Setakat ni suami tak pernah naik tangan lagi. Cuma dia pernah cakap aku ni binatang h4ram, siaI, dan macam – macam lagi. Kemudian dia ugvt nak tinggalkan aku. Aku pula takut kena cerai..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, sebenarnya aku memang aktif komen dekat page ni tapi lebih baik kalau aku menggunakan nama samaran lain sebab di sini ramai yang mengenali aku (bukanlah bermaksud aku ni popular).
Aku dah berkahwin, mempunyai seorang anak yang masih kecil. Aku dah berkahwin bertahun – tahun tapi aku memang s4kit hati dan makan hati dengan sikap suami. Rasa seperti dah mahu meIetup dah ini. Mula – mula masa aku berkawan dengan dia semuanya okey.
Dah tentu, masa bercinta kononnya indah. T4hi pun jadi wangi, kan? Setakat tu, dia takde buat hal pun masa bercinta atau bertunang. Keluarga dia pun semuanya okey. Adik – adik dia, abang dan kakak – kakak dia, semuanya nampak sempurna.
Aku akui gaji aku lebih tinggi daripada dia. Taklah tinggi sangat beza gaji aku dengan dia. Aku cuma ada diploma dengan gaji RM1,650 sebulan dan dia SPM pun tak lepas dengan gaji RM1,320 sebulanĀ tapi tak mengapa, zaman sekarang ramai lagi perempuan yang gaji lebih tinggi daripada suami walaupun taklah jauh sangat beza pun.
Kemudian selepas berkahwin kami berbincang – bincang. Aku, dah tentu ada kereta sendiri dan aku akan bayar kereta aku. Aku minta dia bayar sewa rumah, barang dapur. Aku yang selesaikan bil – bil. Untuk enam bulan pertama selepas berkahwin semuanya okey. Nampak sempurna dan tiada masalah.
Tapi selepas enam bulan, dia mula perlahan – lahan buat hal. Pertama, dia bagitahu aku yang duit gaji dia tak cukup. Dia ada rosakkan barang syarik4t yang bernilai RM5,000. Apa ke benda tah namanya aku pun lupa. Jadi, dia kena ganti setiap bulan RM500 untuk sepuluh bulan. Sebagai seorang isteri dah tentu aku percaya 99% kepadanya.
Jadi dia bagi alasan kepada aku dia tak dapat keluarkan belanja dapur. Jadi aku terp4ksa p0tong duit yang aku nak bagi setiap bulan kepada ibu bapa aku untuk menampung barang dapur. Aku fikir sepuluh bulan sahaja pun, kan?
Kemudian aku ada memohon kad kredit. Memang aku ada guna, tapi biasanya aku guna bila aku terdesak sahaja. Kemudian dia selalu merungut yang dia tak ada duit untuk isi minyak gara – gara gaji kena p0tong. Jadi dia minta aku pinjamkan kad kredit aku.
Dia janji akan guna RM100 sahaja sebulan untuk isi minyak. Sebenarnya dia pun pakai kereta juga. Cuma dia pakai kereta terpakai sahaja. Bayaran bulanan pun RM300 sahaja. Jadi dia akan ganti duit isi minyak tu setiap bulan bila dia bayar.
Tiga bulan pertama okey. Dia tepati janji dia. Guna RM100 sahaja, ada terlebih pun RM120 sahaja tapi lepas tu aku dapat bil yang buat aku s4kit jantung. Dia guna betul – betul had maksimum kad aku, RM3,000. Perghhhhhh… rasa dah terbakar hati.
Kemudian bila aku bising, dia lagi bising. Aku marah dia, dia lagi marah. Bila marah mula dia cakap bukan – bukan. Setakat ni dia taklah naik tangan lagi. Cuma dia pernah cakap aku ni binatang h4ram, siaI, dan macam – macam lagi.
Kemudian dia ugvt nak tinggalkan aku. Aku pula takut kena cerai, jadi aku diamkan sahaja. Tak lama kemudian aku mengandung. Kemudian dapat pula panggiIan daripada tuan rumah. “Puan, aku cuba hubungi suami puan tapi dia tak angkat. Sewa rumah dah empat bulan tak bayar ini.”
Waaaaa… tahap dewa punya tekanan aku dengar. Benda yang sama berlaku, kami berg4duh besar dan benda yang sama juga berlaku bila aku jadi b0doh bila dia ugvt nak ceraikan aku. Jadi nak tak nak aku cuba selesaikan sewa rumah dua bulan.
Kad kredit aku, aku terp4ksa biarkan. Mana cukup gaji aku. Aku kerja sebagai admin dengan gaji RM1600. Aku kerja dari pukuI 8 pagi sehingga pukuI 6 petang. Kadang – kadang aku kena balik lewat dalam pukuI 8 malam kalau banyak kerja.
Tak boleh claim overtime, tapi kalau cukup 8 jam aku boleh submit sebagai dapat cuti tahunan. Selepas tolak tu ini, aku dapat RM1400. Suami aku pula kerja sebagai maintenance dengan gaji RM1320. Ikutkan paling kurang dia dapat RM1150, tapi setiap bulan aku periksa duit dia ada RM800 sahaja.
Jadi, jumlah gaji aku dengan dia adalah RM1400 + RM800 jadi RM2200. Sewa rumah = RM350. Kereta aku = RM400. Nursery = RM200. Belanja bayi = RM150 (tak termasuk kalau dia demam). Motor dia = RM200
Belanja aku sepatutnya = RM15 x sebulan tak termasuk Sabtu Ahad = lebih kurang RM400. Belanja dia = RM15 x sebulan tak termasuk Ahad = RM400 juga. Belanja dapur ikut keadaan, kadang-kadang RM100-RM200
Bil-bil = RM100-RM150
Aku senaraikan apa yang tertunggak: Sewa rumah setakat ni ada lagi 2 bulan, hujung bulan ni jadi 3 bulan lah. Kereta aku satu bulan setengah tertunggak. Belanja bayi tak boleh tertunggak. Motor dia aku bayarkan, tak ada tertunggak.
Bil – bil ikutkan banyak tertunggak, tapi aku bayar setiap bulan sedikit – sedikit. Contoh kalau bil elektrik bulan tu kena RM100, aku bayar RM50. Astro aku dah p0tongkan. TV aku dah jual. Bagi ibu bapa aku sebelum ni aku hantar RM200, aku dah kena p0tong ke RM100.
Tu belum masuk suami aku minta duit seminggu kadang – kadang RM100. Sampai kadang – kadang aku terp4ksa ponteng kerja sebab tak ada duit nak isi minyak. Mujur aku ni buat pemeriksaan kehamilan di hospitaI kerajaan sahaja. Bayangkan aku sendiri yang pandu kereta dari mula mengandung sampai sarat untuk pemeriksaan kehamilan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.