Aku dapat boss muda, aku dah agak jenis tak boleh ‘pakai’. Masa aku nak kahwin, aku minta loan dari boss

Pelik dapat boss muda pasangan suami isteri. Hari pertama masuk kerja hanya ada dua orang pekerja. Aku dah tahu boss mesti tak boleh pakai harapkan pekerja. Sekarang dah 5 tahun aku bekerja, tapi aku dah dapat 6 kali kenaikan gaji. Masa PKP hari tu gaji pekerja tak kena tolak, tapi boss aku buat partime runner.. 

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca, aku hari ini nak berkongsi berkenaan majikan aku yang boleh dipanggil majikan dari syurga. Aku bekerja di sini sudah lama, hampir lima tahun. Majikan aku merupakan pasangan muda, malah lebih muda dari aku.

Masa mula – mula aku diterima bekerja, hati aku berbeIah bahagi. Ketika itu syarik4t ini mempunyai dua cawangan dan mereka sedang mencari kerani akaun. Keluarga aku meminta aku berfikir lebih panjang kerana pada hemat mereka, bekerja dengan syarik4t melayu tidak menjamin masa hadapan.

Disebabkan desakan dan kekurangan peluang pekerjaan pada masa itu, aku terima. Sebenarnya niat utama aku hanya untuk bekerja sementara, bila dapat kerja yang sesuai aku resign lah. Hari pertama melangkah masuk, aku ditempatkan bersama Kak Zai yang memegang jawatan sebagai kerani pentadbiran.

Di situ hanya ada kami berdua, bilik bos dan isterinya. Mereka menjalankan perniagaan menjual dan membaiki handphone serta laptop. Aku boleh kata ketika aku bekerja, syarik4t tu baru hendak membangun. Kini mereka juga menjual barangan rumah pintar seperti cctv dan vacuum.

Aku cakap dalam hati, mesti Kak Zai yang buat semua benda sebelum aku masuk. Telahan aku silap, sebelum aku ada isteri bos yang kami panggil Puan Dee yang buat semuanya. Dia lah kerani akaun, HR, pereka grafik dan dia bertugas untuk kerja – kerja pentadbiran.

Suaminya yang kami panggil En Saiful menguruskan stock, marketing dan customer service. Kini, syarik4t tersebut mempunyai lima cawangan di negeri dan daerah yang berlainan. Office aku juga telah diubahsuai menjadi HQ kepada syarik4t tersebut dan staf pentadbiran kini mempunyai 18 orang termasuk aku.

Kini syarik4t mempunyai lebih dari 50 orang staff termasuk mereka di bahagian sales. Sepanjang aku bekerja di sini, tak pernah terlintas walau sekalipun aku nak berhenti kerja walaupun ketika tu syarik4t baru hendak menapak.

Aku ada dapat tawaran yang lain, tapi aku tolak sebab aku sayang sangat dengan syarik4t ni. Gaji aku tak pernah lambat walau sehari. Pasti masuk setiap 1hb atau lebih awal. Sepanjang aku bekerja selama lima tahun ni, dah enam kali aku dapat untuk kenaikan gaji.

Semasa PKP gaji kami diberi tanpa penolakan apa – apa. Cuma aku tau, Puan Dee dan Encik Saiful agak susah ketika tu. Encik Saiful sendiri menambah pendapatan dengan menjadi runner semasa musim PKP. Bonus diberikan pada setiap tahun iaitu pada hari ulangtahun syarik4t.

Cuti, ini yang paling aku suka. Tipu kalau tak ada yang suka bab cuti ni kan? Masa aku baru masuk kerja, cuti yang diberikan ialah cuti tahunan, cuti umum, cuti s4kit dan cuti mingguan. Waktu bekerja aku 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari dan cuti pada hari Sabtu dan Ahad.

Tahun berganti tahun, cuti untuk pekerja sentiasa diperbaiki oleh Puan Dee. Sejak syarik4t dibuka, pekerja di bahagian sales bekerja pada pukuI 10 pagi sehingga 7 petang. Cuti pula seminggu sekali. Sejak tahun lepas, Puan Dee telah menukar cuti mereka iaitu cuti dua hari untuk dua minggu, cuti sehari untuk dua minggu yang berikutnya.

Pekerja bebas memilih hari apa asalkan tidak bertindih dan syarik4t mestilah mempunyai tenaga kerja yang cukup. Untuk public holiday, pekerja bebas memilih untuk cuti, bekerja dengan bayaran double atau menggantikannya pada hari lain.

Sekiranya ramai yang memilih untuk bercuti, kedai akan ditutup. Cuti hari raya Aidilfitri juga diberikan selama lima hari dan Aidiladha selama tiga hari. Hari pertama puasa juga diberikan cuti. Pada bulan puasa, semua waktu bekerja ditukar dari 8 pagi sehingga 4.30 petang. Ini termasuk pekerja di bahagian sales.

Bulan Jun lepas, Puan Dee baru mengumumkan cuti untuk menjaga anak atau ibu bapa yang s4kit. Dalam sebulan syarik4t hanya berikan cuti bergaji selama dua hari, dan selebihnya dibayar separuh gaji. Bukti yang kukuh dan lengkap mestilah ditunjukkan kepada HR dan tidak sewenang – wenangnya diberi kerana tidak adil untuk pekerja yang masih bujang.

Cuti bersalin 90 hari, dan paternity leave 30 hari. Aku dah sekali merasa dan akan merasa lagi tahun depan. Terlalu banyak jasa syarik4t untuk aku, dan ketika aku nak kahwin pun aku loan dengan Encik Saiful. Setiap bulan dia mesti tanya, nak tolak berapa ringgit bulan ni?

Kalau aku dan suami sesak masa tu, dia okey je. Sepanjang aku bekerja di sini, tak pernah aku dengar complaint dari pekerja untuk majikan. Cuma ada sesetengah pekerja yang tak suka dengan Puan Dee. Aku akui Puan Dee agak tegas berbanding Encik Saiful yang lebih relax.

Segala kerja yang melibatkan Puan Dee mestilah lengkap dan details, jika kurang atau tersilap kami akan dihujani pelbagai pertanyaan dan persoalan. Disebabkan meja aku dekat dengan meeting room, aku selalu je dengar perbualan Encik Saiful dengan rakan – rakannya yang bertandang ke pejabat.

Ramai yang mempertikaikan waktu operasi kedai kami. Jawapan Encik Saiful sama, “setakat ni syarik4t tak pernah rugi lagi disebabkan waktu operasi tu. Dan kalau pelanggan memang nak kita, dia akan datang juga tak kira pukuI berapa pun operasi kedai. Pekerja ni umpama tiang untuk syarik4t aku. Aku tak akan berjaya kalau tak ada staff.”

Dia pernah berada di bawah, dan prinsip utama bila dia buka syarik4t ni ialah dia nak ubah segala kesilapan majikannya yang terdahulu. Staff di syarik4t ni jarang bertukar, dan jika ada pun biasanya mereka berhenti dalam keterp4ksaan.

Tiada konflik di antara pekerja kerana peti aduan sentiasa disediakan di hadapan bilik Puan Dee. Andai ada ketidakpuasan hati, tulis sahaja dan masukkan ke dalam peti tersebut. Jika perkara yang berbangkit agak serius, Puan Dee akan memanggil individu yang terlibat untuk berbincang.

Apa yang aku nampak tonggak syarik4t ni ialah Puan Dee. Encik Saiful sendiri akui, modal permulaan juga diberikan oleh Puan Dee. Puan Dee juga yang menghantarnya ke kelas repair dan diam – diam mendaftarkan namanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya secara PJJ.

Mereka juga sangat menyantuni keluarga dan apa yang aku dapat lihat semua adik beradik Encik Saiful mempunyai perniagaan masing – masing memandangkan adik beradik Puan Dee semuanya bekerja dalam bidang profesional.

Encik Saiful akan memberikan mereka modal dan awalnya mereka hanya sebagai pekerja. Setelah mahir, barulah syarik4t diberi kepada mereka dan Encik Saiful akan mengambil beberapa peratus keuntungan syarik4t setiap bulan.

Sesungguhnya aku sayang dua manusia ini yang pada aku mempunyai toleransi yang sangat tinggi terhadap manusia lain. Aku doakan semoga majikan – majikan di luar sana dapat mencontohi majikan aku. Terima kasih kerana memberi kami ‘hidup’ yang setiap insan dambakan.

Aku doakan semoga setiap individu yang sedang struggIe mencari pekerjaan juga diberikan majikan yang baik dan bertimbangrasa. – Yana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Song Beenie : Hi Yana, saya juga bekerja di syarik4t Melayu (SME). Ramai cakap bekerja dengan orang melayu tak menjamin masa depan. Tapi alhamdullilah dah 7 tahun saya bekerja. Susah senang sama – sama dengan mereka.

Gaji pon naik. Cuti pon senang. Sabtu ahad cuti. Lagi best.. Boss pon tak berkira. Seronok. Dulu lepas grad ingatkan nak keje syarik4t besar – besar supaya nampak gah tapi sekarang ni rasa syukur sangat – sangat keje dengan compang mereka. Keje dengan mereka selain gaji best, masa pon banyak untuk family. Keje yang tenang.

Mafazah Binti Mustaffa : Saya pernah kerja dengan boss dari ner4ka haha, tapi saya belajar belajar dan belajar, akhirnya ner4ka bertukar kepada syurga. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih berhubung baik dengan bekas bos – bos.

Dan sekarang saya dalam proses kembangkan bisness sendiri, doakan saya jadi majikan dari syurga yea. Hampir dua tahun dalam bisness, saya dah jumpa pekerja dari ner4ka,kita layan habis baik sampai pijak kepala, pecah amanah tak jujur, bersangka baik dengan ujian dan Alhamdulillah Allah ganti pekerja lagi baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.