
Suami ada lafaz rujuk dan kami rujuk semula. Aku berjanji dengan suami aku akan cuba jadi isteri yang baik dan layan dia seperti raja. Peluang kedua yang aku bagi, suami aku jadi seorang yang panas baran. Mulut dia tak habis memaki hamun aku.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hidekan nama dan Facebook aku. Aku nak minta pendapat dan kata – kata semangat apa yang perlu aku lakukan. Aku dan suami mempunyai masalah rumah tangga sejak 4 bulan yang lalu.
Suami kantoi mempunyai hubungan dengan wanita lain di tempat kerja dan wanita tersebut merupakan janda anak seorang pada usia yang sangat muda. Pada permulaan aku langsung tak syak atau sangka yang suami akan ada wanita lain sebab sepanjang perkenalan kami sehinggalah kami berkahwin, suami tak pernah kantoi atau pernah curang.
Percintaan kami selama 7 tahun dan perkahwinan kami baru berusia 3 tahun. Kami belum dikurniakan zuriat. Aku pernah mengandung dan keguguran pada kehamilan pertama pada awal perkahwinan. Kami berkahwin muda, masa tu aku berusia 24 tahun dan suami 25 tahun.
Suami aku seorang yang sangat baik dengan keluarga adik beradik aku, saud4ra mara aku semua dia boleh masuk. Dia seorang lelaki yang sangat baik. Tapi pada akhir tahun 2024, perkahwinan aku diuji, mungkin atas silap dan kekurangan aku selama bergelar isteri dia.
Suami menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan di tempat kerja, seorang janda. Pada awalnya perkahwinan kami tiada masalah, tapi kami kerap berg4duh sebab suami selalu lebihkan kawan – kawan tempat kerja. Dia selalu nak keluar makan, balik kerja mesti ada sahaja planning dengan kawan – kawan ofis.
Aku tak pernah syak dan sangka suami akan curang belakang aku sehinggalah aku nampak perubahan yang ketara dalam diri dia. Dia tak kisah kalau aku nak pergi rumah family seorang diri dan nak tidur rumah family aku tinggalkan dia dekat rumah.
Yang aku perasan dia kerap dengan handphone dan tak nak tidur sama, lebih selesa tidur dekat ruang tamu dan asyik menghadap handphone sambil tersenyum – senyum. Ada satu masa tu bila kami pergi ke rumah family dia, dia akan duduk dalam bilik.
Aku tengok dia WhatsApp, dia selalu online dan bila aku masuk dia tengah tengok handphone sambil tersenyum – senyum. Bila aku tanya dia akan marah dan cakap dia WhatsApp dekat group, tapi naluri aku rasa sesuatu sangat tak kena.
Malam tu aku tak boleh tidur dan aku cuba sedaya upaya untuk buka handphone suami sebab aku tak tahu password handphone suami. H4ncur luluh hati aku bila aku nampak WhatsApp dia dengan perempuan tu bersayang – sayang dan ber I love you I love you. Allah, sumpah masa tu aku rasakan h4ncur sungguh perkahwinan aku.
Aku k3jut suami dan dia bangun. Dia mengaku memang dia dengan perempuan tu, tapi tak lebih. Dia cakap bila – bila masa sahaja dia boleh buang perempuan tu sebab dia dengan perempuan tu sebab dia bosan asyik nak berg4duh dengan aku setiap hari.
Aku WhatsApp perempuan tu dengan cara yang amat baik. Aku tanya dia kenapa dia hantar WhatsApp dengan suami orang bersayang – sayang sedangkan dia tahu suami aku sudah berkahwin. Perempuan tu cakap dia minta maaf.
Awalnya suami aku selalu bagi dia pick up line dan dia tak sangka hubungan akan sejauh ni. Dia berjanji dan bersumpah dengan aku yang dia akan stop semuanya sebab dia cakap dia bekerja untuk tolong family dan anak dia. Masa tu aku merayu supaya dia tolong stopkan, jangan layan kalau suami aku cari dan dia berjanji dia akan buat.
Tapi sebenarnya dia tak buat langsung. Dia masih WhatsApp suami aku dan masih cuba melayan suami aku dengan baik, sedangkan suami aku dengan aku berkau aku tapi dengan dia suami aku boleh bercakap macam orang bercinta.
Masa tu kudrat aku sebagai seorang isteri dah tak termampu nak buat apa. Aku hanya mampu menangis. Aku merayu dengan suami, stop benda ni, kita boleh ubah semula apa yang jadi, selamatkan perkahwinan aku. Tapi suami ketawa dan dia cakap perasaan yang ada dalam hati dia Allah yang turunkan, dia tak minta perasaan tu hadir.
Suami cakap dia sayang aku dan perempuan tu. Suami suruh bagi dia masa untuk lupakan perempuan tu dan aku masih percaya lagi, mengharapkan ada keajaiban yang berlaku. Tapi Allah masih duga aku bila aku terbaca WhatsApp suami dengan perempuan tu siap cakap nak berkahwin, nak lalui bahagia macam orang lain dan siap mengata pasal aku belakang – belakang.
Hari tu menjadi detik hitam dalam hidup aku. Kami berg4duh besar dan sebab aku dah tak tahan, aku beritahu family aku. Berd0sa ke aku sebab aku beritahu family aku. Suami salahkan aku. Dia cakap aku tak jaga aib dia. Padahal dari mula kantoi aku memang tak libatkan keluarga.
Aku cuba hadap sorang – sorang, tapi masa tu aku memang tak tahan dan aku beritahu family aku. Aku nak berpisah, aku rasa aku cukup kuat nak hidup tanpa dia. Malam tu suami ceraikan aku tanpa belas kasihan. Alasan dia, aku yang meminta – minta.
Hati isteri mana tak h4ncur tengok suami berWhatsApp dengan orang lain macam tu. Aku diceraikan beberapa hari nak raya. Aku kuatkan diri. Family aku ambil aku dan bawa balik ke rumah. Masa tu aku seolah olah manusia yang tak boleh terima apa yang jadi. Tapi bukan suami aku. Suami aku boleh hidup dengan tenang.
Suami cakap dia ceraikan aku bukan sebab perempuan tu. Dia cakap dia ceraikan aku sebab dia nak bahagia dengan family dia dan b0dohnya aku masih percaya. Selepas bercerai aku cuba kuatkan diri tapi aku tak mampu sebab aku terlalu sayangkan suami. Hidup aku hanya untuk suami aku. Bukan mudah aku nak terima.
Tapi yang buat aku kuat bila aku ternampak dan ada orang beritahu suami aku sibuk cari persediaan nak raya. Sedangkan selepas dia ceraikan aku, aku langsung tak ada duit dan tak beli apa – apa baju raya langsung. Tapi selepas beberapa hari kami berpisah, suami sibuk mencari baju raya dengan perempuan tu, beli persediaan raya.
Masa tu hati aku h4ncur dan aku nekad pergi ke mahkamah untuk buka kes. Aku nak move on. Bila aku dah nak move on, suami macam tak boleh terima. Dia tak nak datang sekali dekat mahkamah. Dia WhatsApp aku ajak beraya bersama, tapi hati aku tak cukup nekad masa tu.
Dipendekkan cerita, suami datang memujuk, mencari aku dan layan aku dengan sangat baik. Hati aku mula berlembut sebab dia suami aku, susah senang kami bersama. Suami ada lafaz rujuk dan kami rujuk semula. Aku berjanji dengan suami aku akan cuba jadi isteri yang baik dan layan dia seperti raja.
Bermula kisah perkahwinan kami kali kedua, kami balik semula ke rumah kami selepas kami bercerai. Masa tu sikap suami masih tak berubah. Dia tetap kasar dengan aku, tapi aku masih buka ruang dan peluang dalam hati aku. Aku mengharapkan Allah akan bagi keajaiban untuk suami aku.
Untuk kali kedua ni suami aku jadi seorang yang panas baran. Mulut dia tak habis memaki hamun aku. Setiap hari aku makan hati dengan kata kata suami. Dia langsung tak menghargai aku sebagai isteri. Suami cakap dia dah stop hubungan dia dengan perempuan tu dan aku percaya.
Perempuan tu pun ada WhatsApp aku. Dia cakap dia bersyukur kalau memang aku dengan suami dah rujuk dan dia lega sebab dia tahu punca dia lah kami bercerai. Dia meminta maaf dengan aku dengan apa yang jadi. Lagi sekali aku jadi manusia yang memaafkan dan percaya dengan apa yang perempuan tu cakap.
Aku tak boleh tengok handphone suami. Alasan dia nanti aku akan fikir bukan – bukan dan aku percaya. Mungkin aku akan fikir bukan – bukan, tapi hakikatnya ada sebab kenapa dia tak bagi aku tahu password handphone dia. Memang dia tak settle lagi dengan perempuan tu.
Naluri aku kuat mengatakan yang mereka masih berhubung belakang aku. Sampai satu masa Allah dengar doa aku. Aku boleh buka handphone suami dan aku nampak perempuan tu masukkan gambar suami dekat status WhatsApp dia dan ayat dia ada bersayang – sayang.
Aku buka gallery handphone suami, terlalu banyak gambar perempuan tu dalam handphone suami. H4ncur perasaan aku lagi sekali. Masa tu suami mengaku memang dia masih dengan perempuan tu. Suami terus cakap dengan aku akhir bulan ni kami akan berpisah. H4ncur lagi sekali hati aku. Hebat dugaan Allah turunkan pada aku.
Selepas keadaan reda aku ajak suami berbincang betul ke keputusan dia untuk berpisah kali kedua. Suami cakap ya, akhir bulan ni dia akan berpisah dengan aku sebab dia nak ada apa yang dia tak ada. Tapi hakikatnya aku tahu dia nak berpisah sebab perempuan tu.
Sebelum kantoi kali kedua, hidup aku selalu kena maki dan benda paling s4kit dalam hidup aku, suami pukuI aku. Dia menidakkan apa yang aku tanya. Dia cakap aku fikir bukan – bukan. Dia cakap memang dia dah tak ada apa dengan perempuan tu, tapi beberapa hari selepas tu Allah tunjuk bukti depan mata aku memang mereka masih bersama.
Sepanjang perkenalan dan perkahwinan kami, suami tak pernah pukuI aku, sentuh aku, memaki hamun aku. Tapi untuk kali kedua ni suami boleh pukuI aku sebab suami aku terpengaruh dengan kawan – kawan sampai dia ambil d4dah.
Mungkin dia terlalu str3ss dan salah lepak dengan orang yang salah dan salah pilih kawan. Bila dia ambil benda tu dia jadi manusia yang hilang pertimbangan. Sumpah aku tak kenal suami aku sekarang dan dia dah buat keputusan untuk lepaskan aku buat kali kedua.
Walaupun berat aku tanggung dan terima, tapi aku kena bersedia untuk kali kedua ni untuk teruskan hidup aku. Sejujurnya mungkin ada salah dan silap aku sebagai isteri, mungkin terlalu banyak kekurangan aku. Untuk perempuan tu hanya Allah sahaja yang mampu balas apa yang dia lakukan dalam hidup aku.
Untuk suami aku, aku mengharapkan Allah akan buka hati dia dan beri dia petunjuk. Aku mengharapkan bila aku dah dapat title janda, aku tak akan musnahkan kehidupan wanita lain. Semoga Allah beri aku kekuatan dan ketabahan untuk usia semuda ni dengan ujian hebat ni.
Aku bersyukur sebab Allah masih belum kurniakan aku zuriat dan aku masih bersyukur aku mempunyai kerja yang tetap. Sekarang aku hanya tunggu waktu kami berpisah dan aku akan balik kepada family aku. Doakan aku kuat hadapi dugaan ni. Assalamualaikum.
Ulasan pembaca :
Ummu Sarafilza Zamri : Move on sis. Allah sedang atur kehidupan sis supaya lebih baik dari sebelum ni. Jangan down, jangan str3ss. InsyaAllah ada banyak hikmah di sebalik dugaan ni.
Sidan Megong : Itulah masalahnya sebab bagi awak suami adalah segala – galanya. Cuba awak buat dia macam anak tiri sikit. Lelaki ni kalau dimanjakan berlebihan lemak dia akan naik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.