Aku membuat keputvsan untuk menikahkan suami aku dgn perempuan tu tapi dengan satu syarat

Suami duduk dihujung meja makan dan aku di hujung yang satu lagi dan aku mula bertanya adakah benar segala apa yang aku dengar tentang mereka. Suami aku cuba untuk mengelak dan berdalih, tapi setelah aku ambil AL-Quran dan ku minta dia bersump4h..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta tolong hidekan profile saya ya. Saya adalah seorang wanita yang biasa sahaja, saya telah mendirikan rumahtangga dengan suami saya selama 14 tahun dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Sebelum ni hidup kami sekeluarga alhamdulillah sederhana saja, suami aku berkerja sebagai pembantu di sebuah rumah agam di daerah tempat tinggal kami yang dimiliki oleh seorang wakil rakyat manakala aku hanyalah seorang surirumah biasa yang juga berniaga kecil – kecilan di hadapan rumah orang tuaku.

Alhamdulillah dari cuma punya basikal sahaja sekarang kami sudah mampu berkereta, dari tinggal menumpang di rumah orang tuaku sekarang kami sudah mampu berumah sendiri dan semuanya adalah hasil dari usaha kami suami isteri, membuka perniagaan kecil kecilan.

Dan sekarang Alhamdulillah sem4kin berkembang dan seiring dengan rezeki yang ALLAH berikan DIA juga pasti akan menduga kita sama ada kita lupa akan tanggungjawab kita dan adakah kita lalai dan alpa dalam kemewahan dunia yang hanya sementara ini.

Ada pepatah mengatakan, seorang isteri akan diduga saat suaminya tidak punya apa – apa dan dugaan bagi kaum suami adalah sewaktu dia punya segala – galanya. Begitulah yang terjadi kepada suami aku, dia kalah dengan dugaan yang ALLAH beri pada saat ini.

Dalam meniti perubahan kehidupan yang baru ini, aku dengan sedaya upaya ku cuba memberikan yang terbaik untuk keluarga kecilku ini, terutama sekali perhatian terhadap anak – anak kerana sudah sekian lama aku sibuk dalam membantu suami aku dalam memajukan perniagaan kami, sekarang adalah waktu untuk ku berikan perhatian pada anak – anak aku.

Namun dalam kesibukkan menjadi surirumah sepenuh masa, aku terasa seperti sikap suami sangat berbeza seperti ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan dari aku. Aku kerap melihat dia memegang telefon bimbitnya sambil membaIas text wasap sambil tersenyum kecil.

Kadang – kadang aku ringankan mulut untuk bertanya, “wassap dari siapa tu bang,” tapi dia selalu katakan itu cumalah wasap dari kawan – kawannya sahaja. Kalau dulu sibuk macam mana pun di tempat kerja dia mesti pulang untuk makan tengahari di rumah, tapi sekarang kalau tak di telepon dia jarang balik makan di rumah dan selalu sangat balik lewat malam.

Malam tu aku jadi sangat ingin tahu, dan aku desak dia untuk bersikap jujur pada ku, namun apa yang ku dapat hanyalah pertengk4ran mulut antara kami suami isteri dan akhirnya aku tetap tidak mendapat apa – apa jawapan dari dia.

Setiap hari aku berdoa kepada ALLAH, andainya benar ada sesuatu yang tidak baik disembunyikan oleh suamiku di belakangku KAU tunjukkanlah padaku. Pada suatu hari kawan sekerja kepada suami aku telah menghubungi aku dan dia meminta aku agar bertenang dan banyak – banyak sabar setelah itu dia pun mula menyampaikan cerita yang selama ini menjadi tanda soal pada aku.

Rupanya suami aku ada membuat perhubungan dengan seorang janda beranak 2. Malah bukan setakat skandaI sahaja, mereka juga sudah beberapa kali terIanjur perbuatan bersama, menggeIetar seluruh tubuhku mendengar cerita perlakuan suami aku dan perempuan itu. sejurus selepas itu aku pun menelefon suami aku untuk pulang sekejap ke rumah kerana ada yang ingin aku katakan padanya.

15 minit kemudian suami aku pun sampai ke rumah aku terus meminta suami aku duduk di hujung meja makan dan aku di hujung yang satu lagi dan aku mula bertanya adakah benar segala apa yang aku dengar tentang mereka, suami aku cuba untuk mengelak dan berdalih, tapi setelah aku ambil AL-Quran dan aku minta dia bersump4h, dia dengan nada yang samar – samar mengaku semua perbuatannya itu.

Aku rasa seperti tiada berharga, sampai hati dia menduakan aku di luar dan yang lebih meny4kitkan lagi dia sanggup hanyut dengan g0daan nafsu. Aku sangat sedih, airmataku seperti sudah kering sama sekali kerana terlalu lama aku menangis dari tadi tapi di dalam hati aku masih sangat s4kit sekali.

Aku membuat keputvsan untuk menikahkan suami aku dengan perempuan itu tapi dengan satu syarat selepas mereka bernikah suami aku harus meceraikan aku. Suami aku merayu rayu dia tidak mahu menikah dengan perempuan itu andainya dia kena bercerai dengan aku dan perempuan itu jua tidak setuju untuk bernikah dengan suami aku kerana alasannya itu semua hanyala kesilapan mereka.

Mereka berdua merayu agar aku tidak minta cerai dan berikan suami aku peluang skali lagi. Kerana sayang pada suami masih sangat dalam, aku akur dengan permintaan mereka. Aku berikan peluang skali lagi untuk suami aku bertaubat dan perbaiki rumahtangga kami semula.

Namun selang dua bulan dari kejadian itu berlaku, suami aku seperti masih ada berseIindung dari aku lagi seperti dulu dan ternyata memang benar dugaan aku dia masih lagi berhubung dengan perempuan janda yang dulu tu.

Hati aku h4ncur, aku sangat kecewa dengan dia tapi aku masih sangat sayangkan suami aku. Apa yang patut aku lakukan kerana sehingga saat ini aku dapat merasa mereka masih berhubung lagi. Tolong la saya.

Komen Warganet :

Nurul Akhma : Kalau masih lagi berhubungan walaupun dah bertaubat dan dah diberi peluang, mohonlah fasakh. Tentang perasaan cinta sayang, masa akan mengubati segalanya. Memang s4kit untuk mulakan tapi lebih s4kit jika diteruskan. Tak perlu bersubahat dengan d0sa mereka sebab akak layak untuk bahagia.. cuma pendapat saya. Maaf jika meny4kitkan hati.

Ainul Mardhiyah : Cerita sis sama dengan kisah aku, masuk dua tahun aku tertipu, tapi kali ni aku bangkit aku dah tak peduli apa nak jadi, jadilah lepas ni. Dah puas menangis, suami yang aku sangkakan dah bertaubat sejak beberapa bulan yang lalu ternyata rupanya masih membohongi aku.

Aku silap ternyata mereka lebih licik, suami siap pindahkan janda tu ke daerah tempat dia bertugas dengan alasan takut aku berbuat apa – apa pada janda tu. Isteri mana yang boleh bersabar pada per0sak rumahtangga, jahat sangat ke isteri yang cuba pertah4nkan rumahtangga yang telah dibina berbelas tahun lalu demi anak – anak tercinta.

Bila disuruh pilih antara aku dan janda tu dia tetap tak nak lepaskan aku, pelbagai tipu daya bagi mengelakkan diri tertangkap. Akhirnya aku suruh suami buat lafaz kalau dia berjumpa lagi dengan janda tu jatuh taIak 1 ke atas diriku.

Aku belum berjumpa yang lebih arif untuk bertanyakan perihal tersebut namun ada beberapa rakan yang tempat aku bertanya mengatakan akan jatuhla taIak sekiranya suami berjumpa seperti dia lafazkan. Sekarang suami aku memang berubah dia akhirnya putvs dengan janda tu.

Sekarang dia mencuba untuk ubat kerinduan pada janda tu, s4kit hatiku melihat orang angau di rumah ni. Nak je aku Iempang tapi apakan daya tengok kesungguhan dia untuk berubah, aku cuba beri masa, aku layan dia seperti biasa malah lebih baik daripada sebelum ni, semoga suami aku insaf dan sedar kesilapan atas perbuatanya. Setiap hari aku makan hati bila terkenangkan perbuatan mereka.

Shakin Bunga Lili : Kak, suami tu dah cinta kan orang lain. Dia ada dengan awak pun sebab nikah dan alasan nanti masih ada sisa sayang kat awk dan anak. Hakik4tnya, jasad jer kat rumah tapi dia kat perempuan tu. Nasihat saya, bincang elok – elok berpisah elok – elok. Nak pertah4nkan pun tak guna, g4duh – g4duh tak guna jugak, buat s4kit jiwa jer. Awak layak dapat kebahagian awak sendiri.

Eisya Damia : Sis, hidup ni jangan terlalu bod0h. Sayang tak akan ke mana. Jijik tau tak berkongsi benda tu dengan perempuan lain. Kalau kau rasa sayang jangan tanya dekat sini, teruskan dengan sayang kau tu. Tak guna nasihatkan orang yang hidup sebab sayang.

Masa dia buat benda tu dengan betina lain ada dia pikir sayang dia dekat sis? Memang tak! Jadi kenapa sis nak kena jadi manusia bod0h pikir sayang bagai. Sudah la sis, hidup ni jangan terlalu bod0h sangat.. Aku marah betul kalau kes tak nak cerai sebab sayang nak simpan jantan tak guna macam tu.

Shekin Shafiq Haris : Yang pertama mungkin kesilapan tapi kalau ulang kali kedua tu memang pilihan dia. Kalau dia sayang dia tak akan buat macam tu pada sis. Sayang pun berpada sis jangan sampai kita diperbod0hkan sebab dia tahu bila sis maafkan suami dia akan berulang kali buat sebab dia tahu sis tetap maafkan dia.

Buat keputvsan sehabis baik. Kalau dia tetap nak janda tu biarkan dia, janda tu boleh bagi dia makan, masak, basuh baju semua. Sis move on ja. Kadang – kadang laki ni kene ajar sikit, jangan ingat dia ada title suami ketua keluarga dia boleh buat suka hati dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.