Suami tak daftarkan lafaz rujuk kami di mahkamah. Dia guna sijil cerai kami untuk kahwin lain. Suami kahwin dengan majlis giIang gemilang. Aku nekad lari dari suami, tukar no handphone tapi semuanya sementara…
#Foto sekadar hiasan. Sekian lama aku menjadi silent reader dekat sini akhirnya aku terp4ksa meluahkan masalah yang aku pikul hampir 3 tahun ini. Ceritanya bermula sekitar Ramadhan 2021 yang lalu apabila suami yang aku sayangi menyatakan bahawa selain aku dia mempunyai orang lain. Masa itu tuhan sahaja yang tahu h4ncur luluh perasaan aku.
Masa itu aku baru sahaja 3-4 bulan mendirikan rumah tangga. Kami bernikah setelah hampir 8 tahun bercinta. Sejak hari itu hidup aku tidak keruan dan hampir setiap hari kami berg4duh hinggakan suami tersasar dan melafazkan talak 1 ke atas aku.
Namun disebabkan sayang kami rujuk semula setelah hampir 2 bulan berpisah tanpa pengetahuan sesiapa termasuk keluarga aku dan suami. Sejak bersama semula aku rasa ada kelainan dan suami berubah menjadi sangat baik.
Tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan memanjatkan kesyukuran. Namun aku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Rupanya dalam masa kami berpisah suami telah bertunang dengan perempuan yang pernah diceritakan kepada aku sebelum ini.
Lagi sekali aku mer0yan namun aku tidak ada bukti apa – apa untuk pert4hankan hak aku. Suami tak daftarkan lafaz rujuk kami di mahkamah syariah, sebaliknya menggunakan surat akuan bercerai sebagai platform untuk bernikah dengan perempuan itu.
Puas aku mendesak tetapi ibarat mencurah air di daun keladi sahaja. Cuma satu sahaja yang dia cakap dia akan selesaikan semuanya bila tiba masa dan saatnya. Aku cuma mampu berdoa supaya dia tidak jadi berkahwin.
Tetapi doa aku tidak dimakbulkan, mereka akhirnya bersatu di dalam satu majlis yang sangat giIang gemilang diraikan oleh kedua – dua beIah pihak. Masa ini aku nekad untuk terus hilang dari hidup dia. Aku berjaya melarikan diri.
Aku tukar nombor telefon supaya dia tidak dapat nak hubungi aku lagi tetapi semua itu hanyalah sementara sahaja. Dia berjaya menjejaki aku, merayu, meratap dan menangis supaya aku kembali kepada dia. Dia berjanji akan menyelesaikan semuanya secepat mungkin dan akhirnya kami sekali lagi ke mahkamah syariah untuk menyelesaikan semuanya tetapi tetap lagi di luar pengetahuan keluarga kecuali kakaknya.
Aku berjaya mendapatkan surat akuan rujuk dan kami kembali bersama di luar pengetahuan perempuan itu. Maaf agak panjang sebab hal ini sudah berlarutan sampai 3 tahun. Ini aku cerita dari awal supaya senang nak semua nak faham.
Yang aku keliru dan jadi b0doh, dia sudah rujuk dengan aku tetapi siap bertunang dan akhirnya berkahwin juga dengan perempuan itu sekitar hujung bulan Mei 2022. Mulanya aku tak tahu dia hendak berkahwin tetapi setelah aku bongkar satu demi satu akhirnya dia mengaku.
Masa itu aku sudah pun rujuk dalam erti kata lain nasi sudah jadi bubur. Jadi di sinilah bermulalah era d3rita dan s3ngsara hidup aku. Pada mulanya kami semua duduk berasingan jadi memang senanglah suami aku hendak sesuaikan dan memainkan peranan penipu dia itu.
Minggu ini balik rumah aku minggu depan balik rumah lagi satu. Tetapi selang beberapa bulan perempuan itu minta tukar duduk sekali dengan suami di utara sana nun sebab mereka sama – sama kerja ala – ala kerajaan. Aku ini kerja swasta jadi aku buat keputusan walau apa pun jadi aku mesti ada pendapatan sendiri walaupun gaji aku tidak banyak macam mereka itu.
Aku fikir kalau apa – apa jadi lepas ini aku tidaklah m4ti tidak makan atau menyusahkan ibu bapa aku pula kan. Oleh kerana menunaikan janji dia kepada aku. Suami aku telah berterus terang dengan perempuan itu bahawa dia adalah isteri yang kedua.
Apalagi tercetuslah per4ng dunia ke sepuluh. Tetapi waktu itu aku sudah tidak rasa apa – apa lagi bagi aku lantaklah apa nak jadi aku kena kuatkan semangat. Suami aku waktu itu memang nampak sayang kepada aku. Walau apa pun jadi, hujung minggu dia tetap akan datang jumpa aku.
Keluarga dia sudah tak nak ambil peduli dah mereka suruh suami aku selesaikan sendiri. Aku pun tak tahu kisah suami aku dan perempuan tu lepas tahu aku dah rujuk semula dengan suami. Memang waktu itu mereka sudah berg4duh besar lah.
Siap nak bercerai lah kononnya tetapi tak pun, akhirnya aku juga makan hati. Suami pula nampaklah perubahannya dari liat nak sembahyang rajinlah sikit. Mungkin dah tak tahan dengan tekanan dan tidak ada tempat nak mengadu lah itu kan.
Terus terang aku cakap dari segi duit memang suami tidak mampu. Selama ini aku hidup dengan duit aku dan dia pun tumpang hidup dengan duit aku juga (b0doh juga aku rasa sebab bagi dia pinjam duit tetapi tak ganti) kadang – kadang adalah dia bagi aku 100 – 200 buat belanja tapi hujung bulan pinjam balik.
Serupa takde je kan. Tapi bukan tu yang aku hendak ceritakan. Nak dijadikan cerita. Perempuan tu pun mengandung dan selang beberapa bulan, aku pula mengandung tapi sebelum aku mengandung ada kisah sedih yang aku nak kongsikan di sini.
Di awal perkahwinan suami cakap dia tidak mahu ada anak lagi sebab nak hidup berdua dahulu kononnya. Dia tetapkan setahun untuk ada anak dengan aku. Masa itu tuhan sahaja yang tahu sedihnya hati aku bila dia cakap macam itu.
Dah aku malas nak berg4duh lagi pun benda – benda macam ini bukan boleh tiba – tiba sahaja kalau nak dapatkan. Jadi aku bersabar tapi yang aku pelik dengan perempuan itu takde pula dia tetapkan setahun ke apa nak ada anak tiba – tiba boleh je. Itu yang aku marah tu.
Disebabkan aku jenis lembut hati aku diamkan sahaja. Kalau aku cakap, dia pula naik mer0yan balik macam aku yang salah. Sekarang aku sudah 8 bulan mengandung hampir setiap pemeriksaan atau apa pun semua aku pergi sendiri.
Bagi aku ini anak aku, biar aku yang uruskan semua tapi bila dah sarat macam ini aku nak juga suami ada. Aku pun dah rasa tak larat sangat dah ni. Tapi bagi dia kalau ada masa ada lah, kalau takde tu, takde lah. Itu pun dia tak boleh faham apa aku rasa.
Aku nyaris kena s4wan b4bi sebab terlalu tertekan. Bagi suami aku, dia jauh jadi kalau ada apa – apa aku kena selesaikan sendiri sebelum dia datang. Boleh ke macam ini? Setiap kali suami datang jumpa aku, perempuan itu mula mer0yan lah.
Padahal dah memang dalam seminggu 5 hari suami aku dengan dia, hanya dua hari je dengan aku. Dah tu hujung minggu pun tak semua hujung minggu suami aku dengan aku. Bila suami aku datang balik jumpa aku dia mula lah kirim pesanan macam – macam.
Dia cakap suami aku asyik menangkan aku. Biar kan dia sorang. Macam siaI je.. Dah macam aku pula yang ambil suami dia. Itu jenis spesis tidak bersyukur. Sepanjang aku berkahwin aku tak merasa lagi hidup sebumbung dengan suami aku macam dia. Boleh duduk sekali, alasannya mereka kerja sama.
Okay baiklah habis aku ini siapa? Siap perempuan itu panggil aku pula PENIPU padalah yang menipu itu siapa? Suami dia juga. Eh lupa nak cakap perempuan itu sudah selamat beranak jadi anak dia sudah 3 – 4 bulan kot sekarang ini. Entahlah aku malas nak ambil tahu meny4kitkan hati sahaja.
Kalau kamu semua nak tahu masuk ini sudah 2 kali aku raya seorang. Tahun lepas suami aku cakap keluarga dia tak tahu kami dah rujuk, tapi tahun ni dia terp4ksa sebab ada bayi. Aku diamkan sahaja. Memang aku menangis tapi takde siapa tahu.
Raya kedua pukuI 4 pagi barulah suami datang lepas itu terus balik kampung aku. Yang sebenarnya ibu bapa aku pun tak tahu aku sudah bermadu. Bukan aku tak mahu bagi tahu tetapi memandangkan kesihatan mereka tak mengizinkan aku terp4ksa berahsia.
Kang tiba – tiba aku bagi tahu, mahu pula bapa aku m4ti terk3jut sebab suami aku ini punyalah baik depan mereka. Semua benda dia buat pendek kata memang tidak nampaklah c4cat cela suami aku ini. Lagi satu, bukan sengaja aku tidak mahu kasi tahu keluarga.
Tapi sebelum ni kan aku pernah dijatuhkan talak. Bila rujuk balik, ibu bapa aku lah orang paling gembira. Ini tambah – tambah pula aku nak dapat bayi lagiIah mereka suka. Entahlah sekarang ini aku rasa lemah sangat. 2 hari lepas aku jatuh tangga mujur lah tidak ada apa sangat.
Aku bagi tahu suami aku. Aku mengadu lah yang aku s4kit tapi dia senyap je, dia kata waktu tu dia dah tertidur sebab dia tak sihat. Aku nak percaya pun buang karen sahaja. Tiba – tiba dia jadi tertekan sebab dia kata dia jauh lepas tu aku pula macam – macam.
Ingat aku ini suka – suka buang diri dekat tangga itu. Boleh dia kata kalau aku nak minta fasakh cakap je, dia kata dia dah tak larat nak layan kerenah aku dengan perempuan tu. Dia kata nak hidup seorang senang. Padahal yang bawa semua masalah ini dialah orangnya.
Dekat sini aku duduk sewa bilik sahaja. S4kit pening aku seorang sahaja lah kadang – kadang adalah adik aku datang. Tetapi mereka dekat sana siap duduk apartmen, ada pengawal bagai. Semua kemudahan ada. Bila aku cakap dengan suami, dia kata itu semua dia kongsi dengan perempuan itu.
Habis tu dengan aku tak boleh pula nak kongsi sewa rumah sebiji yang selesa untuk aku dengan baby nanti. Itu tidak masuk hal – hal lain. Boleh lah pula perempuan tu cakap waktu nak balik jumpa aku, ada je duit tapi duduk sana takde duit pula.
Padahal duit tol dan minyak suami aku balik sini selama ini aku juga yang bagi. Aku rasa aku dah tak tahan tapi aku tidak tahu nak buat apa lagi dah. Takkan aku nak minta fasakh sekarang nak pergi kerja pun aku sudah tidak larat.
Nanti kesian pula anak aku jadi anak yatim walaupun bapaknya masih hidup. Macam – macam berselirat dalam otak aku ini. Itu yang nyaris nak kena s4wan babi itu. Suami pun sudah macam orang tak betul sebab tekanan yang dia cari lah itu kan.
Aku sekarang ini pun memang tahap sudah tidak larat sangat ini. Pergi balik kerja naik KTM. Letihnya tuhan sahaja yang tahu. Tetapi aku bukan nak bersungut sekurang – kurangnya nanti aku ada anak yang boleh buat duka lara aku ini luput sekejap.
Memang sekarang ni, aku hadap sorang diri takde tempat nak luah sebab tu aku luah dekat sini. Pengalaman bercerai 2 bulan itu bukan mudah aku lalui. Perit sangat rasanya. Apa yang aku nak dalam hidup aku buat masa ini ialah perhatian dari suami aku.
Lepas tu keadilan dan hak aku sebagai isteri. Lagi satu paling penting hak kasih sayang untuk bakal anak aku serta keperluan asas hidup yang lain. Kalau dia tak mampu beli rumah untuk aku kongsi lah sewa rumah yang selesa untuk aku dengan anak itu sahaja.
Korang rasa berat ke permintaan aku ni? Susah sangat ke sampai suami aku cakap dia tak mampu sebab aku tak sabar. Perlu ke aku sabar lagi bila dah jadi macam ni? Balik – balik aku yang makan hati. Bila dah bersalin nanti aku fikir siapa pula yang nak jaga anak aku waktu aku kerja.
Nak hantar jauh – jauh aku takde kereta, nak tinggal dekat kampung aku tak sanggup berpisah dengan baby aku. Aku takut dia tak sayangkan aku nanti. Semua sekarang ni jadi serba salah. Aku tertekan. Lagi satu aku malu dengan keluarga aku sebab suami aku buat aku macam ini.
Semua kawan – kawan aku ingat aku gembira dengan suami aku sebab sebelum kahwin 7 – 8 tahun kitorang bercinta. Sejak dari belajar lagi. Entahlah aku tak tahu kenapa tiba – tiba lelaki sebaik dia boleh berubah disebabkan perempuan lain.
Masa susah dia dengan aku. Bila dah senang sikit, dah kerja boleh dia buat aku macam ini. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Buat masa ini ini aku kena tunggu baby lahir dulu. Bila semua dah okay aku akan menyusun langkah satu demi satu.
Yang penting aku kena dapatkan hak anak aku. Sekurang – kurangnya kalau aku bercerai, aku nak nafkah untuk anak aku tiap – tiap bulan melalui p0tongan gaji dia. Melalui bank aku tak nak sebab banyak yang mungkir janji. Entahlah aku rasa aku macam dah giIa pun ada, macam – macam dia buat dekat aku tapi tetap boleh bertahan hingga hari ni. Sebab tu lah hari ini aku ada dekat sini.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.