Balik je dari kedai makan, aku terus pening, d4da aku sejuk. Aku google tanda2 100 hari sebelum kem4tian

Aku dah rasa tak sedap hati, tangan aku laju je google tanda kem4tian. Ya.. aku dah ada tanda 100 hari sebelum kem4tian iaitu seluruh tubuh aku menggigil, bergetar – getar seolah bergerak sendiri. Aku lari dekat mak, aku cakap aku dah nak m4ti. Mak gosok belakang aku, mak peIuk aku. Mak suruh aku solat taubat…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca. Kali ni aku nak menulis tapi untuk tajuk yang lebih serius. Ok, kalau tengok tajuk tu pun macam dah seram kan.. Sebenarnya, tujuan aku menulis ni sebab aku nak bagitahu kewujudan satu peny4kit ni yang tak ramai orang tahu.

Sebelum aku terangkan dengan lebih pasal peny4kit ni, aku mulakan dengan kisah benar diri aku sendiri dulu. Aku merupakan graduan universiti, baru sahaja menamatkan pengajian aku pada bulan Disember tahun lalu. Masa mula – mula habis belajar tu, itulah waktu yang semua pelajar tunggu – tunggu, perasaan bila dah graduate tu kan.

Gembira yang amat masa tu tak fikir lagi la kan pasal c4baran nak mencari kerja tu, yang tu tolak tepi dulu. Berbalik kepada cerita, aku balik rumah dan memulakan cuti aku dengan hati yang senang. Masa tu adik aku pun cuti semester dan balik rumah jugak.

Jadi, kitorang bercuti la dekat rumah. Suatu hari tu, mak aku ajak makan Seoul Garden sebab dia rasa teringin. Dipendekkan cerita, aku ni memang boleh kata penggemar kopi la. Tapi tak selalu minum, aku minum bila perlu je, paling banyak minum masa study dulu sebab banyak kena stay up, terutamanya waktu – waktu final year ni. Faham – faham je la projek dia banyak camne.

Jadi, masa makan kat Seoul Garden tu, aku minum banyakkk air kopi yang ada susu tu. Nikmat giIer minum, sampai tiga gelas aku pekena, huhuhu. Okay lagi, kemudian masa dalam perjalanan nak balik rumah tu, aku dah mula rasa pening – pening.

Mak aku banyak nak sembang dengan aku, tapi aku iyekan je la, sebab tengah pening kepala. Aku tak bagitahu kat orang lain, huhu. Malam tu, aku tidur dengan adik aku. Boleh pulak dia main pubg, orang nak tidur tak boleh.

Dahla dengan pening kepala ni. Ni malam bermulanya perasaan aku yang tak tentu arah ni. Malam tu memang pening sangat, dari tengah hari lepas aku makan kat Seoul Garden tu, sampai ke malam tak hilang – hilang rasa pening tu. Aku dah mula tak keruan.

Aku tak tahu ntah kenapa, dalam hati aku terlintas, “Eh, kenapa dengan aku ni. Dah nak m4ti ke?” Kemudian, malam tu, aku dah rasa tak sedap hati. Tangan aku laju menaip, tanda – tanda ajaI. Bila aku baca tu, ya Allah!

Dengan serta merta aku terasa tanda – tanda tu macam ada dekat aku. Ada tanda, 100 hari sebelum, 40 hari sebelum, seminggu sebelum, tiga hari sebelum dan sehari sebelum. Masa tu aku dah rasa tanda yang ke 100 hari sebelum, iaitu seluruh tubuh aku menggigil, bergetar – getar seolah bergerak sendiri..

Allahu, hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Malam tu aku banyak sangat fikir, adik aku buat kerja dia je la, main pubg. Aku pun cuba hilangkan perasaan takut tu dan tidur je. Tapi aku tak boleh tidur, tiba – tiba d4da aku mula menyejuk, sejuk macam bubuh minyak angin.

Aku, terus menolak selimut pegang tangan adik aku. Aku cakap, “Mira (bukan nama sebenar), aku takut Mira..” Adik aku tanya, “Kenapa, h4ng takut apa?” dengan muka risaunya. Aku jadi tak keruan, mulut aku membeku. Aku tak boleh nak cakap, sebab aku takut.

Aku takut benda tu jadi betul, aku takut sangat nak cakap. Kemudian tanpa bercakap apa – apa aku cakap kat adik aku suruh buka history google phone aku dan tengok. Rasa tu sem4kin membuak-buak, d4da aku sem4kin sejuk dengan badan aku bergetar – getar.

Aku terus lari pergi kat mak aku, aku cakap, “Mak, kak rasa macam kak nak m4ti dah mak. ” Kemudian, mak aku comfort aku dan bubuh minyak angin kat aku. Malam tu aku tidur dengan mak aku, sambil mak aku peIuk aku..

Keesokan harinya tanda tersebut dah takde dan aku dah ok balik. Aku rasa yang aku jadi pening – pening tu sebab minum kopi. Jadi, lepas – lepas ni aku dah tak boleh minum kopi dah. Adik aku balik rumah dalam dua minggu, dia balik universiti.

Tinggal aku dengan mak aku. Suatu petang, masa tu aku baru lepas makan laksa penang, sambil – sambil duduk depan laptop aku tengah buat list to do. Tiba – tiba mata aku jadi berpinar – pinar, tengok screen laptop aku tak nampak.

D4da aku jadi sejuk macam hari tu, tapi kali ni lain. Sejuk dia dari d4da merebak sampai ke perut dan pusat. Tiba – tiba tangan dan kaki aku pun jadi sejuk giIer dengan pucat. Aku punya jantung jadi berdebar – debar, rasa nak tercabut jantung.

Aku bangun, aku panggil – panggil mak aku. Aku cakap benda yang sama macam aku cakap masa peristiwa pertama tu berlaku. Masa tu aku rasa macam nak pengsan. Aku meluru pergi kat mak aku, aku peIuk mak aku. Kaki aku jadi lembik masa tu, dah macam nak menggelap masa tu.

Serius aku fikir aku betul – betul dah nak kena cabut nyawa masa tu. Mak aku gosok – gosok aku, tenangkan aku.. Tangan aku menggeletar segeletarnya. Lepas tu mak aku call ayah aku suruh balik. Lepas tu, aku ceritakan dekat ayah aku apa yang jadi.

Kemudian ayah aku bagitahu, angin medu la tu. Masa mula – mula tu aku macam tak boleh terima kenyataan, sebab serius rasa macam dah nak kena cabut nyawa. Plus dengan tanda – tanda yang ada pada aku, aku ungkit semua kat ayah aku.

Sampai aku pernah terfikir, “Mak ayah aku menidakkan aku, dorang tak tahu.. Dorang cakap takde apa. Tengok nanti, jangan terk3jut kalau apa yang aku cakap ni betul.” Maksudnya, jangan terk3jut kalau aku tiba – tiba m4ti.

Malam tu memang tak boleh tidur langsung. Rasa seram sejuk berubah – ubah tempat, rasa menggigil, rasa berdenyut – denyut belakang kepala, jantung berdebar – debar yang amat sampai s4kit d4da beIah kiri dan belakang, jadi sesak nafas, nyawa tak lepas, kaki sejuk giIer plus bergetar – getar, rasa tak boleh telan air liur rasa s4kit tekak.

Sejuk d4da mula naik sampai ke tekak aku dah terfikir malam ni nyawa nak mula naik ke atas kerongkong aku ke. Masa tu aku rasa takut yang amat tu, mak aku suruh aku solat sunat taubat. Lagi membuak perasaan aku.

Mulai dari hari tu la, aku banyakkan diri aku baca pasal peny4kit ni. Aku nak tahu lebih pasal peny4kit ni. Mungkin ada orang pernah dengar angin medu ni, tapi kebanyakannya tak tahu. Bahasa scientific peny4kit ni adalah GERD (Gastr0es0phageal RefIux Dis3ase).

Daripada peny4kit ni la, boleh membawa kepada anx1ety. Perasaan takut tak terkawal yang berterusan, rasa seperti nak m4ti, jadi pening kepala, rasa nak pengsan, hilang selera makan dan banyak lagi simptom lain. (Nak tahu lebih boleh google).

Peny4kit ni sebenarnya lebih kurang macam gastric, ada orang cakap gerd dengan gastric tu peny4kit yang sama. Tapi secara faktanya, tak sama. Gerd ni acid dalam perut mula naik ke atas saluran aes0phagus (saluran yang menyambungkan dari mulut kita sampai ke perut) bawa kepada pedih ulu hati.

Bak kata ayah aku, asid naik sampai ke jantung, itu yang jantung jadi berdebar – debar. Punca sebenar gerd ni ada banyak, kebanyakan sebab gaya hidup yang kurang sihat. Contohnya, mer0kok, suka minum minuman bergas, suka minum kopi, 0besity, suka skip makan, suka makan tak ikut masa, daripada jangkitan bacteria H. Pylori (dari makanan yang tak bersih atau dari n4jis, kalau tak basuh tangan betul – betul) dan lain – lain lagi la.

Aku ni termasuk dalam golongan suka makan tak ikut masa, suka skip makan dengan suka minum kopi. Haaa, kalau dah kena memang kena banyak pantang la. Aku memang pesan kat korang pembaca, tolong jaga makan.

Jangan jadi macam aku dan kawan – kawan yang lain yang dah terkena gerd ni. Kalau dah kena dia akan package kena sekali dengan anx1ety. Kalau kita cerita kat orang, orang memang tak akan faham dan tak boleh faham.

Perasaan tu hanya orang yang menghidapi dan Allah je yang tahu. Merana.. Sehari – hari asyik duk terfikir dan rasa nak m4ti je. Memang macam tu. Terutamanya kalau nak solat, bila nak mula je solat, otak kita akan terfikir proses macam mana kita nak m4ti.

Macam mana rasa, dia jadi macam – macam la terfikir. Selain daripada tu, orang yang kena gerd ni dia akan banyak sendawa dan kembung perut je hari – hari. Selain daripada tu, konfem banyak kali kentut dalam sehari tu.

Sebenarnya peny4kit ni tak berb4haya sangat, boleh diubati dengan perubahan gaya pemakanan kita, jaga masa makan. Tapi, jangan main – main sebab kalau kita buat tak endah je, fasa seterusnya adalah UIser perut, pend4rahan dalam perut sebab hakisan dinding perut oleh asid (n4jis akan jadi warna hitam).

Ianya boleh membawa kepada k4nser perut atau yang seangkatan dengannya. Jadi, sangat – sangat penting untuk korang jaga makan. Update tentang diri aku sekarang, alhamdulillah dah beransur pulih. Sekarang dah masuk 2 bulan aku kena gerd ni, dulu aku gastric biasa – biasa je.

Dah 4 tahun aku gastric, puncanya masa aku foundation dulu selalu skip makan sebab nak jimat duit. Masa tu duit tajaan lambat masuk. Aku fikir tak nak menyusahkan mak ayah aku.. Tapiiii, itu adalah tindakan yang sangat tak bijak.

Jangan sayang duit untuk makanan tapi jangan sampai beli makanan yang tak perlu pulak, point dia kat sini… JAGA MAKAN. Prevention is better than curing. Yang paling penting sekarang ni adalah, jaga masa makan, kena makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap.

Harap-harap tulisan saya ni bermanfaat untuk semua orang dan memberi kesed4ran untuk jaga kesihatan diri korang semua. Kalau dah s4kit, susah la.. Nak buat kerja banyak tertangguh, haa gitu. Tapi, secara positifnya kalau kita diberi ujian (s4kit) oleh Allah, mungkin sebab Allah nak dekatkan kita kembali dengan-Nya.

Allah nak kita berdoa minta pertolongan pada Allah, dan nak beri kesed4ran kepada kita yang hidup kat dunia ni sebenarnya sekejap je.. Dunia tempat untuk kita siapkan bekal untuk Akhir4t.. Wasalam. – H4mba Allah

Komen Warganet :

Makcik Kay Poh : Bila gerd dan anx1ety ni datang je mesti saya pengsan. Pernah jadi masa saya mengandung 5 bulan. Pi kenduri open house raya, tempat terlalu sesak dan padat. Tiba – tiba terasa senak perut, berpeluh, kepala pusing, ingat nak buang air masuk toilet kunci terus pengsan.

Husband cari – cari tak jumpa, nasib la tersedar tak lama tu tapi dah basah terjelupuk kat lantai lah.. huhu.. Serius kene kurangkan gula, kaffein, jaga makan dan banyakkan makan sayur berdaun hijau dan ulam ulaman.. inshaaAllah gerd ni kurang menyer4ng..

Irfan Taufik : Thanks for the writing. Setidaknya saya dapat tau saya bukan keseorangan and ada yang lain rasa apa yang saya rasa. Kebelakangan ni saya selalu rasa macam masa saya dah dekat. Banyak overthinking benda.

Nafas panas keluar dri mulut, ha itu la ini la. Cumanya saya masih taktau cara nak handle this stuff. Saya kerap skip makan, and saya tengah cuba. Tapi perasaan takut, and rasa nak m4ti tu seriously kacau daily life saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?