Adik yg dibesarkan oleh mak ayah dgn penuh kasih sayang, dijadikan org gaji di rumah mereka

Selepas adik berkahwin, dia dah tak pernah datang balik ke rumah melainkan pada hari raya, itu pun beberapa jam. Waktu adik ipar tak bekerja, mak ayah yang tanggung beli segala keperluan dan hingga ke hari ini mereka tanggung beli barang keperluan cucu – cucu. Tapi ibu mertua adik merungut kononnya jenama yang mak ayah beli tak bagus..

#Foto sekadar hiasan. Adik saya berkahwin dengan lelaki yang lebih  tua daripadanya, beza lebih kurang 14 tahun macam tu. Kami fikir, Insya Allah, bolehlah suaminya membimbing dia kerana kemat4ngan umur dan adik ketika itu masih muda serta perlu belajar banyak benda, terutamanya melayari kehidupan berumahtangga dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Selesai sahaja majlis nikah dan bersanding pada sebeIah malam, adik dan suami pulang ke rumah suami esok paginya selepas bersarapan. Mak dan Ayah terk3jut sebab menyangkakan mereka akan tinggal lama sedikit sebelum adik dibawa pergi.

Alasan yang diberi suami adik, kena jaga nenek dia yang s4kit dan ibunya yang tidak kuat kaki. Suaminya pula tiada adik – beradik yang lain. Jadi mak dan ayah terp4ksa melepaskan adik pergi. Walaupun rumah suaminya lebih kurang 30 minit perjalanan, adik dan suaminya langsung tidak datang menziarah kami selepas itu.

Bayangkan, kami jumpa mereka waktu hanya pada Hari Raya sahaja, itupun untuk beberapa jam. Alasan masih sama, nenek dia s4kit dan ibu tak kuat kaki. Ok, takpe. Kami cuba memahami situasi adik kerana mereka bertugas memandikan dan memberikan Nenek makan sebab dia betul – betul uzur.

Ibu kepada suaminya pula memang s4kit kaki dan tak boleh berjalan. Alhamdulillah, 2 tahun selepas berkahwin dan selepas 2 kali keguguran, adik dikurniakan seorang anak. Mak meminta izin suaminya untuk menjaga adik ketika dalam pant4ng dan bagi cukup 44 hari.

MaIangnya, baru seminggu adik di sini, suaminya sudah bertanya bila nak balik dan ibu suaminya juga mula buka mulut, cakap “Mana ada orang pant4ng lama – lama dan tinggalkan suami lama – lama. Tak sayang kat suami ke?” Allah. Sedih betul dengar.

Mak nangis kerana suami adik minta adik pulang. Sekali lagi, Mak dan Ayah terp4ksa melepaskan adik pulang ke pangkuan suaminya. Kalau adik pulang, memang dia akan kena buat kerja rumah dan memasak, sambil belajar untuk menjaga anak yang baru lahir.

Beberapa bulan kemudian, kami dapat tahu suaminya tidak bekerja. Suaminya mula mesej adik – beradik kami untuk meminta wang. Alasan diberi, nak belikan susu dan lampin untuk anak. Kami cuba beri mana yang mampu.

Mak menghulurkan duit selama mana suaminya minta dan tidak bekerja dan bila dikira semula, jumlahnya turut mencapai puluhan ribu!!! Kami adik – beradik tidak pernah pinjam duit Mak. Tidak! Tetapi adik ipar saya ni boleh pula pinjam duit dengan seIamba tanpa membayar balik pun.

Ok, takpe, kami masih lagi bersangka baik. Yalah, rezeki masing – masing dan kita tidak tahu masa depan kita macam mana. Selama adik ipar saya tidak bekerja, ibu mertua adik sering menuduh adik membawa maIang kepada keluarganya, sebab adik gugur 2 kali dan suaminya tidak dapat cari kerja.

Kami sekeluarga sepakat membantu adik. Setiap bulan, Mak dan Ayah akan belikan barang – barang dapur, kelengkapan mandi, susu dan lampin bayi, makanan segalanya untuk dihantar ke rumah adik. Setiap bulan Mak dan Ayah tak pernah miss dan jumlahnya ada dalam beberapa ratus.

Ibu mertua adik? Sering merungut, kononnya jenama yang Mak dan Ayah beli tak bagus. Allah. Mak dan Ayah sabar sahaja. Kami terp4ksa akur yang adik tidak dapat ziarah keluarga kami kerana suaminya mungkin ada masalah kewangan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Jadi, Mak dan Ayah usahakan untuk mengambil adik dan anaknya pulang ke rumah untuk 2-3 hari dan meminta izin suaminya. Mak kata, nak buat setiap bulan, bolehlah dia melepaskan rindu dengan anak dan cucu. Itupun ibu mertuanya bising jugak.

Cakap lama adik balik sini. Tak ade sesiapa nak masak kat sana. Padahal sebelum adik ke sini, dia akan siapkan makanan untuk 2-3 hari dan mereka cuma perlu masak nasi serta panaskan lauk sahaja. Ibu mertua adik turut menuduh Mak hendak putvskan kasih kerana membawa cucu dia pergi selama beberapa hari.

Impian Mak untuk tengok adik dan cucunya setiap bulan tidak kesampaian. Seperti biasa, mereka akan ke sini masa Raya sahaja, untuk beberapa jam. Sepanjang 7 tahun perkahwinan mereka, ibu mertua selalu mengatakan adik saya tidak pandai masak.

Walaupun adik saya yang masak di rumah itu dan mereka akan makan apa yang dia masak serta menuduh adik saya malas mengemas rumah walaupun adik saya setiap hari menyapu serta mengemop lantai dan membasuh bilik air.

Dia juga menuduh adik saya kuat makan, walhal adik saya makan sedikit sahaja dan dia teramat – amat kurus serta selalu nampak lemah dan lesu sahaja. Kadang – kadang adik ada telefon Mak, walaupun dia tak cakap banyak tapi dia nangis di telefon.

Kini, walaupun suaminya sudah dapat kerja tetap, mereka masih lagi tidak selalu balik sini. Mak dan Ayah masih membelikan mereka susu dan lampin kerana baru-baru ni, suami adik kata kat Mak, sudah tak perlu belikan barang – barang dapur semua.

Adik sudah ada 2 orang anak sekarang. Adik masih kurus dan selalu penat. Boleh nampak, adik yang uruskan anak – anak dia, suaminya melekat dengan handphone. Buat apa? Saya tengok dia layan FB atau video sahaja. Sedih sangat.

Kami terp4ksa akur dengan perjalanan hidup adik yang sebegini. Adik yang dibesarkan oleh Mak dan Ayah dengan penuh kasih sayang, dijadikan orang gaji di rumah mereka. Bukan itu sahaja, untung betul suaminya kerana Mak dan Ayah sanggup memberikan bantuan kewangan selama bertahun – tahun.

Adakah dia berterima kasih? Hanya di mulut. Mak dan Ayah tidak tuntut pun hutang, mereka cuma nak tengok anak dan cucu – cucu mereka sahaja. Kalau susah sangat nak hantar ke sini, Mak dan Ayah dah cakap, diorang boleh je pergi ambil dan hantar balik.

Adakah ianya permintaan yang sukar dan sangat membebankan? Adakah permintaan Mak dan Ayah yang satu ini meIampau? Takpelah. Buat lah apa yang awak nak buat, wahai adik ipar. Jika ini ketentuan Allah SWT, kami redha dan mendoakan keluarga anda dimurahkan rezeki dan Allah permudahkan segala urusan, Insya Allah. – -Kakak Redha-

Komen Warganet :

Siti Nabilah : Tolonglah jangan ‘redha’ confessor. SeIamatkan adik kau. Dalam hal ini, adik kau ada hak untuk tuntut fasakh dan family kau ada hak jagaan ke atas anak tersebut. Kumpul bukti yang adik ipar tidak bekerja dan adik jadi h4mba kat rumah mertua. Tuntut hak. Entah – Entah adik kau kena d3ra, kena buat macam – macam dalam rumah tu yang korang tak tahu.

Suzana Saleh : Biasanya perempuan diani4ya kerana dia redha diperlakukan begitu. Kenapa? Adakah dengan meredhai diri diani4ya begitu anda boleh mendapat kebahagiaan sejati. Kita redha melakukan apa sahaja jika kita dihargai dan disayangi dengan ikhlas. Jika dah terang – terang diri dipergunakan, bertindaklah. Janganlah memperbod0hkan diri umtuk lelaki bod0h dan keluarganya yang tak kenang budi tu.

Jamal Azman : Dalam situasi tertentu isteri dibolehkan untuk meminta fasakh . Bila mana si suami gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Bagaimana pun adalah lebih baik untuk berbincang dengan suami secara hikmah.

Jika tiada penyelesaian berbincang dengan kedua – dua keluarga. Dan tidak berhasil, rujuklah kepada pihak berwajib. Untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Ahlia Fakhri : 7 tahun? Tak kesian ke kat adik dan anak buah awak ? Dia nak kena urus nenek dan mak suami dia, anak – anak lagi. Suami macam tu, ayah kau boleh je bawak lari adik dan minta fasakh kat pejabat agama. K3jinya perangai keluarga suami dia.

Kena bawak adik dan anak buah kau keluar dari situ baru diorang sedar yang selama ni adik kau yang urus semua. Bayar bibik pon seribu sebulan, siap cuti 2 hari sebulan. Geram betullah aku baca. Tolonglah kesian kat adik kau. Please..

Nurul Badaruddin : Macam mana boleh dia kata redha tengok adik dia macam tu? Awak tak kesian ke kat adik awak tu. Sem4kin kurus kot, maksudnya dia mend3rita. Awak kene buat sesuatu. Memanglah meruntvhkan rumah tangga tu berd0sa tapi kalau tersiksa macam ni, takkan nak biar aje?

Eh, pant4ng betul kita dengan perangai suami macam ni. Tolong buat sesuatu sebelum adik awak tu kena daftar mana – mana hospitaI disebabkan tekanan em0si. Setakat sayang tapi tak buat apa – apa. Konon “redha” je tapi bertempat la.

Nak tunggu adik tu dah dok dalam Iiang Iahad baru nak kata tak redha tanpa usaha? Adik awak tu manusia la, ada hati, ada perasaan, bukan robot.  Memanglah syurga isteri tu bawah tapak kaki suami tapi adik awak hidup dalam ner4ka dunia ciptaan suami dia. Baik biar bertempat, jahat jangan sekali.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?