
Pagi – pagi aku kejut dia bangun habis aku dihambur. Kalau nasib tak baik makan kaki. Bila malam, selalu dia marah – marah aku bila makan. Kalau dah kena marah memang tak lalu aku nak makan. Kalau aku tak makan memang botol air melayang dekat aku..
#Foto sekadar hiasan. As salam. Tq admin. Sebelum kahwin semuanye indah, tapi selepas kahwin baru aku rasa macam mana neraka di dunia. Aku rindu sangat – sangat dengan arwah suami aku, dah 7 tahun dia pergi. Tahun lepas aku berkahwin bunting pelamin.
Sebelum aku berkahwin suami baru aku rajin berusaha untuk menjadikan aku yang halal. Kami bercinta sekejap sahaja dalam beberapa bulan. Terus tunang dan dalam masa terdekat terus nikah. Aku ada 4 orang anak dan baru beberapa bulan bersalin anak no 5, anak suami baru.
Bermulalah kisah malang aku dan anak – anak. Suami aku yang baru ni seorang yang panas baran. Dari aku mengandung sampai sekarang aku dipukul, dihina, dimaki, dicerca termasuk anak – anak aku. Tapi dia tidak berani memukul anak – anak aku, just marah – marah je, sebab aku akan pertahankan.
Apa yang aku buat semua yer salah, semua yer tak kena. Aku sering dikata babi, bodoh dan macam – macam lagi. Yer aku bodoh sebab berkahwin dengan dia. Aku tak kerja tapi segala keperluan di rumah dan anak – anak semuanye aku tanggung.
Aku ada side income lain, boleh la dalam 2k sebulan. Rumah, kereta semua dah ada. Suami aku hanya basuh kaki masuk rumah kami sahaja. Dia seorang ayah yang baik untuk anak dia tapi bukan untuk anak – anak aku. Bila anak nangis cepat – cepat dia suruh aku susukan, tidak kiralah waktu itu aku tengah sibuk memasak atau apa – apa sahaja. Yang penting aku kena dahulukan anak bila dia nangis.
Bagi dia aku adalah isteri yang tidak boleh melawan kata dia langsung. Walau sepatah, walau benda tu tidak betul. Bagi dia seorang isteri itu mestilah taat segala perintah dia. Kadang – kadang aku jadi fobia, hatta dia tengah mandi, aku terasa dia memanggil aku. Cepat – cepat aku tinggalkan kerja terus mengadap dia, maksudnya dia dah biasa jerit – jerit kat aku.
Bagi dia aku kena sepantas kilat sahut panggilan dia, kalau tak memang dimaki nye aku. Hari – hari aku seperti biasa, sentiasa menangis. Pagi – pagi aku kejut dia bangun habis aku dihambur yer. Kalau nasib aku tak baik memang makan kaki la aku.
Tengah hari dia balik kerja untuk rehat, kalau mood dia baik elok la dia layan aku. Kalau tak kena lagi aku dimaki nye tanpa apa – apa sebab. Bila malam pun sama, selalu dia marah – marah aku bila makan. Kalau dah kena marah memang tak lalu aku nak makan.
Kalau aku tak makan memang botol air la hinggap kat muka. Masa aku mengandung lagi la dia tarik rambut aku dan diheret aku di jalan. Bila anak ni keluar itu la yang kau sayang – sayang. Sampai kan anak tu tercakar kuku di muka pun aku dijadikan mangsa kesalahan.
Kalau diikutkan banyak benda aku nak ceritakan. Cuma di sini aku harap aku akan keluar dari rumah ni, walaupun ini rumah aku dan anak – anak. Aku nak bawa anak – anak aku jauh dari sini, jauh dari dia. Jauh dari keluarga, kenapa keluarga, bila ko hidup susah kau akan tahu macam mana keluarga kau. Tapi aku takde duit nak buat semua tu sekarang.
Kalau aku pergi aku kena sewa rumah. Rumah nak kena bayar depo bagai, belanja lain – lain lagi. Memang kena banyak modal. Tapi aku usaha juga dalam masa terdekat ni sebab aku betul – betul tak tahan. Dia bukan setakat kaki pukul. Dia juga ada ambil barang, batu, malas kerja, walau gaji semua bagi aku tapi belanja untuk diri dia je lebih dari gaji dia, aku pula kena topup. Suka main game, keluar lepak rumah kawan sampai berjam – jam, 4 jam sampai 8 jam.
Suka video call, mesej WhatsApp, WeChat benda tak senonoh dengan perempuan lain. Tak pernah tahu pun apa yang jadi dalam rumah. Aku kena buat semua. Walau kereta rosak tepi jalan aku kena usaha sendiri. Bayangkan aku tengah sarat mengandung dia suruh aku tukar gas. Mesti ramai yang tertanya kenapa tak minta cerai.
Dah banyak kali, tetap dia tak lepaskan. Sampaikan dia ugut tentang keselamatan anak – anak aku. Dan dia takkan bagi anak aku yang last ni untuk aku ambil, memang aku ni tak layak hidup bagi dia. Jadi kami berlima terpaksa bertahan untuk yang seorang ni.
Aku tak sanggup nak bagi dia jaga. Susu pampers pun dia tak pernah ambil tahu, nanti macam mana kalau anak ni dengan dia. Mati kelaparan aku rasa. Jadi kami terpaksa bertahan. Doakan aku cepat – cepat bawa anak – anak aku semua keluar dari neraka dunia ni. Aku tak kisah walau digantung tak bertali. Janji aku dengan anak – anak jauh dari dia.
Komen netizen :
Rohani Suliman : U boleh bawa kereta sendiri kan. Keluar cari keadilan untuk anak – anak U. Bukan senang dia nak dapat hak penjaga, baby tu. Walaupun tu anak dia, dengan perangai buruk dia tu. Puan pergi minta nasihat kaunseling, diorang akan bagitahu apa tindakan yang patut U buat untuk U dan anak – anak. Jangan terus diperbodohkan oleh lelaki yang bodoh macam tu. Keluar seketika, cari perlindungan dan kekuatan. Dan nekad untuk dapatkan semua hak U tu.
Erin Zahar : Tak payah nak menangis dan menyesal. Masalah sekarang suami Puan dah takde tanggungjawab dan buat perkara tak sepatutnya ke Puan dan anak – anak. Firstly report polis cerita semua perkara jangan selindung. Kedua pergi bagitahu keluarga terdekat kat kawasan rumah.
Pergi pejabat agama minta fasakh. Kena nekad, tawakal. Rumah tu u punya harta u anak beranak, kenapa u kena keluar. Walaupun itu rumah suami u, u pun ada hak tinggal kat situ, suami u yang kena keluar. Walaupun u lari mana selagi dia masih suami dia akan cari. Selesaikan satu satu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.