Aku cemburu bila lihat suami layan kanak – kanak, sebab kami masih belum ada anak

Sebelum kahwin, aku dan suami terIanjur hingga mengandung. Waktu tu, suami sangat gembira memandangkan dia sangat sukakan kanak – kanak. Tapi dalam diam aku gugurkan kandungan dan kami pun berkahwin. Selepas 6 tahun kami masih tidak dikurniakan zuriat…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Nama aku Rina. Ada satu kisah yang ingin aku kongsikan di ruangan ini. Semoga kisah sedih ku ini menjadi pengajaran kepada pembaca. Usiaku 37 tahun, sepatutnya diusia begini aku telah bahagia bersama suami dan anak – anak. Jika aku tidak melakukan kesilapan 16 tahun yang lalu aku yakin anakku kini telah pun membesar sebagai remaja yang bijak.

Diusia 21, aku hamil anak pertama aku tanpa bernikah. Lelaki itu merupakan teman lelaki ku. Kami tinggal serumah memandangkan kos penginapan di tempat aku bekerja agak mahal. Tapi sebenarnya itu hanyalah alasan kami untuk tinggal bersama. Kami terIanjur berkali – kali tanpa rasa berd0sa sehingga aku hamil. Apabila aku menyedari aku hamil, pelbagai ikhtiar aku lakukan untuk menggugurkannya tanpa pengetahuan teman lelaki ku itu kerana bimbang aku akan ditinggalkannya memandangkan aku terIampau menyayangi dia…

Pelbagai ubat turun dar4h aku makan yang kuperolehi daripada farmasi dan kedai jamu. Namun masih tidak berhasil. Akhirnya, apabila kandungan masuk ke 3 bulan aku terp4ksa berterus terang dengan teman lelaki ku. Aku tidak menyangka betapa gembiranya dia menerima khabar itu daripada aku tambahan pula dia memang sukakan kanak – kanak. Kami merancang untuk berkahwin sebelum perutku mula membesar.

Satu petang aku mendapat khabar sedih daripada sahabat baik aku. Dia melahirkan anak yang tidak cukup sifat serta organ dalaman yang telah r0sak dan akhirnya bayi itu meninggaI dunia. Ketika aku pergi menziarahi arw4h anaknya itu aku bertanyakan sebab kenapa jadi bergitu. Sahabat baik yang tidak pernah berahsia dengan aku itu berterus terang. Sewaktu dia tahu dia hamil anak keduanya ini, anak pertamanya masih kecil.

Bimbang tidak mampu menanggung kos sara hidup dibandar yang tinggi dia mengambil keputvsan untuk menggugurkannya dengan memakan pelbagai jamu, ubat turun dar4h dan makanan yang taj4m seperti nenas serta tapai. MaIangnya tidak berjaya. Akhirnya dia buat keputvsan untuk meneruskan kandungannya. Aku menjadi takut jika nasib yang sama berlaku ke atas anak dalam kandunganku ini kerana aku juga turut mengambil belbagai ubat – ubatan dan juga jamu.

Bimbang nasib yang sama berlaku, aku putvskan untuk menggugurkan kandunganku walaupun teman lelakiku tidak membenarkannya dan dia sanggup terima apa sahaja kekurangan bayi itu kelak. Aku berkeras dan berg4duh besar kami malam itu. Akhirnya dia setuju. Di sebuah kIinik swasta yang terpencil, janinku digugurkan. Walaupun doktor mengesahkan janinku tidak ada masalah dalaman, tetapi aku nekad kerana tr4uma melihat bentuk fizikaI arw4h bayi sahabatku.

Habis berpant4ng, kami bernikah. Majlis yang dibuat pada hari lahirku. Aku hidup bahagia. Enam tahun kami menjadi pasangan suami Isteri, tidak pernah sekali pun Allah SWT hadirkan zuriat ke dalam rahimku. Walaupun kami telah bertaubat. Siang malam kami solat berjemaah memohon keampunan Ilahi di atas d0sa – d0sa yang telah kami lakukan. Aku juga tidak pernah putvs harap meminta dikurniakan zuriat untuk suamiku.

Akhirnya rumah tangga kami goyang. Bukan kerana zuriat tetapi cemburu buta. Aku cemburukan suamiku berbaik – baik dengan baIu anak satu. Sedangkan baIu itu adalah isteri kepada sahabat baik suamiku yang baru sahaja meninggaI dunia. Mereka tinggal di sebeIah rumah kami. Setiap kali suami mendukung anak kecil itu, aku menjadi marah dan akan mengambil anak itu pulangkan kepada ibunya. Aku tahu walaupun suamiku tidak berniat jahat tapi bagi aku dia (ibu kepda anak itu) seolah – olah mengejek aku kerana tidak mempunyai anak. Padahal sebelum kem4tian suaminya aku tidak berperasaan seperti itu.

Bukan itu sahaja, aku juga tidak izinkan suami berbaik – baik atau membeli makanan dan mainan kepada anak – anak saud4ranya. Jika aku dapat tahu, pasti akan berlakunya perg4duhan besar antara kami dan jalan penyelesaiannya aku akan lari dari rumah menumpang tidur di mana – mana sahaja rumah temanku. Masuk ke enam tahun perkahwinan, aku mengambil keputvsan untuk bercerai kerana aku sudah tidak nampak kemanisan dalam rumah tangga kami.

Hari – hari berg4duh dengan pelbagai isu dan tiada kedamaian lagi. Suamiku memberi peluang untuk aku berfikir. Jujur aku nyatakan di sini. Sepanjang perkahwinan kami, tidak pernah sekali pun suami menyuarakan tentang zuriat. Apatah lagi untuk menyalahkan aku. Hanya aku yang sering menyalahkan tabiat merok0k, minum k3tum dan kerjayanya sebagai welder adalah punca kami tidak ada zuriat.

Suatu hari ketika kami sedang berjalan – jalan di sebuah ‘mall’, tiba-tiba suami aku berhenti kerana ingin membantu seorang wanita hamiI menolak ‘troli’ keluar daripada pintu ‘lift’. Mungkin dia simpati melihat perempuan itu dengan dua orang anak lagi nak jaga. Tetapi aku lain. Tiba – tiba aku jadi marah dan kami bertengk4r di dalam kereta. Aku marah kerana dia membantu perempuan tu dengan alasan suamiku ingin menggataI dan ghairah apabila memandang perempuan mengadung itu. Hari itu juga aku diceraikan…

15 January genaplah 10 tahun kami berpisah. Dua minggu lepas aku terserempak dengannya bersama isteri baru dan dua orang anak lelaki. Dia menegur aku dengan lembut sekali, isterinya juga menyaIami aku dengan baik. Allah… Kalaulah aku tidak buat pekara yang dihar4mkan oleh Allah SWT dahulu… Berz1na dan menggugurkan anakku itu sudah pasti aku dah bahagia sekarang. Inilah baIasan tuhan di atas d0sa besar yang pernah aku lakukan dahulu.

Mungkin taubat bekas suamiku sudah di terima kerana itu dia tenang dan temui kebahagiaan dalam hidupnya. Cuma aku, mungkin Allah SWT mahu menguji sejauh mana aku ingin kembali ke pangkal jalan. Ya Allah… Terimalah taubatku… Kini aku memilih untuk terus bersendirian. Hidup dengan membuat amal ibadah bagi membasuh segala kot0ran dan d0sa – d0sa yang lalu.

Ada masanya aku akan ke rumah anak – anak yatim menjadi pengasuh sukarela tanpa satu sen pun bayaran gaji kerana aku ihklas. Aku harap kepada yang mengenali aku dan tahu siapa aku melalui jalan cerita ini, tutuplah a1b aku. Aku berkongsi cerita sebagai satu iktibar supaya kalian tidak menjadi seperti aku… Menyesal dan menyesal sehingga kini…

Komen Warganet :

Mohd Azhan : Semoga istiqomah dalam kebaikan. InshaAllah semoga bertemu jod0h yang baik – baik dan dikurniakan rezeki.

Pau Moonni Sg Siput : Alhamdulilah awak dah tau kesilapan yang lalu dan janganlah ulanginya. Rapatkn diri dengan Allah taala mohon rahmat petunjuknya.. Hidup nie memang banyak ujian, bersabar tau.. Semua oranng pun nak bahagia dan sempurna yang penting kasih sayang Allah dan jangan lupa ibubapa dan keluarga, Jangan siksa diri akibat dari nostalgia lalu. Kesian awak, sedih baca apa yang awak lalui. Semoga awak tabah.

Samsiah Hasan : Tiada seorang manusia pun yang tidak membuat d0sa kecil atau besar. Perkara yang lepas jadikanlah panduan dan pengajaran. Bersyukurlah Allah masih menyayangi anda dengan memberi peluang untuk bertaubat dengan sebenar taubat nasuha. Semoga adik berjumpa dengan insan yang akan meIindungi, membimbing dan membahagiakan adik dunia akhir4t.

Roshaini Cek Ros : Kisah yang lalu jadikanlah sebagai iktibar, manusia mana yang tak melakukan kesalahan. Bertaubatlah dengan sesungguhnya, tuhan maha pengampun.. Semoga petunjuk dan hidayahnya sentiasa memberi kebahagiaan.