suka sesuatu memang sampai tahap 0bses dan cIingy tapi lagi satu tr4it bip0lar, biasenya dia mempunyai cita – cita yang tinggi. Kalau sesuatu tu tak kena dengan expectation nanti slow – slow dia akan ubah ke 0bsesi lain plak.

Nasihat saya sis, tak perlu anggap dia ada pun. Jalani kehidupan macam biasa. Sebab lama – lama suami sis akan rasa bosan dengan isteri baru dia akan kembali jugak kepada sis. Selagi suami masih bertanggungjawab saya rasa sis stay je dalam rumah tangga. Benda ni takkan lama. Suami sis pulak masih berada dalam fasa dilamun cinta semua benda nampak indah.