Aku anak angkat, lepas mak meninggaI, ayah aku kahwin. Mak tiri cemburu bila aku rapat dengan ayah. Setiap kali aku borak, tengok TV dengan ayah, mak tiri marah

Di rumah pula aku tak dibenarkan untuk bercakap dengan ayah. Mak tiri akan meng4muk bila nampak aku dekat – dekat dengan ayah. Ayah bagi aku handphone supaya kami boleh berkomunikasi. Ayah akan selit duit belanja sekolah bawah pintu bilik supaya mak tiri tak nampak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca dan admin. Aku Mell. Setelah lama menjadi ‘silent reader’ di sini, akhirnya aku gagahkan untuk menulis dan mencuri sedikit masa sementara anak aku masih lena untuk mengarang tentang hidup aku.

Aku cuba ringkaskan tentang diri aku. Aku berusia 26 tahun, sudah berkahwin, ada seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Aku adalah seorang anak angkat yang telah diambil oleh sepasang suami isteri yang sangat baik semasa aku baru berusia 2 minggu. Aku panggil mereka Ibu dan Ayah.

Ibu s4kit jantung sejak dari kecil. Oleh sebab itu Ibu tidak boleh mengandung dan mengambil anak angkat. Mereka menjaga aku seperti menatang minyak yang penuh. Hidup aku sempurna dan cukup segalanya. Takdir telah tertulis, ibuku telah kembali kepada pencipta-Nya sewaktu aku berusia 12 tahun, lagi 2 minggu nak UPSR.

Masa aku tingkatan 1, Ayah telah berkahwin dengan seorang guru sekolah rendah yang sama tempat aku bersekolah dulu. Tapi aku tak pernah menjadi anak muridnya. Aku pula telah bersekolah di asrama penuh kerana UPSR aku cemerlang.

Anak mana yang tak sedih bila ayahnya berkahwin lagi. Belum setahun ibu pergi. Tapi dalam masa yang sama aku gembira kerana aku dapat mak baru. Oleh sebab itu aku nak keluar dari asrama yang sememangnya dari awal aku tak boleh nak biasakan diri di asrama.

Hari – hari aku menangis. Sebab aku masih lagi bersedih dan tak boleh move on atas kehilangan arw4h ibu dan setiap kali weekend aku tertekan melihat kawan – kawan lain diziarahi oleh ibubapa masing – masing tapi aku tak. Boleh dikatakan sepanjang form 1 aku di asrama aku kemurungan.

Akhirnya aku keluar juga dari asrama dan pindah ke sekolah menengah biasa yang berhampiran dengan rumah. Aku memang rasa seronok sangat. Tapi nasib aku bertambah teruk. Pilihan untuk keluar asrama adalah keputusan yang telah merosakkan hidup aku.

Pada awalnya mak tiri baik layan aku. Lama – kelamaan makin nampak tanduknya. Dia tak pernah pukuI aku, tapi dia d3ra emosi aku. Dia tak masak untuk aku, apa lagi nak uruskan baju – baju aku. Aku pernah buka puasa milo dan biskut sahaja dan sahur air masak. Dia masak hanya untuk ayah aku. Mereka makan berdua sahaja.

Aku? Bila aku dah tau dia takkan masak untuk aku, sejak tu aku beli makan di kedai hari – hari. Aku berdikari sendiri dalam menguruskan hidup aku sedangkan aku memang takde pengalaman untuk uruskan hidup sendiri sebab aku anak angkat tunggal.

Arw4h Ibu manjakan aku. Ayah aku juga ada upah jiran depan rumah aku (kawan baik arw4h ibu) untuk masak untuk aku. Setiap kali balik sekolah aku akan ambil makanan di rumahnya. Itu pon kadang – kadang aku kena sound dengan anak – anak dia katanya jangan ambil banyak – banyak.

Sedangkan aku ambil untuk 2 kali makan, siang dan malam. Kadang – kadang ada mak kawan – kawan aku bagi makanan, kadang – kadang aku naik motor sendiri beli makanan, kadang – kadang jalan kaki, kadang – kadang aku makan di rumah makcik aku yang berhampiran.

Aku memang susah nak makan masa tu. Tapi dah lama – lama dah biasa walaupon hati aku sedih. Aku baru je form 2 masa tu . Dan hal ini berlarutan sehingga aku form 5. Di rumah pula aku tak dibenarkan untuk bercakap dengan ayah aku.

Sejak tu ayah aku bagi aku handphone supaya aku boleh bagitahu apa – apa melalui mesej. Ayah seorang yang baik dan tak banyak cakap. Tapi cuma kami dah malas nak bertekak hari – hari dengan mak tiri. Mak tiri aku akan meng4muk bila nampak aku dekat – dekat dengan ayah aku (contohnya tengok tv sama – sama, berborak) .

Sejak tu walaupon kami serumah kami tak bercakap. Sejak tu juga aku hanya mengurungkan diri dalam bilik sahaja. Makan, sahur, buka semua dalam bilik. Takde lagi tengok TV santai – santai dalam hidup aku. Aku banyak menangis dan tidur sahaja di dalam bilik dan bangun ke sekolah dengan happy seolah – olah hidup aku sangat sempurna. Seronok jumpa kawan – kawan berbanding duduk rumah.

Aku sekolah menengah pagi. Mak tiri mengajar di sekolah rendah bahagian petang. So sebelum dia balik, aku dah siapkan semua makanan aku dalam bilik, mandi, semualah supaya aku langsung tak keluar bilik bila dia balik. Esoknya aku pergiIah sekolah. Hari – hari macamtu.

Duit sekolah pon ayah selitkan kat bawah pintu bilik ataupon ayah campak dari tingkap bilik aku sebab mak tiri aku marah kalau ayah aku bagi duit pada aku. Sehari rm10. Ye, aku bukanlah orang yang susah dari segi kewangan. Kalau pergi tuisyen, ayah aku tunggu aku di hujung jalan rumah aku lebih awal, dan balik aku diturunkan disitu juga. Punyalah tak nak bini dia tahu.

Kononnya ayah aku keluar ke tempat lain lah bukan hantar aku. Balik kampung aku tak pernah ikut. Bila keluar bilik je tengok – tengok rumah dah takda orang. Semua balik kampung dah. Aku kena tinggal berhari – hari. Bila hari raya, aku masih beraya dengan family arw4h ibu.

Sepanjang aku form 1 – form 5, makcik aku yang duduk dekat dengan rumah aku tulah yang bawa aku beli baju, bawa aku balik kampung. Bila raya, semua ada ahli keluarga masing – masing. Aku je sorang diri. Hari raya aku suram je setiap tahun.

Belum lagi masuk bab wife, awek, tunang sepupu sepupu aku yang tak suka aku sebab cemburu aku rapat dengan sepupu – sepupu aku. Yela, aku kan anak angkat je dalam keluarga ni. Sepupu aku masa tu semua lelaki. Aku je perempuan. Sepupu perempuan masih kecil – kecil lagi. Tipulah kalau aku tak makan hati dengan semua yang berlaku. Jiwa aku tersiksa.

Mak tiri aku pula bukanlah elok sangat per4ngai. Kadang – kadang dia ok, kadang – kadang tak. 2 minggu ok baik masak kemas rumah, selebihnya dia akn berkurung dalam bilik tak buat apa – apa, hempas – hempas pintu bilik berg4duh dengan ayah, pecahkan barang.

Alasannya setiap kali g4duh adalah aku. Dia suka memfitnah aku pada ayah aku. Pernah sampai ayah aku cakap aku ni hanya anak angkat sahaja. Luluhnya hati aku ni. Tapi aku tau ayah aku str3ss kerana rumahtangganya tak lagi bahagia seperti arw4h ibu dulu.

Mak tiri aku memang benci aku sebab aku anak angkat dan bukan muhrim ayah aku katanya. Tiap kali g4duh dia akn cakap pada ayah, ‘awak kahwinlah dengan anak angkat awak tu!’ Padahal aku dah cuba sedaya upaya untuk mengurungkan diri dalam bilik dan elak dari bertembung dengan dia. Tapi tetap aku kena juga.

Mak tiri selalu cerita yang buruk – buruk pasal aku pada ayah sedangkan aku tak buat. Lepas tu aku kena marah lah. Redha je lah. Dah biasa pon. Banyak lagi hal lain yang terjadi yang membuatkan aku makan hati dan kemurungan. Satu hari tu, ayah terjumpa surat s4kit bini dia yang menyatakan dia pengidap SCHIZ0PHRENIA.

Kesian juga ayah, ibu dulu s4kit jantung. Bini sekarang schiz0 pula. Walaupon ibu tak boleh mengandung ayah tetap setia dan jaga ibu sehingga hujung nyawa ibu. Lepas habis SPM, aku keluar dari rumah dan bekerja sementara di kilang. Mulalah kisah hidup aku yang baru.

Ohh iye!! Masa aku tingkatan 3, masa tu masih pakai telefon rumah lagi. Ada seseorang telah telefon dan ingin bercakap dengan aku. Rupanya dia adalah nenek kandung aku yang telah serahkan aku pada ayah dan ibu aku. Ayah aku bawa aku jumpa dia.

Aku ni sejenis yang tak pandai menunjukkan emosi aku. Aku pendam. Dan buat muka rilek. Asal orang ok dengan aku, aku pon ok je. Aku mulalah rapat dengan family kandung memandangkan diorang semua memang nak jumpa aku. Aku ada kakak – kakak. Tapi kami 1 bapak, lain mak.

Dipendekkan cerita, rupanya aku adalah anak luar nikah. Yang nenek, kakak – kakak, makcik – makcik yang aku jumpa ni semuanya ahli keluarga sebelah lelaki yang menjadikan aku anak luar nikah. Kau rasa? Maka berhuhuhu lah aku. Redha ok redha.

Tapi jiwa aku tersiksa. Tapi apa boleh buat. Senyum dan berlakon happy je lah like nothing happen kan. Sehingga kini aku 35 tahun aku tak jumpa lagi ibu kandung aku sebab suami dia yang sekarang tak tahu kisah hidup dia dulu – dulu sehingga dia pernah menghasilkan aku. Sekian sahaja. Terima kasih dan jumpa lagi… – Mell Abdullah

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :