Kantoi curang, isteri minta izin jumpa skandal aku dekat pejabat. Isteri aku mulanya tenang, tapi perempuan tu provoke sampai aku terlafaz cerai dekat isteri..

Isteri aku ambil cuti kecemasan. Dia kata nak datang pejabat aku. Mula – mula aku nampak isteri aku tenang. Tetapi rakan sepejabat aku melampau. Dia cabar isteri aku. Isteri aku peIuk perempuan itu dan dia cakap, akak minta maaf dan akak maafkan awak.

#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan semua. Hide profil ini min, ini Facebook kawan aku. Aku nak minta maaf dekat isteri sebab banyak buat dia terIuka. Dari masa kenal, sampai bertunang, sampai anak dua. Harap lelaki macam aku ini jangan buat kesilapan yang aku buat.

Aku bujang, kahwin dengan isteri ibu tunggal anak seorang. Aku sayang anak itu sangat – sangat, tak pernah anggap macam anak tiri. Keluarga isteri aku pun layan aku baik sangat. Masa kenal – kenal dulu, aku buat per4ngai. Dia maafkan.

Masa tunang pun aku buat per4ngai. Dia maafkan. Masa isteri aku tengah sarat mengandung anak kedua pun aku buat hal, tetap dia maafkan. Naluri isteri aku kuat. Sorok pandai macam mana pun, dia dapat tangkap. Masa dah kena tangkap itu, kau jangan cakaplah, punya aku takut dia meng4muk, sampai aku sendiri terlepas janji sumpah, kalau aku buat lagi, aku m4ti tengah jalan.

Ayat last dari mulut dia, sayang bukan doakan, sayang bagi peringatan, kalau abang tak betul – betul beringat kali ini, lepas ini abang akan buat sesuatu yang lagi dahsyat. Aku ini jahat, jahat sangat. Serik kejap sahaja. Selama ini jahat – jahat aku, aku cuma chat sahaja. Tak pernah jumpa – jumpa perempuan.

Tetapi kali ini aku sampai berani ringan – ringan dengan rakan sekerja, lebih tiada, memang ringan sahaja. Cinta – cinta dan sayang pun tak ada pun untuk rakan sepejabat aku ini. Cuma suka – suka dan dia pun melayan. Aku berani usik – usik sebab dia mengaku dia memang dah rosak.

Satu hari itu isteri aku ini macam dapat syak. Aku m4ti – m4ti nafikan sebab aku tahu dia akan terus pergi mahkamah, dia kuat, aku tahu dia boleh hidup tanpa aku. Tetapi aku sayang dia, sayang anak – anak. Aku nak berhenti sebab aku takut.

Aku tahu isteri aku ini tengah mencari bukti, tetapi nafsu mengatasi semuanya. Lagi rakan sepejabat aku pun melayan, siap ajak aku tidur. Mujur nakal – nakal, aku tak sampai lagi tahap itu. Dalam bulan tiga, beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan kami, aku betul – betul kantoi.

Allah itu memang bersama isteri aku yang aku ani4ya. Chat itu aku dah padam. Dalam tong sampah pun dah padam. Tiba – tiba boleh muncul. Apa lagi, sampai ke pagi aku tak tidur. Sungguh, masa ini mula – mula dia meng4muk, lama – lama dia tenang. Lagi dia tenang, lagi aku takut.

Aku takut dia tinggal aku. Berkali – kali dia ulang, lepaskan dia kalau tak sayang, dia tak nak p4ksa aku terus kahwin kalau macam ini, ulang – ulang jadi lagi. Aku tak nak lepaskan, aku sayang dia. Siangnya itu, isteri aku ambil cuti kecemasan.

Dia kata nak datang pejabat aku, nak jumpa rakan sepejabat aku ini. Aku bawa dia jumpa. Isteri aku nak kepastian, kalau memang aku dah tidur. Dia nak kami nikah hari itu juga. Sumpah sayang, abang tak pernah lebih – lebih. Abang tak sampai tahap itu.

Mula – mula aku nampak isteri aku tenang. Aku berani bawa sebab aku tahu dia jenis tertib, isteri aku bukan jenis buat malu diri sendiri. Tetapi rakan sepejabat aku melampau sangat – sangat, cabar bagi dia naik angin, siap buat muka. Apa lagi, isteri aku melenting. Satu pejabat tahu.

Apa yang isteri aku kata, semua aku ingat. Dia cakap, selama ini orang ingat aku ini janda jahat, apa – apa semua aku jahat. Aku tutup aib kau, aku jaga kau baik – baik, kau tak pernah serik. Dulu kau hampir m4ti sebab kau pernah kemaIangan teruk sebelum kenal isteri, tetapi masih tak beringat.

Kau tak puas, tak cukup apa lagi. Isteri aku t4mpar aku depan kawan – kawan aku. Rakan sepejabat aku pun dapat habuan. Entah macam mana bergelut aku tak ingat. Ego aku tercabar sebab dia Iempang aku. Aku terlepas talak satu. Jelas perkataan itu. Aku mula menyesal.

Sebelum ke mahkamah, kami semua berbincang lagi. Aku tak tahu mana isteri dapat kekuatan untuk maafkan perempuan yang rosakkan mahligai dia. Isteri aku peIuk perempuan itu dan dia cakap, akak minta maaf dan akak maafkan awak. Maafkan juga suami akak. Awak minta maaf dengan Allah, kifarah itu ada dik.

Allah, berd0sa sangat aku rasa buat isteri aku. Dia nampak kuat tetapi aku tahu dia terIuka. Sebak hati aku masa ini, pedih aku rasa. Aku menangis tak guna dah masa ini. Pada hari yang sama, kami ke mahkamah. Pegawai nasihatkan, jika nak rujuk, lafaz dulu. Pagi aku ceraikan isteri. Petang itu juga aku rujuk.

Dia menurut tanpa banyak soal. Dia banyak diam sahaja sampai hari bicara. Aku pendekkan cerita ya min. Hari bicara, aku betul – betul nampak seribu satu sedih yang isteri sorok selama ini. Aku nampak dia menangis. Aku nampak dia menggigil naik kandang bicara itu. Walaupun kami dah sah rujuk, tetap terpahat kami pernah bercerai sekali.

Aku nampak isteri aku menangis, hati aku betul – betul rasa perit, rasa pedih. Aku pujuk dia. Aku menyesal sangat – sangat. Aku juga dih4ntui sumpah aku buat dulu, m4ti tengah jalan. Aku takut benda betul – betul jadi. Makan sumpah sendiri.

Kali ini aku serik. Aku benar – benar serik sebab aku hampir hilang semuanya sekelip mata. Selama ini aku buat, isteri maafkan, tetapi yang terakhir ini aku hampir hilang dia, hilang anak – anak, hilang keluarga, hilang kerja, semuanya.

Aku bersyukur isteri buka aib dan cerita sebenar tentang siapa aku pada keluarga aku, pada kawan – kawan aku. Kalau tak, tentu aku masih buat lagi. Mungkin lebih teruk lagi. Ya, aku bukan manusia baik yang keluarga dan kawan – kawan sangka selama ini.

Untuk pengetahuan, keluarga isteri tak tahu kami dah pernah bercerai satu kali sehingga kini isteri jaga aib aku depan keluarga dia, kawan – kawan dia. Allah, betapa hati sayang mulia, abang berd0sa sayang. Buat isteri, abang tahu sayang mungkin dah tak percaya abang lagi. Mungkin juga sentiasa sangsi.

Abang tak salahkan sayang sebab semua salah abang. Abang bersyukur sayang masih dapat terima abang dalam hidup sayang. Abang syukur sayang masih sentiasa buat yang terbaik untuk abang. Abang betul – betul mohon ampun. Abang sentiasa doa Allah sembuhkan Iuka sayang yang abang buat.

Abang betul – betul cinta dan sayang pada sayang dan anak – anak. Abang sedar, abang tak nak hilang sayang dan anak – anak. Abang serik. Abang tak nak hilang sayang. Pada keluarga dan kawan – kawan sekerja, aku minta maaf. Beri aku peluang untuk berubah. Aku nak berubah.

Terima kasih juga pada kalian yang selalu sokong aku, tak pernah ungkit apa – apa atau perli aku. Selalu nasihatkan aku macam – macam. Pada awak, aku minta maaf atas apa kita buat selama ini. Aku tak nak ada d3ndam dan ingat lagi hal ini. Aku sayang isteri aku, anak – anak aku lebih dari aku sayang diri aku. Aku sedar. Aku serik.

Pembaca semua, doakan iman aku kuat. Doakan aku berubah, aku tak nak buat lagi. Doakan hati isteri aku sembuh. Doakan rumah tangga aku. Aku betul – betul sayang isteri dan anak – anak. Isteri aku, walaupun dia garang, walaupun dia macam – macam, walaupun dia bekas ibu tunggal, tetap dia yang terbaik dalam hidup aku. Abang menyesal. Beri abang peluang terakhir sayang. Abang rindu sayang yang dulu. Abang rindu sayang sangat – sangat. Terima kasih Allah masih beri aku peluang.Terima kasih semua.

Komen netizen :

Umi Seller Ipoh : Isteri kau terima balik rujuk sebab anak sahaja, bukan sebab dia sayang kau pun. Percayalah kalau dah acap kali diIukai memang hati dah tak ada rasa sayang lagi. Dia masih sebab nak jaga maruah dan perasaan keluarga kau dan dia sahaja. Kalau aku dah lama blah dah. K lah bai taip panjang – panjang pun bukan kau faham pun erti setia. B0ngok!

Nur Eila : Isteri bila dah kecewa sangat – sangat walaupun Iuka di hati nampak dah baik, tetapi parut tetap kekal di dalam. Kepercayaan itu tak ada dah seratus peratus selepas itu. Nak dapatkan kepercayaan semula tak semudah itu. Jadi hargai isteri yang lahirkan zuriat – zuriat untuk suami, yang sanggup bersusah senang dengan suami. Suami jangan terlampau mengambil kesempatan atas kelemahan isteri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :