Suami jatuh cinta dengan rakan sekerja. Aku jumpa perempuan tu, bincang. Aku setuju mereka bercinta, sehinggalah kantoi mereka tipu aku

Perempuan ni anak d4ra tua, umur 41 tahun, muda setahun je daripada aku. Kerja profesional, sekufu la dengan suami. Dia kata dia nak menumpang kasih, bukan nak merampas. Selama ni pun dia tak pernah hasut suami aku tinggalkan kami.

#Foto sekadar hiasan. Suami aku dalam perancangan untuk berpoligami. Dia dah tangkap cintan dengan bekas rakan sekerja (dulu sama – sama dalam satu syarik4t, sekarang suami dah kerja tempat lain). Kami sebenarnya keluarga bahagia dengan empat orang anak. Alhamdulillah, selama ini semuanya nampak baik – baik saja.

Sudah lebih dua tahun mereka menjalin hubungan, kemudian terbongkar bila aku terbaca WhatsApp yang suami terlupa nak padam. Aku pun hairan, sebab telefon dia ada kata laluan. Tapi kalau Allah nak tunjuk, tetap akan jadi. Masa tu hati aku rasa macam dihentak batu, nak bernafas pun susah.

Panjang cerita kalau nak dihurai, tapi aku cuba ringkaskan. Aku ajak N ( perempuan tu ) bersemuka. Aku tak ada m4ki – m4ki atau marah – marah, perjumpaan tu aman damai saja. Lepas tu kami cuba berkawan baik. N ni kerja profesional, sekufu la dengan suami. Aku pula hanya staf kerajaan, kerja biasa – biasa saja.

Bagi aku dia okay, boleh buat kawan. Dia kata dia nak menumpang kasih, bukan nak mer4mpas. Selama ni pun dia tak pernah hasut suami aku tinggalkan kami. Dia tak pernah mendesak atau mengugvt, dia tenang – tenang saja. Oh ya, N ni anak d4ra tua, umur 41 tahun, muda setahun je daripada aku.

Suami aku pula, bila dah kantoi tu, dia berubah 360 darjah. Dia jadi sangat penyayang, mungkin rasa bersalah. Nafkah memang dia tak pernah abaikan, semua cukup. Dari segi kewangan, memang dia mampu untuk poligami, inshaAllah. Suami aku ni memang jenis “family man”, sangat bertanggungjawab.

Inilah antara ciri – ciri yang buat N tertarik dengan dia, selain sikap dia yang berkepimpinan dan tegas di tempat kerja. Sebab tu aku fikir nak bagi peluang dan ruang untuk hubungan mereka ni. Tapi langit tak selalu cerah. Dalam aku cuba untuk berbaik, aku sekejap boleh terima, sekejap tak.

Masih ada rasa tak rela, rasa tak sanggup, cemburu, prasangka buruk. Aku cuba Iawan. Suami pun cuba membantu. Tiap kali aku merentan, dia akan pujuk. Kemuncaknya bila aku dapat tahu mereka tipu aku. Rupanya mereka ada berjumpa di belakang aku beberapa kali.

Paling aku tak boleh lupa, suami aku cakap ada urusan kerja di Terengganu, tapi sebenarnya dia ke Kuala Lumpur (sebab N bekerja di Kuala Lumpur). Aku beli tracker dan letak dalam kereta suami. Bila kantoi, kami berg4duh besar. N pun terlibat sekali. Masa tu keluar w4rna sebenar dia.

Dia m4ki aku dan mendoakan aku tak akan bahagia. Bagi dia, aku bermuka – muka, acah – acah baik dengan dia. Kononnya aku mempermainkan perasaan dia sebab kejap aku okay, kejap aku jadi tak okay. Sekarang ni mereka masih berhubungan, tapi dah lama tak berjumpa.

WhatsApp pun hanya bila ada hal penting saja. Itu keputusan suami aku, sebab dia tak nak ada apa – apa isu berbangkit lagi. N pun akur. Tapi entahlah, kadang – kadang rasa tak nak percaya saja. Aku dan suami pula? Kami hidup macam biasa, tapi dah tak sama macam dulu.

Ada “satu rasa” yang jadi penghalang. Kadang – kadang aku rasa dah tak ikhlas nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Aku dah hilang kepercayaan dekat dia. Kadang – kadang aku rindu nak mesra macam dulu, masa aku tahu dalam hati dia cuma ada aku seorang.

Tapi sekarang bila teringat semua tu, hati aku jadi s4kit. Aku menjauh daripada suami, buat senyap tak bercakap. Aku pernah failkan permohonan cerai, tapi suami tak nak lepaskan. Dia langsung tak hadir ke mahkamah. Dia kata dia tak sanggup pertaruhkan masa depan anak – anak kalau rumah tangga ni h4ncur.

Hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-21. Bila suami ucapkan tadi, aku rasa kosong. Ucapan tu dah tak ada makna. Macam mana aku nak buang semua rasa yang tak seronok ni? Aku tahu, banyak masalah berpunca daripada aku yang tak boleh terima semua ni.

Aku banyak menyusahkan suami dengan sikap aku yang emosional. Aku dah tak kuat nak hadap. Mental aku koyak teruk. Kadang – kadang aku rasa nak pergi, supaya aku tak terus meny4kiti dia. Tapi suami tak nak lepaskan. Pada masa yang sama, aku dah tak sanggup dibayangi hubungan suami dengan N.

Masa aku belajar dulu pun aku pernah lalui kesedihan yang dalam. Aku pernah hampir gagal sebab emosi aku kacau. Pernah satu malam aku belajar sambil menangis sampai kertas basah. Masa tu aku teringat masalah keluarga, rasa terbeban dengan tanggungjawab, rasa macam tak ada siapa yang faham.

Dalam kelas, aku boleh ketawa depan kawan – kawan, tapi balik bilik aku baring menghadap dinding, rasa kosong. Aku pernah tak makan sepanjang hari sebab terlalu sedih. Sampai cikgu tanya kenapa aku nampak lesu, tapi aku diam saja.

Bila aku fikir balik, mungkin sebab aku selalu simpan sendiri, aku jadi mudah rapuh bila diuji dalam rumah tangga sekarang. Lvka lama tu macam terbuka semula. Sebab tu bila suami mula berubah hati, aku jadi m4kin tak kuat. Aku betul – betul buntu. Aku nak jadi isteri yang tabah, ibu yang kuat untuk anak – anak, tapi jiwa aku rasa m4kin h4ncur. Aku nak keluar daripada lingkaran ni, tapi aku masih terik4t. Apa yang patut aku buat?

Komen Netizen :

Anggun Liya : Saya faham perasaan sis. Kita cuma beza satu hal saja, iaitu anak. Saya dah ikhlas dan reda bila suami saya nak kahwin lagi satu untuk dapatkan zuriat. Cuma satu syarat saya, jangan tipu saya diam – diam. Semua hal boleh bawa bincang, janji jujur tu bagi saya. Alhamdulillah suami saya seorang yang jujur, dia akan cerita dulu baru buat.

Mungkin sebab saya seorang perempuan yang tak ada keluarga, jadi suami selalu utamakan saya dalam segala hal. Ya, betul perasaan macam sis yang on off tu pernah terjadi dengan saya. Tapi saya akan fikir balik, mungkin ini semua ujian daripada Allah.

Saya perlu bertenang dan bincang apa yang saya tak puas hati dengan suami. Alhamdulillah selalu saja ada jalan untuk semua masalah. Tipu lah kalau saya kata saya nak kongsi suami saya dengan perempuan lain, tapi saya fikir balik, daripada suami saya berz1na atau diam – diam tipu saya, itu lagi s4kit.Sekarang saya nak positif saja, saya nak hidup dengan bahagia, tak mahu fikir lagi hal – hal yang s4kitkan hati saya. Janji suami saya bertanggungjawab dan adil, itu semua dah okay bagi saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :