Aku baran, selalu ungkit sebab gaji suami sikit. Suami tak mampu nak bagi lebih. Aku tak ikhlas tolong suami. Sampailah suami meninggaI, ada bank call

Suami menangis. Dia cakap dia sedar gaji dia tak tinggi, dia tak mampu. Dia menangis kuat, teresak – esak. Tapi aku tetap tak berubah, baran, aku tak ikhlas. Segala hadis aku cari untuk tunjuk dekat dia. Sehinggalah satu hari itu, suami rebah. Dia disahkan ada b4rah otak.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong hide Facebook kawan ofis aku ini ya. Tolong siarkan kisah aku ini sebagai pengajaran untuk semua. Macam ini admin, aku harap cerita ini boleh dijadikan pengajaran dan kesedaran kepada semua isteri dan suami di luar sana.

Aku seorang isteri dan perempuan yang memang panas baran dari dulu. Aku berkahwin dengan suami baru je nak dekat setahun lebih. Gaji aku jauh lebih tinggi daripada suami aku sendiri. Suami aku bekerja di bank dengan pendapatan hanya RM1500 sebulan sebab kelulusan dia hanya SPM dan jawatan dia hanya kontrak.

Aku akui aku mempunyai ego yang tinggi. Dulu ketika hidup bersama suami aku, aku sentiasa marah hanya sebab perkara yang kecil. Tapi waktu itu aku rasa hanya aku yang betul. Yalah, aku kan perempuan, perempuan memang per4ngai nak menang saja.

Suami aku di awal perkahwinan jenis yang susah nak memahami aku. Dia akan marah aku balik hingga berlaku perg4duhan besar antara kami. Dia tak pernah pukuI aku, paling teruk pun dia hilang sabar dan tinggikan suara dia. Aku kerap mengeluh pasal duit tak cukup sebab sewa rumah aku yang bayar, barang dapur pun aku yang keluarkan duit.

Suami tetap ada bantu beli barang dapur bila dia ada gaji. Dia bagi aku nafkah RM200 sebulan sebab kami belum ada anak. Bil Astro, bil api air dan bil gas masak pun dia bayarkan. Tapi waktu itu ego aku tinggi. Aku tetap rasa serba tak kena dengan dia.

Dia suami yang rajin, bantu isteri di dapur. Aku jadi chef masak sebab memang kepakaran aku dalam memasak. Suami punya tugas cuci pinggan mangkuk, bersihkan ruangan dapur dan buang sampah. Serius aku tetap tak nampak kebaikan dia.

Aku hanya nampak salah dia dalam hal duit sebab gaji dia tak cukup membantu. Kadang – kadang bila dia pergi kerja bawa kereta balik lambat sebab jem pun aku marah. Dah lama kahwin suami mula memahami aku dan per4ngai aku. Dia banyak mengalah, dia diam, tapi tetap ada kadang – kadang dia akan marah balik sebab nak betulkan keadaan.

Pernah satu ketika kami berg4duh besar sebab aku marah dia hanya pasal duit. Dia bawa aku pergi satu tempat, antara aku dan dia saja di situ. Dia meluahkan semuanya dari hati dia. Dia menangis. Dia cakap dia cukup sayangkan aku. Dia cakap dia berusaha untuk buat aku gembira dan bahagia.

Dia cakap dia sedar gaji dia tak tinggi, dia tak mampu dari segi kewangan, dia hanya tolong mana yang mampu. Dia berdoa setiap hari supaya Allah lembutkan hati isteri dia ini. Dia cakap, dia takut aku marah sebab aku terlalu emosi. Dia cuma minta aku dilembutkan hati supaya tak cepat melenting.

Demi Allah, itu kali pertama aku lihat air mata seorang lelaki mengalir di depan aku. Aku dapat rasakan keikhlasan dari hati dia. Dia meluahkannya betul – betul dari hati. Dia menangis kuat, teresak – esak. Aku pun sama menangis. Dia kata selama kahwin dia cuba merendahkan ego dia.

Dia banyak mengalah dan minta maaf bila kami berg4duh walaupun bukan salah dia. Dia cakap dia sentiasa berdoa dan usaha untuk dapatkan rezeki lebih supaya aku dah tak marah dia lagi pasal duit. Dia kata dia yakin dengan kuasa Allah, rezeki Allah, cuma perlu bersabar saja.

Aku sedar aku banyak d0sa sebab kurang ajar dengan suami. Aku berubah lepas itu. Aku cuba untuk jadi isteri yang hormatkan suami. Tapi sementara, ego dan emosi panas baran aku ini memang susah nak dikawal. Tetap berlaku perg4duhan. Aku banyak bagi dia duit belanja kalau dia tak cukup.

Aku jadi tak ikhlas waktu itu. Segala hadis aku cari untuk tunjuk pada dia yang tanggungjawab dia pada isteri tentang duit dan keperluan di rumah. Aku tak nampak pun kebaikan dia tolong bayarkan bil api air dan Astro. Sehinggalah satu hari itu, suami rebah dan masuk ke hospital.

Dia disahkan ada b4rah otak. Tak lama lepas itu dia meninggaI. Aku disahkan mengandung anak pertama selepas setahun perkahwinan kami. Dan telefon suami dapat panggiIan dari bank lain menaw4rkan jawatan tetap sepenuh masa dengan gaji asas RM2500 sebulan, belum termasuk kerja lebih masa dan elaun.

Ya Allah, dia tinggalkan aku dengan zuriat yang Allah anugerahkan pada kami. Dia dapat taw4ran yang baik di saat dia telah tiada lagi di dunia. Aku jadi sangat tak kuat. Barulah aku sedar, selama ini aku terlalu ego dan emosi. Aku sentiasa teringat apabila suami aku marah, dia bukan marah kosong tapi banyak isi yang disampaikan pada aku.

Tapi waktu itu aku tak pernah sedar, tetap dengan ego aku. Aku hanya nampak kesilapan dia, sedangkan kebaikan dia susah aku nak nampak. Dia suami yang rajin pergi pasar beli barang. Dia suami yang rajin mengemas dapur, tolong basuh pinggan mangkuk yang bersepah. Aku balik kerja tengok cadar katil sangat kemas.

Ya Allah, aku buta selama ini. Hanya disebabkan duit aku jadi buta dengan kebaikan dan peng0rbanan suami. Dia memang tak cukup duit gaji tapi dia cukup dengan sifat penyayang dan rajin dia. Allah atur dengan baik. Dia meninggaIkan aku di saat aku tak tahu lagi aku sedang mengandungkan anak pertama kami.

Selama ini aku perempuan dan isteri yang paling berharap untuk mengandung. Tapi Allah gantikan dengan zuriat yang Allah anugerahkan pada kami. Betullah orang cakap, bila kita kehilangan barulah kita akan sedar dan nampak kebaikan seseorang itu. Aku tak nampak kebaikan dia selama dia masih di sisi aku. Aku memang seorang pend0sa.

Ulasan Pembaca :

Noradila Ismail : Tipulah kalau perempuan tak ada ego apabila bekerja dengan jawatan dan gaji yang lebih baik. Tapi itulah, sama – sama kita beringat. Aku selalu ingatkan diri sewaktu aku di rumah, aku merupakan isteri, anak, menantu dan adik. Jawatan dan gaji serta kebolehan lain hanya di luar. Di rumah perlu buang semua itu. Hari – hari niatkan perkara yang sama agar tak terlupa. Salam takziah puan.

Asiah Mohamad : Mintalah ampun pada Allah dan bertaubatlah dik dengan sebenar – benar taubat. Kita tak tahu percaturan Allah untuk kita adalah yang terbaik. Yang dah lepas itu biarlah, jadikan iktibar. Jaga zuriat baik – baik, perbanyakkan zikir mudah – mudahan hati kamu lembut. Aku yakin suami kamu dah pun memaafkan dan redha pada kamu. Kalau kamu ada rezeki lebih, ikhlaskan hati kepada Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :