Dapat tahu suami dah kahwin lain, aku bagi syarat. Suami tak boleh balik rumah 3 bulan. Aku tukar kunci pintu tak bagi suami masuk

Sepanjang 3 bulan tu, aku tukar mangga pintu rumah sebab aku tak mahu dia masuk masa aku takde. Suami selalu datang pujuk aku, dia suruh anak letak coklat atas katil nak pujuk aku. Sehinggalah aku dapat tahu, madu aku kena k4nser tahap 4..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ni akaun asal aku sebenarnya. Aku pun tak tahu sama ada admin nak hide ataupun tak. Di sini aku nak kongsi kisah hidup aku dalam perjalanan hidup bermadu yang bukan semua orang mampu lalui.

Aku merupakan isteri nombor satu. Suami aku berpoligami sejak bulan Disember 2022 bersama seorang janda yang ada tiga orang anak. Masa mula – mula aku tahu pasal hubungan mereka, memang dunia aku rasa macam runtvh sekelip mata.

Sepanjang tahun 2022, terlalu banyak dugaan dan pengkhianatan yang suami lakukan terhadap aku. Aku mula perasan perubahan pada dia bila dia semakin kerap balik lewat malam dan selalu pegang HP tak lepas daripada tangan. Kalau aku tanya, dia marah dan kata aku over.

Aku cuba pujuk hati sendiri dan anggap mungkin dia sibuk dengan kerja. Tapi naluri seorang isteri ni susah nak menipu. Aku mula nampak dia semakin jauh daripada aku dan anak – anak. Ada malam aku menangis seorang diri dalam bilik air sebab tak nak anak – anak nampak keadaan aku.

Dalam masa yang sama aku cuba jadi isteri yang baik seperti biasa. Aku masak, urus rumah dan layan suami seperti tiada apa – apa berlaku walaupun hati aku dah h4ncur. Sampailah ke satu tahap aku dah tak mampu nak pendam lagi. Aku berdoa pada Allah hampir setiap hari.

Andai aku ni benar – benar tergolong dalam kalangan isteri yang teraniaya, aku minta Allah tunjukkan keadilanNya dengan cara yang Dia kehendaki. Itulah doa yang aku ulang hampir setiap malam selepas solat. Aku menangis, mengadu pada Allah sebab aku dah tak tahu nak mengadu pada siapa lagi.

Aku simpan semuanya sendiri kerana tak mahu keluarga aku turut bersedih. Akhirnya atas izin Allah, mereka tetap selamat bernikah. Hari aku dapat berita tu memang aku rasa kosong. Air mata dah tak keluar sebab mungkin terlalu banyak menangis sebelum ni.

Selepas suami bernikah, aku minta dia tunaikan satu permintaan aku yang terakhir. Aku minta dia jangan jejak kaki ke rumah aku selama 3 bulan. Aku cuma nak ruang untuk diri sendiri dan aku perlukan masa untuk sembuhkan hati aku yang dah terlalu s4kit.

Alasan aku mudah sahaja. Bagi aku tenang dan bagi aku peluang untuk cool down daripada semua yang berlaku. Dalam masa yang sama aku juga mahu dia beri peluang kepada isteri barunya untuk menjaga dia sepenuhnya. Sebelum aku buat keputusan tu, aku ada minta pandangan daripada imam.

Menurut beliau, perkara tu dibolehkan dan dipanggil ruksah iaitu berpisah sementara untuk memberi ruang kepada kedua – dua pihak. Aku pegang nasihat tu dan cuba lakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Cuma ada orang kata keburukan ruksah ni bila suami isteri bersatu semula, hati si isteri kadang – kadang dah kosong dan hilang rasa cinta.

Sepatutnya bila berjauhan, rasa rindu dan kasih sayang semakin bertambah. Tapi setiap orang berbeza dan aku sendiri tak tahu apa yang bakal berlaku pada aku nanti. Suami pada mulanya memang tak setuju dengan permintaan aku tu.

Dia cuba pujuk aku berkali – kali supaya ubah fikiran. Tapi selepas aku bersungguh – sungguh meminta, akhirnya dia akur juga. Sepanjang 3 bulan tu, aku tukar mangga pintu rumah sebab aku tak mahu dia masuk semasa ketiadaan aku.

Aku perlukan ruang yang benar – benar milik aku untuk belajar hidup dengan keadaan baru ni. Bukan sebab benci, tapi sebab aku perlukan masa untuk bernafas. Dalam tempoh tu aku banyak buat solat tahajud dan solat hajat. Aku bangun malam menangis dan berdoa supaya Allah kuatkan hati aku. Aku minta Allah buang rasa marah, d3ndam dan kecewa yang terlalu berat untuk aku tanggung seorang diri.

Aku jalani rutin harian seperti biasa dengan tabah dan kuat. Aku pergi kerja, urus anak – anak dan cuba senyum di depan orang sekeliling. Walaupun hakikatnya setiap malam aku tidur dengan mata yang bengkak sebab menangis.

Alhamdulillah, Allah sentiasa ada bersama aku. Sedikit demi sedikit hati aku mula tenang. Rezeki aku dipermudahkan dan urusan aku juga menjadi lebih lancar daripada sebelumnya. Suami pula beberapa kali datang memujuk aku. Pernah satu hari dia letakkan coklat atas katil semasa aku tiada di rumah.

Dia masuk ke rumah ketika anak – anak ada di rumah untuk tinggalkan barang dan bertanya khabar. Tapi setiap kali dia cuba mendekati aku, aku akan cakap yang aku masih belum bersedia untuk menerima dia semula. Aku tak mahu menerima dia hanya kerana kasihan atau terp4ksa. Aku mahu hati aku benar – benar redha dahulu.

Ada juga waktu aku nampak dia menangis ketika bercakap dengan anak sulung kami. Masa tu buat pertama kali aku nampak wajah seorang lelaki yang menyesal dengan apa yang berlaku. Tapi aku tetap memilih untuk berdiam diri dan terus memberi ruang kepada diri sendiri.

Selepas tiga bulan berpisah sementara, anak sulung aku datang bercakap dengan aku. Sampai sekarang aku masih ingat kata – katanya. Dia cakap, “Ummi, abah dah bernikah. Benda tu dah tak boleh diubah lagi.” Dia sambung lagi, “Apa yang ummi boleh buat sekarang adalah redha dan terima abah seadanya.”

Kata – kata seorang anak yang berumur 11 tahun tu benar – benar menusuk ke hati aku. Aku tak sangka kekuatan untuk aku bangkit datang daripada anak sendiri. Selepas beberapa hari berfikir dan meminta petunjuk daripada Allah, aku rasa aku patut panggil suami pulang semula.

Aku rasa dalam hati aku dah ada sedikit keredhaan yang selama ni aku cari. Mungkin sebab kasih sayang aku terhadap dia sebenarnya tak pernah hilang sepenuhnya. Alhamdulillah, suami sambut keputusan aku dengan sangat gembira.

Dia berjanji akan berubah dan cuba berlaku lebih adil kepada kedua – dua keluarga. Aku tak tahu sejauh mana manusia mampu menepati janji, tapi aku memilih untuk memberi peluang. Namun selepas kami kembali bersama, datang pula dugaan lain yang jauh lebih besar.

Madu aku disahkan menghidap k4nser tahap empat. Berita tu benar – benar meng3jutkan kami semua. Dengan keadaan dia yang s4kit, aku banyak bertimbang rasa terhadap suami. Bila tiba giliran aku tetapi suami perlu membawa madu aku ke hospital, aku izinkan. Aku tahu dalam keadaan tu, kesihatan lebih penting daripada apa sahaja.

Ada masanya ketika giliran aku, madu aku terlalu lemah untuk memasak atau menguruskan dirinya sendiri. Jadi suami terp4ksa balik ke sana untuk membantu menguruskan segala keperluannya. Aku juga izinkan walaupun kadang – kadang hati aku tetap terasa sedih.

Dalam situasi macam ni aku kena banyak bersabar, bertimbang rasa dan bertolak ansur. Aku sedar kalau aku berada di tempat dia, tentu aku juga perlukan seseorang untuk membantu. Sedikit demi sedikit rasa marah dalam hati aku bertukar menjadi rasa kasihan.

Aku jadi lebih memahami apa yang dia lalui selepas melihat sendiri kesan kemoterapi terhadap dirinya. Rambut gugur, badan semakin lemah dan ada hari dia langsung tak mampu bangun daripada katil. Aku pernah melalui pengalaman menjaga arw4h ayah aku yang meninggaI dunia akibat k4nser.

Sebab tu aku faham apa yang dia rasa. Aku tahu betapa peritnya kes4kitan tu dan betapa penatnya keluarga yang menjaga pes4kit k4nser. Pengalaman menjaga ayah dahulu banyak mengajar aku tentang sabar dan ihsan. Di situlah aku sedar bahawa setiap apa yang Allah aturkan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Mungkin dahulu aku melihat dia sebagai orang yang mer4mpas kebahagiaan aku. Tapi hari ni aku melihat dia sebagai seorang wanita yang sedang diuji dengan kes4kitan yang berat. Aku sekarang lebih menyayangi suami dan suami juga semakin menghargai aku.

Dia lebih banyak meluangkan masa berbual dengan aku dan anak – anak. Dia juga lebih terbuka berkongsi apa yang berlaku dalam hidupnya. Kadang – kadang dalam hidup berumahtangga ni, kalau kita nak mengecapi kebahagiaan, kita kena sanggup berk0rban.

Peng0rbanan tu memang meny4kitkan dan bukan semua orang mampu melakukannya. Tapi kadang – kadang di hujung peng0rbanan tu ada kebahagiaan yang kita sendiri tak sangka. Ya, memang bukan mudah dan aku akui perkara tu.

Aku juga manusia biasa yang ada rasa sedih, marah dan kecewa. Cuma aku memilih untuk menyerahkan semuanya kepada Allah kerana hanya Dia yang benar – benar memahami isi hati aku. Ramai orang cakap mereka kagum melihat aku kuat menghadapi hidup bermadu.

Tapi sebenarnya aku bukan kuat sangat pun. Aku cuma cuba bertahan kerana aku percaya setiap ujian yang Allah beri datang bersama kemampuan untuk menghadapinya. Aku selalu berdoa supaya Allah terus meneguhkan hati aku hingga ke akhir hayat.

Aku minta supaya Allah jauhkan aku daripada rasa d3ndam dan kebencian. Aku juga berdoa supaya Allah terus memelihara keluarga kecil kami. Inilah kisah hidup aku sebagai isteri nombor satu sehingga ke saat ni. Apa je yang datang selepas ni, aku akan cuba tempuh dengan redha, sabar dan tenang. Semoga Allah terus menguatkan jodoh kami hingga ke akhir hayat.

Ulasan Pembaca :

Kaseh Kaseh : Alhamdulillah, puan seorang yang berhati mulia. Besar pahala untuk puan. Mungkin juga ketika sang suami niat untuk bernikah lagi satu dahulu memang dia niat nak menjaga janda tu iaitu madu awak, jadi dia tunaikan janjinya. Semoga puan dan suami dalam lindungan Allah. Alhamdulillah dia suami yang bertanggungjawab.

Vie Na : Tahniah puan, wanita yang hebat. Aku sangat kagum dengan puan. Semoga puan sentiasa dalam redha Allah dan memperoleh pahala yang berlipat kali ganda serta dipermudahkan segala urusan puan. Aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :