Aku ibu tunggal anak satu. Lepas kahwin aku perasan suami tak suka anak aku. Baru ni aku berjaya rakam bukti, suami henyak anak aku sampai lembik

Dulu aku tak bagi suami kerja sebab takut dia terpengaruh dengan kawan – kawan dia. Sekarang dia dah kerja, ada duit, semakin berlagak dan bongkak. Baru ni cuti sekolah agak panjang. Suami mula rimas bila anak aku ada lama di rumah. Dia mula cari salah anak aku..

#Foto sekadar hiasan. Ya Allah, aku dah tak kuat lagi nak teruskan. Bila terlalu banyak dugaan sambung menyambung, hiba hati mengenang nasib diri. Betapa kasihnya Allah pada h4mba-Nya. Moga aku kuat ya sahabat… Nak doa. Terlalu lama dan banyak berdoa sehingga perasaan sekarang ni rasa kelu dan kosong. Tak tahu nak doa apa lagi.

Bila angkat tangan menadah, tak tahu nak doa apa. Ya Allah, kosong… semuanya aku serahkan pada Yang Maha Kuasa. Beban di bahu terlalu berat sehingga tak mampu lagi nak susun langkah. Aku seorang isteri dan mempunyai dua orang anak.

Anak pertama daripada suami yang pertama, perempuan berusia 14 tahun. Anak kedua daripada suami sekarang, berusia 11 bulan dan juga perempuan. Hidup kami macam biasa, macam suami isteri lain juga. Cuma suami kurang boleh terima anak tirinya.

Pantang salah sikit, dia mula marah + marah. Banyak kali aku cuba untuk berpisah, tapi bila dipujuk hati cepat bercantum walaupun kurang sempurna. Melihat air mata kemaafan, hati jadi terima balik dan maafkan. Lepas tu dia buat lagi. Aku sabar. Ya, mungkin dia nak ajar anak tu.

Aku cuba husnuzon sehingga anak tu dah besar panjang, begitu juga lah sikap dia. Suatu petang aku tak tahu dia ada masalah apa di luar, dia balik balik terus marah anak. Semua anak buat tak kena, padahal anak tu dalam rumah dia seorang saja yang buat kerja. Dari menyidai kain, melipat kemas dan menjaga adik.

Suami layan aku baik dari dulu sampailah sekarang. Walaupun dia baran, dia tetap baik. Tapi bila dia layan anak macam ibIis, baik macam mana pun dia, aku takkan mungkin bahagia. Hari – hari aku sedih. Hanya Allah tempat mengadu.

Jahat sangat ke? Tak. Nama pun manusia, ada lebih ada kurang. Suami seorang yang baik. Solat anak dia yang jaga. Cukup waktu dia suruh solat. Aku seronok dan bahagia. Cukup waktu belajar dia suruh belajar, cukup waktu makan dia suruh makan dan begitulah juga dengan aku. Dia layan aku macam anak dia. Kalau salah dia hempuk.

Masa nak belai dia belai. Aku bukan baik pun, jadi siapa lah aku nak suruh orang tu jadi baik sangat sangat. Aku hanya nak dia jadi suami, ayah dan seorang yang boleh dibawa berbincang. Dulu aku s4kit. S4kit teruk sangat, tak tahu s4kit apa. Berkali – kali pergi hospital, tak ada peny4kit. Siapa jaga?

Suami aku lah yang jaga siang malam bertahun – tahun. Keluarga dia juga yang susah payah jaga aku. Arw4h biras yang aku sayang, dia banyak berk0rban duit untuk rawatan aku. Dulu tak ada duit. Ni antara sebab aku bertahan. K3jam dia pun ada, tapi budi dia juga banyak.

Nafkah? Dia sangat culas bab nafkah. Tu aku redha. Salah aku sebab dulu aku yang tak benarkan dia kerja. Aku nak tarbiah diri dia supaya kenal Allah dan balik pada jalan yang betul serta bertaubat. Aku rela bekerja keras demi jaga dia dan alhamdulillah, berkat usaha dan doa ibu bapa kami berdua juga dia jadi manusia.

Dari tak tahu solat dia dah pandai solat. Dari tak kenal Allah dia dah mula mengenal Islam. Dari tak pernah puasa Ramadan, dia dah berjaya puasa penuh. Ni sangat membahagiakan aku. Buat apa hidup dengan suami kaya kalau jahat dan tak tahu solat? Jadi di sini aku rasa beruntung.

Kenapa tak bercerai dari dulu lagi? Sanggup tunggu suami macam tu? Ya. Beberapa kali dah aku larikan diri lepas kena pukuI teruk sampai kadang – kadang seminggu tak boleh makan. Tak mampu berjalan, terbaring lesu saja. Dia ter4jang di perut sampai aku tak mampu nak tegakkan badan. Hari – hari kena, hari – hari dia m4buk.

Kepala ni… kepala ni sehingga saat ni terkesan s4kit sangat akibat hentakan. Dia hentak kepala aku ke dinding. Ada juga dia ketuk dengan tukul. Tiap kali aku lari, aku solat hajat dan berdoa macam biasa. Hati aku tak tenteram. Hati ni rasa bersalah sangat.

Kenapa aku nak lari daripada masalah ni? Mungkin Allah hadirkan dia untuk aku didik dan bantu dia berjalan ke jalan benar. Dia tengah sesat sekarang. Kalau aku biarkan dia sesat, siapa lagi yang nak bentuk dia? Kerana rasa tanggungjawab tu lah aku tekad dalam hati.

Aku tekad akan bantu dia, heret dia keluar daripada kegelapan. Aku doa, doa, doa dan terus berdoa. Tak pernah rasa jemu berdoa dan berusaha. Tiap malam aku bangun solat sunat. Macam – macam solat sunat aku buat sebab bila solat saja lah hati ni dapat bertenang. Rasa dekat sangat dengan Allah.

Aku selalu doa supaya Allah kuatkan hati aku dan sabarkan aku tatkala tubuh ni dit3ndang, dipukuI dan diheret rambut sampai aku tercampak ke dinding. Aku tak mengalah. Aku lagi bersemangat nak berusaha. Hanya mohon bantuan Allah.

Tiap malam aku bangun tahajud. Kalau buka lampu dia akan marah, t3ndang dan macam – macam masa aku tengah solat. Jadi aku tutup lampu. Takut juga, tapi aku abaikan. Rumah lama, banyak tikus, lipas dan macam – macam. Masa tengah sujud lama – lama, tikus berjalan atas badan, lipas hinggap di muka tu perkara biasa. Tak apa, aku tetap yakin Allah dengar rintihan aku.

“Ya Allah, aku h4mba yang lemah. Aku h4mba yang berd0sa. Terlalu banyak d0sa – d0sa h4mba sehingga h4mba diuji seberat ni. Ya Allah, kau sentuhlah hati suamiku dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Belailah hatinya dengan penuh rasa cinta. Ya Allah, ampunilah dia. Aku sangat mengasihinya kerana-Mu ya Allah.

Kau jadikanlah suamiku daripada seorang yang cintakan d4dah kepada seorang yang cintakan-Mu ya Allah. Kau jadikanlah suamiku daripada seorang yang sujud pada kawan – kawan liarnya kepada seorang yang sujud pada-Mu. Kau balikkanlah hati suamiku daripada seorang yang bersikap mazmumah kepada yang bersifat mahmudah.

Allah, kasihilah dia ya Allah. Lembutkan hatinya sebagaimana kau lembutkan besi kepada Nabi Daud. Balikkan hatinya daripada benci pada anakku kepada seorang yang sangat menyayangi anakku seperti seorang ayah menyayangi anaknya. Jadikan aku kelembutan hatinya ya Rahman.”

Ya, Allah mendengar rintihan ni. Allah mendengar dengan penuh rasa kasih. Suamiku berubah 360 darjah sehingga dia sanggup bers4kitan tubuhnya kerana meIawan ket4gihan. Aku bersyukur. Bertahun – tahun juga lah dia berubah. Dia sayang kami semua.

Dia solat, dia tolong buat kerja rumah dan semua lah. Dia sangat baik dan soleh. Merayu nak kerja tapi aku tak bagi. Walaupun dia tak kerja, aku memang besar kepala sebab semua kerja rumah dia buat. Hantar dan ambil anak sekolah, semua lah. Baik kan dia?

Aku masih tak benarkan dia bekerja sebab bila dia kerja aku khuatir dia akan bertemu kawan lama dan kembali ke sejarah lama. Selama hampir 10 tahun dia berubah baik sangat. Aku takkan sia – siakan masa tu. Kini sudah lebih 10 tahun kami bersama dan kami dah ada anak hasil daripada cinta kami.

Allah uji lagi. Disebabkan masa aku yang kerap ulang alik ke wad masa mengandung dan kekangan masa aku dengan anak kecil, dia banyak habiskan masa di luar bersama kawan – kawan. Dia tak kembali ke dunia lama, tapi dia terikut dengan per4ngai kawan – kawan lain.

Sebelum ni hanya aku kawan dia ke hulu ke hilir. Kali ni bukan aku jadi m4ngsa kaki ter4jangnya, tapi anak sulung aku. Bila kami jarang bersama, dia pun semakin jauh. Kesibukan dengan anak menjadikan jurang antara kami. Suami jenis yang kena selalu diberi perhatian supaya dia tak merasa bosan. Tapi Allah rezekikan anak, maka banyak masa tertumpu pada anak.

Anak sulung aku sejak masuk menengah dia tinggal di asrama. Jarang dia ada di rumah. Sekali sekala dia balik, biasa – biasa saja. Adakala jadi riuh, kadang – kadang mereka bergurau dan kadang – kadang berg4duh sebab suami jadi baran. Sikap dia boleh berubah tak tentu masa.

Sejak ada anak kecil ni, aku terhad masa nak ikut ke mana dia pergi. Masa dah terhad untuk kawal dia. Dia mula panjang langkah dan dah mula ada pendapatan sendiri. Dia berniaga dan alhamdulillah, syukur sangat ada rezeki. Dia dah boleh hulur duit pada orang tua.

Tapi bila Allah berikan rezeki banyak, dia jadi makin lupa diri, sombong dan bongkak pula. Dia sangat berkira tentang soal nafkah aku dan anak. Anak aku apatah lagi. Baru – baru ni cuti sekolah agak panjang. Suami mula bosan bila anak sulung ada lama di rumah. Entahlah, kenapa dia benci sangat dengan anak aku.

Dia pukuI anak dengan penuh perasaan hanya sebab dipanggil tak menyahut. Budak tu tak dengar kot sebab dia berada di bilik air. Keluar saja dari bilik air, terus dia k3tuk kepala dengan handphonenya sambil maki hamun. Aku cuba sekat, tapi dengan aku sekali kena. Tak apa, janji anak dilindungi. Tapi kudrat aku sekuat mana berbanding dia?

Kali ni aku berjaya rakam perbuatan dia terhadap anak. Dia ter4jang anak sampai anak tu menangis menggigil, lembik. Banyak lah kesalahan anak yang dia korek. Salah tak seberapa dan banyak yang tak buat pun dia fitnah. Dia memang macam tu.

Lepas peristiwa tu aku mula nekadkan hati. Hati jadi kosong. Tak ada perasaan langsung. Marah, sedih, benci… entah lah. Kosong. Sampai aku nak berdoa pun jadi kelu, tak tahu nak doa apa. Aku hanya sebut, “Ya Allah, aku serah segalanya pada-Mu. Asalkan aku dan anak – anak tak bercerai badan. Apa saja ya Allah, aku redha.”

Hari ni aku ada siapkan sikit dokumen dokumen penting. Mana tahu kan. Soal jodoh ni Allah yang tentukan. Aku sudah mula sediakan payung. Aku… ya mungkin aku akan rujuk hal ni ke mahkamah. Dah melangkah, aku susah nak berpaling lagi.

Aku berharap sangat kalau Allah tentukan kami tak berjodoh, hubungan baik aku dan keluarga dia tetap rapat. Mesti nanti aku akan rindu suasana raya, suasana kenduri dan berkumpul. Sebab aku tak ada keluarga sendiri. Aku menumpang kasih keluarga mertua.

Suamiku… Maafkan saya abang. Bukan tak sayang. Banyak kenangan tercipta antara kita sekeluarga. Abang baik dan insya-Allah abang boleh jadi lebih baik. Abang hanya lalai seketika ni kan. Abang takjub dengan dunia baru yang abang teroka beberapa bulan ni. Abang lupa siapa abang 10 tahun dulu.

Tapi abang, maafkan saya. Saya tak mampu lagi menipu diri sendiri untuk terus dan terus menanti. Saya pun tak tahu langkah seterusnya. Hanya mohon bantuan dan petunjuk daripada Rabbi. Saya tak tahu apa pengakhiran rumah tangga kita.

Saya serah sebulatnya pada Ya Rahman. Biar Allah yang beri jawapan. Istikharahku, pasti ada jalan. Jika tak ada jodoh, kita reda dan jangan bermusuhan. Jika masih ada nafas, kita sama – sama perbaiki. Tapi… gelap hati ni nak teruskan lagi.

#Soalan aku… Adakah video yang aku rakam tu boleh jadi bahan bukti untuk aku tuntut cerai? Dan bagaimana hak penjagaan ke atas anak kecil yang masih menyusu ni? Sahabat di sini boleh bagi aku jalan? Aku tak tahu nak mulakan bagaimana, ke mana dan siapa harus aku rujuk masalah ni.

Aku perlu selamatkan anak – anakku daripada manusia zaIim ni. Aku dah penat berusaha. Dia yang rosakkan sendiri setelah berjaya. Sehingga saat ni telinga ni masih dengar rintihan anak yang direntap tubuhnya dan diIempar ke dinding batu. Disep4k kepalanya dan dipij4k perutnya. Dia halau anakku daripada pij4k rumah kami sedangkan ni rumah orang tuaku. Dia yang menumpang.

“Ya Allah, aku tak tahan ya Allah. Ambillah nyawaku kalau ni boleh bahagiakan dia, ayah tirinya.” Aku menangis rasa bersalah. Tapi aku bersyukur sebab keluarga suami sangat baik dan faham situasi aku. Allah hantar mereka untuk menenangkan aku.

Ya Allah, tunjukkan aku jalan penyelesai. Aku tunduk sujud memohon pertolongan-Mu. Aku peIuk erat anak kecilku ni. Dia seolah – olah faham perbuatan zaIim ayah dia. Riak muka dia sedih sepanjang hari. Allahuakbar… Ni bahagian aku. Kurniakan aku dan anak – anakku rahmat dan nikmat atas ujian ni ya Allah. Berserah sebulatnya aku pada-Mu.

Lupa nak beritahu, sepanjang aku dalam proses mendidik dia beberapa tahun dulu, anak aku tinggalkan dengan orang tua. Bukan kerana aku sayang lelaki sampai tak boleh tinggal, tapi kerana rasa tanggungjawab. Bertanggungjawab mengubah dirinya daripada lembah h1na kepada kehidupan yang sebenar.

Untuk dirinya, keluarganya dan yang paling penting ibu bapanya. Terima kasih admin. Terima kasih sudi baca karangan panjang panjang ni. Maaf ya kalau ayat bertaburan dan tak tersusun sebab masa menulis ni jiwa betul betul kacau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :