Aku ceraikan isteri sebab jatuh cinta dengan perempuan lain. Bila dapat surat tuntutan mahkamah, aku mula berhutang. Bisnes jatuh, kekasih lari

Waktu aku jatuh, perempuan tu akhirnya tinggalkan aku untuk lelaki lain. Perempuan yang aku kejar – kejar dulu, yang aku habiskan duit untuk dia, tinggalkan aku. Satu hari, aku kemaIangan, patah tangan dan kaki. Bekas isteri orang pertama sampai..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku harap apa yang aku nak ceritakan ni dapat menjadi pengajaran kepada lelaki di luar sana. Aku bukan nak membuka aib sesiapa, tapi aku nak berkongsi kisah hidup aku supaya lelaki lain tak ulang kesilapan yang sama macam aku.

Aku pernah berkahwin, tapi rumah tangga aku hanya mampu bertahan selama lima tahun. Hasil daripada perkahwinan tu, aku dikurniakan dua orang anak. Kalau nak dikatakan siapa yang salah dalam perpisahan kami, aku mengaku, berpunca daripada kesalahan aku sendiri. Ya, kesalahan aku.

Sambil aku menaip cerita ni, hati aku masih terasa s4kit. Aku tulis dalam keadaan yang sangat tertekan dan terlalu sedih bila mengenangkan kembali apa yang aku dah buat pada orang yang pernah berju4ng bersama aku. Dulu masa aku bercinta dengan bekas isteri aku, hidup aku bukanlah senang.

Aku cuma bekerja sebagai despatch dengan gaji RM1,100 sebulan. Aku hanya ada motosikal LC untuk pergi mana – mana. Nak makan sedap pun fikir banyak kali, nak beli barang pun kena tengok duit dalam poket dulu. Selepas kami berkahwin, aku buat keputusan untuk tak bagi bekas isteri aku bekerja.

Aku fikir aku mampu tanggung keluarga, tapi hakikatnya perbelanjaan rumah kami tak cukup. Setiap hujung bulan, aku terp4ksa pinjam sana sini untuk cukupkan keperluan. Sampai satu hari, bekas isteri aku cakap dia nak berniaga. Masa tu aku sebagai suami rasa malu.

Aku fikir kenapa dia perlu berniaga, sedangkan aku masih ada tanggungjawab sebagai suami. Tapi dia jawab pada aku, “Ini rezeki. Buat apa nak malu berniaga? Yang penting kita usaha untuk keluarga.” Akhirnya aku izinkan dia berniaga.

Dari hari ke hari, pelanggan dia semakin ramai. Dia mula dapat untung sekitar RM150 hingga RM200 sehari. Duit hasil berniaga tu lah yang banyak membantu aku waktu kami susah. Dia tak pernah berkira dengan aku. Dia gunakan tenaga dia, masa dia, malah sanggup penat setiap hari demi bantu keluarga kami.

Berkat kesabaran dia, aku akhirnya dapat kerja yang lebih baik dengan gaji bersih RM3,000 sebulan. Tapi walaupun aku dah mula senang, dia masih dengan cara dia. Dia terus buat kuih sebab dia dah biasa berniaga. Waktu mengandung pun dia masih buat kuih. Sampai bersalin pun, dia masih fikir macam mana nak bantu keluarga.

Masa tu aku patutnya hargai dia. Aku patutnya peIuk dia dan ucap terima kasih sebab dia sanggup susah bersama aku dari bawah. Tapi aku buat perkara yang paling b0doh dalam hidup aku. Bila aku dah ada duit, aku mula lupa diri. Aku kenal perempuan lain.

Aku lupa pada wanita yang ada dengan aku masa aku tak ada apa – apa. Aku lupa siapa yang berdiri di belakang aku ketika aku jatuh. Aku terlalu giIakan perempuan tu. Duit aku banyak habis untuk dia. Apa saja yang dia nak, aku cuba tunaikan.

Aku terlalu taksub sampai aku tak nampak peng0rbanan isteri aku sendiri. Aku terlalu leka dengan dunia yang sementara. Sampai satu hari, aku cakap nak cerai dengan bekas isteri aku. Waktu tu dia menangis, dia merayu, malah dia sanggup meminta maaf atas perkara yang bukan salah dia semata – mata kerana dia takut kehilangan keluarga kami.

Dia minta aku jangan tinggalkan dia dan anak – anak. Tapi aku tak peduli. Ya Allah, bila aku ingat balik, aku rasa betapa k3jamnya aku waktu tu. Aku tak peduli anak – anak aku menangis melihat mama mereka terluka. Aku herdik dia, aku h1na dia, aku buat dia rasa dia tak cukup baik sebagai seorang isteri.

Sampai satu tahap, mungkin kerana terlalu penat dengan semua yang berlaku, dia memilih untuk membawa diri bersama anak – anak. Dia pergi ke pejabat agama dan membuat tuntutan fasakh serta segala tuntutan nafkah yang sepatutnya menjadi hak dia dan anak – anak.

Waktu tu aku masih rasa seronok. Aku rasa aku dah bebas. Aku fikir hidup aku akan jadi lebih bahagia tanpa beban rumah tangga. Tapi aku silap. Selepas surat perintah tuntutan keluar, baru aku sedar tanggungjawab aku semakin berat.

Bulan pertama sahaja aku mampu beri nafkah anak. Bulan seterusnya aku mula gagal kerana hutang aku dah keliling pinggang. Surat mahkamah pertama dan kedua mula sampai. Sampai satu masa, surat mahkamah sampai ke pejabat aku.

Prestasi kerja aku semakin teruk sebab fikiran aku bercelaru. Akhirnya, aku hilang kerja. Aku jadi penganggur. Waktu aku jatuh, perempuan yang aku sangka akan ada bersama aku waktu susah senang akhirnya tinggalkan aku untuk lelaki lain.

Perempuan yang aku kejar – kejar dulu, yang aku habiskan duit untuk dia, akhirnya bukanlah orang yang tinggal bersama aku ketika aku kehilangan semuanya. Masa aku pulang ke kampung, berlaku satu kejadian yang aku takkan pernah lupa.

Aku kemalangan di Gerik selepas terIanggar lembu. Tangan kiri dan kaki kanan aku patah. Orang pertama yang sampai ke hospital ialah bekas isteri aku. Waktu tu aku tengok dia dah berubah. Dia nampak lebih cantik, lebih kemas dan lebih tenang.

Aku sedar sesuatu. Dulu mungkin dia nampak tidak terurus bukan sebab dia tak mahu cantik, tapi sebab dia terlalu banyak berk0rban untuk aku dan anak – anak. Duit yang dia ada bukan untuk beli barang diri sendiri, tapi untuk keluarga.

Dia tak perlu lagi habiskan duit untuk lelaki macam aku. Keluarga aku, adik beradik aku, kawan – kawan aku, malah ibu bapa aku pun belum sampai waktu tu. Tapi dia yang datang. Dia yang uruskan pendaftaran hospital, dia yang bantu tukarkan pakaian aku, dia yang sediakan makan minum aku.

Dia ulang alik menjaga aku di hospital sampai aku dibenarkan keluar. Aku sangat tersentuh. Aku baru sedar, wanita yang aku buang dulu adalah wanita yang masih membantu aku ketika aku berada di titik paling rendah. Tapi bila aku dah balik dari hospital dan tinggal di rumah mak ayah aku, dia langsung tak datang lagi.

Aku cuba hubungi dia. Tapi telefon aku dijawab oleh seorang lelaki lain. Rupanya dia dah ada seseorang dan bakal berkahwin. Waktu tu aku rasa dunia aku runtuh. Sampai sekarang aku masih susah nak terima kenyataan yang aku dah hilang kerja, hilang keluarga dan hilang orang yang paling ikhlas sayangkan aku.

Hidup aku sekarang rasa seperti m4yat hidup. Aku duduk atas kerusi roda dan banyak masa aku hanya termenung mengenangkan kesilapan aku sendiri. Yang paling s4kit, bila anak – anak datang jumpa aku di hospital, mereka dah tak panggil aku ayah macam dulu.

Dari mulut anak – anak sendiri, aku tak lagi dengar panggiIan yang aku rindukan. Kalau aku boleh putar masa, aku nak betulkan semuanya. Aku menyesal. Tapi penyesalan datang selepas semuanya hilang. Untuk lelaki di luar sana, hargailah wanita yang sanggup susah senang bersama kalian.

Jangan hanya pandang kekurangan dia ketika hidup sempit. Jangan tunggu sampai dia pergi baru nak nampak nilai seorang isteri. Kadang – kadang Allah tarik nikmat kita sedikit demi sedikit apabila kita meny4kiti hati orang yang ikhlas dengan kita.

Mungkin waktu kita buat salah, kita rasa tiada apa yang akan berlaku. Tapi satu hari nanti, kita akan sedar setiap perbuatan ada baIasannya. Aku belajar dengan cara yang paling meny4kitkan. Semoga kisah aku menjadi pengajaran untuk semua.

Ulasan Pembaca :

Zarra Nick : Aku pernah susah dengan bekas suami aku. Dari dia hanya ada kereta Wira sampai Waja, dari kami duduk bilik sewa, rumah kampung kecil, sampailah rumah sewa di luar bandar. Dari gaji dia cukup – cukup makan, kadang – kadang tak cukup, aku masih cuba bertahan dan cari jalan untuk bantu dia walaupun dia hanya nampak aku sebagai orang yang menyusahkan dia.

Bila gaji dia dah semakin baik, dia mula ada simpanan dan aset seperti sebidang tanah. Tapi selepas aku bersalin anak ketiga, waktu dia sedang bergembira dengan kehidupan baru, dia mula ada wanita lain. Wanita tu pernah dia cakap, kalau berkahwin pun dia tak akan susah kerana wanita tu mempunyai aset sendiri, cantik dan bergaya.

Sedangkan aku di rumah, aku rasa diri aku h0doh, h1na, busuk dan tidak terurus. Tapi siapa kata aku tak nak cantik? Aku nak. Aku pun seorang wanita. Aku pun teringin beli baju baru, barang solekan, beg dan kasut yang cantik. Tapi aku batalkan niat aku sebab aku lebih fikirkan keperluan anak – anak dan keluarga.

Suri rumah memang selalu orang tak nampak peng0rbanannya. Kami tak ada aset sendiri, tak ada simpanan besar dan kadang – kadang tak ada apa – apa untuk diri sendiri. Sekarang kami dah berpisah. Aku mula semula kehidupan aku dari kosong.

Aku cari balik benda yang aku hilang. Aku rasa macam tin kosong yang orang t3ndang ke tepi. Tapi aku percaya pada rezeki Allah. InsyaAllah, rezeki aku dan anak – anak ada. Sekarang aku sedang berusaha kumpul duit. Aku buat dua kerja untuk ubah kehidupan aku dan anak – anak. Untuk dia, semoga berbahagia. InsyaAllah, setiap perbuatan pasti ada balasannya. Doakan aku.

Fiza Hafiza : Sebab tu aku pelik kalau ada orang cakap bila dah jadi janda, kenapa baru nak cantik. Tapi mereka tak fikir masa seorang isteri menjadi isteri kepada seseorang, dia sanggup tak beli barang peribadi atau meminta duit daripada suami sebab dia fikir ada benda yang lebih penting daripada diri sendiri.

Suami selalu kritik kenapa isteri tak cantik, tapi bila dah bercerai baru nampak isteri berubah. Sebab tu jangan hanya cari salah silap isteri sahaja. Muhasabah diri juga wahai suami yang tak pernah nampak peng0rbanan seorang isteri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :