
Anak aku dua orang perempuan, dua – dua kekok dengan aku. Bila ajak sembang, senyap. Aku duduk ruang tamu, masing – masing masuk bilik. Dari kecik sampai sekarang setiap masa buku buku buku. Dulu masa kecik, aku miskin tapi bahagia ada gelak tawa. Tapi sekarang aku sunyi..
#Foto sekadar hiasan. Kenapa bini orang lain manja penyayang tapi bini aku serius 24 jam. Aku tak pernah tengok dia senyum ke, gelak ke, cemburu ke. Kalau aku buat lawak pun aku ja gelak dia diam ja. Aku nak la rumahtangga yang penuh gelak tawa macam family lain.
Aku ni datang dari family miskin. Walaupun dulu kami miskin tapi kami bahagia. Ada komunikasi, ada gelak tawa walaupun ayah aku garang. Tapi bila aku dah kahwin, rumahtangga aku jenis senyap sepi. Anak aku dua orang perempuan, dah remaja, so macam kekok dengan aku.
Pemalu, apa – apa nak mak depa ja. Kalau ajak bersembang pun macam tak nak.. Jawab sepatah – sepatah. Dari kecik sampai sekarang setiap masa buku buku buku. Jenis anak – anak behave gitu. Fikir belajar ja.. Main tak nak. Kita ajak keluar ke apa ke.. Mesti tak nak. Alasan nak exam la nak study la. Kalau keluar pun tetap diam atau tengok buku.
Yang sulung memang mak dia kuasa dua. Cita – cita dia nak jadi doctor macam mak dia. Semua benda tiru mak dia, dari segi pakaian ke cara cakap ke, semua mak dia. So dari kecik dia dah asrama. Walaupun aku tak bagi, tapi anak sendiri nak, so kena jugak la hantar.
Mak dia pulak jenis apa yang anak suka, kalau tu benda bagus, biar ja, jangan halang. Yang sulung tu mak dia hantar sekolah budak – budak pandai yang bayar mahal giIa tu. Walaupun aku suruh hantar sekolah biasa, mak dia tak nak. Anak pun tak nak, kononnya takde class. Nak jugak macam mak dia.
Sekarang dia last year study medic. Tu memang best friend mak dia la. Dah bidang sama memang apa – apa rujuk mak dia. Mak dia pun apa – apa memang dengan dia. Yang nombor dua kat matrix. Tu pun sama, tak nak campur orang. Anak – anak per4ngai macam mak dia.
Budak – budak ni kalau ada isu ke terasa hati ke, jenis tulis – tulis surat kat mak dia.. Nanti mak dia pun reply la dalam versi surat jugak. Sampai tak bercakap macam tu sekali. Contoh surat tu, kakak merajuk dengan mama. Nanti mak dia balas kat surat yang sama tu why. Nanti ada la panjang lebar luahannya dalam english.
Tu lagi satu aku beng4ng. D4rah melayu, tapi BI tak habis – habis. Kalau dua – dua ni g4duh adik beradik pun sama, saling balas dalam english. Kertas a4 tu kalau ada tulisan pen hijau kira luahan anak sulung, pen hitam mak dia. Pen merah anak bongsu.
Tapi kalau ada pen biru kat situ, luahan tu terhenti.. Sebab tu komen dari aku. Bukan aku tak cuba nak mesra, tapi diorang ni macam kekok sangat. Aku guna style depa tulis surat depa tak balas. Bini pun sama. Dia tanya pulak kita, awak ni dah kenapa. Cakap ja la, perlu ke nak tiru style anak.
Tapi kalau time mood baik rajin ja budak – budak tu cerita itu ini dengan mak dia walaupun mak dia tak banyak respon. Tapi kalau aku lalu, terus depa senyap. And kalau dekat hall tu ada budak – budak ni dengan mak dia, elok ja riuh, tiba – tiba aku lalu terus senyap sepi.
Dan kalau aku duduk sekali kat situ. Nanti slow – slow sorang demi sorang naik bilik. Tinggal aku dengan wife ja. Dan depa – depa ni jenis tak nak makan. Mak dia pun sama. Konon jaga badan.. Makan pun tah apa – apa ja. Aku jenis suka makan..
Kalau nak ajak makan family, memang cukup payah. Nanti aku ja makan.. Lagi 3 tu order satu menu share bertiga. Kat rumah pun budak – budak ni bukan makan sangat. Kat rumah ni aku ja minum air kopi. Yang lain – lain air masak sahaja. Breakfast tak de, lunch tak de, dinner tak de.
Satu kalau makan lunch. Tak nak dinner dah. Satu dah breakfast langsung tak nak makan. Jenis suka makan yoghurt la, taufu la yakult la. Makan merapu budak – budak ni. Nasi paling payah makan. Kalau nak merasa makan sekali, tu pun selalu bulan puasa la. Tu pun jarang anak – anak join. Sebab asrama.
Sekarang mostly kat rumah kami berdua saja. Depa ni kan study. Dulu aku nak manja – manda sentiasa tak di endah. Aku fikir time tu dia pun str3ss. Banyak nak fikir tambah time tu dia di gov. Sekarang dia dah ada klinik sendiri. Tak dengan government dah. Dan share dengan kawan dia.. Seminggu 3 kali ja dia pergi klinik.. PukuI 5 dia balik dah.
Tapi aku hari – hari la kerja.. Cuti sabtu ahad. Tapi kadang – kadang aku balik awal nak la manja – manja. Actually aku menanti nak rasa perhatian dia kasih sayang dia. Tapi dari dulu sampai sekarang, apa saja aku buat, semua tak di layan. Kadang – kadang rasa macam syok sendiri pun ada aku ni. Contoh kadang – kadang sengaja cakap, abang macam nak demam la.
Dia akan cakap makan panadol. Aku kata dah makan tapi still demam.. Sampai kelentong dah setahun demam tak baik. Dia cuma jawab pergi klinik. Aik, kau doktor kenapa aku nak kena pergi klinik. Kadang – kadang kita cakap supaya nak la dia pegang dahi ke, pandang mata kita ke. Tapi langsung tak de.. Tak tahu la kalau dia tahu aku menipu.
Tapi kalau aku demam betul pun dia just tengok macam tu ja.. Kot la nak pegang dahi ke nak tengok panas ke.. Langsung tak de. Just tanya dah makan ubat. Kalau aku kata tak, dia just letak ubat kat meja suruh aku makan. Tapi aku makan ke tak ke, dia bukan kisah pun. Kira lepas pada tu tak tanya apa dah.
Gamaknya kalau aku m4ti pun dia tak kisah kot. Baru ni aku buat lagi taktik tu, saya s4kit d4da saya s4kit sini s4kit sana. Same answer, pergi klinik.. Aku pun meng4muk la. Dia cakap even saya doktor pun ni rumah.. Bukan ada equipment. Kalau awak pengsan pun saya akan call ambulance ja.
Ok tak pe.. Esok pagi aku terus pergi klinik dia. Lagi dia tak puas hati. Dia cakap aku sengaja buang masa dia padahal patients kat luar ramai la. Aku ni kan tak pernah dapat proper g4duh macam laki bini lain. Kadang – kadang nak jugak la g4duh kaw – kaw tapi tak pernah dapat sebab dia akan diam. Aku ja bising sorang – sorang last aku pun penat.
Macam tadi la, aku meng4muk.. Aku cakap aku ni nak la rasa dibelai, disayang, diberi perhatian. Nak la orang tanya sihat ke, dah makan ke. Dah m4ti ke. Kalau aku tanya pun dia just diam.. Kalau dia jawab pun dia tak akan tanya aku balik. So aku bising – bising, dia just diam lagi tengok hp.. Macam aku cakap dengan dinding. Kahwin dah berpuluh tahun, aku ja guna panggiIan abang sayang.
Tapi dia, saya awak. Tu ja la. Berjuta kali dah pesan pangil saya abang. Tapi still same. So tadi aku dah beng4ng, aku tinggi suara semaximum mungkin. Then dia tanya awak dah makan ke. Tapi benda tu fake giIa. Ibarat macam malas nak g4duh dengan orang giIa so just buat ja la apa dia nak, macam tu la aku rasa.
Aku kata awak ni tak ikhlas langsung. Dia sambung diam. Aku tak dapat baca la macam mana nak tahu dia sayang aku ke tak. Macam – macam cara dah buat. Tak pernah rasa aku ni dihargai. Bagi hadiah ke apa ke, just thanks.. Tu ja la. Tapi dia sekali pun tak pernah bagi hadiah kat aku.
Setiap kali birthday aku, aku beriya cakap kat dia, hari ni birthday abang tau. Dia akan cakap happy birthday. Tu ja la.. Tapi kalau birthday dia, macam – macam surprise aku buat. Tapi dia seperti tiada reaksi. Just thanks. Nak slow talk ke, pillow talk ke, smuanya tak berkesan. Sebab dia hanya akan diam. Sampai sekarang soalan aku awak sayang saya tak, tak pernah dijawab.
Tadi aku cakap kat dia, awak kalau tak suka saya kenapa kahwin dengan saya. Jawapan dia, kalau saya tak suka saya tak akan kahwin dengan awak, so jangan tanya lebih – lebih sebab saya takde jawapan. Senang ja dia cakap.. Habis apa yang aku dambakan dari seorang isteri tu macam mana?
Rumah apa tah ni, anak bini langsung tak de komunikasi.. Anak – anak aku sampai sekarang tak approve request IG aku. Bila tanya, lupa la nanti la… Apa yang segan sangat tak tahu la diorang ni. Padahal aku ni bapak diorang. Jangan cadang suruh tambah cawangan, sebab dia tak pernah kisah pun.
Aku pernah cakap, aku nak cari lain.. Dia cakap dia izinkan kalau tu buat aku bahagia. Tapi kenapa dia tak nak faham aku hanya sayang dia, cinta dia, setia kat dia ja. Tapi nak rasa dia cemburu tu tak pernah rasa. Aku ja yang selalu cemburu.. – Ramly (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Suzila Afdza Ibrahim : Masa anak – anak kecik ada luang masa untuk diorang tak? Susah nak cakap sebab tuan cerita part anak dah besar je. Tak cerita sejak awal kahwin macam mana. Tuan involve tak dalam kehidupan diorang?
Aqiela AimanulQiela : Sorry nak tanya juga, masa anak – anak kecik ada involve tak dalam setiap aktiviti anak – anak? Ye isteri macam batu tapi anak – anak kalau ada ayah tak semestinya ikut jadi batu. Macam saya , zaman anak – anak kecik suami selalu tak ada, ops dalam setahun 3x, sekali pergi 3 bulan, banyak masa memang kami bertiga je, balik kampung, s4kit demam, bayangkan setahun berapa bulan je dia ada dengan kami.
Time tak kene pergi ops ada tugas luar pula, kadang – kadang seminggu kadang – kadang sebulan, pernah pergi misi lubnan setahun juga tapi anak – anak tetap melekat dengan suami, sekarang suami dah pencen, lagi seronok anak – anak ayahnya ada selalu. Tiap kali suami ada memang dia buat semua, layan anak – anak, masakkan untuk anak, tidurkan anak. Tuan tanah ada buat tak semua tu? Kalau ada, anak – anak takkan avoid sampai macam tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.