Aku dan suami PJJ. Aku saja-saja diiet sampai hilang 20kg. Bila suami balik, dia terk3jut, marah tengok aku berubah. Dia tarik aku

Suami aku balik je rumah, dia tengok aku semacam je. Dia panggil aku masuk bilik, dia marah aku tiba – tiba. Dia cakap, kenapa kurus macam ni? Weh menyirap pulak aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Taktaulah nak mula cerita aku ni macam mana. Hope kisah aku ni disiarkan sebab aku nak minta pandangan atau cadangan dari para pembaca sebab aku buntu dan tak nak mengadu kat orang yang kenal aku. Haha.

Nama aku Jelly, dah kahwin 5 tahun dengan lelaki pilihan aku, yang aku sendiri pergi mengorat. Aku mengorat suami aku ni dalam 16 tahun jugaklah start dari sekolah rendah (ye aku miang huhu) sampai masuk sekolah menengah sampai ke universiti dan kerja.

Tapi bukanlah straight 16 tahun mengorat, adalah lost contact etc tapi begitu begini, 16 tahunlah aku minat dan cuba dia sampailah akhirnya dia setuju nak kahwin dengan aku. Haha. Bukan aku p4ksa ea, ni dia rela. Aku tak pernah minat lelaki lain kecuali dia.

Kira dia cinta pertama aku aku. Tapi aku bukan 1st love dia lah, adalah dia 2-3 awek sebelum dia pilih aku. Kira aku ni last choice dia lah setelah tak dapat awek – awek lain. Hahaha. Okay konflik aku sekarang adalah, dulu masa aku try dia, aku ni chubby.

Suami aku ni segak lah jugak, so fahamlah kan betapa susahnya aku nak yakinkan dia untuk sayang wanita chubby ni. Pastu aku ni jenis kaki cemburu. Yelah dia segak kan, so aku insecure la sikit. Dalam masa aku try dia sampai aku dapat dia, memang aku jelah di pihak yang cemburu tuh.

Sampai s4kit d4da tahan cemburu, tapi suami aku rileks je. Paling – paling pun dia akan cakap, kalau dia tak sayang aku, buat apa dia nak kahwin dengan aku. Dia cakap ni bila aku meng4muk kalau aku cemburu staff dia gedik ke apa. Or kawan – kawan perempuan dia ada komen kat FB ke apa ke.

Suami aku cool je bila aku cemburu, sampai ada aku baIing dia dengan teddy bear. Aku pernah cakap dengan dia “Semoga one day, abang rase apa yang saya rasa”. Rasa cemburu tulah maksud aku. Sebab aku geram, dia tak dapat rasa keperitan aku ni sebab mungkin dia secure je dengan aku. Sebab aku chubby, dan aku yang mengorat dia. Huk.

Doa aku makbul. Masa kovit melanda, aku WFH. Masa tu aku selalu tengok video Chloe Ting, yang awek cina suka bersenam tu. Disebabkan masa tu aku terpisah jap dengan suami, suami aku masa tu kat Singapore tak boleh rentas negara kan, so aku pun buatlah workout bagai, saja – saja. Anak – anak pun ikut sama bila aku workout. Haha.

Start dari situ, aku jaga makan sebab masa buat workout tu, aku timbang berat aku turun 5 kg. Aku happylah. So aku startlah jaga makan, bersenam dan buat aktiviti sihat. Tak set goal pon, semua ni sebab saja – saja nak isi masa time kovit.

Bila suami dah boleh balik Malaysia, aku dah turun dalam 20 kg. Aku selalu video call dia, so aku ingat dia taulah yang aku ni dah kurus. Sebab takkanlah tak nampak kan? 20 kg kot. Dia tak pernah cakap apa – apa masa video call.

Aku pun tak kisah sebab bagi aku benda ni di angin lalu je. Bukan aku set goal nak diiet ke apa. Suami aku balik je rumah, dia tengok aku semacam je. Dia panggil aku masuk bilik, dia marah aku tiba – tiba. Dia cakap, kenapa kurus macam ni?

Aku masa tu terpinga kejap. Lah, abang suka saya chubby ke? Dia diam. Sejak tu, sampailah sekarang ni, dah nak 4 tahun ni, suami aku punya cemburu dah tahap Merdeka 118 tu. Aku pergi mana – mana, dia akan video call setiap 10 minit.

Kadang – kadang dengan anak – anak pun dia tak percaya aku. Video call kejap – kejap, nak tengok baju apa aku pakai, muka macam mana, tudung labuh tutup d4da ke tak. Aku dah jadi lemas sebab kita ni nak urus anak lagi, nak urus bapak dia yang cemburu kejap – kejap call.

Kalau aku tak angkat ke apa, dia merajuk berhari – hari. Serius macam budak – budak. Aku kena pujuk dia pulak dah. Ada sekali tu sampai dia menangis ye sebab s4kit hati dengan aku. Punca sebab aku balik rumah mak aku, okey sorry lupa nak mention, suami aku ni kerja Singapore. So kami jumpa 2 minggu sekali on weekends.

Okay sambung, aku balik rumah mak aku. Tetibe phone aku rosak. So aku tak dapat call dia. Malam sikit baru aku call gune phone mak aku, rupanya member dah berasak cari aku mesej call bagai tak dapat. Dia menangis.

Aku minta maaflah aku cakap aku salah sebab tak terus call dia. Aku busy dengan mak aku dan anak -a nak. Dia boleh cakap, awak memang tak sayang abang lah apelah. 2 jam aku pujuk dia. Ya Allah. Aku teringat zaman masa dia tak berper4ngai begini. Haih.

Awal tahun ni, dia cakap dah taknak kerja Singapore lagi. Dia nak kerja sini, sebab nak dekat dengan aku dan anak – anak. Aku okey jelah. Aku lagi suka dia everyday ada kat rumah. Rupanyaaaaa, lagi teruk dia punya cemburu bila dah dekat ni.

Cemburu satu hal, pastu dia macam manja terlebih dengan aku. Aku tengah sibuk memasak, dia sibuk datang pegang tangan aku. Pegang je pastu kalau aku lepas ke apa sebab nak kacau kuah, dia akan cakap, tak sayang abang ke.

Weh menyirap pulak makcik ni. Aku dah heart to heart talk dengan dia, tanya kenapa dia jadi camni, sebab aku kurus ke? Aku boleh je nak chubby balik if itu yang menenangkan dia, dia cakap tanak. Dia suka je aku kurus and cantik just hati dia rasa cemburu dan fikir aku akan cari laki lain ke apa.

Dia cakap, dulu aku mengorat dia, sejak aku dah cantik ni, aku dah takde dah gedik – gedik dengan dia. Aku takleh brain, sebab aku rasa aku tak berubah pape pun. Panjang pulak aku cot cet kat sini, aku just nak minta pendapat, apa yang aku kena buat. Huhu. Aku dah jadi lemas.

Bukan aku tak bersyukur, tapi now aku macam dah tak boleh bernafas. Rasa nak lari dari suami aku sebab aku dah jadi anx1ety tengok dia. – Jelly (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Jiah Kuroneko : Lucu haha. Semoga kalian berdua bahagia ke syurga. Bab pegang tangan tak le lepas tu, boleh buat macam anak sed4ra saya, dia suka pegang tangan orang, gunakan tangan orang tu untuk ambik barang. Jadi kalau nak kacau kuah pegang tangan suami tu, gunakan tangan dia buat kacau kuah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.