Aku menantu yang diperlekeh sebab jadi surirumah sedangkan aku ada Masters. HP aku dah rosak teruk, aku teringin nak pakai Iphone sebab tahan lama dan kebetulan Iphone baru keluar. Aku terus beli cash! Tapi baru nak happy jadi sedih sebab kena perli dengan mertua sedangkan dia tak tahu apa yang aku buat dalam diam..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai semua, aku Lyza (bukan nama sebenar), 27 tahun this year, dah kahwin masuk tahun ke-4, anak sorang dah nak masuk dua, surirumah sepenuh masa yang banyak buat kerja part time. Haa panjang details aku.
Okay, jom mulakan confession aku ni. Nak cerita tentang bagaimana aku yang tidak kerja menyimpan wang dan membeli iphone sendiri cash dan mempunyai simpanan sendiri sebanyak RM35k. Yesss, tiga puluh lima ribu ringgit.
Aku bukan nak highlight aku pakai iphone lah, banyak duit lah ape lah. Aku nak luahkan perasaan kat sini yang aku tak pernah minta duit suami untuk beli apa – apa atau memenuhi kehendak atau keperluan diri. Satu hari handphone aku belum ‘padam’ lagi tapi dah agak nazak, keyboard dah tak sensitif, kejap – kejap dia m4ti sendiri, orang call dah tak dengar.
Handphone tu pulak memang adalah sentimental value di mana hadiah hantaran salah satu dulang waktu nikah dulu. Cehhh sweet giIer laki aku, haha. Tapi aku memang sayang handphone tu sebab dia waterproof, kamera cantik, ringan bla bla bla.
Suspek utama yang buat rosak tu confirm la anak aku dia duk hisap handphone aku. Sampai satu masa, handphone tu pun padam. Nasib baik ada satu extra tablet yang memang anak aku pakai untuk tengok cerita kartun dia bila waktu ‘darurat’.
Waktu tu memang cuak sebab aku banyak buat kerja part time yang banyak guna handphone. Mula la kisahnya aku risik – risik handphone ape yang aku nak beli. Aku memang ada niat nak pakai iphone tapi aku kata aku nak yang waterproof version baru aku akan beli.
Dan kebetulan, iphone 7 pun keluar. Aku pun lekas – lekas pre-order, tak lama tu lepas la ngidam aku. Happy jadi sedih, terkilan bagai bila ayah mertua aku perli aku dengan maksud dia aku minta duit laki aku untuk beli iphone tu.
Cerita itu bukan takat di situ ya tapi berlanjutan dicanang beliau sehingga kini. Aku menantu yang diperlekeh beliau sebab jadi surirumah sedangkan aku ada Masters. Padahal beliau tidak tahu bahawa aku adalah penjana pendapatan yang agak tinggi dalam diam. Begitulah.
Sejak dari tu, alah aku telan je la. Jangan jadi makcik pakcik bawang sangat okayyy. Haha. Malas cerita panjang tentang hal sedih tu. Aku nak cerita serba sikit apa aku buat sampai aku boleh beli iphone sendiri cash, ada simpanan yang banyak untuk masa depan dan sebagainya.
Aku boleh dik4takan pelajar bijak juga lah sebab aku ditaja (penerima biasiswa penuh) dari sekolah menengah aku belajar sampai grad Masters. Ada saja yayasan yang taja pembelajaran aku. Ini kisah benar ye, aku grad tanpa ada sebarang hutang pelajaran, alhamdulillah.
Dek kerana usaha gigih aku pulun belajar dulu, aku tak perlu nak susahkan mama papa aku untuk bagi duit pada aku, walaupun kadang – kadang mereka tetap menghulur dan aku tetap menerima. Kawan – kawan, duit tajaan yang aku dapat aku tak guna sepenuhnya. Aku simpan. Aku tak boros.
Aku ngaku aku memang high-branded person sekali aku belanja memang mashaAllah bil boleh juling mata. Contoh kasut Hush puppies harga 2 – 3 ratus sepasang tapi aku akan pakai sampai kasut tu lunyai. Kemudian baru lah aku akan beli baru.
Di situ dah jimat. Pakai berbulan – bulan kasut yang selesa cantik manis sampai la dia rosak. Macam tu jugak baju, handbag dan sebagainya. Duit mama papa hulur biasanya aku buat belanja makan. Camtu lah student life. Jadi contoh, satu sem kalau biasisiwa aku per sem dapat approximate 4k, 1 – 1.5k aku dah tolak tepi masuk tabung haji.
Ya, tabung haji. Duit tu akan membiak gais. Jangan la gatal – gatal nak keluarkan. Memang dari dulu lagi mama ajar aku dah masuk duit dalam tabung haji, lesapkan dari fikiran, biar dia diam – diam dalam tu. Masa masters tiap – tiap bulan dapat elaun, alhamdulillah aku berjaya simpan separuh dari tu.
Selain itu, aku ada simpan sikit dalam satu akaun Bank Islam duit em3rgency, kalau jadi pape contoh kereta rosak ke atap rumah rosak bocor ke apa – apa lah. Dah, korang kiralah sendiri berapa banyak aku buat simpanan sepanjang belajar.
Habis cerita masa belajar. Aku pun kahwin. Hantaran aku waktu tu suami aku letak 10k. Tu duit aku suami aku kata. Lepas tu aku tolak tepi terus 3.5k masuk tabung haji jadi simpanan. Lebih – lebih tu aku buat belanja kahwin la.
Topupkan dengan mama papa mengikut keperluan majlis. Ouh ya, aku kahwin simple je. Mini pelamin, baju sepersalinan je, bukak khemah 2 untuk tetamu, satu khemah pengantin, ajak keluarga jiran tetangga dan kawan – kawan rapat.
Alhamdulillah kahwin jugak, anak dah nak masuk 2. Jangan membazir ye bab – bab majlis perkahwinan ni. Tapi kalau ada duit lebih, takpe asalkan kita bahagia di hari bahagia kita. Dah kahwin, tak kerja pulak tu tapi masih tak berhenti menabung.
Mana dapat duit pulak tak kerja. Guys, rezeki tak salah alamat, aku berusaha. Walau tak banyak kita dapat, sikit – sikit lama – lama akan jadi bukit gunung ganang. Aku kerja guna laptop aku, guna handphone aku. Aku buat kerja freelance mengikut bidang dan kepakaran aku.
Aku buat translations, aku buat academic paper writing. Jadi cikgu tuisyen keliling taman ajak budak – budak datang rumah meh kita tuisyen. Yer, kita dah susah lelah belajar dulu, gunakanlah ilmu yang kita ada untuk orang lain.
Selain tu, aku buat dropship kecil – kecilan. Macam – macam aku jual. Aku buat satu instagram yang memang aku upload semua benda yang aku jual. Untung memang sikit tapi kalau simpan memang lumayan. Buatlah, mula kan sekarang.
Aku join semua dropship yang zero modal haha. Sebab beberapa bisnes sekarang ada kenakan yuran untuk daftar sebagai dropshiper. Berbalik pada cerita handphone mana aku cekau duit sampai 3k beli iphone cash tu. Yer aku mula menabung sejak mula – mula kahwin dulu.
Sikit – sikit, makan masa 3 tahun lebih jugak pakai handphone lama tu, duit memang dah cukup untuk beli phone baru. Siap ada lebih, aku ketepikan untuk nak bersalin nanti. Macam tu jugak nak beranak ni nanti. Aku memang akan upah orang jaga.
Sekurang – kurangnya 2 minggu. Anak sulung dulu aku ambil dalam 2 minggu, harga beribu jugak. Tapi aku menabung dari mula – mula kahwin jugak. Aku tak nak susahkan mama atau mertua aku nak menjaga aku pulak.
Alhamdulillah 2 minggu tu semuanya ok, aku pun cepat sembuh, mungkin sebab aku bersalin normal dan baby takde kuning. Ya Allah sangat lah aku bersyukur. Untuk baby kedua ni aku dah simpan duit untuk upah orang jaga jugak.
Ada rezeki mungkin nak lanjutkan seminggu, nak jugak manjakan diri dah beranak nanti. Berkaitan nafkah sebagai isteri, ya setiap bulan suami aku akan bagi. Kadang – kadang banyak kadang – kadang sikit tapi aku memang tak akan tanya.
Entah la, bagi aku isu duit ni macam hal yang sangat sensitif. Suami aku selalu belikan keperluan aku. Bab nafkah ni insyaAllah memang dia sangat bagus. Cuma aku lah, yang memang segan silu nak meminta. Memang camtu dari kecik.
Selagi aku boleh usaha, aku usahakan sendiri, baru puas hati. Itula serba sedikit. Aku memang tak suka susahkan orang. Kalau aku takde duit masa tu, kalau aku nak apa – apa selalunya memang aku akan diam je. Aku memang tak akan minta pada suami sepertimana aku memang tak akan minta pada mama dan papa sejak dari kecik.
Duit simpanan aku memang aku tak akan benarkan ia berada di bawah nilai 30k. Untuk anak aku, setiap bulan aku simpankan dia sekurangnya rm30 dalam tabung haji dia. Begitulah juga nanti untuk anak kedua. Mak pak kita tolonglah jangan sesekali lupa.
Kalau income aku bulan tu tak banyak, aku tetap akan hulur walaupun RM50 kat mama papa. Ada lebih, aku bagi lebih. Nampak sikit tapi jangan pandang rendah ‘berkat’ yang ada pada nilai yang kau hulur tu. Aku mintak maaf kalau confession aku ni ada menggur1s hati dan perasaan sesiapa.
Yang aku nak highlight, tolonglah berusaha keras lebih – lebih lagi dengan ekonomi negara sebegini. Memang duit tu bukan segalanya tapi plan la kewangan korang elok – elok. Mak ayah jangan sesekali lupa, berdoalah sebanyak mungkin supaya dimurahkan rezeki.
Last but not least, never skip solat Dhuha, tahajud 2 rakaat malam – malam and surah Waqiah. 3 amalan ni memang boleh melapangkan apa yang sempit. Sekian dari aku. Doakan aku beranak kali ni mudah jugak okay! Salam Rejab Syaaban dan Ramadhan, jangan lupa ganti puasa, haha. – Mama Arjuna
Komen Warganet :
Fieda Amit : Betol tu sis.. akak pon sama. Belajar. Kerja. Bila dapat baby 1st berhenti terus jadi housewife fulltime. Anak dah 3 pon. Boleh tahan pemboros jugak la. Sekarang dah betol – betul insaf dan start menyimpan untuk backup atau apa – apa kemungkinan di masa depan. Dapat elaun bulanan peribadi suami bagi. Terus tolak separuh siap – siap untuk insurans dan saving. Harap terus istiqomah.
Noorsyazana Mohd Nor : Nice sharing sis. Aku pun sama macam ko duk umah jer tapi part time macam – macam, termasuklah jadi home tutor dari rumah ke rumah. Orang tengok aku pakai handbag kasut mahal sekali beli 3 – 4 ratus, diorang taktau aku akan pakai sampai lunyai 3 – 4 tahun baru aku beli baru.
Yang penting aku tak pernah mintak duit laki. Kalau dia bagi aku ambik je lah haha. Aku isteri yang tak pernah tanya bila gaji ke ape ke. Hatta kalau aku teringin nak beli baju cantik – cantik kat anak pun aku akan bekerja lebih keras, tak biasa beb nak mintak – mintak ni.
Bukan jenis aku. Memang mak ayah aku tak pernah ajar meminta – minta ni huhu. Tapi bila orang lain yang meminta – minta kat suami, kadang – kadang tu terasa lah jugak. Tapi perasaan “terasa” tu buat aku rasa nak kerja lebih keras, pada masa sama nak jaga dan tengok anak membesar. So certs degree bagai tu simpan tepi lah dulu.
Mizah Mjah : Jangan pandang rendah orang highly educated as surirumah ya. Kadang – kadang diorang boleh jana pendapatan lebih dari makan gaji sebab ada ilmu.. hihi.. Anak – anak suami dan rumah pun tak terabai duit bulan – bulan pun boleh bagi kat parents kat kampung. Surirumah jer.. hihi.. Sebab tu ilmu untuk dimanfaatkan bukan semata – mata untuk dapat kerja ya.
Nurul Hidayah Hidzir : Setuju sangat dengan confession ni. Saya pun sama jugak. Saya surirumah dan jual kek homemade je. Dan saya tak pernah minta duit dari suami saya untuk beli apa – apa barang yang saya nak. Saya nak, saya usahakan sendiri.
Memang ramai orang perlekeh kenapa saya taknak cari kerja. Tak kisahla orang nak cakap ape. Dorang tak tau pun poket dan bank saya macamana. Yang penting saya happy dengan life saya. Memang best bekerja dari rumah ni
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.