Saya tengah sarat mengandung teringin makan burger tapi suami asyik sibuk main game

Konon nak tunggu suami habis main game satu round. Bila dah habis dia sambung main game lagi. Dah lama sangat saya mengidam burger daging. Saya sendiri pergi bila burger tengah malam sorang – sorang dengan perut memboyot macam tak ada suami…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin tolong hidekan profile saya. Saya nak minta pandangan abang – abang dan kakak – kakak yang dah lama dalam alam rumahtangga ni. Saya baru sahaja berkahwin tak sampai pun setahun lagi dan sekarang saya sedang sarat mengandung 7 bulan. Saya ada terasa hati dengan suami saya sebab baru – baru ni saya mengidam sangat nak makan burger daging sebab dah lama nak beli tapi tak sempat jadi saya bagitau la suami yang ada kedai burger dekat dengan rumah baru buka, tapi dia diam je tak menyahut sebab sibuk dengan hobi dia main game.

Saya tunggu dia sampai habis 1 game, tapi dia boleh sambung lagi game lain sudahnya saya start kereta dan pergi beli sendiri. Sambil tunggu burger tu air mata bergenang sebab saya sorang – sorang dengan perut boyot beli burger tepi jalan malam – malam macam tak ada suami.

Yang terbaru ni nak balik raya haji, mak saya ada wasap minta balik awal sikit sebab nak ambik lemang yang dia dah order sebelum sampai ke kampung saya tu, saya pun ok je la dan bagitahu suami, dia pun ok.

Saya balik awal pukuI 5 petang, tapi sampai pukuI 8 pun masih kami tak balik – balik kampung lagi sebab kena tunggu dia main game. Last – last saya start kereta sendiri balik kampung sorang – sorang. Saya kesian mak saya tunggu sorang – sorang kat kampung tapi bila tunggu suami dia macam tak wujud je hmm. Rumah kami rumah bujang je, tak ade tv apa semua, jadinya memang sunyi je rumah kami tu. Ada suami pun kami tak bercakap sangat sebab dia fokus main game.

Saya s4kit kepala ke apa ke memang saya akan tidur dulu, dia tidur pukuI 3-4 pagi macam tu. Kemudian esoknya siap – siap untuk pergi keja. Jadi memang tak ada masa nak berbual berdua. Normal ke hidup macam ni kakak abang semua? Saya tak tau nak buat apa, ada suami macam tak wujud je. Saya nak apa – apa saya beli sendiri, pergi kIinik sendiri, teringin makan apa – apa saya cari sendiri. Kadang – kadang sedih tengok orang lain suami manjakan nak itu ini pun layan je lagi – lagi tengah mengandung. Ke atau saya je yang terlebih sensitif dan em0tional sendiri?

Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca terutama kaum ibu yang pernah melalui pengalaman ketika mengandung. Normal bagi seorang wanita yang sedang mengandung apabila em0sinya mudah tersentuh, ketika itulah mereka ingin dibeIai dan dijaga rapi oleh insan tersayang. Tetapi kadang – kadang tak semua isteri bertuah mendapat suami yang memahami.

Komen Warganet :

Diyana Nordin : Kesiannya, nasib orang tak semuanya sama. Ada yang dapat nasib maIang, ada yang dapat nasib baik. Berfikir la dulu sebelum ambil keputvsan untuk berkahwin. Kadang – kadang tuhan dah bagi hint jenis lelaki apa yang bakal kita kahwin. Kalau sebelum kahwin sejenis dah nampak tak hiraukan sangat, buat tak tahu. Kita sendiri kena la fikir banyak kali nak kahwin dengan dia ke tak.. Jika kita tetap nak kahwin dengan dia, terima jela perangai dia sebab kita sendiri yang ambil keputvsan kahwin dengan dia walau tuhan dah bagi hint sebelum kahwin dia memang sejenis lelaki yang tak ambil tahu.

Siti Suraya : Sebenarnya kan hidup ni m4kin kita di makan usia m4kin hebat tau ujian Allah. Kalau kita ikutkan perasaan semua benda nak touching susah.. Kalau kita set minda semua yang positif In Shaa Allah semuanya akan elok je sebab kita yang boleh menilai bahagia tu kat mana. Rajuk dengan suami boleh tapi dalam waktu yang sama kita muhasabah diri kembali pada Allah. Semoga semuanya dipermudahkan

Puspa Rajah : Bila orang dah tak sayang kita, kita kena lebih kuat sayangkan diri. Selagi mampu pergi seorang, pergi jer. Tak lama lagi ada baby, lagi str3ss sebab tak boleh buat apa – apa pun. Lagi – lagi masa PKP ni nak bawa baby keluar rumah memang kena fikir banyak kali. Masak apa yang kita rasa nak makan, beli jer apa yang kita suka. Biar dia fikir sendiri kalau ada hati bersahutkan otak!

Nor Hasnizah Zainal Abidin : Sabar banyak – banyak ye dik, str3ss tak elok untuk baby. Lepas ni sila sayangkan diri sendiri dulu laaa. Rasa – rasa dia takkan layan tu, ko buat sendiri je dik. Jangan dilayan perasaan ralat dan sedih tu. Kereta tu kereta siapa? Kalau kereta sendiri, sila enjoy. Jangan sedih – sedih, nanti dah lahir baby, masa check up sebulan tu mintak pil perancang, lepas tu boleh cari tanya bab pengasuh. Ko kerja ya dik, bila dah kerja tak str3ss macam ni dah.

Duit gaji jangan bagi dia plak. Kalau boleh buat second acc yang dia tak boleh leh nak trace. Semoga bahagia dik, bahagia tu kita yang cari, kita yang cipta. Kak lupa nak cakap la dik, doa ibu mengandung ni kuat dik. Sebelum tidur tu ko sembahyang hajat, mintak Allah permudahkan perjalanan ko ngandung ni, permudahkan nanti nak beranak.. Semoga murah rezeki keluarga, suruh bagi hidayah dan lembut hati suami ko dik. Insya’allah. Semoga ada hasilnya dik.

Nur Akma Fauzi : Time mengandung memang sensitif, pernah nak makan nasi kukus, pergi kedai pertama tutup, kedai kedua habis. Masa suami bawa kereta, kita dah pandang kiri sebab air mata dah mengalir. Lepas je dari tu cakap je nak makan apa insyaallah dia akan usahakan sampai boleh. Dulu suami pon kaki game jugak tapi nasib dia la dapat bini jenis keras kepala kan.. Nak suruh kita ikut kepala dia memang tak la. Jadi wanita kena kentaI, bukan suh kurang ajar tapi biar tahu hak kita. Kalau jenis tak paham bahasa sangat ambik HP tu baling dinding bagi pecah. Kalau time tu kita kena pukuI angkat kaki buat report mintak cerai sebab dah sah – sah laki tak guna macam tu. Anak pon baru nak masuk sorang, kena kuat, kena kentaI. Bab kurang ajar tu belakang kira, jangan sebab nak sangat kejar syurga telapak kaki suami kite pulak dikaki – kakikan. Kita ade pilihan, pilihan kat tangan sendiri..

Nur Umairah : Allahu, kesiannye tt. Bila dah semua buat sendiri, dah macam tak ade suami. Layak ke dipanggil suami orang macam ni, langsung tak kesian dan hormat pada isteri yang sedang mengandungkn zuriatnya. Pergi pejabat Agama dan mintak nasihat dan kaunseling.. Semoga di beri ketabahan buat tt. Jaga diri dan baby baik – baik. Jangan banyak berpikir tentang suami. Tapi pikir indahnya akan ada anak anugerah dari Allah, pikir positive. Tak apa semua buat sendiri. Persediaan seandainya tt dah betul – betul tak boleh tahan dengan suami yang utamakan game ni..