Aku baik dengan kawan pejabat, isteri orang. Dia selalu mengadu suami dia jahat. Dia nak jadi isteri kedua aku, kalau isteri aku setuju

Pertama kali aku tengok isteri naik h4ntu sampai aku terkaku. Kalau aku tak halang, mungkin dah koma perempuan tu. Masa tu la isteri aku ungkit macam – macam, h1na aku, h1na perempuan tu, rendahkan martabat aku sebagai suami..

#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya, 4 juta kali fikir nak tulis ka tak. Tapi aku betul – betul perIukan bantuan la. Aku tahu ramai – ramai akan mengecam. Tapi aku rela ja kena kecam asalkan ada yang nak bantu aku dapatkan kepercayaan isteri aku balik.

Betul, aku mengaku aku pernah curang dulu. Masa tu aku rasa macam saja – saja kawan ja, sebab kami kerja dalam department yang sama. Aku selalu belanja perempuan tu makan la apa la. Pernah juga bagi hadiah kecil – kecil, tu pun sebab dia minta. Keluar pun kedai depan tempat kerja ja.

Tapi aku tak ada niat pun nak berz1na ka apa. Perempuan tu pun isteri orang. Cuma dia muda setahun daripada aku. Dia selalu juga cerita masalah dengan suami dia. Suami dia kaki pukuI la, minum k3tum, selalu tak bagi duit sebab kerja tak menentu. Lepas tu curi duit dia pula.

Aku mula – mula tu kesian kat dia… Sedih tengok dia menangis. Kononnya nak gembirakan hati dia. Aku anggap kawan ja. Aku anggap apa yang aku buat tu sedekah. Kami rehat sama – sama, jadi kerap juga aku bayar makanan dia. Tapi tu la, benda tu tetap salah, kan?

Perempuan tu pula ada perasaan kat aku rupanya. Dia selalu cakap isteri aku untung la apa la. Siap sanggup nak jadi isteri kedua kalau isteri aku setuju. Masa tu aku ingat dia gurau. Tapi dalam hati ni sampai sekarang pun, aku hanya cintakan isteri aku saja. Aku tak pernah ada hati nak pasang tiga empat macam orang lain.

Aku sedar ja, isteri aku pilih aku masa aku tak ada apa – apa pun. Aku baru nak set up hidup aku, sedangkan dia dah ada kerjaya sebagai tenaga pengajar. Kami kenal dekat kolej, tempat pertama isteri aku mengajar. Kolej biasa ja, tapi isteri aku sekarang tenaga pengajar kat universiti swasta, bukan tempat lama lagi.

Gaji dia pun dah cecah RM10K aku rasa, sedangkan aku ni jauh betul nak sampai angka tu. Isteri aku bukan jenis perempuan tak ada rupa ke apa sampai terdesak nak kena pilih aku. Dia perfect sangat. Tinggi, kulit pink – pink, badan slim. Betul kata kakak aku, aku yang macam kobis ni tak padan pun dengan dia.

Tapi nak buat macam mana, jodoh Allah tentukan. Ada benda yang dia suka tentang aku. Dia rasa aku layak jadi suami dia. Jadi dia pilih aku. Isteri aku pernah ada tr4uma ayah dia kahwin dua, abaikan mak dia semua. Jadi masa kami bercinta, dia selalu cakap impian dia nak rumah tangga yang perfect, apa semua.

Sebelum kahwin, aku mer0kok. Aku kan muda daripada dia, jadi cara aku enjoy tak sama macam dia… Habiskan duit entah apa – apa. Jadi dia cakap lepas kahwin dia akan kawal belanja aku untuk aku stop r0kok. Dia bawa aku pergi treatment untuk berhenti mer0kok sebab dia sangat anti dengan orang yang mer0kok.

Awal kahwin dulu, dia pun tak ada la 100% macam sekarang. Aku masih pegang ja duit lepas tolak komitmen bahagian aku. Belanja dalam rumah ni 70% aku tahu ja atas dia. Gaji aku bukan besar mana pun. Tak cecah RM3K pun. Dari gaji aku, dia settle bil, settle hal – hal barang dapur.

Sebab aku ada bagi duit dekat mak dengan adik aku juga. Itu pun sebab dia suruh continue bagi. Nafkah untuk dia, dia minta dalam bentuk barang. Yang tu, selalu aku yang belikan. Sebab aku akan pegang duit lepas dia settle semua. Lepas tolak semua, lebih kurang RM300 – RM400 selalu ada la dalam tangan untuk aku buat belanja sendiri. Lepas tu beli barang apa dia nak.

Aku tahu dia banyak habis untuk aku juga. Insurans family semua atas dia. Rumah ni rumah dia. Perbelanjaan major memang atas dia. Isteri sangat suka baby. Dia selalu cakap nak anak ramai – ramai. Tapi awal kahwin pun banyak kali juga gugur. Lepas tu, alhamdulillah Allah kurniakan seorang anak perempuan.

Sekarang dah 5 tahun umur dia. Tu pun dapat lepas 2 tahun nikah. Tapi lepas pada tu sampai sekarang, kami cuba nak tambah anak tapi tak lekat – lekat dah. Aku rapat dengan perempuan tu pun masa dia datang kenduri akikah anak kami. Lepas tu perlahan – lahan jadi rapat.

Isteri tak pernah tahu pun aku macam mana kat tempat kerja. Sebab bagi aku pun, aku tak ada salah apa pun. Tak ada benda aku perlu cerita pun. Sebab aku anggap perempuan tu kawan. Dulu perempuan tu pun tak pernah contact aku kat rumah. Cuma masa nak dekat kantoi tu, ada la dia WhatsApp tanya baby buat apa la, isteri buat apa la… Mostly dia suka tanya pasal isteri aku.

Dia pakai skincare apa la, baju jenama apa la… Masa tu aku mana sedar apa – apa. Aku rasa dia sekadar nak tahu ja. Start tu dia kerap juga la WhatsApp kat rumah… Tanya bini masak apa. Aku baIas – baIas macam tu ja la. Tapi depan isteri aku tak baIas.

Masa tu isteri pun jarang tengok fon aku. Tapi tu la, bila Tuhan nak tunjuk. Satu malam tu masa kami tengah healing – healing kat rumah, perempuan tu WhatsApp aku. Dia voice aku menangis – nangis, kata suami dia pukuI. Masa tu isteri kat sebeIah. Aku tengok mesej dia, aku tak berani buka.

Isteri tanya siapa tu. Aku kata kawan kat tempat kerja. Dia tanya kenapa, apa semua. Aku kata entah. Mula – mula aku macam tak nak buka depan dia sebab tiba – tiba macam tak sedap hati. Tapi dia macam nak dengar. Dia sendiri pergi buka. Aku pun sebenarnya tak sangka perempuan tu meluah perasaan kat aku.

Dia mengadu g4duh dengan laki tu, nak cerai apa semua. Lepas tu kata dia suka aku, suruh aku terima dia. Dia kata dia tahu aku pun suka dia… Padahal aku anggap kawan ja. Dan macam – macam lagi la dia voice. Benda ni mendatangkan kemarahan isteri aku. Isteri aku sebenarnya cepat melenting juga.

Masa aku dengar voice note tu, aku terpinga – pinga. Aku tak sangka semua ni akan jadi. Malam tu, berlaku perg4duhan besar. Anak kami masa tu dah lebih dua tahun. Isteri aku meng4muk macam orang giIa, habis semua benda dia campak.

Anak aku yang tengah tidur terk3jut dengar bising – bising, menangis teruk tengok mak dia meng4muk. Aku pula tak tahu nak tenangkan anak ke atau isteri aku. Aku cuba jelaskan yang aku tak tahu apa – apa. Aku pun tak faham kenapa perempuan tu cakap macam tu, sedangkan aku tak pernah pun bagi harapan atau ayat – ayat manis.

Selalu aku cuma cakap, “Sabar la, doakan suami berubah.” Aku cerita pasal anak dan isteri aku, tak pernah sentuh soal perasaan. Tapi isteri aku tak percaya. Bagi dia, “Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin.” Isu ni dah libatkan dua beIah keluarga – keluarga aku dan keluarga isteri.

Isteri aku terus call perempuan tu guna telefon aku. Perempuan tu pula boleh berani ajak berbincang. Malam tu juga dia datang ke rumah aku. Aku rasa dia tertipu dengan karakter isteri aku yang nampak lemah lembut depan orang. Tapi malam tu, isteri aku berubah jadi singa. Perempuan tu kena Iempang bila dia ajak bermadu.

Kalau orang tak pegang isteri aku, mungkin perempuan tu dah koma. First time aku tengok isteri naik h4ntu sampai aku sendiri terkaku. Aku tahu isteri aku boleh jadi garang, tapi tak sangka sampai macam ni. Masa tu la isteri aku ungkit macam – macam, h1na aku, h1na perempuan tu, rendahkan martabat aku sebagai suami depan semua orang. Malu tak terkata. Tapi aku diam sebab aku bersalah.

Pengalaman tu terlalu berat untuk aku ingat dan tulis. Isteri aku minta cerai, tapi aku tak sanggup. Aku pujuk dan merayu sehabis daya. Dia berkali – kali tanya aku, pernah sentuh perempuan tu atau tidak. Aku sumpah tak pernah. Perempuan tu pun cakap benda yang sama – aku baik, tak pernah ambil kesempatan.

Lepas tu, isteri aku bawak anak keluar dari rumah. Aku tak tahu dia tidur di hotel mana. Dia kata dia perIukan masa untuk hadam semua ni. Hampir seminggu juga. Semua keluarga nasihatkan aku bagi dia ruang. Hari – hari aku cuba pujuk dia.

Aku sanggup buat apa saja asalkan dia balik. Bukan senang nak dapatkan dia semula. Akhirnya dia balik, tapi hampir enam bulan dia langsung tak bercakap dengan aku. Sangat dingin. Tidur pun bilik asing – asing. Aku str3ss giIa masa tu.

Aku resign dari tempat kerja lama, cari kerja baru. Sampai satu hari, dia cakap dengan aku… dia maafkan aku, tapi sampai m4ti dia tak akan lupa apa yang aku pernah buat kat dia. Padahal aku memang tak tahu pun perempuan tu suka aku. Tapi ya lah, salah aku juga. Aku suami orang, aku tak jaga batas. Aku terima hukvman ni.

Sejak tu, dia mula kawal semua benda. Dia kata dia kembali pada aku sebab dua sebab saja: Sebab anak. Anak rindu aku, sebab aku memang rajin layan dia. Dia tak nak anak kami membesar tanpa ayah, macam mana dia sendiri membesar dulu.

Sebab aku tak pernah sentuh perempuan tu. Dia kata kalau aku dah pernah buat benda tu, dia takkan kembali. Sebab bagi dia, aku ni “sisa orang,” dan dia takkan “makan sisa orang.” Mula – mula aku okay, asalkan dia sejuk balik. Tapi dah lebih dua tahun… Aku tak kisah dia kawal duit aku, cek semua benda. Tapi hati aku makan dalam dengan kata – kata dia.

Dia selalu sarkastik. Lama – lama aku tak tahan. Aku tahu aku pernah buat salah, tapi aku dah jadi macam yang dia nak. Tapi setiap kali ada isu, dia mesti cakap aku nak keluar dengan perempuan lain, suka benda h4ram, akan habiskan duit dekat perempuan lain.

Aku nak lupakan hal tu, tapi dia asyik ungkit. Sekarang aku pula yang kerap member0ntak, sebab dia langsung tak nak dengar penjelasan aku. Dia buat andaian berdasarkan voice note dan kata – kata perempuan tu. Sebab bagi dia, “Kalau kau tak layan, benda ni takkan jadi.”

Tapi aku manusia, ada khilaf. Aku selalu fikir, sampai bila nak macam ni? Kadang – kadang aku rindu isteri aku yang dulu. Tapi ya lah, aku punca semua ni jadi. Sekarang, nak buat k3jutan untuk birthday dan anniversary dia pun tak boleh. Sebab aku tak ada duit.

Bila aku cakap pasal ni, dia kata, “Cukup lah surprise yang aku pernah dapat dulu.” Dia kata aku khi4nati kepercayaan dia. Dia cuma ucap terima kasih atas tanda ingatan. Tapi lepas aku protes – protes, dia bagi kad ATM dia suruh aku guna untuk beli hadiah dia sendiri.

Aku cakap, “Tu duit awak, saya nak pakai duit sendiri.” Tapi bagi dia, “Sama je, sebab aku yang pegang duit kau kan?” Aku dah puas merayu dan berjanji, tapi hati dia terlalu keras. Sekarang hari – hari aku dah tak ceria. Aku pun tak tahu, sebab aku tak pegang duit atau sebab aku str3ss dengan kata – kata dia.

Mungkin sebab kata – kata dia. Macam tadi, dia ajak pergi beli barang. Aku kata petang sikit sebab panas, malas nak keluar puasa – puasa ni. Dia jawab, “Kalau perempuan lain yang ajak, api ner4ka pun sanggup redah kan?” Ya Allah… tolonglah h4mba-Mu ini. Aku dah tak larat nak jelaskan apa – apa lagi. Setiap perkataan yang keluar dari mulut dia penuh sindiran. – Akmal (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen

Kird Ree : Dari makan hati sebab rajuk wife berpanjangan sebab kan kau, lepaskan jelah dia elok – elok. Dah dapat wife cantik, baik pun kau tak reti hargai. Bukan susah pun jadi bersyukur bila dah ada semua. Nak jugak cari peluang buat hal.

Mel Amalina : Hmm baru tahu hujung pangkal. Ambil pengajaran lah encik. Beringat, perempuan ni kalau kita tak tunjuk care kat dia, dia pun tak nak kat kite. Ni dah ada isteri macam bid4dari, saja cari nahas sampai isteri bertukar jadi singa.

Lelaki kalau dah kawen, tak perlu pun care dengan prempuan lain even perempuan tu ada masalah ape pun. Buat tatau je. Dia ada kawan perempuan, family, adik beradik, biar dia settle sendiri. Kalau nak tolong pun, libatkan jugak isteri encik dari mula. From A to Z biar isteri tahu. Ni terkantoi, memang ni lah reaction isteri encik.

Siap teman makan, ajak pergi makan, bayar makan, perempuan mana je yang tak catch feeling. Tambah – tambah dah memang perempuan tu kurang perhatian suami dia. Isteri sendiri pun kadang – kadang tak sempat nak merasa moment macam tu dengan suami.

Boleh pulak suami dia treat pompuan lain macamtu.Kesimpulannya, isteri encik insecure dan ada trust issues dengan encik. Maaf tu boleh, lupa tu tak mungkin. Actually isteri encik traum4tized. Dah la traum4tized masa kecik, ni tambah pulak traum4tized dengan suami bila dah kahwin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :