
Diorang plan nak rebut anak aku, siap guna lawyer. Anak aku baru setahun lebih. Laki aku jaga anak pun tak pernah ada hati nak rebut anak nak bagi betina lain jaga. Dia hari – hari paksa suami ceraikan aku.
#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku nak kongsi kisah aku, dia dan seorang betina. I start dari awal perkenalan diorang, setakat yang aku tahu lah. Betina ni praktikal kat tempat laki aku. Satu hari aku jumpa gambar laki aku dengan betina ni kat pantai berdua.
Bila aku soal – soal laki aku dan minta nombor perempuan ni, laki aku bagi. Aku call dan tanya dah kenapa keluar berdua – dua dengan laki orang. Betina tu cakap dia tak tahu pun tu laki orang. Betina tu cakap lagi dia keluar dengan semua orang, ada lagi laki orang lain selain dari laki aku yang dia keluar.
Laki aku cakap betina tu tipu. Hari first praktikal dah dikenalkan dengan setiap orang yang bekerja kat situ sekali dengan status masing – masing. Laki aku dengan bersungguh – sungguhnya kata nak berubah. Lepas beberapa bulan lagi sekali kantoi. Rupanya selama ni memang selalu bergayut.
Masa outstation rela tak tidur sampai 3 – 4 pagi dok OTP dengan betina tu, sedangkan nak mesej tanya khabar anak bini pun tak. Time ni aku dok rumah mak mertua aku. Mak mertua aku selalu hasut laki aku, selalu sangat dok buat cerita aku keluar dengan jantan lain.
Orang COD makanan pun dia beritahu laki aku orang yang hantar makanan tu pakwe aku. Sedangkan aku dah jelaskan memang trend sekarang orang COD je sampai depan rumah. Adik ipar aku pun selalu beritahu mak dia selalu hasut laki aku. Depan aku dia buat baik tau.
Aku suruh laki aku cari rumah sewa, dia tak nak. Dah laki aku dengan mak dia sama je, aku pilih untuk balik rumah mak aku. Dia bagi 1001 alasan tak nak cari rumah sewa dan selalu bagi alasan tak nak balik rumah mak aku. Sampaikan anak aku demam pun aku bawak pergi klinik dengan motor tak kira panas atau hujan.
Masa anak aku demam tu, dengan aku sekali demam dan asma. Aku bawak diri ke klinik dengan motor. Laki aku tetap juga bagi alasan sibuk tak dapat balik. Rumah aku dengan rumah dia 30 minit je. Bila aku call selalu waiting, selalu on another call, rupanya dia tengah video call dengan betina tu.
Sedangkan aku yang asma ni terpaksa dukung anak pusing – pusing rumah sebab anak aku memang macam tu kalau demam. Time ni aku ada call mak dia suruh mak dia beritahu. Mak dia cakap laki aku tidur. Aku cakap kat mak dia kalau nak kahwin lain beritahu aku. Lepaskan cara elok pastu kahwinlah. Mak dia sama je menipu.
Bulan bertukar bulan, tiba – tiba aku dapat mesej dari someone yang beritahu laki aku dah kahwin dengan betina tu kat Thailand lebih kurang 2 minggu. Bila tanya tanya laki aku tak nak mengaku. Time ni aku dah ada bukti kukuh pasal ni. Aku ugut sama ada nak lepaskan aku ataupun nak aku bertandang ke rumah betina tu. Laki aku tetap tak nak mengaku.
Aku pun bertandanglah ke rumah betina tu. Dia tinggal sekali dengan nenek dia. Mula – mula dia tak nak mengaku. Last – last termakan diri. Aku tak sempat tunjuk bukti, dia sendiri yang tersilap cakap. Bila kena soal dengan family dia baru dia mengaku dah kahwin.
Pastu dia boleh tanya aku kalau dia dah kahwin kenapa? Yang kau kahwin tu laki aku. Engko nak kahwin tu aku tak kisah, tapi yang kau bodoh sangat tu kenapa sampai kena kahwin kat Siam, belakangkan family. Bincang – bincang semua aku cakap aku tak nak dia ada dalam hidup aku.
Aku pilih nak hidup dengan anak aku je. Pastu dia cakap dia pun tak nak kat laki aku. Bincang – bincang dia cakap dia nak suruh laki aku cerai dia. Esoknya tu laki aku cerai dia. Diorang pernah plan nak rebut anak aku, siap nak guna lawyer. Anak aku 19 bulan. Laki aku jaga anak pun tak pernah ada hati nak rebut anak nak bagi betina lain jaga.
Benda ni jadi bulan puasa. Lepas raya aku fail cerai, laki aku tak pergi mahkamah. Dah 2 kali mahkamah panggil laki aku, tak nak pergi. Kantoi lagi diorang masih berhubung. Aku pun tak tahu lah kenapa dua ekor ni masih ada dalam hidup aku.
Sekarang si betina perempuan ni kerja kat spa and maybe dia beritahu orang – orang yang kerja kat situ pasal ni. Dia cakap bermadu tu tak salah, bla bla bla. Tapi dia tak cerita sebelum kantoi dengan aku yang diorang kahwin dia dok paksa laki aku ceraikan aku. Hari – hari dok paksa ceraikan aku. Dok plan nak rebut anak aku dari aku.
Salah dia, dia tak cerita. Satu lagi yang tertinggal, masa aku pergi rumah dia tu boleh dia cakap kat family dia yang dia tak tahu laki aku tak ceraikan aku lagi. Sedangkan bukti yang ada pada aku memang dia tahu status aku dengan laki aku. Dia ni memang suka lepaskan diri dan salahkan orang lain.
Aku tak salahkan betina perempuan sahaja, dua – dua aku babikan. Yang aku pelik kenapa tak nak lepaskan aku pastu hiduplah dengan betina tu. Untuk u si betina, sudah – sudah bercerita untuk membela diri. Sudah – sudah lah bercerita umpama engkau mangsa.
Aku tidak menghalang dia dari pilih kau. Lagi aku usaha naik turun mahkamah untuk proses cerai kami, tapi dia tetap tak hadir. Aku dah takde rasa untuk pertahankan rumah tangga ni, umpama retak menanti belah. Aku rasa macam nak cari orang lain untuk dijadikan alasan untuk aku bercerai.
Komen netizen :
Nor Azura Idris : Pada TT. Macam ni caranya, prosedur mahkamah. Mohon cerai secara baik atau fasakh. 2 kali sebutan dia tak datang. Tak ada masalah pun dia tak datang. Kalau suami kerja kerajaan, minta yang arif keluarkan perintah, pergi pejabat suami berikan pada ketua unit dia supaya jika tak hadir ke mahkamah dikenakan tatatertib.
Kalau masih tak datang, mahkamah akan lantik jawatankuasa pendamai. Bawa ayah atau abang yang boleh jadi pendamai. Jawatankuasa pendamai ni kat Pejabat Agama Islam. Pergi kaunseling kat sana, cakap je nak cerai juga. Deal dengan ayah atau abang tadi, tegas nak cerai, tak nak berbaik dah.
Bulan depan dapat date pergi mahkamah, dengar keputusan hakim. Bawa bukti, bukti yang ada. Hakim akan tengok keadaan layak tak cerai atau layak tak kuasa cerai hakim untuk bubarkan status perkahwinan. Kalau hakim cakap tak layak, baru buat cerai secara lain yang hakim suggest. Memang prosedur lama tapi kita kena tenang dan kumpul bukti. Jangan stress kalau kalut hakim pun malas layan. Dan portfolio bukti perlu cantik, kemas dan jelas.
Azzi Lah Samat : Tak faham kenapa susah sangat pejabat agama nak sahkan penceraian kalau pihak laki tak datang mahkamah. Patutlah banyak kes jadi rumit. Bila pihak perempuan nak kahwin jadi susah sebab masih tak bercerai lagi. Bukti tu simpan. Dan push pihak mahkamah. Hak jagaan anak boleh dapat kat u sebab anak tu masih kecil dan yang buat perangai yer si ayah. Awak jaga tingkah laku. Sebab kes tak settle lagi. Takut dia ada poin untuk dapatkan hak jagaan anak. Gud luck.
Norfarhana Shariza : Time laki nak ceraikan bini, sekelip mata je. Bila bini failkan tuntutan cerai macam tunggu buah tak jatuh. Padahal bukti dah terang – terang ada. Kenapa dengan sistem mahkamah syariah ni? Buat perempuan ni macam apa je kan. Minta cerai bersebab pun susah sangat. Tu belum kes bini yang kena pukul teranjang semua lagi.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.