
Aku mula susun satu – satu. Aku kumpul bukti. Aku simpan semua mesej. Aku simpan semua gambar. Bekas mak mentua aku yang sebelum ni lantang cerita keburukan aku, akhirnya terdiam. Aku nampak air mata dia. Menangis teruk. Mata bengkak. Masa tu aku rasa menang.
#Foto sekadar hiasan. Kadang – kadang dalam hidup ni, kita ingat kita dah tahu semua yang berlaku dalam rumah tangga sendiri. Kita rasa kita orang yang paling faham pasangan kita, paling tahu apa punca semuanya berakhir. Tapi rupanya, ada banyak perkara yang disorok, banyak cerita yang hanya terbongkar selepas semuanya terlambat.
Ini kisah aku, tentang satu fasa hidup yang aku lalui tanpa persediaan, tanpa amaran, dan penuh Iuka yang aku simpan lama dalam hati. Masa proses cerai dulu, waktu tu aku dengan keluarga langsung tak tahu pasal kewujudan perempuan lain dalam rumah tangga aku.
Papa aku sempat pergi ke rumah bekas mertua. Sebelum pergi tu, papa tak bagitahu aku pun, sebab kalau aku tahu memang aku dah larang dari awal. Niat papa aku pergi sana cuma satu, nak berbincang elok – elok dan tanya bekas mak mentua aku, apa sebenarnya sebab bekas suami aku tiba – tiba lafazkan cerai.
Tapi jawapan yang papa aku dapat tu memang mengejutkan. Semua benda buruk pasal aku, dari A sampai Z, semua dikeluarkan. Kesalahan lama yang aku sendiri dah lupa pun boleh ditimbulkan balik. Macam aku ni manusia paling gagal atas dunia.
Papa aku sebenarnya datang dengan harapan kalau boleh bekas suami aku tarik balik permohonan cerai, dan kami boleh baiki rumah tangga. Papa aku juga harap bekas mak mentua aku ada niat yang sama. Sebelum papa balik, papa sempat cakap dekat bekas mak mentua aku,
“Anak ibu hebat. Boleh cerita aib isteri dekat mak ayah dia. Tapi anak aku, sampai hari ni, tak pernah sekali pun memburukkan anak ibu. Aku datang ni sebab masih berharap rumah tangga diorang boleh diselamatkan. Tapi kalau dah tak ada jalan, aku reda.”
Lepas balik, papa datang jumpa aku dan cerita semua yang bekas mak mentua aku cakap pasal aku. Untuk makluman, masa tu aku cuma ada mak mentua, sebab ayah mentua aku dah lama meninggaI sebelum kami kahwin. Bila aku tahu papa pergi rumah diorang, aku marah giIa.
Aku rasa macam papa pergi merayu dekat bekas suami supaya tarik balik cerai. Tapi papa tenangkan aku. Dia cakap, “Tak adil kalau papa dengar cerita dari kamu seorang. Dia pun anak papa juga, sama macam kamu.” Ayat tu tembus terus ke hati aku.
Papa balik dengan harapan besar bekas suami aku akan tarik balik cerai. Tapi harapan tu kosong. Kes cerai tetap berjalan sampai ke sidang ikrar talak. Aku masih ingat, malam sebelum ikrar talak, aku turunkan ego. Aku minta maaf dekat dia. Aku minta dia jangan hadir esok.
Aku WhatsApp dia, tapi dia balas, “Dah tak boleh baiki.” Dia siap cakap lagi, “Kau tak payah datang sidang esok, tak ada guna.” Tapi aku tetap datang. Aku nak tengok sendiri dia lafazkan cerai depan hakim. Sampai dekat parking mahkamah, aku nampak dia duduk hujung parking.
Jarak kami lebih kurang tiga meter. Aku buat tak nampak, terus duduk tunggu giliran. Tiba – tiba WhatsApp masuk. “Kenapa kau buat tak endah je? Kau dah lupa aku ke?” Dalam hati aku, “Eh apa hal pula lelaki ni.” Aku langsung tak balas. Nak buat manis apa lagi. Tinggal selangkah je nak rasmi cerai, dialah yang lafaz.
Lepas berjam – jam tunggu, masuklah giliran kami. Dalam bilik sidang, dia nak duduk sebelah aku, tapi hakim terus tegur suruh duduk asing – asing. Mungkin hakim pun pelik, ni nak cerai ke nak berbaik. Bila bekas suami aku dipanggil untuk lafazkan talak, jantung aku macam nak tercabut. Aku cuma nampak belakang badan dia. Hakim pandu lafaz.
Bila nama penuh aku disebut siap dengan binti, dia terdiam lama, lepas tu baru sambung sampai habis. Tok. Palu diketuk. Rasmi. Kami bercerai. Hakim sempat pesan dekat bekas suami aku supaya beri nafkah yang sepatutnya walaupun tak ditulis dalam keputusan. Dia angguk setuju.
Sepanjang sidang, setitik air mata pun tak jatuh. Tapi masa dalam perjalanan balik, air mata aku banjir habis. Aku tertanya – tanya, “Aku boleh ke besarkan anak – anak aku sorang?” “Orang akan pandang aku macam mana lepas ni?” Sampai rumah, aku nampak papa duduk tunggu.
Mata papa aku berair. Aku minta maaf sebab rasa gagal pertahankan rumah tangga aku. Aku dengan papa sebenarnya tak rapat sangat. Tapi tak ada ibu bapa yang sanggup tengok anak dia diperlakukan sesuka hati macam tu. Sebab tu bila papa tahu bekas suami aku kerap datang rumah jumpa anak – anak, papa tak izinkan. Rumah tu rumah pemberian orang tua aku.
Papa WhatsApp bekas suami aku, minta jangan datang rumah lagi. Bekas suami sampaikan benda tu dekat aku, dan aku jawab, “Memang patut pun. Nasib baik je tak kena beIasah.” Akhirnya, setiap kali dia nak jumpa anak – anak, kena jumpa di luar.
Semua benda sebenarnya mula terbongkar perlahan – lahan lepas cerai. Masa tu aku ingat, paling s4kit pun setakat diceraikan. Rupanya itu baru mukadimah. Lvka sebenar datang selepas aku mula susun balik hidup aku sebagai ibu tunggal. Pada awalnya aku tak syak apa – apa.
Aku cuma fikir, mungkin dia dah lama taw4r hati. Mungkin aku yang kurang sebagai isteri. Aku salahkan diri aku sepenuhnya. Aku cuba pujuk hati sendiri dengan ayat, tak apa, jodoh aku sampai sini je. Sampailah satu hari, aku dapat satu mesej daripada orang yang aku tak kenal. Akaun palsu. Ayat dia pendek je, tapi cukup buat tangan aku menggigil.
“Kau tahu ke bekas suami kau dah lama ada perempuan lain?” Masa tu aku baca berkali – kali. Aku senyap. Aku tak balas. Aku cuba positifkan diri. Aku cakap dekat diri sendiri, mungkin orang ni saja nak tambah s4kit aku. Tapi lepas tu, satu demi satu bukti dihantar. Gambar. Tarikh. Perbualan. Semuanya masa aku masih bergelar isteri yang sah.
Rupa – rupanya, masa papa aku pergi rumah bekas mak mentua, masa diorang cerita buruk pasal aku tu, masa tu jugalah diorang sedang lindungi aib anak sendiri. Di balik cerita aku isteri derh4ka, isteri tak pandai jaga rumah tangga, rupanya ada perempuan lain yang sedang disorok.
Paling aku terkilan, nikah tu dibuat senyap – senyap. Tak lama lepas cerai. Terlalu cepat sampai tak masuk akal kalau kata baru kenal. Dari situ aku tahu, semua ni dah dirancang lama. Masa aku tahu hal sebenar, aku tak menangis. Aku rasa kosong. Macam hati aku m4ti rasa.
Aku cuma senyum pahit dan cakap dekat diri sendiri, patutlah dia begitu yakin lepaskan aku. Patutlah lafaz talak tu senang keluar dari mulut dia. Aku mula susun satu – satu. Aku kumpul bukti. Aku simpan semua mesej. Aku simpan semua gambar. Aku tak buat kecoh terus.
Aku belajar sabar, sebab kali ni aku nak pastikan aku tak jatuh dengan tangan kosong. Bila aku bersuara, bukan untuk merayu. Tapi untuk pertahankan maruah aku yang selama ni dipijak – pijak. Bekas mak mentua aku yang sebelum ni lantang cerita keburukan aku, akhirnya terdiam.
Bila aku dedahkan semua permainan anak dia, masa tu baru aku nampak air mata. Menangis teruk. Mata bengkak. Suara terketar. Masa tu aku rasa menang. Tapi dalam masa yang sama, hati aku perit. Sebab walau macam mana pun, dia orang tua. Dan aku pernah letak hormat aku dekat situ.
Aku juga pernah dedahkan aib diorang dekat media sosiaI. Masa tu aku marah. Aku penat diam. Aku penat jadi orang baik yang dipijak – pijak. Aku nak orang tahu aku bukan giIa, aku bukan reka cerita. Lepas semuanya reda, aku padam satu – satu. Sebab bila emosi dah turun, aku sedar, balas d3ndam tak pernah betul – betul sembuhkan Iuka.
Yang tinggal sekarang cuma aku dan anak – anak. Aku belajar kuat bukan sebab aku hebat, tapi sebab aku tak ada pilihan. Aku belajar senyum walaupun hati aku retak. Aku belajar bangun setiap pagi dengan satu niat, aku nak anak – anak aku membesar tanpa rasa mereka tak cukup kasih sayang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.