Mama tak ingat apa2, mama ambik pis4u t0reh-t0reh tangan nasib baik ada pembantu rumah nampak

Mak Andak mintak kami ke satu bilik dan sekujur tubuh Pak Andak sedang terIentang, kulit – kulit seluruh badan dia umpama terbakar, Allah kesiannya Pak Andak pada masa tu. Pak Andak tiba – tiba menangis dan mohon maaf dari abah….

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku mohon maaf andai coretan aku agak serabut sebab aku cuba untuk coretan kisah ini seringkas mungkin. Apa yang hendak aku coretkan di sini adalah mengenai sebuah kejadian yang pernah berlaku di dalam keluarga aku. Aku mulakan coretan kisah ini bermula dengan ayah aku yang aku panggil Abah.

Abah aku merupakan seorang bekas pensyarah di sebuah IPTA yang telah melepaskan jawatan pendidiknya kerana terlalu minat akan perniagaan dan satu bonus abah aku seorang yang pandai memasak, kesedapan masakan abah di warisinya dari arw4h nenek. Langkah awal, abah menyewa sebuah kedai di kawasan berhampiran tempat dia bekerja dahulu. Sebab utama abah memilih untuk memulakan perniagaan di situ kerana Abah kesiankan budak – budak belajar di kawasan tu kerana makanan di kampus agak mahal dan tak semua budak – budak tu anak orang kaya.

Awal – awal pembukaan kedai makan, abah dah siapkan satu menu khas untuk budak – budak belajar yang akan dapat pot0ngan harga / minum percuma / makan percuma berg4ntung pada keadaan seseorang budak belajar tu sebab kadang – kadang tengah bulan, budak – budak tu tak ada duit tapi malu nak cakap pada masa yang sama lapar , abah hanya minta diorang keluarkan kad belajar untuk buktikan memang diaorang pelajar.

Pada awalnya kedai abah hanya beroperasi pada waktu pagi hingga lepas makan tengah hari sahaja tapi m4kin lama kedai abah mendapat sambutan, tak kira budak belajar mahu pun orang luar, jadi abah telah lanjutkan waktu perniagaan hingga ke tengah malam. Dan ramai pekerja abah terdiri dari budak – budak belajar yang buat kerja sambilan. Abah dah anggap budak – budak tu macam anak – anak dia untuk kongsi rezeki. Rezeki Allah, abah membuka cawangan kedai makan yang kedua di satu kawasan yang juga berdekat tempat budak – budak sambung belajar. Kedai yang satu tu, abah amanahkan Pak Andak iaitu adik mama yang uruskan.

Okey, habis coretan pengenalan tentang abah, kali ni aku nk coretkan pasal mama. Hmm, bila bab mama ni tiba – tiba sedih sangat. Mama juga seorang pendidik seperti abah tapi mama adalah seorang guru bahasa inggeris di sebuah sekolah swasta berdekatan kawasan rumah kami. Mama orangnya sangat manis tetapi agak cengei dan kuat berIeter. Mama adalah penyokong abah paling kuat di mana bila abah ambil keputvsan untuk berhenti kerja dan mulakan pernigaan yang orang sekeIiling katakan abah orang yang tak bijak lepaskan jawatan yang tentu bergaji bulan – bulan tapi memilih gaji tak tetap. Mama akan sama – sama menolong abah di restoren jika dia tiada kerja. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Abah di murahkan lagi rezeki bila mana abah membuka pernigaan katering pula. Alhamdulillah, abah tak lupa tanggungjawab dan paling penting abah tak ubah hati dia cari perempuan lain..

Tiba – tiba satu hari mama tak sihat, mama pulang awal dari sekolah, jadi aku yang waktu itu sedang cuti semester teman mama ke kIinik dan mama dan kami fikir mama tak ada apa – apa, kemudian hari baik – baiklah nanti. Tapi sangkaan kami meIeset, mama jadi m4kin teruk, mama tak lalu makan dan sering munt4h – munt4h. Kami bawak mama ke hospitaI, mama di tahan di wad beberapa hari tapi keadaan mama masih teruk. Jadi Abah ambik keputvsan bawa mama berubat secara Islam.

Mama di bawa jumpa seorang ustaz di Ipoh. Dan ternyata syak waksangka abah benar, mama terkena buatan orang yang sebenarnya di tuju dekat abah tapi terkena mama yang lemah. Allah, waktu tu tiada apa yang dapat diucapkan kecuali berdoa supaya mama segera pulih dan sampainya hati si penghantar tu. Dua hari kami menumpang di rumah ustaz bagi membantu proses pemulihan mama. Allhamdulilah, mama nampak sem4kin baik dan ustaz ada beritahu yang hantar ni orang dekat – dekat ja tapi abah tak mahu tahu siapa, abah hanya mahu mama sihat baik macam dulu. Kami pulang ke KL selepas dua hari dan janji akan kembali dua minggu lagi untuk proses pemulihan seterusnya.

Setiap malam kami akan baca yassin lepas berjemaah, kadang – kadang kalau abah dan abang aku ke masjid, orang – orang masjid jugak akan bacakan yassin untuk mama. Tapi, ibIis sya1tan ni memang dah berjanji nak menyesatkan umat Nabi Mohammad kan, permainan dia kot0r sangat, saat – saat mama dah mula bergeIak tawa, si sana hantar lagi benda tu ganggu – ganggu mama sampai mama meracau – racau, sampai ada satu saat mama tak ingat apa – apa mama ambik pis4u t0reh – t0reh tangan, nasib baiklah pembantu rumah nampak mama cepat – cepat halang mama dari lakukan benda lagi teruk. Hari tu rumah memang kecoh sangat dengan mama yang tak henti – henti meracau. Ada satu ustaz yang duduk kawasan berhampiran abah panggil mintak tolong, ustaz datang dan ustaz ada baca – baca sikit lepastu bagi mama minum air, mama jadi tenang sikit.

Malam tu kami tidur sebilik dengan mama, takut mama tiba – tiba meracau lagi. Esoknya ustaz yang dari Ipoh tu sampai ke rumah kami. Ustaz bagitahu si sana dah tahu yang kita dekat sini dah tahu yang dia nak kenakan abah tapi mama yang kena jadi dia takut idenititi dia terdedah dia buat lagi dan kali ni dia hantar lagi, yang lebih kej4m. Mama munt4h – munt4h dar4h berhari – hari. Hari last sebelum mama tinggalkan kami buat selama – lamanya mama munt4h keluar kaca, rambut, jarum.

Allah, anak mana sanggup tengok mama dia tersiksa macam tu sekali, mama tu kecik je orang dia, tak tertanggung s4kit mama yang diaIami sorang – sorang. Mama memang lemah sangat malam tu, Mama tak mampu nak bercakap pon. Kami sama – sama berkumpul baca yassin tepi mama, masa tu keadaan mama memang, hmmm.. tak tergambar. Pagi tu, lepas subuh mama hembuskan nafasnya yang terakhir dan aku dah tak ada mama.. Allah, rindunya dekat mama. Mama dikebvmikan bersebeIahan kubvr arw4h nenek.

Selepas kehilangan mama, aku yang memang terIampau rapat dengan mama masa tu memang kehilangan sangat sampai aku berhari – hari tak ke kolej. Tapi satu hari tu, abang aku datang marah – marah aku, paling menusuk hati bila abang aku cakap, “engkau tak makan, sedih hari – hari ni, mama tak boleh hidup balik jugak, mama yang lagi sedih dekat sana tengok anak – anak dia macam ni. Engkau fikir sedih kau ja, tengok abah sana tu, lagi sedih tapi abah kuatkan diri demi anak – anak dia, engkau bila macam ni, tak kesian dekat abah ke?”

Allahu, aku terIampau sayangkan mama dan aku juga sayangkan abah, aku tak boleh macam ni, abah lebih kehilangan dari aku. Aku mula bangkit dari kesedihan, aku mula pergi kolej, bila lapang ja aku teman abah, ajak abah keluar mana – mana. Dan satu hari yang tak di sangka tiba – tiba Ateh anak Pak Andak telepon abah mintak tolong abah datang rumah. Aku yang jadi pengekor abah, ikut ja abah ke rumah Pak Andak. Sampai ja sana kami, Mak Andak datang peIuk – peIuk aku padahal sebelum ni tak rapat mana pon, pelik. Mak Andak mintak kami ke satu bilik dan sekujur tubuh Pak Andak sedang terIentang, kulit – kulit seluruh badan dia umpama terbakar, Allah kesiannya Pak Andak pada masa tu.

Pak Andak memanggil abah dengan nada yang lemah antara dengar dan tak dengar. Abah duduk di sebeIah Pak Andak dan saat tu Pak Andak tiba – tiba menangis dan tiba – tiba mohon maaf dari abah, aku jadi keliru, kenapa tiba – tiba nak mintak maaf. Pak Andak mohon maaf sebab Pak Andak yang bernafsu sya1tan rupanya yang hantar semua j1n sya1tan tu. Sebabnya Pak Ndak dengki dengan abah, abah buat apa semua menjadi, dia nak jadi macam abah jugak dan dia rancang nak kenakan abah biar abah terbaring ja dan kedai makan abah yang Pak Andak uruskan tu dia nak boIot tapi rancangan Pak Andak berubah sebab mama yang terkena, Pak Andak jadi tak keruan bila dapat tahu kami dah bawak mama berubat dan tak mahu kami tahu sapa yang hantar, tu yang hantar lagi cuma kali ni lebih teruk.

Aku saat terdengar pengakuan Pak Andak terjatuh terduduk, Mak Andak datang peIuk – peIuk aku sambil nangis – nangis. Aku tak dapat terima apa yang aku dengar masa tu, aku tarik tangan abah ajak abah balik, abah tak menolak ikut aku. Mak Andak tahan aku supaya maafkan suami dia tapi hati aku masa tu memang berapi – api. Balik aku yang drive, aku biar abah layan perasaan dia, aku tahu abah lagi terk3jut, Pak Andak yang dia anggap macam adik dia sendiri tergamak buat macam tu dekat kakak kandung dia sendiri. Sampai dekat rumah, semua pengakuan Pak Andak aku cerita dekat abang, abang aku boleh tahan giIa juga, dah berpar4ng nak pergi rumah Pak Ndak tapi abah sempat halang, “abah dah hilang mama dan abah tak mahu hilang anak”, ayat abah paling sentap masa tu. Keadaan memang kecoh sekejap tapi abang dah boleh bertenang disebabkan abah.

Seminggu juga kami ambil keputvsan untuk redha dengan apa yang jadi dengan mama, dalam seminggu tu anak Pak Andak tak henti – henti datang minta tolong maafkan ayah dia. Abah dan kami dua beradik, ke rumah Pak Andak dan dengan redha dan ikhlas kami maafkan Pak Andak. S4kit memang s4kit tapi mama selalu pesan, biar apa orang buat dekat kita jangan kita baIas balik dan sentiasa maafkan orang. Kami bukan tunjuk baik tapi kami marah macam mana pon, benda dah berlaku, Pak Andak pon dah dapat pembaIasan dia dan hanya doa agar roh mama dia sana sentiasa di tempat orang yang beriman. Tak lama lepas tu Pak Andak meninnggaI dunia. Pak Andak meninggaI lebih kurang sebulan lebih selepas mama.

Kini, dah beberapa tahun kami kehilangan mama, tapi sayangnya kami kepada mama tetap utuh. Abah masih dengan perniagaannya, aku sekarang hanya membantu abah dalam urus katering dan kami pon dah berpindah ke kawasan yang abah dan mama beli tanahnya semasa bergeIar pendidik dulu. Abang aku dah pon berkahwin dan ada seorang anak perempuan, kalau mama ada sekarang ni, mamalah paling gembira dapat bermain dengan cucu. Kisah yang aku coretkan sedikit sebanyak boleh di jadikan iktibar dan pengajaran. Mungkin kita rasa kita dah cukup baik tapi dalam diam rupanya ada yang s4kitkan hati melihat kita. Benda tu paling takut kalau dibiar boleh melarat hingga menjadi dend4m. Bermaafanlah sesama kita dan jangan dengki mendengki. Allah bayar cash. – h4mba Allah

Komen Warganet :

Zue Hamid : Allahuakbar, Pak Andak masih berpeluang memohon ampun dari confessor sekeluarga, dan alhamdulillah, confessor sekeluarga Diberi kekuatan untuk memaafkannya. Memang perit menanggung rasa marah bercampur hiba. Melainkan kita redho dengan apa yang berlaku dan tabah menghadapinya. Semoga ayah confessor sentiasa dalam perIindungan dan Rahmat Allah swt, begitu jga confessor dan ahli keluarga yang lain.

Bu Jem : Semoga syurga buat mama mu dik. Orang yang m4ti syahid confirmed syurga buatnya. Orang yang ‘bunvh’ mama kau akan terima az4b di dunia dan di akhir4t. PembaIasan dari Allah tu pasti, masa saja yang menentukannya.

Mohon Redhamu : Itulah kegemaran orang melayu yang konon – kononnya beragama Islam. Asal melayu je confirm islam tapi sih1r menyih1r perkara biasa di kalangan bangsa melayu yang mengakui beragama Islam.

Fiqah Yasin : Payah la orang nak dengki – dengki ni, kalau diri sendiri lemah baikilah diri tu. Nak main sih1r – sih1r org pesal pulak adoi, tahukan main sih1r kira dah menduakan Allah. Memang Allah Iaknatlah. Semoga ibumu ditempatkan dalam orang beriman, sayu baca kisah ni..

Risha Othman : Sedihnya.. sebab harta dunia ni adik beradik pon sanggup buat jahat sampai bawak ke m4ti. Orang melayu ni susah betul nak berjaya, tambah lagi dalam perniagaan, banyak sangat ilmu yang nak dituju – tuju.