
Isteri rapat dengan mak aku. Bila aku dah desak, baru mak cakap isteri aku dah lari dengan anak dan tak tahu pergi mana. Isteri sempat minta ampun dekat mak aku. Mak menangis – nangis sambil pukuI aku. 3 hari aku call mesej isteri, tak berbalas. Hari ke-4 ..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua w4rga KRT. Tolong hide profile ya. Sebenarnya Facebook ni aku kongsi dengan isteri. Masalah aku tak tahu nak mula macam mana. Aku dan isteri dah kahwin 12 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki yang sekarang berumur 6 tahun. Aku dan isteri dulunya sangat bahagia.
Sejak kahwin kami terus duduk rumah sendiri dan atur perjalanan rumah tangga kami sendiri. Susah senang kami hadap sama – sama. Tapi lepas dapat anak pada tahun ke-6 perkahwinan, aku rasa sunyi dan terpinggir sebab isteri lebihkan anak.
Semuanya anak, anak dan anak. Rezeki kami dapat anak lambat dan seorang tu je sampai sekarang. Dia layan aku sangat baik, cuma tumpuan utama dia memang pada anak. Jadi aku sibukkan diri dengan kerja. Tapi Allah nak uji aku. Aku tersasar dan tergelincir sebab ikutkan hati.
Aku berkawan dengan yang bukan – bukan dan terikut per4ngai mereka. Masa isteri dalam pantang, aku mula main barang. Tapi dia tak tahu sebab dia berpantang di rumah mak dia. Tak jauh pun dari rumah kami. Selang 10 buah rumah je, dalam 300 meter.
Kadang – kadang aku temankan dia tidur, kadang – kadang aku tak jenguk pun. Habis pantang dia balik ke rumah kami. Masa ni aku dah gelisah sebab dah tak bebas nak ambil barang sebab dia ada dekat rumah. Aku kerja kampung dan angkut sawit dengan lori sendiri.
Pendapatan aku agak tinggi, setakat RM4,000 sebulan aku boleh dapat. Mungkin sebab duit banyak, port pun mudah sebab aku kerja dalam hutan. Jadi aku boleh ambil barang pada bila – bila masa. Masa berlalu dan anak pun dah umur 10 bulan.
Dah boleh berjalan dan memang cerdik budaknya. Satu hari aku kantoi bila isteri jumpa barang dan peralatan aku dalam poket seluar yang aku g4ntung dalam bilik air. Aku lupa nak ambil sebelum pergi kerja. Aku balik dah petang dan cari barang dalam poket dah tak ada. Seluar elok je tak terusik dekat situ.
Tapi aku tengok isteri aku okey je. Layan aku macam biasa, macam tak ada apa – apa berlaku. Aku fikir mungkin aku salah letak kot. Selang dua minggu lepas tu anak aku demam. Isteri aku minta duit RM100 nak bawa pergi klinik. Memang dari dulu kalau bab anak dia bawa pergi klinik swasta.
Aku tak kisah pun sebab aku mampu. Aku bagi je duit tu dan dia keluar pagi – pagi dengan anak. Aku balik kerja petang dia masih belum balik. Aku dah risau dan telefon berpuluh kali tapi tak angkat. Merata aku cari dia. Hospital dan balai polis pun aku pergi.
Mana tahu kot kemaIangan ke apa ke. Tapi tak ada juga. Aku m4ti kutu. Aku telefon lagi tapi tak angkat. Mesej pun tak berbalas. Aku pergi rumah mak aku yang selang tiga buah rumah dari rumah kami. Isteri aku memang rapat dengan mak aku.
Selalu luah masalah dan minta nasihat dekat dia. Bila aku tanya pasal isteri aku, mak dan adik aku semua diam. Bila aku dah desak – desak baru mak aku cakap isteri aku dah lari dengan anak dan tak tahu pergi mana. Pagi sebelum keluar dia datang jumpa mak aku. Dia beritahu semua masalah dan siap minta ampun dan maaf.
Mak aku punya marah dekat aku sampai dia pukuI – pukuI aku. Bersungguh – sungguh dia pukuI aku sambil menangis. Aku rasa bersalah sangat. Anak dan isteri aku dah tak ada dan aku tak tahu pergi mana. Keluarga dia pun tak tahu pasal ni sebab dia memang sorok dan lari diam – diam. Aku tahu aku salah dan dia sedih.
Masa ni aku rasa hidup aku dah tak ada guna. Tiga hari aku tak lalu makan dan minum. Kerja pun aku tak pergi. Aku asyik telefon isteri je sebab aku nak minta maaf. Hari ke-4 baru dia angkat telefon. Lepas cakap panjang lebar dia setuju untuk balik dan bincang.
Aku bawa kereta pergi jemput dia. Aku sujud minta maaf tapi dia diam je. Sampai rumah dah malam dan dia terus tidur dengan anak. Dia tak cakap apa – apa. PukuI 4 pagi dia k3jutkan aku dan minta cerai. Tapi dia tak marah dan tak meng4muk.
Dia cakap elok – elok. Aku tak sanggup sebab aku sayang sangat dekat dia. Aku janji untuk berubah dan dia bagi aku peluang. Sekarang selepas 6 tahun janji aku tu, aku masih lagi tak berubah. Masih macam dulu malah makin teruk. Terbaru aku terjebak dengan game online.
Gaji aku habis dekat situ je. Aku tak bagi isteri aku duit belanja, barang rumah, susu anak dan belanja anak. Malah hutang aku pun aku tak boleh bayar. Dia kerja siang malam dari pukuI 4 pagi hingga 1 petang. Lepas tu buka semula dari pukuI 5 petang hingga 1 pagi. Dia ada w4rung makan sendiri dan pendapatan sekitar RM50 sehari.
Dengan duit yang sikit tu lah dia cukupkan segala keperluan aku, anak dan rumah. Diri dia sendiri pun tak terurus. Dari 6 tahun lalu dia sangat sabar dengan per4ngai b0doh aku. Banyak sangat dia berk0rban. Dia bukan jenis meng4muk atau maki hamun. Memang tak ada.
Orangnya jaga solat sedangkan aku dah lama tak solat. Solat Jumaat pun aku tak pergi. Walaupun aku bentak – bentak dia, dia masih lagi cakap lembut dengan aku. Tapi aku bukan jenis kaki pukuI atau kaki maki. Dalam 6 tahun ni juga banyak kali dia minta cerai dengan cara baik. Tapi aku tak layan.
Dia mengadu dekat pejabat agama dan aku dapat surat panggiIan kaunseling untuk dua sesi. Dua – dua aku tak pergi. Surat tu aku baIing je dekat muka dia. Dia cuma menangis dan tak cakap apa – apa. Syawal ke-4 tahun ni aku dapat surat dari mahkamah syariah.
Dia failkan tuntutan cerai walaupun kami masih duduk serumah tetapi tak bertegur sapa. Surat tu budak pejabat yang bagi dekat aku. Aku baIing semula surat tu dekat budak tu. Tiga sesi semuanya aku tak hadir. Mahkamah putuskan tiada kes. Aku tak sangka sampai ke mahkamah dia bawa kes kami. Memang dia benci aku.
Sungguh – sungguh dia benci. Tapi isteri aku ni, g4duh macam mana pun, makan minum dan keperluan aku semua dia jaga. Cuma tempat tidur je yang dia tak kongsi dengan aku. Walaupun dah sampai ke mahkamah pun kes ni, aku masih lagi tak insaf.
Aku masih abaikan dia dan anak macam dulu – dulu. Aku biarkan dia struggle sorang – sorang. Ke hulu ke hilir s4kit pening sorang – sorang. Dia jaga segala keperluan aku dan anak seorang diri. Aku biarkan dia menangis sorang – sorang dan tidur sorang – sorang.
Aku lebih suka tidur asing sebab aku akan main game sampai subuh. Sampai habis duit. Lepas tu ambil barang pula. Dia tak kisah pun sebab dia balik kerja pun pukuI 1 atau 2 pagi. Anak sepanjang masa dengan dia walaupun masa kerja pun dia bawa sekali. Aku tak ambil peduli.
Aku cuma cari dia bila aku berhajat. Aku tahu dia layan aku sambil menangis tapi aku tak kisah. Aku suami dan aku ego. Aku rasa aku ada kuasa veto dan aku betul – betul abaikan dia. Dia selalu beritahu betapa dia sunyi. Tapi aku tak kisah.
Dia selalu cakap baik-baik dan nasihatkan aku supaya berhenti buat benda sia-sia. Tapi aku tak peduli. Aku bahagia dengan hidup aku. Aku ada kerja, dapat barang dan dapat main game. Itu dah cukup bagi aku. Sampailah sebulan lepas, aku perasan dia macam tak wujud.
Senyap dan terlalu senyap. Dia dah tak nasihatkan aku. Dah tak tegur aku, dah tak bercakap dengan aku dan dah tak senyum. Setiap malam lepas balik kerja aku tengok dia solat lama sangat. Kadang – kadang sampai ke subuh dia solat dan mengaji. Tapi masa mengaji dia macam lepaskan perasaan dia.
Dia mengaji sekuat hati macam lepaskan tekanan yang dia tanggung. Kadang – kadang aku jenguk juga sebab memang lain macam. Aku dengar dia berdoa sambil sujud dan doa dia khusus untuk aku. Tapi hati aku keras. Aku tetap tak hiraukan. Lantak kaulah.
Sampailah tiga minggu lepas, aku marah – marah dia sebab dia tegur sikap aku. Sampai aku binatangkan dia. Selama 12 tahun ni, ni kali pertama aku terlepas cakap macam tu. Walaupun dia cakap lembut dan elok – elok, aku tetap hilang sabar. Dia terus diam. Masa tu tengah malam dia bawa kereta keluar dengan anak.
Selang dua jam dia balik. Dia masih diam tapi aku perasan mata dia bengkak. Seminggu dia tak bercakap walau sepatah perkataan pun dengan aku. Hari ke-8 lepas kejadian tu aku tak balik rumah. Aku tidur dekat bangsal kebun sawit. Esok petang baru aku balik.
Lepas tu aku buat – buat tidur dekat sofa. Dia datang dekat aku dan usap rambut aku selembut – lembutnya. Sikit pun dia tak marah. Langsung tak marah. Dia cuma usap kepala aku je. Lepas tu aku intai dan nampak dia tundukkan kepala rapat ke bahu aku sambil peIuk aku.
Aku biarkan je dan tak bagi apa – apa reaksi. Aku diam dan pura – pura tidur. Tiba – tiba aku rasa air hangat dekat bahu aku. Aku buka mata dan tengok dia. Dia menangis. Sungguh – sungguh menangis. Tapi tak ada bunyi dan tak ada sedu. Cuma bahu dia je turun naik. Masa tu aku rasa bersalah sangat.
Aku usap kepala dia dan usap belakang dia. Tapi dia langsung tak angkat kepala. Air mata dia laju jatuh dekat bahu aku seolah – olah dia lepaskan beban yang sangat berat. Melepaskan masalah yang terlalu besar dalam hidup dia. Masa tu semuanya sunyi sepi. Dia sepatah pun tak cakap dan aku pun tak mampu nak cakap apa – apa.
Makin lama makin laju bahu dia turun naik. Hati aku luluh dan jiwa aku runtuh. Tiba – tiba aku rasa dia terlalu down. Aku betul – betul dah musn4hkan kebahagiaan dia. Aku betul – betul dah abaikan dia. Aku tak tahu apa yang dia fikir masa tu.
Tapi aku sangat rasa bersalah. Aku angkat bahu dia dan aku peIuk dia kuat – kuat. Aku minta maaf dan minta ampun. Aku banyak buat d0sa dekat dia. Peng0rbanan dia tak semua lelaki boleh dapat. Aku b0doh dan aku khilaf. Dia bid4dari aku tapi aku layan dia macam sampah. Aku menyesal. Aku nekad untuk berubah.
Aku nak jaga dia elok – elok. Aku nak bahagiakan dia dan anak aku. Aku nak luang masa dengan mereka. Aku nak ganti semula semua saat yang dah aku sia – siakan. Khilaf aku bukan mudah untuk berubah. Aku perlukan masa dan mental yang kuat.
Lebih – lebih lagi bila cara kerja aku yang terp4ksa bergaul dengan kawan – kawan lama aku. Mereka ambil barang depan aku dan memang betul – betul menguji aku. Aku sampai menggigil tahan diri. Aku tak lalu makan dan munt4h – munt4h. Benda ni tak boleh berhenti secara mendadak. Kena perlahan – lahan.
Korang tolong doakan semoga aku kuat dan istiqamah supaya aku kembali bersih demi anak dan isteri aku. Buat isteri abang, maafkan abang sayang. Enam tahun abang sia – siakan sayang dan abang abaikan sayang. Tapi sayang tetap setia berk0rban dan tak putus doa serta berharap pada abang. Terima kasih sayang. Semoga Allah sediakan syurga buat sayang di akhirat kelak. Buat anak abah sorang, ampunkan abah. Jangan benci abah ya.
Terima kasih sudi kongsi cerita aku ni. Aku harap suami – suami dekat luar sana jangan buat benda b0doh macam aku. Seronok sekejap, tapi mer4na sepanjang hidup.
Ulasan pembaca :
Husnaa Hasan : Kisah ni betul – betul buat aku sebak sampai mengalir air mata. Tolonglah hargai isteri. Semoga dia terus kuat demi isteri dan anak. Jangan sia – siakan mereka lagi. Aku doakan dia kuat untuk terus istiqamah dalam perubahan dia. Aku tahu bukan mudah, tapi berdoalah pada Allah dan bertaubatlah dengan taubat nasuha. InsyaAllah dipermudahkan.
Husnaa Hasan : Kisah ni betul – betul buat aku sebak mengalir air mata. Tolonglah hargai isteri. TT tolonglah kuatkan iman kau demi isteri dan anak. Jangan sia – siakan dorang dah. Aku doakan kau kuat untuk terus istiqamah dalam perubahan kau. Aku tahu tak mudah, tapi doa pada Allah, taubat nasuha. InsyaAllah dipermudahkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.