Aku s4kit masa outstation dengan boss. Boss siap tolong derma d4rah untuk aku. Aku terima bila boss ajak nikah jadi isteri kedua.

Aku telefon isteri dia, beritahu keadaan bos. Aku juga yang serah kunci kereta pada anak dia. Yang hanya muda 10 tahun dari aku. Isteri dia cantik. Aku pergi umrah, berdoa. Balik dari umrah, boss lamar aku..

#Foto sekadar hiasan. Tolong sembunyikan profil aku. Nama aku Melati (bukan nama sebenar). Aku tidak tahu nak mula dari mana, tapi aku harap siapa yang baca ni jangan terus menghukvm apa yang aku sedang lalui. Aku sendiri masih belajar menerima takdir yang aku sendiri tidak pernah rancang.

Dua tahun lepas, hidup aku berubah sekelip mata. Aku baru selesai menjalani pembedahan membuang rahim akibat k4nser rahim. Ya, aku tidak akan jadi seorang ibu. Tapi waktu tu, aku masih nak buktikan pada dunia yang aku tetap mampu berdiri. Tetap bernilai.

Lepas cuti s4kit panjang, aku kembali bekerja. Hari pertama naik kerja, aku terus kena outstation ke Vietnam. Kami berempat: aku, kawan perempuan aku (Yaya), seorang staf lelaki, dan bos aku sendiri. Tapi belum 24 jam sampai, Yaya dapat berita yang mak dia meninggaI dunia.

Dia balik Malaysia serta-merta, tinggal aku seorang perempuan bersama dua lelaki. Aku cuba kuatkan hati. Tapi malam tu, aku jatuh s4kit. Demam panas, munt4h, dan akhirnya pengsan. Aku dikejarkan ke hospital dan waktu tu, bos aku yang derma d4rah untuk aku.

Dia ingat aku keguguran. Tapi dia tidak tahu, rahim aku dah lama tidak ada. Masa aku terlantar tu, aku mula cerita kisah sebenar hidup aku. Tentang pembedahan. Tentang hidup aku yang sunyi. Dan mungkin dari situ, sesuatu dalam hubungan kami berubah.

Balik Malaysia, aku cuba jauhkan diri. Tapi takdir macam tidak pernah beri ruang. Kami terus dipertemukan. Outstation ke Ipoh, bos aku pula jatuh s4kit. Aku pula yang jaga dia malam – malam. Letak kain basah dekat dahi. Pantau suhu. Temankan dia tidur.

Semua tu aku buat sebab simpati, nak balas budi atau mungkin sebab hati aku mula goyah. Lepas tu, dia jatuh s4kit lagi. Kali ni aku yang pandu dia balik ke Kuala Lumpur dan hantar ke hospital. Aku sendiri yang telefon isteri dia, beritahu keadaan bos.

Aku juga yang serah kunci kereta pada anak dia. Yang hanya muda 10 tahun dari aku. Isteri dia cantik. Anak – anak dia baik. Aku sedar. Aku bukan siapa – siapa kalau nak dibandingkan dengan mereka. Jauh bagai langit dan bumi.

Tapi sejak hari tu, aku cuba tarik diri. Tapi entah kenapa, bos aku m4kin rapat dengan aku. Bila aku buat pemeriksaan kesihatan, dia yang teman, sentiasa di sisi. Bila aku dimasukkan ke wad sebab kurang d4rah, dia datang waktu hari jadi aku.

Dan malam tu, dia luahkan perasaan. Aku marah. Aku sedih. Aku kecewa. Tapi hati aku? Dah terlalu dalam. Aku cuba jauhkan diri. Sampai aku pergi umrah. Aku doa. Ya Allah, kalau rasa ni salah, tolong buang ia dari hati aku. Tapi kalau ada hikmah yang aku tak nampak, tolong tunjukkan.

Balik Malaysia, bos aku ajak nikah. Dan aku terima. Mungkin itu petunjuk dari doa aku. Aku tak pasti. Kami nikah di sempadan. Senyap – senyap. Tiada siapa tahu. Dah hampir tujuh bulan sekarang. Dan ya, aku adalah isteri kedua kepada bos aku sendiri. Tiada seorang pun tahu, termasuk isteri pertama.

Aku tahu aku salah. Aku tahu aku berd0sa. Tapi aku juga manusia biasa. Yang tewas dalam rasa sendiri. Aku bukan hadir untuk mer4mpas. Aku tak pernah minta tempat dalam hati dia. Aku cuma jatuh cinta pada orang yang salah. Pada waktu yang salah.

Dan andai kakak (isteri pertama) tahu. Aku mohon, jangan benci aku.Aku harap kakak tidak tahu sampai aku hembus nafas terakhirku. Cukuplah hanya Allah, aku dan suami yang tahu. Aku hadir bukan mahu menggantikan kakak. Aku cuma menumpang kasih.

Dan untuk suami aku. Kalau satu hari nanti aku tiada, Terima kasih kerana pernah memilih aku. Terima kasih kerana percaya aku walaupun aku bukan sempurna. Aku redha kalau aku cuma sekadar singgah. Asalkan cinta ini halal. Walau terp4ksa disembunyi dari dunia.

Aku tahu ramai yang akan benci aku bila baca ni. Tapi aku cuma nak jujur. Sebab aku penat berpura – pura kuat. Aku cuma seorang wanita. Yang mencari ruang untuk merasa disayangi. Setelah melalui banyak kehilangan dalam hidup.
Doakan aku.Doakan hati ini kuat. Yang tidak pernah menang – Melati (bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nur Shuhairah : Cuba jumpa kakak pertama, tunjuk kesungguhan nak berbaik. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Ya, saya benci perempuan yang jadi penyondol atau perampas suami orang, tapi jalan cerita awak lain. Semoga awak, kakak, dan suami dapat membina sebuah keluarga yang bahagia hingga ke syurga.

Farah Damia : Tiada pun istilah menumpang kasih sebenarnya bila jadi isteri kedua, ketiga atau keempat. Apabila sudah halal, memang dah berhak dan dalam Islam pun benarkan poligami bagi lelaki yang mampu. Tidak berd0sa pun bernikah dengan niat yang betul, malah sudah menyempurnakan separuh daripada agama kita.

Cuma mentaliti rakyat Malaysia bila bermadu tu macam satu d0sa. Perbuatan tidak berterus terang tu sangatlah tidak elok. Benda pun dah jadi. Jadi, sis dan suami kembalilah kepada perkara yang benar. Dari sudut kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama, saya syorkan sis dan suami berterus terang dan mohon maaf atas tindakan membelakangkan dia waktu kamu dah bernikah, supaya niat nak ke jannah sebagai satu keluarga tu bakal tercapai bersama.

Berbaiklah dengan kakak madu tu dan sepatutnya suami sis kena jadi lelaki yang gentle untuk perkara ni dan perlu bersikap menyatukan serta berlaku adil. Saya doakan sis bahagia, berjaya dunia akhirat bersama keluarga tersayang. Aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :