Bertahun mertua s4kit, akhirnya suami dapat tahu saya yang sihiirkan mertua

Lepas saya duduk kampung. Suami janji akan jemput saya dan anak balik beberapa hari. Tapi saya mula pelik bila suami nak tak nak layan saya. Lepas maghrib tu, saya buka whatsapp. Lepas saya baca, saya nangis sungguh – sungguh dan lari masuk bilik mak…

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Assalamualaikum selamat sejahtera. Nama saya Hana. Saya baru 25 tahun awal tahun haritu. Dan ada anak sorang, Ahmad. Hidup bahagia selama hampir 4 tahun bersama anak dan suami.

Orang kata saya ni taat suami. Pasangan bahagia. Orang hampir tak tahu saya pernah berg4duh dengan suami. Tapi memang pun, saya dan suami jarang g4duh. Kalau g4duh, 5 minit baik semula. Alhamdulillah Allah bagi bahagia.

Saya sepanjang perkahwinan, memang usaha sebaik mungkin untuk jadi isteri mithali. Ikut dan taat pada apa yang suami katakan dan pesan. Rutin harian. Duduk rumah. Jaga anak. Jaga suami. Tak pernah keluar rumah selain bersama suami dan anak.

Kalau kadang – kadang keluarga datang tu ada lah tanpa suami. Tapi boleh dikatakan memang tak keluar kalau suami kerja. Membawang dengan jiran pun tidak. Suami pun tak izin keluar kerana risaukan saya seorang diri kalau melepasi pagar rumah.

Jadi, kedai runcit pun saya tak pernah jejak seorang diri. Sepanjang kahwin. Saya tak kerja. Saya hanya buat bisnes sendiri saja. Dari rumah. Jadi basically memang duduk rumah 24/7. Saya dan suami memang jenis jaga solat 5 waktu.

Kitorang saling nasihat dan tegur. Memang itu perlu dalam perkahwinan kan. Saling nasihat untuk melengkapi. Kira kami tak ada masalah komunikasi. Sebab suami soft spoken. Susah nak tinggi suara. Suami saya baik. Baik sangat dengan isteri dan anak.

Apa yang kami nak, suami akan cuba tunaikan kalau mampu. Takdelah minta banglo. Kebanyakan kalau teringin makan apa – apa memang suami akan usahakan. Nak berjalan, suami bawa. Sepanjang kahwin saya tak pernah simpan apa – apa dekat suami.

Kalau terasa hati pun, tak dend4m. Anggap saja ianya persinggahan saja nak kacau minda sekejap. Kitorang happy. Happy sangat lah. Dia suami yang sempurna pada saya. Kawan – kawan pun kata susah nak dapat suami macam dia.

Rajin tolong kemas rumah. Basuh pinggan. Paling rajin basuh toilet. Saya basuh juga. Tapi kadang – kadang dia tak tahu. Dan saya tak beritahu sebab takde keperluan nak beritahu semua kan. Sebagai isteri, saya usaha yang terbaik untuk jadi isteri yang baik.

Yang menyenangkan hati suami. Yang dengar kata suami. Yang tak pernah menc4rut / mem4ki suami. Saya memang penyabar orangnya kalau siapa yang kenal. Akan marah bila dah tahap maksima. Itu pun marah sambil menggigiI mulut.

Macam – macam kitorang plan laki bini sebenarnya untuk masa depan. Walau hakik4tnya sekarang ni dah akhir zaman. Tak tahu lama mana kan. Tapi still plan itu ini. Pendekkan cerita. 2 minggu sebelum puasa. Saya telah dihantar balik ke kampung mak ayah saya.

Sebenarnya, kitorang memang plan nak balik kampung. Sebab takut raya pkp. Tapi memang betul pkp kan. Haha. Jadi dapat kebenaran rentas negeri. Tapi saya pelik waktu suami sampai rumah, ada 2 surat kebenaran. Saya tanya kenapa ada dua.

Dia jawab “abang hantar sayang saja”. Waktu tu. Saya terkedu. Saya nekad tak nak balik kampung saya. Sebab kami plan nak balik bersama. Tapi husband p4ksa saya balik. Waktu tu, saya baru habis Iipat baju. Tak sempat pun nak susun dalam drawer.

Sambil nangis, sambil packing beg. Taat suami kan, jadi saya ikut. Nak jadikan cerita. Mak suami s4kit dah lama. Buatan orang katanya. Saya tak tahu sejauh mana kesahihan dan tahap s4kit tu. Sebab sepanjang kahwin, saya tak dibenarkan untuk tahu tentang s4kit mertua saya tu.

Tapi sebab suami baik, dia cerita juga lah dekat saya. Sebab dah jadi isteri kan. Waktu saya dan anak dihantar balik kampung, waktu tu juga mertua saya tengah s4kit. Saya support suami saya sepanjang kahwin untuk taat dengan ibu ayahnya.

Memang tak pernah say NO setiap kali suami suruh / pesan itu ini setiap kali jumpa ibunya. Contohnya, balik kampung mertua. Suami akan pesan siap – siap banyak kali “jangan buat muka”, “jangan bagi punggvng waktu bercakap dengan ibu”, “tengok muka ibu senyum waktu bercakap dengan ibu” dan lain – lain.

Saya ikut, saya usaha untuk tak terlepas pandang semua tu. Walau kadang – kadang kita manusia biasa ada juga terasa hati, tapi saya tak dend4m. Let bygones be bygones. Jadi saya tak tahu kot lah ibu mertua ada terasa dengan saya.

Sebab saya dah cuba yang terbaik setiap kali jumpa mertua. Mertua saya baik. Tak pernah tinggi suara. Sangat baik layanan dengan anak menantu. Kira perfect family lah. Tapi diuji dengan s4kit. Sebab tu saya kasihan. Saya usaha tak nak kecilkan hati atau kurang ajar dengan mertua.

Sebab saya sayang mertua saya. Back to story. Lepas saya duduk kampung. Suami janji akan jemput saya dan anak balik beberapa hari. Tapi saya mula pelik bila suami nak tak nak layan saya. Lepas tu suruh saya stay kampung sampai puasa pulak.

Call pun tidak. Selalu akan call sebelum tidur walau busy macam mana pun. Anak nak call pun dia tak angkat. Tapi saya faham waktu tu mungkin dia tengah str3ss sebab ibu mertua s4kit teruk. Tak cukup tidur dan sebagainya.

Tapi, hari demi hari. Layanan m4kin tak bagus. Saya mula rasa tak sedap hati. Last – last… saya tanya apa sebenarnya yang berlaku? Suami reply mesej, “kalau abang tanya, sayang jawab dengan jujur demi Allah. Walau pahit biarkan jujur”

Saya mula fikir apa salah saya? Saya jawab, “ya, apapun sayang akan jawab jujur” kot lah kan, kisah silam saya pakwe lama ke haha. Oh ya, sebelum kahwin saya memang ramai kawan lelaki. Sebab saya main skateboard. Kawan dengan perempuan pun ramai.

Tapi perempuan kan banyak drama. Jadi, bila dah kahwin, saya memang tak ada langsung mesej kawan – kawan lelaki. L0st contact terus. Kalau diorang mesej, saya seen saja. Sebab taat suami. Saya fokus pada suami saja. Ok so,

Lepas maghrib tu, saya buka whatsapp. Lepas saya baca, saya nangis sungguh – sungguh dan lari masuk bilik mak. Mak tengah ngaji waktu tu. saya peIuk mak. Sambil teresak – esak, mak tanya “kenapa?” Suami tanya macam ni dekat saya.

“Betul ke sayang dan mak sih1r abang, ibu dan acik (adik ipar bongsu)?” Saya tak pernah terfikir akhirnya saya yang akan dituduh difitnah menyih1r suami dan mertua. Saya buntu. Saya jem. Str3ss. Tekanan yang amat sangat. Hampir putvs asa.

Tapi melihat wajah anak yang waktu tu baru berumur 1 tahun 9 bulan. Saya kuat. Saya? Saya sih1r suami? Suami yang saya sayang, cinta? Untuk apa??? Saya cuba usaha macam – macam. Perkara pertama saya buat, saya cari ruqyah syarie untuk saya tentukan samada betul ke ada jin yang mengganggu saya.

Yang menyebabkan semua ni jadi. Alhamdulillah, beberapa peruqyah yang saya berubat. Masing – masing kata saya hanya m4ngsa fitnah. 1. Orang yang ada j1n / gangguan / penyih1r, ruqyah tak sampai 5 minit selalunya akan tunjuk kehadiran j1n tu.

2. Sepanjang ruqyah, 1 jam tu saya tenang. Ibarat mendengar bacaan Al Quran biasa. Tiada respon yang pelik seperti ker4sukan atau sebagainya. Sebab saya pun tak buat semua tu kan. Jadi saya tak rasa apa – apa. Saya tak pernah terdetik nak jumpa b0moh, atau belajar menyih1r orang.

Benda syir1k kan? Macam mana keluarga mertua, suami saya terutamanya terus boleh percaya bahawa saya yang menyih1r? Oh iya. Punca nama saya naik sebab j1n tu tiba – tiba sebut nama saya “aku hana”. Jadi autom4tik mak ayah mertua saya call suami dan menyuruhnya pulang ke kampung.

Dan menjauhkan diri daripada saya dan anak sehingga sekarang. Suami saya berubah. Sangat berubah. Bukan suami yang saya kenal sepanjang kahwin. Call anak boleh kira. Tanya khabar saya memang tidak lah. Nafkah, bagi setiap bulan.

Cuma bulan ni saja nafkah saya dia tak beri. Sebab dia kata saya curang. Ada cerita dia yang ni.. Jadi saya tak layak dapat nafkah suami. Lawyer kata saya belum diisytihar nusyuz pun, so saya layak dapat nafkah. Tapi saya tak kisah pun duit dia.

Alhamdulillah, sepanjang diuji ni. Rezeki masuk tanpa henti. Bisnes saya boleh kata berjalan lebih baik daripada sebelum ni. Rezeki anak saya, syukur sangat. Ya lah. Kena tuduh sih1r pun sebab dia kata saya nak harta dia. Sampai rumah pun dia jual tanpa saya tahu.

Barang – barang dalam rumah tak boleh dibawa katanya. Jadi saya dan keluarga minta surat rentas negeri atas alasan pindah rumah dengan 2 kereta ambil baju saya dan anak saja. Dan ada barang sikit yang baru beli saya ambil.

Dijual rumah fully furnished kerana katanya saya dah pagar rumah tu. Hmm. Waktu tu pun dia tak ada. Dia di rumah ibunya, cuti sebulan tanpa gaji. Saya tak tahu kenapa mudahnya suami percaya kata – kata j1n. Sedangkan dia sendiri tahu password phone saya, segalanya dia boleh buka bila – bila masa saja.

Sebab kami saling percaya satu sama lain. Tapi itu lah; ujian kan. Saya yakin ni bahagian saya dan anak di dunia. Saya dah redha. Suami kata tak akan sampai bercerai. Sebab dia suruh saya sabar, tunggu jawapan dari Allah. Tapi, saya tak nampak usaha dia betul – betul nak kami kembali kepada dia.

Hanya menunggu jawapan Allah. Betul ke tu? Dan dia kata tak tahu lama mana, berapa tahun pun. Saya kata “iya, saya boleh tunggu.” Yang penting dia layan saya dan anak macam biasa. Tapi itu lah. Dia tetap begitu. Kadang – kadang dia beritahu ibu dia jadi lagi.

Dan nama saya lagi dan lagi yang jin tu sebut. Saya dah redha. Ujian kan. Sampai lah raya Aidilfitiri hari tu. Ibu mertua berubat lagi. Dan jin tu sebut nama saya lagi. Suami senyap terus beberapa hari. Dia warning saya jangan mesej lagi ibu dan ayahnya.

Saya hanya mesej seperti kebiasaan, setiap tahun hari raya saya akan mesej selamat hari raya dan minta maaf. Cumanya, tahun ni lebih banyak minta maaf sebab saya nak pulihkan hubungan kami. Saya tak nak benda ni berterusan dan kami renggang.

Tapi apakan daya. Bluetick saja yang saya dapat Saya redha. Waktu tu juga. Suami tiba – tiba mesej saya kata nak cerai. Atas alasan dia nak ibunya sihat, happy. Saya tanya kenapa, jawapan sama lah tu saja. Sebab dia kata tak nampak dah jalan lain.

Dia kata ibu hanya ada satu saja. Isteri dan anak boleh cari lain. Saya redha. Saya rela undur diri sebab saya nak ibu mertua saya sihat. Saya nak dia happy dengan anak – anak. Saya betul – betul reda untuk melepaskan suami balik ke keluarganya.

Walaupun hakik4tnya saya taknak, saya masih nak pert4han masjid yang kami bina, sebab anak. Anak saya belum puas rasa kasih sayang seorang ayah. Saya tak sangka anak saya akan berada dalam title br0ken family sedangkan kami laki bini sampai sekarang masih mendapat kasih sayang yang sempurna dari mak dan ayah kami.

MaIangnya, selepas saya rela undur diri. Ibu mertua masih s4kit. Dan masih nama saya yang j1n tu sebut. Saya persoal, kenapa? Apa tujuannya bercerai kalau ibu mertua masih s4kit? Saya sehingga kini reda. Cukup reda. Dan saya bersyukur sangat sebab masih ada mak ayah, adik beradik yang sangat supp0rtive.

Mereka lah yang beri semangat dan sentiasa bersama saya sampai saat ini. Anak juga asbab paling kuat saya sabar dan tenang dalam menghadapi ujian ni. Saya percaya ada yang lebih baik untuk saya dan anak. Sekarang, kami dalam proses perceraian.

Pkp kan, susah sikit. Proses jadi lambat. Tapi kami pun memang dah bukan macam laki bini. Mesej hanya benda penting. Kalau suami saya baca confession ni. Saya nak dia tahu, yang saya, anak boleh kuat dan hidup walau tanpa dia.

Saya akan buat apa saja untuk besarkan anak. Dulu dia janji dia tak akan ceraikan saya walau apa pun. Tapi kali ni ujian kami dia terp4ksa ceraikan saya walau sebenarnya ada banyak cara dan usaha untuk baiki semua ni. Tapi dia tetap pilih untuk tinggalkan saya dan anak.

Saya nak beritahu kalau dia baca ni, saya dah cukup tawar hati dengan apa yang berlaku. Maru4h keluarga saya, dibuat main – main. Kami sekeluarga ingat nak ke rumah mertua, untuk berbincang secara depan depan pun mereka tolak.

Apa lagi yang kami boleh buat? Ini saja lah jalan terakhir. Supaya masing – masing tak s4kit hati. Sehinggakan, nak ceraikan saya pun, dia tak nak datang jumpa saya dan anak. Tak nak datang jumpa mak ayah saya. Mak ayah saya cukup kecewa.

Apa salahnya ambil anak orang elok, pulang pun elok – elok lah. Kalau boleh nak lafaz taIak pun melalui video call. Tak apa, saya usahakan untuk tunaikan hasrat dia. Sebab saya nak semua ni selesai. Doakan semua urusan saya dan anak dimudahkan Allah.

Saya tak nak anak saya membesar dalam keadaan tertekan. Saya tak nak anak saya nampak saya giIa. Cukup dah semua ni. Saya dan anak dah move on. Doakan saya! – Hana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norlaila Mohd Din : Allahu rapuhnya sebuah iman… Dari patuh Allah, jadi patuh j1n sy4itan? Naper le redha, naper terus berpisah? Sepatutnya dapatkan khidmat ahli ilmu gh4ib seperti ustaz perubatan islam. Jangan ikut syarat yang rosak itu..

Mungkin ini pengajaran untuk adik, solat saja tak cukup, ilmu fardhu ain kena sentiasa dicari. Sejujurnya saya pernah menyaksikan cerita yang sangat sama yang berlaku kat best friend saya. Sadisnya suami best friend saya tu ustaz, tapi boleh pulak percaya b0moh yang kata best friend dan anak mereka adalah b4d luck kena dijauhkan, lepas tu tuduh family isteri sih1rkan keluarga suami.

Menangis ibubapa tu, pedihnya hati dituduh. Lepas tu bercerai kerana mimpi arw4h ibu suh cerai. Lepas tu semua barang isteri dibungkus dalam beg sampah diletak sebeIah tong sampah. Sungguh drama yang sukar ketika itu

Tapi kebenaran tetap menang, m4ti lah si b0moh dengan s4kit yang teramat, si suami bagai s4sau, tersedar, tercari cari wife dan anak, maIangnya isteri sudahpun move on, sudah berkahwin baru, sudah berjaya dalam kerjaya.

Terkebil – kebil la si maIang itu. Fikir la dik, ambik iktibar. Atur strategi.. moga ada jalan keluar untuk kalian, umur masih muda..

Puan Manggis Comel : Puan dalam hal ni jangan redho je.. bagi pengajaran kat suami sikit. Tuntuk hak sepencarian termasuk rumah yang dia jual tu. Puan ada hak walaupun suri rumah.. lantik peguam saman fitnah balik pada pihak suami.

Suka – suka je tebar fitnah tanpa bukti sampai tahap macam ni. Saman jugak suami atas pend3raan em0si sebab biarkan puan dengan anak terabai malah mengaibkan keluarga pihak puan. J1n ni memang suka Iaga – Iaga kan manusia dia b4ntai je main sebut.

Nampak sangat beIah suami ni percaya benda kur4fat.. j1n ibIis ni memang suka manusia pecah beIah. Benda dah jadi so puan f1ght tuntut hak sepatutnya. Jangan redho je… lelaki kalau dah kena cucuk hidung dengan mak sendiri yang tak de iman.. jadi lembu jadian juga.

Azizah Hasnahanom Hamid : Banyak kan solat taubat dan istikarah adik.. Mohon Allah bukakan jalan kebenaran. Kadang – kadang bukan sihir tapi kenapa Allah izinkan mertua s4kit, kita tidak tahu apa yang dibuat masa mudanya.

We never know atau mungkin ada yg tidak suka pada rumahtangga adik dengan suami maka nama adik yang j1n petik. Jadi sandarkan pada Allah setiap apa yang berlaku percaya pada hikmah di sebaliknya. Andai suami adik j0doh terbaik untuk adik mohon Allah tunjukkan jalannya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.