Baiklah aku ceritakan kenapa bila isteri aku kant0i curang, aku tak terus ceraikan dia, walhal mana – mana lelaki pun tak akan boleh terima kecurangan isteri. Dari tahun 2022 sehingga ke hari ni, ada lelaki durjana yang text isteri aku, tapi isteri aku bluetick sahaja..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai semua. Aku Fared (bukan nama sebenar) sekadar hanya ingin berkongsi dan membaca feedback kalian. Tak pernah terlintas akan diuji sebegini rupa, aku perIukan tempat untuk luahkan isi hati sebab ini aib dan maruah diri aku.
Aku telah berkahwin, mempunyai isteri yang agak cantik paras rupa dan dikurniakan 4 orang cahaya mata penguat kasih sayang. Kami berkahwin pada usia yang agak muda terutamanya isteri aku, awal 20an dia memilih menamatkan zaman bujangnya bersama aku.
Jarak usia kami 5 tahun tapi bagi aku itu perkara biasa dan aku juga normal, sentiasa memberikan yang terbaik nafkah zahir dan batin. Aku sentiasa cuba memberikan kemewahan dan kesenangan pada isteri. Sayang sangat – sangat.
Aku tak pernah ada kekasih dari zaman sekolah sehingga kahwin, isteri adalah satu – satunya kekasih hati. Kami telah berkahwin hampir 14 tahun dan isteri aku adalah pasangan yang sangat bertoleransi terutama bab kewangan.
Tiada istilah duit aku duit kau, kami kongsi segalanya dan tidak pernah ungkit mengungkit. Isteri aku juga pandai memasak walaupun setelah bekerja membataskannya. Susah senang kami lalui bersama. Isteri yang sempurna, yang sangat sayangkan suaminya dan anak – anak.
Aku selalu melihat rakan – rakan yang bermasalah kewangan kerana segala komitmen perlu ditanggung dan isteri tidak mahu membantu berkongsi membayar komitmen walaupun gaji hampir sama jumlahnya. Aku sangat beruntung, getus hati aku sentiasa.
Cuma setelah beranak dua, hubungan batin kami agak jarang. Kadang – kadang sebulan sekali, kadang – kadang dua bulan baru dapat. Aku faham mungkin dia penat bekerja. Perkara ini berlanjutan agak lama sehingga aku terp4ksa melampiaskan nafsu aku sendiri di bilik air.
Cuma aku perasan isteri aku sentiasa tak lekang dengan handphone di tangan. Waktu masak, makan, mandi semuanya dengan phone. Aku tak syak apa – apa, yalah zaman sekarang semua orang suka layan sosiaI media.
Dia juga mula membeli pakaian dalam yang agak s3ksi, lingerie, baju yang sangat s3ksi, minyak wanginya juga bau agak menggoda. Aku pernah bertanya, beli banyak – banyak ni kenapa dan pakai bila, alasannya waktu bersama dengan aku lah suami yang sah, walaupun adalah 4-5 kali sahaja dalam setahun.
Baru – baru ini aku nak upload sekeping gambar yang diambil menggunakan phone isteri, dia terlupa untuk send pada aku. Takdir Allah, dia tertidur dan lupa simpan phone, aku pun ambil dan teka passwordnya adalah tarikh lahir.
Tepat!! Aku menggigil, seakan – akan telah menggali harta karun di dalam phone isteri aku. Aku terk3jut bila melihat dan membaca whatsapp tak senonoh antara dia dengan rakan sekerja, kawan seaktiviti (fitness) Instagram dan gambar – gambar di dalam photo albumnya.
Dia sekolah – olah wanita liar, terbalik daripada perwatakannya. Skandal isteri aku bukan pada seorang lelaki sahaja, sebaliknya tiga – empat orang lelaki!! Sukar untuk aku percaya. Aku jumpa resit tempahan hotel (online receipt) sebanyak 5 kali, maknanya skandal sehingga ke ranjang.
Hampir 4 – 5 tahun juga aktiviti skandal isteri aku daripada timeline yang aku perhatikan dari tahun gambar – gambar diambil dan chat yang tak pernah dia delete. Patutlah ajakan aku untuk bersama sentiasa ditolak, rupa – rupanya dia makan luar!
Her dark side makes me shiver. Aku terus k3jutkan dia yang sedang tidur dan bertanya pada dia, apa salah aku pada dia sampai sanggup memijak maru4h aku. Isteri aku menangis meminta ampun. Aku t4mpar (pukuI sedikit untuk mengajar) namun tidak kuat.
Hanya untuk memberi kesed4ran s4kitnya dan h4ncurnya hati aku pada dia. Persoalannya, patutkah aku ceraikan dia? Aku sangat sayang pada isteri aku walaupun susah nak maafkan apa yang telah dia buat, menggatal dengan lelaki lain sehingga ke hotel.
Tak sanggup dan tak terfikir bagaimana anak – anak akan hidup tanpa keluarga yang lengkap bila ibu bapa berpisah. Rasa kasih pada anak – anak menenggelamkan amarah aku. Tapi maru4h, eg0 dan perkataan dayus bermain di kepala aku setiap hari.
Seorang suami yang isterinya turut dikongsi dengan lelaki lain, menghantui fikiran aku setiap hari. Setakat hari ini, aku tidak menceraikan isteri aku dan aku telan pahitnya, beri dia kemaafan walaupun redha itu tidak pernah hadir atas segala kesalahannya.
Aku cuba lalui hari – hari mendatangkan untuk lupakan kesalahan dia dan move on demi anak – anak. Satu pesan aku pada suami – suami di luar sana, walaupun isteri kita lengkap dari semua segi, sopan, tutup aurat dan sebagainya, simpanlah sedikit curiga. Checklah phonenya sebelum kecurangan sem4kin parah jika ada. – Fared (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Salam dan hai semua. Terima kasih atas feedback kalian. Aku baca semua. Baiklah aku ceritakan kenapa bila isteri aku kant0i curang, aku tak terus ceraikan dia, walhal mana – mana lelaki pun tak akan boleh terima kecurangan isteri.
Ada beberapa sebab. Mesti korang akan kecam tapi aku dah ready. Bab kewangan macam ada satu dua komen tu, bukanlah masalah bagi aku sebab aku ada side bisnes sendiri yang agak maju dan boleh menjana 5 angka bulanan.
Alhamdulillah rezeki. Ini pun mungkin ada asbabnya, aku ceritakan di bawah nanti. Yang aku ceritakan kongsi kewangan dari segi komitmen tu di awal usia perkahwinan. Sebab pertama adalah aku sendiri yang menyaksikan segala text messages di whatsapp, telegram dan photo – photo yang ada dalam phone isteri aku sepanjang tahun 2018 – 2021.
Dari tahun 2022 sehingga ke hari ni, ada lelaki durjana yang text isteri aku, tapi dia bluetick sahaja sampai setahun walaupun beratus message yang masuk. Whatsapp call juga tidak berangkat. Jadi bila aku confront masa hari kejadian, jawapan dia sama dengan bukti yang aku lihat.
Katanya dia telah bertaubat dan tahu d0sanya dengan suami dan Allah swt. Jadi atas sebab itu aku rasakan perlu aku bagi ruang dan peluang memperbaiki diri. Sebab kedua, sebab aku sendiri. Ini adalah sebab terbesar dan aku akan tadah segala hamun pembaca untuk part ini. Aku pasti dan dah ready untuk kecaman.
Aku bukanlah suami yang baik, bukan husband material dari segi dalaman. Luaran yes, orang akan nampak aku seorang family man yang sayangkan isteri dan anak – anak. Hakik4tnya, mungkin aku yang mencetuskan kecurangan isteri.
Aku juga ada skandal dengan isteri orang. Dua orang serentak pada masa yang sama! Aku skandal dengan isteri orang, isteri aku skandal dengan suami orang. 2 x 5. Asalnya hanya rakan sekerja yang selalu mengadu ceritanya pada aku tentang suami dia selalu marah dan abaikan dia, aku yang kononnya pendengar setia dan ambil berat.
Walhal pada masa tu aku hanya perhatikan bentuk tubuh dia saja, yang akhirnya dengan beberapa usikan dan ajakan, kami terlanjur. Janda anak 3 yang kesempitan kewangan juga aku bantu, dengan bermodalkan topeng baik dan prihatin aku, kami ke hotel juga beberapa kali.
Bukan itu saja, aku juga selalu ke kelab karaoke. Bukan kelab biasa, turut disediakan khidmat wanita yang akan sentiasa cuba melayan lebih untuk tips. Lelaki mana yang tolak godaan wanita s3ksi kan? Aku tiada di rumah selalu.
Hampir setiap hari, paling awal pukuI 3 pagi baru aku sampai di rumah. Bertahun aku hanyut dengan n0da dan maksi4t, aku abaikan isteri aku. Jadi korang boleh agak kenapa dia bertindak luar batasan. Yang aku tahu, bagi duit nafkah, selebihnya aku marah dia.
Sekecil – kecil hal pun aku akan marah. Waima dia ajak ke kedai makan yang tak pernah kami cuba makan, bila tak sedap aku marah dia seolah – olah dia yang masak tak sedap. Dia ajak jalan – jalan holiday, bila jalan jem aku marah dia. Marah sehingga m4ki hamun.
Marah sebab bila holiday, aku tak dapat ke kelab untuk dapat layanan dari wanita lain. Dia tak sempat basuhkan baju atau iron baju, pagi – pagi lagi aku dah mulakan dengan marah. Aku d3ra em0si dia. Aku tak nampak dia seorang isteri, tak pernah jaga dan ambil tahu em0si dia, cuma aku tak pernah pukuI dia. Aku bukanlah lelaki yang memukuI isteri.
Selalu dia menitikkan air mata sedih, tapi bagi aku itu lakonan meraih simpati saja. Pesan aku, penting ni, kepada para suami, jagalah em0si isteri. Kebanyakan luahan dalam ni semuanya berpunca dari em0si isteri yang did3ra suami.
Lelaki yang memang fitrahnya boleh kahwin 4, mana – mana lelaki pun akan cuba ambil kesempatan bila tengok perempuan down dan bersedih. Itu yang terjadi pada aku, melalui isteri aku, angkara durjana aku sendiri.
Akhirnya segalanya Tuhan bayar cash. Bagai ditakdirkan, aku, seperti isteri aku juga, telah menghentikan segala aktiviti tidak bermoral pada tahun 2021. Mungkin pandemik dan melihat kem4tian, aku mula fikir alam sana, alam segala amalan dan d0sa dihitung. Aku cuba jadi suami dan ayah yang terbaik.
Sebab – sebab ini lah bila aku dapat tangkap perbuatan isteri aku, aku tak terus melatah sebaliknya hanya d0sa – d0sa silam aku ‘flashback’ melalui memori aku. Semoga Allah mengampuni segala d0sa – d0sa kami. Kami juga akan bersama – sama menempuh kehidupan ini dengan penuh penyesalan dan taubat, menuju ke pengakhiran yang suci, suami dan isteri hingga ke syurga.
Mungkin inilah puncanya kami suami isteri m4kin dimurahkan rezeki melalui bisnes aku, bila dah tinggalkan maksi4t. Wahai para pembaca, lelaki dan perempuan, jagalah hubungan dalam rumahtangga, jaga adab pergaulan, semua yang berlaku baik dan buruk adalah hasil dari tindakan kita. Mungkin benar, suami pend0sa jodohnya adalah isteri pend0sa. Wallahualam bisawab. Sekian… – Fared (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Farisya Umairaa : Manisnya sebuah d3ndam. Salute isteri you, hati dia kering nak baIas balik. Dah la dapat baIas balik, dapat buat u jatuh terduduk, and dapat bersedapan juga. Bayangkan wife u bersedap – sedap dengan jantan lain. Beround – round. Pedih tak? Macam tu la dia rasa masa u bersedapan dengan GR0. U reap what u sow. Oklah sesuai bagai pinang dikapak – kapak both of you. Till jannah
Azlina Abd Wahab : Hek eleh. Habis apa tujuan ko hantar citer kt sini ? Dah korang sama je 2×5. Baru ko tau kan caner rasa dicurangi. Sebab tu aku rasa pelik ada lagi yang nak simpan isteri skandal camtu. Rupanya tak pelik lah sebab laki pun sama naik.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.