Saya nak dapatkan anak saya, walaupun nama saya tak ada dalam surat beranak sebab anak tak sah taraf

Saya dan gf dah kenal lama dan kami berdekududukan hingga kami dapat anak lelaki walaupun kami belum berkahwin. Saya ajak gf saya kahwin tapi dia suruh tunggu dulu. Sampailah mak gf datang, dia ramp4s gf dan anak saya. Rumah yang dulu ada gelak ketawa tiba – tiba sunyi. Salahkah kalau saya giIa?

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong siarkan masalah saya. Agak panjang sedikit tapi saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Cerita dia macam ni, 12 tahun lepas saya ada seorang teman wanita, kami kenal dah lama. Ya, saya mengaku saya jahat, saya ajak dia bersekedudukan dengan saya, saya mewahkan dia, tak bagi dia kerja sebab saya mampu. Saya bersekedudukan dengan dia lama sampai melahirkan anak. Anak kami lelaki.

Kami bahagia sampailah satu saat mak gf saya dapat tahu, dia datang ambil gf saya and anak kami bawa balik rumah dia. Dia benci saya sangat sangat, dia pisahkan saya dengan teman wanita saya dan anak saya. Dari sebelum teman wanita saya mengandung lagi saya dah ajak kahwin tapi dia tak nak, katanya tak nak membelakangkan keluarga dia. Dulu hubungan saya baik dengan keluarga dia, tapi sejak mak dia tahu yang kami bersekedudukan sampai melahirkan anak, mak dia bawak lari dua orang yang amat saya sayangi ni. Pindah rumah duduk tempat lain yang saya tak tahu.

Dari tahun ke tahun saya tak boleh lupa, saya tak kahwin sebab saya terlalu sayangkan gf saya. Dia nyawa saya. Saya tak jumpa dah perempuan manja cantik tak mekap tebal suka buat lawak macam dia. Hati saya tak terbukak langsung untuk orang lain. Tiap kali balik rumah lepas kerja saya nampak bayang gf saya kat mana – mana. Semua benda dalam rumah tu ingatkan saya pada dia.

Tahun ni saya dapat tahu dari seorang teman yang gf saya dah berkahwin dengan lelaki lain. Dah ada anak pun dengan lelaki tu dan lelaki tu boleh terima anak saya macam anak dia. Dia sayangkan anak saya walaupun dia dah ada anak sendiri. Hati saya s4kit, hati saya pedih bila dapat tahu semua ni. Saya selalu intai gf saya kat ofis dia. Walaupun dia dah berisi sikit tapi masih cantik masih comel.

Saya dapat tahu fb suami gf saya. Fb gf saya pun saya dah tahu. Jadi saya sentiasa kacau mereka berdua. Saya selalu kacau suami gf saya. Saya cerita semua kisah gf saya dengan saya. Hal atas katil semua saya cerita tapi suami gf saya ni langsung tak naik angin sepatutnya lepas saya cerita semua dia mestilah marah isteri dia, ini tak. Dia asyik kata dia dah tahu semua dan terima isteri dia seadanya. Saya mesej dia cerita semua sampai perkara yang tak senon0h tapi dia sentiasa suruh saya get back to Allah and move on.

Kau cakap senangla suruh aku move on. Kau ramp4s gf aku, anak aku lepas tu suruh aku move on. Bila saya mesej fb gf saya, dia tak pernah reply. Dia block. Benci sangat kat saya kononnya. Dia lupa ke dia dulu macam mana dengan saya. Saya mintak elok – elok kat suami gf saya supaya lepaskan isteri dia. Saya sayang gf saya. Tapi dia ketawakan saya kata saya tak ada agama. Dia yang peramp4s sekarang nak ceramah saya tak ada agama. Saya nak tanya pendapat semua. Apa lagi cara saya boleh buat untuk dapatkan kembali gf saya? Dapatkan anak saya? Memang nama saya tak ada dalam surat beranak anak saya sebab dia anak tak sah taraf. Tapi saya masih bapa kandung dia.

Anak saya comel sangat. Sebiji muka gf saya. Anak kedua gf saya dengan suami dia ni perempuan, pun comel sangat. Saya sanggup terima anak dia yang perempuan tu juga asalkan dia bercerai. Saya memang nakkan dia. Saya tak nak orang lain. Saya ada kerjaya saya berduit, saya ada rumah ada kereta mewah. Saya tak akan benarkan gf saya kerja. Sekarang gf saya bekerja mungkin sebab suami dia suruh. Sayang ke kat isteri kalau suruh kerja? Saya dah suruh suami dia ceraikan tapi dia berdegil tak nak dan block saya juga. Saya memang boleh terima gf saya walaupun dah ada anak lain. Lagipun budak perempuan tu comel. Saya memang suka budak-budak.

Saya nak tanya pendapat. Apa perlu saya buat untuk dapatkan perempuan yang paling saya sayang dalam dunia? Tolong saya..

Sambungan… Salam admin, terima kasih sebab siarkan kisah saya tentang ex gf saya and anak saya dibawa lari oleh mak gf saya. Saya bukan mereka reka cerita dan saya bukan kaki movie macam semua yang mereka cakap. Ya saya masih giIakan gf saya. Cakapla saya giIa taIak ke mentaI ke tapi saya tahu keadaan diri saya. Saya nakkan hak saya je yang mereka nafikan. Itu sahaja.

Pedih hati ni bila terbayang gf saya bahagia siap dah ada anak lain sedangkan saya ni hidup tak keruan teringatkan dia teringatkan anak kami. Semua salahkan saya, suruh saya move on tapi pernah tak sesiapa yang salahkan gf saya yang berjanji pada saya yang dia akan kembali. Yang berjanji pada saya yang dia takkan ada sesiapa.

Yang kata gf saya mesti cantik, saya hod0h dan dia hanya nakkan duit saya ketika bersama saya, saya doakan orang tu dipertemukan dengan pasangan yang sebegitu. Saya yakin 100% yang ketika bersama saya, gf saya memang sayangkan saya. Dia menangis semahu mahu ketika keluarga dia datang ambil dia ambil anak saya dari kami. Kami sayang keluarga kecil kami walaupun semua tu tak sah dalam Islam.

Saya masih Islam dan saya saya masih waras. Tapi saya tak boleh lupakan gf saya and anak kami. Cuba la saud3ra semua bayangkan tiba – tiba anak dan isteri diramp4s macam tu saja. Tanpa jejak hilangnya. Rumah yang dulu ada gelak ketawa tiba – tiba sunyi. Salahkah kalau saya giIa?

Ya, saya tahu saya jahat sebab bukak a1b dia pada suami dia, tapi saya tak ada pilihan. Cara tu saja boleh buat suami dia membenci tapi tidak.

Terima kasih pada semua yang mendoakan supaya saya berubah, dapatkan rawatan, pergi umrah, cari yang lain dan sebagainya. Saya akan usahakan yang pertama dulu untuk pindah rumah seperti saranan seseorang. Saya akan kembali pada Allah. Saya akan bawak mak saya pergi umrah sebab mak saya je yang saya ada. Tapi satu yang saya tak mampu lakukan iaitu cari pengganti and move on.

Biarlah saya hidup bujang hidup dalam kenangan. Sebab dia kenangan paling bahagia dalam hidup saya. Saya mula – mula memang nak bunvh diri sebab saya minta pendapat banyak yang suruh saya bunvh diri. Saya hampir. Tapi ada komen dari seseorang yang bagi saya semangat untuk hidup balik. Terima kasih. Saya sedaya upaya saya akan jauhkan diri dari gf saya dan keluarga dia. Semua tentang dia saya akan cuba lupa.

Buat Ika, jaga anak kita baik – baik sayang. Saya sayang awak dunia akhir4t yang. Sump4h saya say4ng awak. Tolong maaafkan semua salah silap saya pada awak yang. Saya tak mungkin dapat cari pengganti awak. Walaupun berat untuk saya lafazkan, saya redha saya lepaskan awak dari hati saya dan semoga awak bahagia dunia akhir4t. Jangan buat pada suami awak macam mana awak buat pada saya. Nanti dia pula yang macam tak ada agama giIakan awak.

Saya tak mendoakan yang, tapi sekiranya apa apa terjadi antara awak dan suami, saya masih menunggu awak. Jaga diri jaga anak kita yang. Awak memang pandai buat orang sayang awak dan saya tak mampu nak benci awak. Sekali lagi, jaga anak kita sayang.

Komen Warganet :

Dhiya Habib : Kepada tt saya tak nak ulas panjang sebab hati awak orang lain tak akan faham. Cuma satu je nasihat saya. Cuba minta maaf dan memaafkan. Cuba pindah rumah dan tunaikan umrah macam yang ramai sarankan. Mintak dipertemukan jod0h yang lain yang lebih baik.. Saya pernah sayangkan seseorang sampai tahap tak boleh cerita rasa sayang tu. Tapi atas beberapa faktor seperti keluarga dan terhutang budi saya kahwin dengan orang lain.

Sepanjang awal perkahwinan tak bahagia sebab selalu ingatkan bekas kekasih, kebaikan dia, layanan dia, susah nak cerita. Samapi tahap rasa nk bercerai tapi Allah temukan saya dengan fb dia, kami berhubung. Saya mengambil jalan meminta maaf atas kesilapan saya tinggalkn dia dan memaafkan apa salah dia pada saya. Selepas dari tu saya merasakan saya tenang, saya sem4kin melupakan dia.. Saya rasakan jod0h saya sekarang adalah yang terbaik..

Kadang sukar melupakan ni kerana ada sesuatu yang buat kita rasa bersalah. Yang kita ingat tu sebenarnya kerana rasa bersalah bukann sayang. Itu maksud saya, cuba minta maaf dan memaafkan.. Minta ditemukan dengan pasangan yang lebih baik, lebih sepadan dengan diri kita.. Anggap aturan Allah tu lebih baik dari segala aturan.

Jie Faqihahinas : Baguslah kalau dah pikir nak maju ke depan, memang tak dinafikan susah nak melupakan org yang kita syg tapi dia dah ada kehidupan dia jadi awak pun kena melangkah ke depan. Sebab walaupun anak kamu berdua tapi kamu tak layak untuk menuntut anak itu. Tapi kalau pihak perempuan bersedia untuk bagi jumpa dan gilir – gilir jaga, kamu kena bersyukur. Semoga terus maju jaya..

Ina Najwa : Bertabah la bro, silapnya awak sebagai lelaki tak memperisterikan dia dari awal secara sah. Bila ada ik4tan mungkin ini semua tak akan terjadi. Anak awak pon tak sah taraf, awak pilih jalan macam bukan orang Islam, macam orang yang tak ada matlamat hidup sampai bila nak hidup dalam d0sa, sampai bila? Sepatutnya awak yang kena bimbing dia ke jalan yang betul, kata sayang kan. Jadi selagi dia bergeIumang m4ksiat dengan awak, selagi tu mak ayah dia kena tanggung segala d0sa yang dia lakukan sebab belum berkahwin. Kira mak pak dia datang ambik dia balik tu dah bagus untuk selamatkan dia dari terus bermaksi4t. Semoga ada jalan terbaik untuk awak.

Ummu Ezz : Akak nak nasihat satu ni je untuk awak, HATI manusia Allah yang pegang. Kalau hari ni awak cakap awak tak boleh lupakan gf awak tapi kalau satu hari nanti Allah bolak balikkan hati awak jatuh cinta, kali kedua pada yang lain. Masa tu awak akan fikir bahawa MASA itu berputar dan akan meninggaIkan waktu yang dah berlalu sebagai kenangan dan menuju ke masa depan sebagai HARAPAN. Kuat dan sabar demi ALLAH dik bukan sebab manusia

Dahlia Yusof : Allahu, sedihnya cerita awak ni. Kenapa awak tak segerakan pernikahan dulu tapi takpela setiap sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya. Kembali kepada qada dan qadar, bukakan hati awak untuk menerima orang baru walaupun sangat sulit dan meny4kitkan. Ingat Allah, ingat syurga ner4ka. Dunia ini hanya pinjaman semata, akhir4t jua yg kekal abadi. I can feel u.