
Sebelum aku beranak, aku jual gelang aku buat beli keperluan nak beranak dan simpan buat bayar bil hospital. Cukup bayar bil hospital dan beli barang bayi serta sedikit barang dapur. Aku dapat makan ayam. Aku sedih orang h1na aku saat aku susah, saat aku miskin.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tolong rahsiakan Facebook aku ya sebab ramai saud4ra dalam page ni. Aku nak cerita kisah hidup aku selepas berumah tangga. Aku kahwin dengan duda anak tiga yang bercerai hidup. Lepas kahwin bekas isteri suami ambil anak – anak dia. Selepas kahwin suami aku bawa aku balik ke rumah dia. Aku tinggal dengan pak mertua. Mak mertua dah lama meninggaI.
Lepas kahwin suami aku kena buang kerja tanpa sebab munasabah. Suami cakap bos buang kerja sebab ada orang cakap suami aku giIa sebab suami aku bekas komando. Tak logik akal bila fikirkan. Aku dapat rezeki awal. Aku kahwin bulan 10, bulan 12 aku mengandung.
Tapi hidup aku teramat sedih, suami tak dapat kerja. Puas mencari, akhirnya ada orang kampung suruh suami buat garaj tempat letak kereta. Alhamdulillah, dapat juga rezeki. Allah lebih sayangkan pak mertua, pak mertua meninggaI pada bulan April. Tinggallah aku dengan suami di rumah pusaka.
Sebelum ni elektrik, air dan sedikit barang dapur arw4h yang keluarkan duit. Sejak mertua meninggaI sampai sekarang tak bayar bil. 9 haribulan 10 kalau tak bayar nak kena p0tong. Macam mana nak bayar, nak makan pun susah. Sedih sangat, waktu aku mengidam aku tak dapat nak makan apa yang aku nak sebab suami aku tak ada duit.
Setahun kahwin aku tak pernah beli baju atau seluar. Setahun aku pakai selipar jepun yang beli dekat kedai dua ringgit. Pakai baju lusuh, carik pun pakai juga sebab duduk rumah saja. Aku tak pernah minta dengan suami sebab nak makan pun susah.
Bagi kami ada beras pun dah bersyukur. Hari – hari makan nasi goreng. Jarang – jarang dapat makan telur. Apatah lagi ayam dan ikan. Puas suami cari kerja, tak dapat juga. Aku suruh suami menoreh, dapat kebun getah 40 pokok. Apa sangatlah 40 pokok. Bila pungut dapat tujuh puluh ringgit, kena bagi dua lagi dengan tuan punya kebun.
Waktu aku dah sampai masa untuk melahirkan, bulan lepas aku melahirkan seorang putera yang sangat comel. Aku berpantang di kampung aku. Sebulan aku duduk kampung dengan suami. Rezeki anak, sebulan duduk kampung dalam pantang aku guna duit yang orang sedekah dekat anak untuk beli susu.
Sambil tu abah aku suruh suami men0reh getah mak saud4ra. Dapat juga duit nak belanja barang anak. Bagi aku keperluan anak lagi penting berbanding aku. Suami malu duduk dengan keluarga aku sebab tak dapat nak beli barang dapur.
Setiap kali dapat pungut getah, hanya dapat beli susu anak dan lampin saja. Aku balik ke rumah mertua. Hidup susah senang aku dengan suami dan anak saja. Tak ada siapa tahu. Kembali seperti dulu, aku dengan suami hanya makan nasi goreng kosong.
Nak beli telur fikir susu anak lagi penting. Bila susah, di mana adik beradik suami aku. Bukan nak tolong, h1na keji ada lah. Tapi abang suami aku selalu tolong. Segan juga aku selalu pinjam duit walaupun abang ipar sedekah. Nak minta tolong adik beradik aku, adik – adik semua masih sekolah. Abang – abang aku men0reh getah saja, sekolah tak tinggi susah cari kerja. Harap Allah murahkan rezeki kami. InsyaAllah rezeki anak ada satu hari nanti. Doakan semoga suami aku dapat kerja.
Sambungan.. Assalamualaikum min. Tolong siarkan kisah aku ni. Aku nak sambung sikit pasal nak beli telur tak mampu hanya makan nasi goreng. Terima kasih kepada yang kecam aku. Terima kasih kepada yang doakan aku. Sedikit pun aku tak minta sedekah atau simpati.
Kepada yang kecam aku, beringatlah kita manusia h4mba kecil Allah. Hidup kita tak selalu di atas, kadang – kadang di bawah. Hidup kita ibarat roda. Aku nak jawab soalan yang kecam aku. Sejak bayi aku dilahirkan tak hisap susu ibu. Puas aku cuba tapi tak berhasil.
Entah apa salah d0sa aku, bayi aku tak nak hisap susu badan aku. Nak jimat susu tepung aku pinjam pam susu sepupu aku. Lama – lama susu makin kering juga. Siapa yang jadi ibu pasti tahu, jadi fikir dulu sebelum kecam sebab itu susu sangat penting bagi aku daripada beli lauk.
Suami aku bekas komando punca berhenti sebab ayah dia s4kit selepas arw4h mak dia meninggaI. Tak ada orang nak jaga. Ayah dia tak nak duduk rumah abang atau kakak yang lain, tapi nak duduk rumah pusaka. Jadi suami aku anak bongsu yang jaga. Lagipun yang lain kerja jauh. Bila suruh jaga macam – macam alasan.
Bercucuk tanam aku dah buat. Aku tanam pagi, b4bi datang sondol. Aku tak salahkan b4bi sebab aku duduk hujung kampung. Telefon ni telefon aku beli pakai duit hantaran aku. Nak aku cerita berapa hantaran aku. Aku minta lima ribu saja.
Dua ribu aku bayar hutang makcik aku pinjam buat kenduri kecil. Tujuh ratus aku bayar mini pelamin aku sanding. Tiga ratus aku bagi mak sebelum aku melangkah keluar dari rumah untuk tinggal dengan suami aku. Tinggal dua ribu.
Dengan dua ribu tu aku beli gelang harga seribu lebih. Ada lagi baki aku beli telefon sebab aku tak pernah guna telefon mahal yang boleh WhatsApp, boleh main Facebook, ada kamera boleh ambil gambar sendiri. Sebab sebelum aku kahwin aku hanya pakai telefon biasa yang boleh telefon dan mesej saja. Tak mampu nak beli yang macam orang lain guna.
Sebelum aku beranak, aku jual gelang aku buat beli keperluan nak beranak dan simpan buat bayar bil hospital. Cina ambil tujuh ratus saja gelang tu. Alhamdulillah cukup bayar bil hospital dan beli barang bayi serta sedikit barang dapur.
Aku dapat makan ayam. Aku beli ikan kering, dapat makan ikan kering pun jadi lah. Akaun Facebook aku buat selepas aku habis sekolah. Aku sekolah sampai SPM. Aku selalu teman sepupu pergi komputer main Facebook. Aku suruh dia buatkan untuk aku. Tu pun nak guna tak reti. Lama – lama baru aku reti.
Sekarang lagi reti sebab selalu main Facebook. Tak perlu nak kecam pasal akaun Facebook sebab budak darjah enam pun ada Facebook. Kepada yang kecam tu jangan sumpah orang sesuka hati. Kepada yang kecam suami aku pemalas, suami aku tak pernah malas.
Semua kerja dia buat. Ambil upah mesin rumput rumah orang, bakar sampah rumah orang, baiki paip bocor, atap bocor. Aku isteri dia, aku tahu apa dia buat. Korang bukan isteri dia jangan main kecam sebab korang belum pernah merasa apa erti susah. Ingat ya, rezeki tak selalu melimpah ruah.
Pasal bekas isteri dia, bercerai kerana bekas isteri dia tak nak duduk dengan mertua. G4duh dengan ipar, tak bagi bergaul dengan adik beradik setiap kali balik berkumpul satu keluarga. Campak duit atas muka mertua bagi pada anak untuk beli mainan dan makanan.
Sampai mertua kemaIangan meninggaI sebab nak kejar dia lari dari rumah. Takkan aku nak cerita semua tu sebab kira buka aib pula. Akhir sekali dia sendiri pergi pejabat agama siap tulis surat minta cerai. Suami aku pun tak tahan dengan per4ngai bekas isteri dia macam tu.
Banyak kali minta rujuk, dia siap bagi syarat tinggal kan mertua yang tua tengah s4kit seorang diri dekat rumah untuk tinggal bersama dia. Memang tak lah nak tinggal bapak sendiri demi perempuan. Saud4ra memang ramai, tapi manusia tak sama.
Tak semua baik dan tak semua nak tolong orang susah. Bila cerita bukan nak tolong, h1na keji lagi ada. Abang ipar aku sendiri pun h1na suami aku. Macam tu saud4ra. Korang tak ada dekat tempat aku boleh lah cakap kecam. Pasal internet, aku duduk kampung.
Siapa duduk kampung terpencil pasti tahu pasal WiFi kampung percuma tu. Yang tu aku guna. Tak beli data pun. Aku beli kredit sebulan sekali saja sebab tak nak nombor kena sekat. Aku tak pernah minta sedekah atau simpati. Aku cuma luah dekat min saja kisah rumah tangga aku.
Aku sedih sebab Allah belum dengar doa aku. Mungkin Allah nak uji aku lagi atau nak beri hikmah. Aku cuma sedih orang h1na aku saat aku susah, saat aku miskin. Kepada yang kecam tu aku doa Allah beri kau hidayah. Aku terima dan redha kau kecam aku sebab kau belum dapat hidayah dari Allah.
Kepada yang doakan aku, suami dan bayi, terima kasih sebab doakan aku. Aku bukan peminta sedekah. Siapa yang nak sedekah tolonglah ikhlaskan tak kira apa pun. Jangan persenda orang sebab rezeki kita belum tentu melimpah ruah.
Ulasan Pembaca :
Ucu Combie : Dik, kenapa kau nak susah dik. Kau abaikan mulut orang. Akak ni kahwin dengan polis tapi akak tak harapkan duit suami sebab akak tahu komitmen dia banyak. Jadi akak ubah masa depan akak dengan jual nasi lemak satu ringgit. Kau cuba dik. Lama – lama insyaAllah kau berjaya.
Akak bukan nak riak. Akak buat nasi lemak satu ringgit pagi dan petang akak boleh simpan tiga ratus ringgit sehari bersih. Rajin dengan malas saja beza. Akak pun ada anak kecil. Kalau kau perIukan bantuan pasal nasi lemak akak boleh tolong ajarkan.
Kau mesej akak dik, insyaAllah akak tolong. Akak pun susah dulu tapi akak usaha. Lagi ada anak kecil. Sekarang cuti Jumaat Sabtu akak ambil tempahan untuk sekolah saja dik. Rezeki Allah tak pernah salah, yang penting betulkan niat kerana Allah. Percaya lah dik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.