Masa harijadi aku, suami terus terang dia dah jatuh cinta dengan perempuan. Perempuan paling baik pernah dia jumpa. Aku lari rumah, ingat dia nak pujuk

Aku balik semula dekat rumah, rupanya sepanjang aku takde, suami seronok berbulan madu dengan janda tu. Penuh kesan cinta dekat dada suami. Aku sound perempuan tu, tapi aku kena halau dengan suami. Aku pinjam duit kawan keluar dari rumah dengan anak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sebenarnya bukan nak buka aib suami atau sesiapa. Tapi harap boleh ambil ni sebagai iktibar. Aku dan suami berkahwin dah 5 tahun dan dikurniakan seorang anak berusia 4 tahun. Adat dalam rumah tangga, g4duh tu asam garam dalam perkahwinan.

Semasa hari jadi aku yang ke 30 tahun, aku diberi k3jutan hadiah oleh suami. Suami aku mengaku yang dia ada orang lain dan sangat – sangat sayangkan perempuan tu. Suami aku cakap dia tak pernah jumpa perempuan sebaik tu. Allahu Akbar. Dunia aku gelap bila suami cakap dia ada orang lain.

Aku tak minta hadiah yang mahal – mahal, tapi aku tak perlukan hadiah k3jutan macam ni. Bayangkan, selepas melahirkan anak, aku ikut kata suami tak perlu bekerja dan jaga anak sebab dia takut orang lain jaga anak. Walaupun aku ada degree, aku akur. Hati aku betul – betul h4ncur masa dengar pengakuan dia.

Lepas suami mengaku dia ada orang lain, aku buat keputusan yang b0doh. Aku keluar dari rumah, tapi dengan keizinan suami untuk balik ke rumah orang tua aku. Dengan harapan, bila dia rasa kehilangan aku dan anak, dia akan pujuk aku. Tapi sebenarnya bila aku buat macam tu, keadaan jadi makin teruk.

Suami aku pergi berjumpa teman wanitanya di utara. Seminggu suami aku berbulan madu dengan perempuan tu. Aku dapat tahu pun selepas Allah gerakkan hati aku untuk tengok siapa perempuan tu. Aku mesej perempuan tu, tapi perempuan tu sekolahkan aku semula ibarat aku yang salah dalam hal ni.

Suami aku pula memang menangkan teman wanitanya. Maklumlah tengah hangat bercinta. Sekembalinya suami pulang dari utara, aku merayu dengan suami untuk aku pulang duduk bersama dia. Suami mulanya tak bagi, tapi akhirnya dia mengalah.

Bila aku masuk rumah kami, aku nampak di dada suami penuh dengan kesan. Allah… ujian apakah ni ya Allah? Aku menangis di hadapan suami. Aku mesej teman wanita suami dan tegur dia dengan baik. MaIangnya, perempuan tu tangkap layar semua mesej aku dan beri kepada suami.

Suami aku meng4muk. PukuI 1 pagi aku dihalau berambus oleh suami di hadapan mak mertua aku. Suami marah betul bila aku tegur teman wanitanya. Masa aku nak keluar rumah, suami cakap cuba tengok riak wajah teman wanitanya, ada sesuatu.

Aku cakap, ya aku nampak perampas. Suami aku terus meng4muk dan cakap perempuan tu janda anak satu. Masa tu aku hanya mampu diam dan telan semua s4kit yang aku rasa. Aku tahu tak semua janda macam tu. Tapi perempuan seorang ni memang betul – betul perampas.

Selepas aku dihalau, aku sehelai sepinggang. Pinjam duit daripada kawan, aku bawa diri dan anak pergi Melaka cari ketenangan. Di sana, aku mesej suami lagi. Aku merayu dekat dia. Tak mengapalah kalau dia nak kahwin dengan janda tu, tapi jangan ceraikan aku. Aku sanggup bermadu sebab aku masih sayangkan suami aku.

Lelaki, bila kita bagi lampu hijau untuk kahwin lagi satu, siapa yang tak suka kan. Aku pujuk lagi suami dan cakap aku akan balik rumah. Aku cuba redha dengan bakal madu aku walaupun hati ni sebenarnya remuk. Aku cuma tak sanggup kehilangan keluarga yang aku bina.

Bermulalah episod kesengsaraan aku. Masa ni aku dah balik dari Melaka. Suami layan aku betul – betul macam sampah. Kalau dia rasa marah, dia akan maki aku sesuka hati. Pvkim4k dan siaI, tu dah jadi makanan harian aku semasa suami tengah m4buk bercinta dengan janda tu.

Aku sabar, menangis dan bangun solat tahajud di tengah malam minta petunjuk. Kadang – kadang masa aku duduk, suami cakap dekat aku yang dia rindu teman wanitanya. Allah… hati isteri mana yang tak h4ncur dan remuk bila dengar benda macam tu.

Aku tak nak isteri isteri lain di luar sana rasa apa yang aku rasa. S4kitnya hanya Allah yang tahu. Sampai sekarang pun aku masih ingat setiap patah perkataan yang dia cakap. Tiga bulan berlarutan suami aku layan aku macam sampah. Aku tetap setia di sisi suami dan tetap melayan dia dengan baik.

Satu hari Allah tunjuk dekat aku sebab suami lupa kunci telefonnya. Aku dapat baca semua perbualan mereka. Allah… mereka bercakap tentang hubungan cinta yang berlaku semasa mereka berbulan madu tempoh hari. Aku juga nampak gambar – gambar mereka bersama.

Apa yang lebih menyedihkan, suami jatuhkan maruah aku dalam perbualan mereka. Macam – macam dia cerita tentang aku. Dalam tempoh tiga bulan tu juga, aku ada mesej teman wanita suami supaya dia lepaskan suami aku. Dia janji tak akan beritahu suami yang aku mesej dia.

Tapi orang tengah bercinta, segala apa yang aku mesej rupanya dia tangkap layar dan hantar kepada suami. Mujur suami tak halau aku lagi. Tapi aku tahu masa tu suami dah tak ada perasaan sayang dekat aku lagi. Cuma aku yang masih bertahan. Aku masih berharap satu hari nanti dia akan sedar.

Masuk bulan keempat, suami aku berubah sedikit. Dia dah boleh mula berbual dengan aku. Alhamdulillah, walaupun sedikit tapi cukuplah buat aku gembira. Aku masih lagi berdoa tak berhenti – henti mengharapkan ada sinar untuk rumah tangga kami.

Makin hari, suami berubah. Alhamdulillah. Cuma di hati aku masih ragu – ragu sama ada ni lakonan atau betul – betul ikhlas. Tapi aku cuba untuk terus positif. Satu hari, masa aku belek belek Facebook, aku tergerak hati untuk taip nama teman wanitanya.

Di situ aku nampak perempuan yang mengaku janda tu bersama suaminya. Apa lagi, bermulalah misi aku mengintai semua akaun mereka. Aku tengok tarikh – tarikh yang suami perempuan tu muat naik gambar. Tarikhnya lebih kurang sama dengan tarikh suami aku pergi berbulan madu dengan perempuan tu.

Aku mula pelik, macam mana dia kata janda tapi masih keluar dengan suami seperti keluarga yang bahagia. Aku terus mengintai dan akhirnya berjaya dapat nombor telefon suami perempuan tu. Aku tanya sama ada mereka pernah bercerai atau tak.

Dia cakap mereka tak pernah bercerai. Masa tu aku betul – betul terk3jut. Allahu… kau masih bini orang tapi mengaku janda. Dan sanggup kau serahkan maruah kau kepada laki orang. Walaupun isteri dia dah merayu supaya tinggalkan suami orang, kau masih teruskan hubungan tu.

Aku ceritakan dekat suami perempuan tu segala per4ngai isterinya. Dia terk3jut dan berterima kasih kepada aku sebab beritahu perkara sebenar. Kalau tak, sampai bila – bila dia tak tahu yang dia dibohongi oleh isterinya sendiri. Aku pula beritahu suami aku yang teman wanitanya tu sebenarnya bukan janda. Dia masih lagi bini orang.

Suami aku terk3jut dan cakap kalau dari awal dia tahu perempuan tu masih bersuami, dia tak akan mengorat perempuan tu. Aku cuba terima semua ni sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

Kadang – kadang orang nampak kita hidup senang, tanpa mereka tahu isteri nilah yang susah senang bersama dari awal. Bila suami dah senang, banyak mata mula memandang. Lelaki pula ambil kesempatan tanpa tengok balik siapa yang selama ni sentiasa ada di sisi. Semua peng0rbanan isteri seolah – olah dilupakan begitu sahaja.

Kejadian ni baru tiga bulan lepas berlaku. Masih berd4rah dan merah luka di hati ni. Macam mana aku dimaki dan dilayan di rumah oleh suami, macam mana aku disekolahkan oleh perempuan yang acah – acah janda tu, semuanya masih berbekas dalam hati.

Aku sedang belajar untuk melupakan dan meredhakan apa yang jadi. Tapi bukan mudah untuk melupakan semua luka yang pernah ditinggalkan. Ada hari aku kuat, ada hari aku menangis sendirian. Untuk perempuan tu, aku tak akan maafkan sampai bila – bila.

Kalau dari awal perkenalan kau cakap yang kau masih bini orang, dan Instagram kau ada gambar suami serta anak, mana – mana lelaki pun tak akan berani mengorat. Tapi kau pilih untuk sembunyikan semua tu dan biarkan rumah tangga orang lain musn4h.

Ulasan Pembaca :

Ila Nadila : Baru 3 bulan jadi masih merah dan berd4rah hati puan. Percayalah puan, walau 10 tahun akan datang hati tu tak akan sembuh. Patutnya bila tahu betina tu bini orang, puan tinggalkan sahaja suami puan. Nanti dia akan kena tinggal juga dengan betina tak cukup satu batang tu. Baru suami puan rasa macam mana kena buang dengan orang yang dia sayang.

Zaitun Ujang : Aku tak tahu macam mana ko boleh terima lelaki macam ni. Kalau aku dah lama aku tend4ng. S4kit yang ko rasa macam aku juga yang kena. Orang macam ni memang akan ulang dan ulang silap yang sama sebab bagi dia, ko akan rayu dan bagai nak m4ti kalau tak ada dia. Dik, sedar dari mimpi. Tak guna cari salah orang lain. Cari kekuatan dari dalam diri. Bangkit dengan degree awak. Tunjuk dekat suami, ko tak heran lelaki yang macam sampah ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :