
Aku dapat tahu aku ni anak luar nikah. Awal – awal lagi mak angkat aku dah bagi amaran jangan cari mak kandung aku sebab mak kandung aku memang jijik dah rahsiakan tentang aku dekat suami dia. Tapi aku rindukan seorang mak, aku cari dekat FB..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Terima kasih kalau admin boleh post cerita aku ni. Tolong hide profil Facebook aku. Aku taknak cerita pasal rumah tangga, tapi cerita lain. Aku minta maaf kalau ada yang tak faham cerita aku. Aku A. Umur aku dah 20 lebih. Aku dibesarkan oleh family angkat.
Mak kandung aku budak universiti. Ayah kandung aku pula takde kerja. Sampailah satu hari diorang terlanjur. Lepas mak kandung aku mengandung, dia balik kampung. Cuti satu semester sebab taknak kantoi mengandung. Mak kandung aku tak dibenarkan berkahwin dengan ayah kandung aku sebab dia takde kerja.
Padahal sebenarnya mak kandung aku dah bertunang dengan pegawai polis. Lepas je beranak terus ada family angkat datang setuju nak ambil aku. Mak kandung aku langsung tak susukan aku sebab jijik dengan aku. Lepas family angkat aku bawak balik rumah, mak aku ambil duit ubat terus balik pantang rumah dia.
Family dia sorang pun takde yang ambil tahu pasal aku. Bila umur aku 2 tahun lebih, mak kandung aku kahwin dengan tunang dia yang pegawai polis tu. Masa kenduri kahwin mak aku, family angkat aku tak boleh datang kenduri tu sebab saud4ra mara mak aku dan lelaki tu tak tahu mak aku ada anak sebelum kahwin.
Even suami dia pun tak tahu yang diorang semua tahu mak aku kena r0goI dan dah takde d4ra. Entah sebab apa mak kandung aku dan suami dia tinggal kat luar negara. Aku pula bila pergi mana – mana dengan family angkat mesti ada mulut jahat tanya macam ni kat mak angkat aku, ni ke anak angkat u yang bongsu.
Kuat pula tu sampai lama – lama aku syak. Aku geledah fail ayah angkat aku sebab nak cari bukti aku anak angkat. Dan fail tu aku jumpa. Tiba – tiba terbit rasa benci kat family angkat aku tapi cepat – cepat aku tepis perasaan tu. Aku tanya mak angkat aku.
Mak angkat aku lah yang cerita satu persatu, tapi yang mak angkat aku tahu je lah. Family angkat aku w4rning aku jangan sesekali cari mak kandung aku sebab ni arahan tok dan tokwan kandung aku. Aku angguk je padahal dalam hati aku tetap nak cari.
Aku cuba cari mak kandung aku ikut alamat surat beranak lama aku tapi tak jumpa. Aku cuba cari kat Facebook dan jumpa. Aku tengok semua gambar dia. Gambar anak – anak baru dia. Yang aku tak boleh lupa aku tengok kat status Facebook.
Dia beli beg sekolah kat anak – anak dia harga 200 lebih setiap sorang. Caption dia, Mama takkan biarkan along dan adik – adik tak rasa beg mahal. Mama takkan biarkan anak – anak mama hidup susah. Masa tengok Facebook dia tu aku rasa macam nak maki je.
Aku ni kadang – kadang sampai pergi sekolah pun takde duit. Aku nak periksa buku kamus pun takde duit nak beli. Tapi dia langsung tak ambil tahu sebab aku ni anak luar nikah. Tapi anak – anak baru dia hmmm. Aku mesej dia kat Facebook nak beli tudung.
Dia jawab semua benda yang aku tanya pasal tudung tu. Tapi bila aku bagi detail nak pos terus dia block aku kat Facebook. Baru – baru ni cuti sekolah, aku tengok kat status Facebook anak dia. Diorang ada kat New York. Rasa terkilan, sedih semua ada.
Aku kat sini mak kandung aku tak pernah ambil tahu. Datang jenguk pun tak pernah. Takkan lah sebab aku duduk dengan family angkat terus lupakan aku. Aku bukan nak tuntut harta, cari dia sebab dia kaya hidup mewah. Mak ayah angkat aku dah takde.
Aku betul rindukan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Aku bukan nak ganggu dia, rosakkan keluarga dia. Aku boleh je mesej dia cakap yang aku ni anak dia, tapi aku ingat apa yang mak angkat aku bagitahu. Suami dia tak tahu yang ibu aku ni ada anak lain, anak luar nikah. Aku faham dan aku tak nak hal ni sebabkan keluarga mak aku berantakan. Aku cuma rindu.
Mama kalau lah mama baca dan mama terasa. A rasa mama tahu kan nak cari dekat mana. Dan A nak mama tahu A tak pernah berhenti doa supaya dapat jumpa mama. A tak pernah benci mama walaupun sebesar zarah. A harap Allah jentik sikit hati mama supaya rindukan A dan cari A.
Aku tulis ni bukan nak minta aku kena kecam atau korang kecam mak kandung aku. Cuma aku nak dia baca apa aku luah sebelum dia block aku. Aku selalu nampak dia komen kat page ni. Tu je luahan aku. Assalamualaikum.
Ulasan pembaca :
Rimuru Tempe ST : Jangan melukut di tepi gantang dik. Orang tak sudi, awak jangan terhegeh. Lagipun kenapa awak nak benci family angkat awak. Mereka yang jaga awak di saat mak kandung awak sendiri tak terima awak. Mungkin mereka tak mampu berikan kemewahan dan kasih sayang yang awak inginkan, tapi ingat lah jasa mereka yang beri awak susu saat awak masih bayi sampai awak dah besar panjang.
Sepatutnya awak berbakti pada keluarga angkat awak daripada awak s4kit hati mencari mak kandung yang tak mahukan awak dalam hidup dia. Dan lagi dik, tak perlu lah cemburu dengan adik beradik kandung awak. Itu rezeki mereka. Rezeki awak di tempat lain. Kuatkan diri ya.
Yang penting jangan sia sia kan orang yang sayangkan awak sekarang. Dan jangan buat kesilapan macam mak kandung awak dah buat. Jangan ikut langkah dia. Aku doakan awak kuat dan bahagia dalam hidup ye dik.
Nrsaiyidah Tahir : Cuma nak cakap jangan terlalu nasihat buat apa terhegeh – hegeh dekat mak kandung. Cuma awak tak rasa tuan – tuan rasa. Walaupun jahat macam mana pun mak kandung dia, syurga dia tetap dekat mak kandung dia. At least dia tepis perasaan benci dekat keluarga angkat. Dia cuma nak kenal mak kandung dia. Cuma nak pesan, tak rasa apa orang rasa boleh lah tak payah kuat kondem. Typical Malaysia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.