
Mak selalu nak balik cepat kalau pergi kubvr arw4h ayah. Mak tak pernah ajar atau suruh anak – anak baca yasin, buat kenduri tahliI, atau apa – apa yang berkaitan dengan arw4h ayah. Lepas ayah meninggaI, kami kena halau dengan nenek sed4ra, puncanya sebab aku berg4duh..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku ada prolong childhood tr4uma. Coretan ni panjang, sudilah membaca kalau ada masa. Hubungan aku dengan adik beradik, biasalah, kadang – kadang ada berg4duh, kadang – kadang happy bermain sama – sama waktu kecil dulu.
Abang – abang aku suka usik aku dulu sebab aku impulsif. Aku perempuan, tapi nak masuk geng lelaki kan. Bila kena usik, aku tak tahan, aku menangis. Akhirnya abang – abang aku kena marah dengan arw4h ayah. Tapi kitorang rapat juga. Arw4h ayah garang. Kena libas tu biasa dah.
Malam – malam arw4h ayah akan sapu ubat dan minta maaf. Walaupun begitu, aku tak marah pada ayah sebab arw4h ayah selalu sembang dengan aku, tanya hal sekolah, mandikan dan sik4tkan rambut aku, belikan hadiah bila aku ada pencapaian.
Masalah aku, aku tak ada memori dengan mak aku. Yang aku ingat, muka mak sentiasa masam, jeling dengan air muka benci bila tengok aku. Lagi – lagi bila abang – abang aku kena marah, mak aku akan tak puas hati sebab rasa aku punca anak lelaki dia kena marah.
Bila mak suap makan, dengan adik – adik aku ok lagi, tapi bila turn aku, ditonyoh – tonyoh nasi dalam mulut. Pernah aku nak sangat rasa gula – gula dalam kedai mak aku. Mak aku menjual, tapi anak – anak tak dibenar ambil apa pun. Waktu itu aku minta nak rasa sebiji gula – gula pun jadilah.
Aku ingat arw4h ayah pujuk mak untuk bagi, lama arw4h ayah pujuk baru mak benarkan ambil satu biji gula – gula. Tu pun mak mencebik kat aku. Apa benda yang aku pilih, contoh baju atau kain, mak mesti ejek. Tak cantik lah, pelik lah. Depan saud4ra mara, mak jatuhkan air muka aku.
Semua benda tak kena di mata mak. Aku tak pernah tengok wajah mak happy dengan aku. Mungkin sebab itu aku takde memori dengan mak. Bila arw4h ayah meninggaI, aku ingat lagi aku difitnah oleh nenek saud4ra aku. Waktu itu mak bertanya tentang duit yang nenek saud4ra aku ambil.
Nenek saud4ra tiba – tiba naik angin, dia cerita pasal anak angkat dia yang meng4muk semuanya konon gara – gara aku. Padahal mak tanya pasal duit, apa kaitan dengan perg4duhan budak kecil kan. Tapi hanya nak jadikan sebab untuk nenek saud4ra minta kami keluar dari rumah dia.
Waktu itu kami menumpang di rumah nenek saud4ra selepas arw4h ayah meninggaI. Aku budak waktu itu, tapi aku tak b0doh. Aku dengar perbualan mereka. Aku rasa nak menjawab je kat nenek saud4ra aku. Anak angkat dia ada meng4muk marah – marah, tapi aku sendiri tak tahu pasal apa.
Lepas dia meng4muk tu, aku tanya Ain, teman sepermainan dan sepupu kepada anak angkat nenek saud4ra aku. Ain cakap, dia pun tak tahu kenapa budak tu nak meng4muk, mungkin cemburu tengok Ain bermain dengan aku. Aku macam, dah apa hal nak cemburu.
Bila nenek saud4ra bangkitkan isu tu kat mak, macam mak ni tak pandai jaga anak lah. Aku nak jawab tak boleh, sebab ayah ajar jangan menyampuk waktu orang tua berbincang. Akhirnya nenek saud4ra minta kami keluar rumah. Mak memang sedih, tapi sejak tu mak jadi bertambah benci dengan aku.
Aku jadi tempat lempias marah. Apa aku buat, mak meng4muk. Padahal niat aku nak tolong mak buat kerja rumah. Waktu itu adik – adik aku kecil. Abang – abang kakak aku sekolah jauh. Semua tak kena di mata mak. Mak pernah cakap aku penyebab arw4h ayah m4ti.
Bayangkan arw4h ayah yang aku sayang, mak kata aku penyebab arw4h ayah m4ti. Mak bukan sahaja pukuI aku, kata – kata mak juga meny4kitkan hati. Aku jadi keliru, sayang ke benci. Bila aku jauh hati, mak kata sayang aku. Tapi lepas tu mak d3ra emosi aku, berulang.
Mak ada masalah dengan nenek dan mak saud4ra aku. Semua benda mak samakan aku dengan nenek dan mak saud4ra. Cakap aku ni menurun diorang. Bila mak s4kit hati dengan atuk, nenek dan mak saud4ra, akulah sasaran. Mak pernah cakap dia tak sanggup pun jaga arw4h ayah kalau arw4h masih hidup.
Mak selalu nak balik cepat kalau pergi kubvr arw4h ayah. Mak tak pernah ajar atau suruh anak – anak baca yasin, buat kenduri tahliI, atau apa – apa yang berkaitan dengan arw4h ayah. Konon ni bidaah. Balik dari rumah atuk nenek atau mak saud4ra, mesti ada benda mak keji.
Aku tempat luahan mak. Kat aku juga, mak lempias benci. Aku rasa siksa. Nak nangis, kena marah. Nak marah, lagi kena marah. Serba tak kena. Dari aku seorang kanak – kanak yang ceria, aku murung. Aku tak tau aku murung sampai umur 20 lebih baru aku tau rupanya aku murung.
Aku ingat cikgu bahasa Melayu bagi aku hadiah buku “Jangan Bersedih”. Aku pun fikir kenapa. Tengok gambar aku waktu sekolah, takde satu pun senyum, semuanya masam mencuka muka bermasalah. Lima tahun duduk dengan mak, tapi aku rasa berpuluh tahun emosi aku tersiksa.
Aku jadi pendiam, hilang semangat hidup. Aku on survival mode. Apa mak cakap tak betul pasal aku, aku cuba bangkit meIawan. Tapi mak, punya kuasa nak palau aku, punya kuasa pengaruh anak – anak lain. Setiap masa nak menangis. Aku rasa yatim piatu, keseorangan.
Masa tu aku fikir hanya ada Allah. Allah tempat luahan aku. Otak tak berfungsi normal, rasa beban besar dalam otak. Badan lemah, selalu penat, rasa nak terbaring. Nak buat satu aktiviti pun rasa penat sangat. Oksigen rasa tak cukup, selalu menguap walau tak mengantuk.
Aku jadi tak suka mingle dengan orang lain. Diam memerhati. Suspicious kalau orang nak berbaik dengan aku. Susah nak percayakan sesiapa. Banyak benda dalam otak. Jadi bila nak luah time kena push dengan mak, aku menjerit dalam hati. Bercakap salah, tak cakap salah. Sebab selalu disalahkan.
Selepas 23 tahun hidup berdikari, pergelutan emosi tak selesai. Selalu rasa sedih, menangis tiba – tiba. Air mata rasa kering. Otak biol. Masa atuk meninggaI, mak larang abang balik. Aku teman mak jaga kakak berpantang. Mak cakap takyah balik.
Bila nenek meninggaI, adik beradik tak balik, aku lah yang balik. Baru – baru ini mak saud4ra meninggaI, baru ada beberapa adik beradik balik, aku je yang ada masa nenek dan atuk saud4ra meninggaI. Ada beberapa siri perg4duhan aku dengan mak sampai aku w4rning taknak dengar apa – apa mak nak mengata.
Mak ni memang benda tak puas hati je. Jadi dia tak berani cakap kat aku macam dulu, mulut tergerak – gerak pun tahan. Kakak aku kalau baca ni, takyah nak perasan sangat. Suami dia pun jadi bahan kutukan mak, tapi aku bukan batu api je.
Adik lelaki aku mulut jahat mengata suami kakak aku. Aku tetap sabar. Aku dah tak berg4ntung dengan mak, aku cari duit sendiri. Bulan – bulan bagi duit kat mak walau masa universiti. Ada waktu aku tak kerja, suami aku bayar kat mak. Selama 23 tahun masa aku berdikari, masih tak cukup sempurna di mata mak.
Aku tak terima alasan mengherdik, mengh1na, mencaci sebagai mendidik. Aku bukan b0doh tak reti beza orang suka atau tidak. Aku pun bukan budak kecil, mak nak marah suka hati. Selama ini, aku reset diri, lupakan apa lepas, tiap kali jumpa mak, maniskan muka.
Masih call mak tanya khabar walau mak kata tak payah call. Masih balik walau mak buat muka kejung. Masih doakan mak, minta Allah mudahkan urusan, beri kesihatan yang, lapangkan hati, kebahagiaan dan ketenangan dunia akhirat. Tahun ni baru setahun lebih tak bagi duit regularly kat mak, bukan tak bagi langsung.
Aku ada keperluan lain nak pakai duit. Aku baik sangka mak boleh faham macam anak lain bila dalam kesusahan. Aku bagi duit cuma tak kerap macam biasa. Aku dah boleh agak benda ni akan berlaku. Sebelum ni pun nampak bibit mak tak suka aku ada kat rumah dia.
Mak pernah bagi wasiat kat kakak dan adik perempuan. Tinggal aku sorang anak perempuan ni, orang lain boleh kata apa. Aku tak kecik hati walau tau mak saja nak tengok reaksi. Dari kanak – kanak, pend3raan emosi mak buat aku tertelan. Dari hidup sampai orang tu meninggaI, mak push perli aku. Mak happy tengok aku s4kit. Aku biar je, lantak pi.
Aku masih cuba jaga adab. Balik rumah, salam mak, hulur duit, mak sambut elok – elok. Aku beri peringatan sebelum keluar, harapnya tak keluar cerita anak derh4ka kat adik beradik lain. Aku keluar sebab mak suruh, bukan sebab tak nak balik. Aku balik pun, mak tak suka. Aku teruskan sabar. Aku susah nak baiki. Biar masa tentukan. Malam tu suami faham aku br0ken, tak boleh tidur, tapi dia tak judge. Terima aku. Tak p4ksa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.