Aku baru lepas bersalin, mak mertua sengaja bawa kereta laju, Ianggar semua lubang, bonggol. Aku rasa s4kit, jahitan macam terbuka semula

Suami suruh aku berpantang rumah mak dia. Bayangkan dari Hospital Ampang sampai ke Pahang, betapa jauhnya perjalanan. Mak mertua sengaja bawa laju, terhentak – hentak. Sepanjang jalan aku tahan s4kit. Sampai rumah mertua aku terk3jut..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Sebelum tu kalau nak post kisah aku ni aku benarkan, cuma tolong hide profile aku. Aku nak meluah sikit pasal rumah tangga aku yang bermasalah. Macam mana aku nak mula pun aku tak tahu, aku sedih sangat.

Sebelum tu aku nak bagitahu, kami dah ada anak yang sekarang umur 4 bulan. Macam ni, aku kenal dengan bekas suami masa aku kerja dekat satu restoran makanan segera dekat KL. Dia manager aku. Dulu masa kerja sama – sama, kami memang langsung tak ada perasaan apa – apa, cuma kawan biasa je.

Biasalah kan, satu tempat kerja. Satu hari aku kena buang kerja oleh manager yang lebih atas daripada dia sebab aku main duit. Aku cakap benda ni jujur, aku tak malu mengaku aku memang main duit sebab aku tahu rata – rata kawan kerja aku pun main duit juga. Diorang yang ajar aku buat benda tu.

Lepas beberapa bulan aku kena buang kerja, bekas suami aku ni ada contact aku. Mula – mula contact biasa – biasa je. Oh ya, aku nak bagitahu, masa aku kenal dia dulu dia baru putus cinta. Dengan bekas teman wanita dia yang memang dia sayang sangat.

Lepas tu dijadikan cerita kami pun bercinta. Tak lama bercinta kami terus nikah. Kami nikah biasa – biasa je. Tak ada hantaran, tak ada baju pengantin, cincin kahwin pun aku minta yang dekat pasar malam je harga RM30, w4rna silver.

Cuma aku minta mas kahwin RM300. Aku buat macam tu sebab aku tak nak bebankan dia. Jujur aku cakap, sebenarnya lepas aku kena buang kerja tu aku dah mula suka dekat bekas suami aku ni. Aku sayang sangat dekat dia sebab tu aku tak nak susahkan dia sediakan hantaran dan macam – macam lagi.

Masa isi borang nikah, aku dah nak tulis jumlah mas kahwin RM300. Tapi bakal mak mertua aku kata tak payah, tulis ikut negeri Pahang iaitu RM25.50 je. Lepas nikah nanti kalau nak bagi RM300 tu, bagi je. Aku pun cakap okeylah, tak apalah.

Kami pun selamat nikah dekat pejabat agama. Lepas selesai semua, aku tunggu bekas suami aku bagi RM300 yang dia dah janjikan. Tapi mak dia terus minta duit untuk bawa makan, urus kahwin dan isi minyak. Aku diam je sebab aku ingat bekas suami aku masih ada duit yang dia nak bagi dekat aku.

Bila dah sampai rumah, dia bagitahu dia dah tak ada duit. Masa tu hanya Allah je tahu macam mana perasaan aku. Aku kecewa sangat, tapi aku cuma mampu cakap tak apa. Aku pendam je semua rasa sedih tu. Lepas 3 bulan kahwin, aku disahkan mengandung anak pertama.

Masa ni bermulalah fasa paling susah dalam hidup aku. Sampai sekarang kalau aku ingat balik, air mata aku masih boleh jatuh. Banyak benda yang aku kena telan seorang diri. Masa aku mengandung 4 bulan, suami aku ada chat dengan bekas teman wanita yang paling dia sayang tu. Masa tu aku tengah tidur. Bila aku bangun, aku nampak dia tengah pegang telefon.

Masa tu dia pakai telefon aku sebab telefon dia rosak. Aku sanggup bagi dia pinjam telefon aku sebab dia kerja dan lebih perlukan telefon daripada aku. Aku rela tak ada telefon sendiri asalkan urusan dia tak terganggu. Tu pun salah satu peng0rbanan aku untuk dia.

Bila aku bangun nak tengok jam dekat telefon, tiba – tiba masuk WhatsApp daripada bekas teman wanita dia. Dia terus r4mpas telefon daripada tangan aku dan cepat – cepat padam mesej tu. Aku terus diam. Aku tak cakap apa – apa, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa luluhnya hati aku.

Aku merajuk, tapi dia buat macam tak ada apa – apa yang berlaku. Masa tu aku tengah mengandungkan anak dia. Dalam keadaan aku sarat mengandung, dia masih sibuk layan perempuan lain. S4kitnya hati aku memang susah nak digambarkan.

Tak lama lepas tu kami berbaik semula sebab aku memang jenis tak suka berd3ndam. Aku mudah maafkan orang, walaupun orang tu dah banyak kali buat aku terIuka. Aku cuma fikir rumah tangga ni kena pertahankan. Aku harap dia akan berubah.

Satu malam aku mengidam sangat nak makan bubur McDonald’s. Aku k3jut dia dan bagitahu aku teringin sangat. Dia terus buat muka marah, tapi dia tetap bawa juga aku pergi McDonald’s pukuI 11 malam. Bila sampai sana, bubur pula dah habis.

Aku terus ajak dia balik sebab tak ada benda lain yang aku nak makan. Dalam kereta aku menangis sebab terlalu kecewa. Kami pula cuma sewa bilik, tak ada dapur, kalau tak memang dah lama aku masak sendiri. Tengah aku menangis, dia terus cakap dengan nada yang keras, “Kau nak aku buat apa?” Allah je tahu macam mana h4ncurnya hati aku masa dengar ayat tu.

Ibu yang pernah mengandung dan mengidam mesti faham macam mana perasaan aku masa tu. Banyak lagi benda yang aku nak, tapi dia langsung tak mampu bagi. Pendekkan cerita, ni kejadian yang paling terkesan dalam hati aku. Masa tu kandungan aku dah masuk 8 bulan dan nak dekat 9 bulan. Aku tengah makan durian, tiba – tiba aku nampak dia senyum sorang – sorang sambil tengok telefon.

Aku ajak dia borak, tapi dia langsung tak layan aku. Dia cakap dia tengah chat dengan adik dia. Lepas tu telefon dia m4ti sebab bateri habis dan dia terus cas telefon tu. Lepas aku habis makan durian, aku pergi dekat dia dan buka WhatsApp.

Aku terus buka perbualan dia dengan adik dia. Masa tu hati aku rasa macam dikoyak – koyak. Adik dia hantar gambar diorang keluar jalan – jalan dengan bekas teman wanita suami aku. Ada gambar selfie diorang sekali. Patutlah tadi dia senyum sorang sorang masa aku tengah makan durian. Rupanya sebab tengah tengok gambar tu.

Adik dia ajak suami aku keluar sekali. Suami aku sempat tanya dekat mana diorang berada. Lepas tu dah tak ada mesej lain sebab telefon dia dah m4ti. Aku terus tunjuk semua tu dekat dia. Dia cuma senyum. Lepas tu dia terus baring dan tidur macam tak ada apa – apa yang berlaku. Aku merajuk dan keluar rumah. Tapi langsung tak ada usaha daripada dia untuk pujuk aku atau cari aku.

Hampir 4 jam aku duduk sorang – sorang dekat taman dengan perut yang dah sarat sangat. Dari pukuI 11 malam sampai pukuI 3 pagi aku menangis sendiri. Bila aku balik rumah, dia masih tidur lena. Masa tu hati aku memang betul – betul h4ncur.

Lepas tu dia bangun daripada tidur. Dia masih boleh senyum macam tak ada apa – apa berlaku. Aku tertanya – tanya, dia tak tahu ke hati aku ni tengah s4kit. Aku terus mesej adik dia dan bagitahu tak elok buat aku macam tu. Oh ya, adik dia memang tak suka aku sebab aku free hair.

Pada aku, dia ni konon – kononnya ustazah, tapi per4ngai langsung tak ada adab. Aku mesej elok – elok, tapi dia cuma bluetick je. Langsung tak ada rasa bersalah atau nak minta maaf. Aku tunggu sampai pagi dengan harapan dia akan minta maaf. Malam tu langsung aku tak tidur.

PukuI 7 pagi baru aku terlena dan bangun semula pukuI 11 pagi. Tapi tetap tak ada sepatah pun perkataan maaf daripada dia. Hari tu bekas suami aku kerja pagi. Aku dah terlalu s4kit hati, jadi aku buat satu status. Aku luahkan semua yang aku pendam dari hari pertama kami nikah sampailah hari tu. Semua yang aku tak puas hati dengan keluarga dia aku tulis.

Lepas tu kakak dia meng4muk dalam group keluarga diorang. Dia maki aku macam – macam. Aku pun masuk group tu dan balas satu persatu apa yang dia cakap. Lepas tu aku terus blok semua ahli keluarga dia. Barulah masa tu adik dia datang nak minta maaf.

Tapi hati aku dah terlalu s4kit. Aku terus balas, “Maaf kepala otak.” Aku dah tak mampu nak terima permohonan maaf yang datang bila semuanya dah jadi makin teruk. Lepas aku berg4duh dengan seluruh keluarga dia, aku tunggu suami aku balik kerja. Bila dia balik, dia minta maaf dekat aku. Tapi masa tu aku dah tak mampu tahan lagi. Aku terus minta cerai.

Aku rasa macam dah hilang kew4rasan masa tu. Orang mengandung memang tak boleh terlalu str3ss. Korang nak cakap aku giIa ke apa ke, aku dah tak kisah. Tapi kalau korang berada di tempat aku, aku pun tak tahu macam mana korang akan hadap semua benda ni.

Beberapa hari lepas tu kami berbaik semula. Aku bagi lagi satu peluang dekat suami aku. Aku harap kali ni dia betul – betul berubah. Sebab aku fikir anak yang bakal lahir perlukan seorang ayah. Bila dah dekat nak bersalin, kakak kedua dia pula mula tabur macam – macam fitnah pasal aku.

Mungkin dia masih s4kit hati sebab aku pernah tegur dia sebelum ni. Dia konon ambil berat pasal aku, tapi aku tahu per4ngai dia memang talam dua muka. Mulut pun memang tak ada tapis. Aku terus cakap dekat dia tak payah pura – pura caring kalau lepas tu sibuk jaja cerita aku sana sini. Dia terus melenting.

Dia fitnah aku ambil telefon dia, curi barang kemas dan macam – macam lagi. Aku cuma gelak sebab aku dah malas nak layan orang macam tu. Pada aku dia takut kehilangan suami aku sebab suami aku tu tempat dia pinjam duit. Pinjam pandai, bayar tak reti. Kononnya main kutu, tapi duit pun entah ke mana. Nasihat aku, jangan sesekali main kutu dengan adik beradik kalau per4ngai macam ni.

Lepas tu aku masuk wad nak bersalin. Mak mertua dengan biras aku datang melawat. Masa tu aku tengah tahan s4kit contraction. Ibu yang pernah bersalin mesti tahu macam mana s4kitnya. Aku menangis sebab terlalu s4kit. Tapi mak mertua aku boleh cakap dia dah maafkan aku dan aku tak payah menangis lagi.

Dalam hati aku cuma mampu cakap, aku menangis sebab s4kit nak bersalin, bukan sebab berg4duh dengan anak – anak dia. Perasan betul. Lepas aku selamat bersalin, dia ajak aku berpantang dekat rumah dia. Aku memang berkeras tak nak. Aku rela berpantang sendiri daripada duduk dengan keluarga dia. Tapi sebab suami aku merayu – rayu, akhirnya aku ikut juga.

Bayangkan baru lepas bersalin, dengan perjalanan jauh dari Hospital Ampang balik ke Pahang. Aku baru lepas bersalin secara pembedahan. Setiap kali kereta masuk lubang, luka aku memang terasa s4kit sangat. Jalan kampung pula penuh dengan lubang.

Yang buat aku lagi s4kit hati, mak mertua aku bawa kereta laju macam sengaja. Langsung tak fikir keadaan aku yang baru lepas bersalin. Aku cuma mampu tahan s4kit sepanjang perjalanan. Air mata pun dah tak keluar sebab terlalu penat. Aku rasa dia sengaja bawa laju, main langgar segala lopak, lubang, bonggol yang ada.

Sebelum balik kampung tu, mak mertua aku sempat minta RM500 daripada suami aku kononnya nak baiki kereta. Masa aku mengandung dulu, beberapa barang kemas aku dah digadai sebab kami tak ada duit. Lepas suami tebus balik barang kemas tu, aku minta mak mentua simpan sementara sebab aku takut dia gadai semula.

Aku memang dah tak percaya suami pegang barang kemas tu. Duit dia pun aku tak tahu habis dekat mana. Gaji lebih kurang RM3,000, bil hospital pun tak sampai RM200, nafkah aku bulan tu pun dia langsung tak bagi. Sekali rupa rupanya mak mertua bagi semula barang kemas aku dekat suami supaya dia boleh gadai balik.

Bila aku nampak barang kemas tu ada dekat tangan dia, aku terus ambil dan pakai. Aku tak kisah walaupun masa tu aku masih dekat hospital. Aku dah tak sanggup kehilangan barang terakhir yang aku ada. Bila sampai rumah keluarga dia dekat kampung, hati aku makin sedih.

Bilik yang kononnya dah dibersihkan rupanya penuh dengan habuk. Dua hari sebelum aku bersalin, aku dah bersihkan bilik sendiri sebab tak nak anak aku kena habuk. Tapi akhirnya aku tetap kena duduk dalam bilik yang kotor macam rumah lama tak berpenghuni.

Habuk memang terlalu tebal. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan keadaan bilik tu. Air minum yang diorang bagi dekat aku pun ada semut. Aku suruh bekas suami aku pergi beli air mineral. Masa tu aku betul – betul down. Aku rasa dunia aku gelap.

Aku fikir macam mana aku nak cari duit untuk besarkan anak aku. Sedangkan aku baru beberapa hari lepas bersalin. Tak lama lepas tu kami akhirnya bercerai. Dua hari lepas bercerai aku terus balik kampung dan sambung berpantang dekat rumah mak ayah aku.

Tak lama kemudian bekas suami datang pujuk aku semula. Dia sanggup datang jumpa ayah aku untuk ambil aku balik. Lepas 4 bulan, rumah tangga kami mula bermasalah lagi. Kali ni dia kantoi bercinta dengan perempuan yang sama tempat kerja dengan dia. Masa tu hati aku memang dah terlalu penat. Anak kami pula masih kecil.

Aku terus minta cerai talak tiga. Dia jawab okey je dan cakap nanti dia uruskan dekat pejabat agama. Masa tu aku dah betul – betul buntu. Aku nak kerja, tapi anak aku siapa yang nak jaga. Aku langsung tak sampai hati nak tinggalkan anak aku yang masih kecil.  Sumpah aku tak sampai hati, aku buntu sekarang ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :