Keluarga tunang beria nak buat majlis kahwin sampai 3 kali. Tapi minta duit dekat aku. Mereka nak tunjuk menantu kaya. Belum kahwin aku dah jadi ATM bakal mentua

Anak mereka bukan doktor, bukan peguam, bukan artis, bukan instafamous. Tapi bajet macam nak kahwin dekat RM100,000. Aku dah sediakan majlis dekat hotel, tapi dorang nak jugak buat 2 majlis lagi dekat kampung. Mereka bagi aku masa untuk kumpul duit..

#Foto sekadar hiasan. Aku harap admin approve confessor ni sebab ini iktibar berguna untuk yang belum berkahwin supaya jangan pertaruhkan masa depan dengan orang yang salah. Ini cerita aku sendiri. Nama aku Amir dan bekas tunang aku aku gelarkan Mira, semua ni nama samaran saja.

Umur aku masa tu dah masuk 30 tahun. Memang aku tengah serius cari calon isteri sebab aku memang jenis suka budak-budak dan nak bina keluarga. Kerja aku pun alhamdulillah dah stabil, gaji pun agak selesa. Kalau ikutkan, dekat tempat kerja aku ramai juga pramugari yang cuba mendekat, tapi aku bukan nak cari yang ligat sangat.

Aku nak perempuan yang nampak muslimah, boleh duduk rumah lepas kahwin, jaga anak dan jaga aku. Bab duit aku memang tak kisah, nafkah, shopping, spa semua aku boleh tanggung. Asalkan dia fokus rumah tangga. Kisah aku bermula bila satu hari aku ternampak seorang perempuan ayu tolong mak dia jual nasi lemak.

Dari situ aku mula singgah beli nasi lemak dekat gerai tu setiap kali aku tak terbang. Lama – lama jadi kenal, jadi mesra. Biasalah, aku pun datang dengan kereta yang agak mahal, park depan gerai. Bakal mak mertua senyum sampai ke telinga setiap kali nampak aku.

Tak sampai empat bulan, kami pun bertunang. Masa tu aku memang serius nak kahwin dengan dia. Dalam hati aku fikir, untung betul aku dapat perempuan macam ni. Cantik, nampak baik, sederhana. Tapi masalah mula timbul masa dua – dua keluarga nak bincang pasal majlis kahwin.

Sepatutnya kami nak kahwin sebelum puasa. Kami dua – dua orang KL, jadi aku cadangkan buat satu majlis saja. Jimat sikit dan aku boleh buat besar – besaran dekat hotel. Mak ayah Mira pun orang KL juga. Keluar rumah nampak bangunan tinggi – tinggi, bukan duduk kampung pedalaman pun.

Jadi aku rasa tak ada masalah buat satu majlis sahaja. Tapi keluarga Mira tak setuju. Mereka nak buat juga kenduri dekat rumah diorang, lepas tu tambah satu atau dua lagi kenduri dekat kampung belah nenek diorang. Kononnya nak jemput semua saud4ra mara.

Dalam hati aku tahu, sebenarnya mereka nak tunjuk dekat orang kampung yang anak mereka walaupun belajar tak tinggi, boleh kahwin dengan orang kaya. Menantu kerja kapal terbang, fly sana sini, duit banyak, segak pula. Aku pun cakap boleh, aku boleh ikut permintaan tu.

Tapi lepas tu keluarga Mira minta duit kenduri semua daripada aku. Katanya mereka tak ada duit. Masa tu aku terdiam. Kalau tak ada duit, kenapa nak buat kenduri dekat banyak tempat? Aku cakap aku boleh bagi belasan ribu saja, selebihnya mereka tambah sendiri. Tapi mereka tak puas hati.

Mereka kata mana cukup, sekurang-kurangnya aku kena bagi RM20,000 sampai RM30,000 untuk cover semua kenduri. Itu belum campur majlis besar dekat hotel yang aku memang tanggung sendiri. Dalam kepala aku terus fikir, ini kahwin ke buat pesta selebriti?

Anak mereka bukan doktor, bukan peguam, bukan artis, bukan instafamous. Tapi bajet macam nak kahwin dekat RM100,000. Aku memang tak puas hati. Aku baru beli rumah dekat Selangor, harga pun dah cecah jutaan ringgit. Aku beli sebab aku nak anak bini aku hidup selesa lepas kahwin.

Maksudnya Mira lepas kahwin nanti tak perlu susah – susah jual nasi lemak lagi. Dia boleh duduk rumah, aku tanggung semuanya. Tapi belum kahwin pun dah banyak sangat permintaan. Nak itu, nak ini. Aku mula rasa tak sedap hati.

Akhirnya memang tak ada kata putus sebab keluarga Mira tetap nak buat kenduri banyak tempat. Aku tahu mereka takut kalau buat dekat hotel saja, orang kampung tak datang. Jadi kenalah buat juga dekat kampung supaya semua orang boleh tengok menantu mereka yang “orang kaya”.

Masa tu juga baru aku sedar, sebelum ni pun keluarga Mira pernah minta aku duit untuk buka bisnes. Kononnya nak tolong keluarga. Belum jadi suami dah jadi mesin ATM. Kedua – dua pihak berkeras. Keluarga aku kata buat satu majlis. Keluarga Mira kata mesti buat banyak majlis. Akhirnya keluarga Mira bagi aku tempoh beberapa bulan untuk kumpul duit.

Dalam tempoh bertenang tu, aku fikir panjang. Aku bayangkan hidup aku lepas kahwin nanti. Kalau belum kahwin pun dah macam ni, lepas kahwin mesti lagi teruk. Aku bukan kahwin dengan Mira saja, aku kahwin dengan satu keluarga yang suka memerah. Akhirnya aku buat keputusan paling berat dalam hidup aku. Aku putuskan pertunangan.

Ya, aku sendiri yang batalkan. Aku cakap dekat diri aku, belum kahwin dah nampak belang. Kalau aku teruskan, esok lusa aku sah – sah jadi mesin ATM untuk Mira dan keluarga dia. Aku bekerja untuk keluarga sendiri, bukan untuk tanggung satu kampung.

Keluarga Mira ada pujuk, ada cuba runding. Tapi aku dah tak nak. Hati aku dah tertutup. Aku tahu kalau aku lembut, aku yang akan h4ncur. Mungkin sekarang Mira tengah menangis sebab impian duduk rumah mewah, bercuti luar negara, pergi spa, shopping barang mahal semua tinggal angan – angan.

Tapi bagi aku, lebih baik aku s4kit sekarang daripada aku menyesal sepanjang hidup. Status, harta, semua tu tak bermakna kalau pasangan dan keluarga pasangan tak tahu bersyukur. Moral cerita aku mudah saja. Kalau korang ada pasangan atau bakal mertua macam ni, tolong jangan jadi b0doh.

Orang gaji berpuluh ribu macam aku pun tak tahan. Apatah lagi kalau gaji dua tiga ribu, memang h4ncur hidup. Lain cerita kalau dari awal susah senang bersama. Ini semua lelaki yang sediakan, perempuan dan keluarga cuma tahu minta.

Lepas kahwin nanti nak beli rumah, nak simpan untuk anak sekolah. Kalau asyik kena paw, sampai tua pun tak ada aset. Bahagia bukan pasal muka cantik semata – mata. Kalau tak ada pendidikan kewangan, tak ada empati, hanya tahu mengikis, rumah tangga memang tak ke mana. Perempuan dekat luar ramai. Tak jadi kahwin tak apa. Jauh lebih baik daripada kahwin, lepas tu bercerai bila dah ada anak. Aku bersyukur aku sedar awal. S4kit sekejap, tapi selamat seumur hidup.

Komen netizen :

Nik Nabilah : Amboi, sudah lebih nampak. Kita kena ukur baju di badan sendiri dik non oiiii. Pihak lelaki dah nak sponsor majlis tu kira baik dah. Ni banyak pulak yang dimintanya sampai nak buat kenduri dekat 2 – 3 tempat. Nak sponsor sampai RM20 – 30k. Kalau macam tu memang botak k0yak tahap rab4k poket aiiiih

Iddiha Diha : Hahahaa melebih – lebih pulak, orang dah bagi betis nak peha pulak. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak usah meminta lebih, memaIukan diri aje.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :