
15 tahun perkahwinan, saya tanggung suami dengan gaji saya lebih 10k. Saya belikan kereta untuk dia supaya boleh kerja. Tapi belum cukup, suami tak dapat buktikan kejantanan dia sebab kami takde zuriat yang hidup. Dia nak kahwin dengan janda anak 6. Tapi perempuan tu dah 47 tahun!
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Selamat hari raya admin dan semua w4rga page. Hide kan profile fb saya admin. Hanya tinggal beberapa hari lagi nak raya. Saya rasa fobia, takut, sedih nak sambut raya. Raya tahun lepas, pertama kali saya beraya tanpa suami di sisi, hanya Allah tau perasaan dan hati saya ketika takbir raya berkumandang.
Menangis dalam diam, bersimpuh di atas sejadah mencari kekuatan. Saya diceraikan talak 3 kerana suami saya nikah dengan janda anak enam. Suami saya hanyalah bekerja biasa, jurulatih sekolah memandu ibarat mencari sesuap rezeki untuk kami bertiga.
Tetapi saya ini hanyalah perempuan yang selalu dih1na kerana zuriat. 15 tahun perkahwinan, susah senang membina rumahtangga akhirnya dibuang dengan h1na. Mengapa lelaki mudah lupa peng0rbanan isteri hanya sedikit kekurangan yang Allah uji.
Allah Maha Pengasih kepada h4mba Nya, saya diberikan nikmat mengandung dan melahirkan anak syurga dua kali pada 17/5/2023 dan 2/3/2025. Pada pandangan manusia saya masih tidak mampu melahirkan zuriat buat seorang suami yang ingin membuktikan kejantanan.
Dua tahun saya bert4rung nyawa untuk melahirkan zuriat buat suami. Allah Maha Kaya nikmat anak syura buat saya, di mana keislamannya Allah telah jaminkan syurga buat anak saya. Berpantang seorang, hanya Allah tahu air mata mengalir, hanya zikir penguat hati.
Mengapa perempuan seperti saya selalu dipandang h1na terutama oleh keluarga mertua. Sedangkan kesenangan hidup yang anak lelaki nikm4ti sekarang, sumbernya daripada saya. Saya sempat hidup berpoligami selama 2 tahun, hanya Allah saja tau betapa siksanya hidup.
Dengan suami tidak memberikan nafkah, sebelum suami nikah dengan janda anak enam saya tidak meminta nafkah saya dan anak angkat saya. Semua keperluan hidup saya sendiri. Saya seorang berkerja tetap dengan gaji 10k sebulan. Kerana saya berkerja, suami abaikan nafkah saya dan anak.
Bab giliran tidak adil, saya ditinggalkan dengan keadaan mengandung tanpa pengalaman, ke hulu hilir keseorangan, checkup seorang. Sedangkan saya ingin lalui saat bahagia ini bersama suami. Akhirnya saya melahirkan anak pramatang pada usia 7 bulan keseorangan kerana suami tak dapat dihubungi. Meraung saya.
Bila saya mengandung kali kedua, saya hanya fokuskan pada kandungan agar sihat dan selamat dilahirkan, Allah Perancang terbaik, denyutan jantung anak saya kandungan berhenti tiba – tiba. Selepas habis pantang suami memberikan saya hadiah talak.
Saya merayu, kata suami, kasih sayang untuk saya dah takde. Dia sudah tidak mampu menipu dirinya untuk menyintai saya lagi. Dia mula mengungkit segala kesilapan lalu, saya pernah meng4mok dulu bila dia kantoi bercinta cintun dengan b0hsia, pernah meminta diceraikan.
Hanya di mulut saja, ingin melihat adakah dia masih menyintai saya. Suami saya selalu ada skandal, hati isteri mana boleh sabar. Jika suami saya sekaya Dato Alif Sukri, saya izinkan dia kahwin berapa pun. Nafkah saya sejak kahwin diabaikan, hutang emas untuk batal air sembahyang pun masih lagi berhutang sampai saya diceraikan.
Kereta saya belikan untuk dia mengajar di litar memandu, layakkah untuk berpoligami? Bagi lelaki jawapan pastinya layak kerana alasan zuriat. Untuk rawatan zuriat, kos perubatan terlalu mahal saya tidak pernah minta suami bayar walaupun tiket flight, saya hanya minta dia tenangkan saya, sedekah air m4ni untuk saya, sedekah doa untuk saya.
Begitu rendah kepala saya letakkan agar dia tidak meninggaIkan saya. Allah Maha Kaya, suami saya mengambil kesempatan atas kasih sayang saya. Ya saya tidak pernah katakan takde duit setiap kali dia minta. Bila lelaki jumpa perempuan lain yang baik pada pandangan matanya, isterinya jadi musvh buatnya.
Suami saya berubah, saya sudah perhatikan kasih sayang makin kurang buat saya dan anak angkat tiada lagi panggiIan sayang buat saya, sudah panggil nama. Akhirnya saya dihadiahkan talak dalam keadaan berpantang tanpa anak di sisi.
Terimakasih abang, semoga abang bahagia dengan kehidupan abang hari ini di samping isteri baru dan anak – anak tiri abang, moga isteri baru abang mampu melahirkan anak buat abang. Isteri abang sudah 47 tahun, abang mampukah nak dapat zuriat lain? Hanya Allah yang tahu.
Untuk perempuan yang berjaya meruntvhkan rumahtangga saya, sabarlah dalam mengharungi hidup dengan dia, sabarlah dengan kekurangannya. Nasihatilah dia agar solat, saya tak mampu. Ubahlah dia, sekarang ni suamimu ket4gih air k3tum. Saya sudah lali dengan semua ini sebab saya pernah menemani dia beli dan jual ubat batuk.
Semua kerana cinta, doa dipanjatkan agar dia berubah meninggaIkan benda – benda h4ram, tapi dia tak mampu. Ubat batuk, sy4bu, piI kuda, air k3tum saya lihat semuanya. Moga kau sabar dengan kekurangan suami mu. Mungkin dikau mampu mengubah suami mu, dari pengalaman hidupmu pertama dulu. Hutang wajib dibayar.
Ulasan Pembaca :
Firdaus Shakirin : Bila Allah tutup satu pintu kebahagiaan, Dia akan buka pintu yang baru. Jangan terpana terlalu lama pada pintu yang ditutup. Teruskan melangkah, awak akan dapat kebahagiaan tu dan Allah Maha Adil. Setiap perbuatan ada balasannya dan kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan. Semoga urusan hidup awak dipermudahkan.
Suhaidah Sue : Kalau aku di tempat Aisyah, aku ucap syukur alhamdulillah sebab diceraikan talak tiga. Kenapa mesti nak hidup dengan lelaki tidak guna macam tu. Sudahlah curang, kaki d4dah pula, nafkah pun tidak pernah bagi.
Sedekahkan saja lelaki tidak guna tu pada janda anak enam tu. Mulakan hidup baru. Tunjukkan dekat dia yang hidup Aisyah lagi bahagia tanpa dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.