
Dari mula datang dalam hidup aku dan suami, anak angkat aku ni suka menipu, melawan dan yang paling pantang bagi aku, dia suka mencuri. Tak kira barang kawan sekolah atau sesiapa pun, asalkan nampak cantik dia akan ambil. Dia baru 6 tahun..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Tolong poskan kisah aku ni dan tolong hide profil aku ya. Aku ada anak angkat seorang. Sepatutnya aku dah daftar dia sebagai anak angkat aku yang sah dan aku dengan suami sebagai penjaga yang sah pada dua minggu lepas. Tapi aku berbelah bahagi sama ada nak daftarkan atau nak pulangkan semula anak angkat aku tu kepada keluarga dia.
Aku tak tahu dan tak pernah kenal keluarga dia sebab aku ambil daripada mak menakan. Senang cerita, anak terbiar. Separuh hati aku ni ada rasa sayang, separuh lagi sakit hati. Sebabnya dari mula dia datang dalam hidup aku dan suami, anak angkat aku ni suka bercakap bohong, menipu, melawan dan yang paling pantang bagi aku, dia suka mencuri.
Tak kira barang kawan sekolah atau sesiapa pun, asalkan nampak cantik dia akan ambil. Tu baru dia masuk tadika tahun lepas. Ada sekali tu aku marah sebab dia menipu aku. Mungkin geram dekat aku, dia tendang perut aku. Tapi taklah teruk sebab aku sempat tepis kaki dia. Dia tak tahu ibu dia ni pandai bab berlawan.
Lepas tu aku cakap dekat suami. Suami nasihat dia, tak baik buat macam tu dekat ibu. Lepas tu dia dah tak buat. Tahun ni dia masuk darjah satu dan tahun ni tahun paling mencabar dalam hidup aku. Dekat sekolah dia buat hal, balik rumah pun buat hal.
Aku masih boleh bertenang dan nasihat dia lagi. Yang paling buat aku hilang sabar, dia masuk bilik tidur aku dan ambil duit aku sebanyak RM11 tanpa pengetahuan aku. Esok paginya aku nak bagi lagi RM2 dekat dia, tapi hati tergerak nak periksa poket seluar sekolah dia.
RM2 tu aku tak bagi lagi. Sekali saja aku seluk poket seluar dia, aku dapat rasa macam ada kertas tebal. Aku tarik keluar dan tengok ada duit RM5 sekeping dengan RM1 enam keping. Kalau tambah RM2 yang aku nak bagi tu, dah jadi RM13.
Depan mata mak aku, aku tunjuk duit tu. Aku cuba tanya elok – elok, tapi dia cuba mengelak daripada beritahu kenapa dia ambil duit tu. Aku juga ada tanya dekat mana dia ambil atau jumpa duit ni. Macam – macam alasan dia bagi yang aku fikir tak masuk akal bagi aku yang dah dewasa ni.
Pujuk punya pujuk sampai tak jadi nak pergi sekolah, barulah dia cakap dia ambil dalam beg duit aku masa aku ada di tingkat bawah. Terkejut aku dan mak aku. Seumur hidup aku, belum pernah ada orang sentuh beg duit atau ambil duit aku walaupun suami aku sendiri.
Aku terpaksa beritahu suami hal ni sebab takut melarat. Suami balik kerja, dia tanya sekali saja dan anak aku terus cakap perkara yang betul. Dia memang tak berani kalau papa dia yang tanya. Sebab tulah aku ada juga rasa nak hantar dia balik kepada keluarga dia.
Tapi aku kesian dengan nasib dia nanti. Aku tahu kalau dia balik kepada keluarga dia, dia tak akan dapat bersekolah lagi. Nak keluar berjalan jauh lagilah tak dapat. Anak angkat aku ni bijak dalam pelajaran walaupun ada sedikit lambat nak siapkan kerja sekolah dia.
Mengaji memang daripada tak kenal huruf sampai dah naik Al Quran, hasil didikan mak aku. Mengeja, membaca dan mengira, semuanya dia cekap. Rugi kalau dia tak bersekolah nanti. Tulah yang buat aku kesian nak hantar dia. Selama dua tahun dia duduk dengan aku, takde seorang pun ahli keluarga dia cari dia.
Aku dan suami dah boleh jangka apa yang akan terjadi kalau kami sepakat hantar dia pulang semula kepada keluarga dia. Aku nak minta pendapat warga FB, apa yang patut aku buat? Teruskan menjaga atau sebaliknya? Perlukah aku tukar surat beranak dia yang baru baharu dengan menyatakan suami dan aku sebagai penjaga dia yang sah?
Aku dalam dilema sebab aku cuma ada masa minggu ni saja. Suami minta aku buat keputusan sama ada nak jaga atau tak. Suami tak nak beri tekanan kepada aku, sebab tu suami suruh aku buat keputusan sendiri. Buat pengetahuan semua, aku dan suami belum ada anak sendiri. Mohon pendapat korang, apa yang patut aku buat sekarang ni? Maaf kalau panjang sangat cerita aku ni.
Komen netizen :
Nurul Jane : Aku rasa anak sis tu memberontak. Dia tahu dia anak angkat, jadi dia sedang menguji kesabaran sis. Dia bijak, gunakan pendekatan psikologi. Bawa dia berjumpa adik beradiknya yang lain, ibu bapa dan tempat asalnya. Biar dia berfikir betapa bertuahnya dia ada sis dan ayah angkat yang menjaga dia dengan baik.
Sesekali tunjukkan dia realiti kehidupan budak – budak yang jauh lebih susah daripada dia. Tunjukkan juga cerita motivasi anak – anak angkat yang berjaya atau kasih sayang antara anak dengan ibu angkat. Banyak kisah benar yang memberikan motivasi ni dari luar negara. Tersentuh hati apabila tengok.
Semoga sis tabah menjaga dia. Jika tanya aku, teruskanlah menjaga dia. Dia masih kecil, belum tahu membuat pilihan, pertimbangan dan berfikiran waras seperti orang dewasa. Semoga sis tabah. Ingatlah, mungkin anak ni penyebab sis mendapat balasan syurga. Amin.
Abu Rock : Pendapat aku, lebih baik jangan. Banyak sudah kerenah yang budak tu timbulkan. Anak angkat tak sama dengan anak sendiri, jadi nak taram lebih – lebih mungkin akan terasa ruang batas sedikit di hati. Walau bagaimanapun, kalau awak kental dan boleh bertahan dalam mendidik, tu terpulanglah.
Bagus juga sebenarnya kalau awak berjaya mendidik seorang kanak – kanak yang permulaan hidupnya tak berapa cantik. Mungkin apabila menginjak dewasa, dia boleh jadi anak yang baik, siapa tahu? Besar ganjarannya di sisi Allah kerana awak telah menyelamatkan seorang hamba Allah. Semuanya berbalik kepada kesungguhan dan kesabaran awak. Mohonlah kepada Allah keputusan yang terbaik. Fikir masak masak kerana cabaran akan bermula apabila sesuatu keputusan tu dibuat.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.