
Mak tiri tengah duduk mer0kok depan pintu, tak call ambulans, tak lap peluh ayah, tak apa pun. Bila ambulans sampai, dia tak nak ikut. Ayah masuk ICU dua minggu. Kad bank ayah semua isteri baru dia yang pegang. Dalam masa tu, dia sempat beli set bilik tidur baru, peti ais, TV besar, semuanya dengan duit ayah yang koma.
#Foto sekadar hiasan. Bab 1 – Kehilangan Awal. Mak meninggaI masa aku umur lima tahun. Masa tu aku tak faham pun apa makna m4ti. Aku cuma tahu rumah jadi sunyi. Bunyi pinggan kaca berlaga masa mak masak dah tak ada. Bau kari ikan tenggiri yang selalu buat aku lapar pun hilang. Dan peIukan sebelum tidur yang selalu ada setiap malam tiba – tiba lenyap.
Tiga tahun lepas tu, ayah kahwin lagi. Tapi aku tak dijemput pun. Yang pergi cuma abang dan keluarga sebelah ayah. Aku duduk rumah main guli sorang – sorang. Tak tahu pun masa tu ayah tengah lafaz akad, tengah janji nak bahagiakan perempuan lain. Aku rasa macam anak yang wujud tapi tak termasuk dalam kehidupan sebenar. Macam watak tambahan yang tak disebut dalam doa.
Bab 2 – Sepuluh Tahun yang Sunyi. Hidup dengan mak tiri tak pernah ada jerit – jerit, tapi sunyi dia lebih tajam dari suara marah. Dia tak pukuI, tapi pandai buat aku rasa tak diingini. Kerja rumah semua aku buat, mengampai baju, lipat kain, sapu halaman. Tapi makan minum? Kalau ada, ada lah.
Kalau tak ada, aku tidur dengan perut kosong. Puasa bukan sebab Ramadan, tapi sebab tak ada siapa peduli aku lapar. Pernah aku cakap nak duduk kampung sebelah mak. Ayah tak bagi. Katanya aku menyusahkan wan. Dia suruh duduk kampung belah dia, tinggal dengan mak long. Katanya mak long nak jaga.
Tapi belakang aku, mak long cerita pada orang kampung, katanya ayah aku malas, anak sendiri pun tak reti jaga. Malam – malam aku pandang bumbung zink rumah mak long, dengar bunyi hujan jatuh. Dalam gelap tu, aku janji dalam hati, satu hari nanti aku takkan biar orang tentukan di mana aku patut rasa “rumah”.
Bab 3 – Nafas di Asrama. Lepas darjah enam, aku masuk asrama. Baru aku tahu rasanya hidup tanpa pandangan serong. Di sana, tak ada siapa yang panggil aku “anak tiri”. Cuma nama. Cuma aku. Setiap kali cuti, aku balik rumah nenek sebelah mak. Rumah papan tua, tapi hati aku tenang. Bau kopi panas waktu pagi, bunyi ayam berkokok, semua tu bagi aku rasa “hidup”.
Bab 4 – Rahsia Terbongkar. Masa aku di universiti, ayah bercerai dengan mak tiri. Baru aku tahu, anak sulung ayah dengan dia bukan anak ayah pun. Ayah kahwin sebab kesian. Tapi kesian tu dibayar dengan curang, dengan tipu, dengan parut yang tak nampak.
Tak lama lepas tu, ayah nak kahwin lagi. Katanya kawan dia kenalkan. Adik beradik ayah dah jumpa perempuan tu, cakap tak elok orangnya. Tapi ayah tetap kahwin. Sama macam dulu, kami tak dijemput. Mungkin sebab kami ni bukan pelengkap bahagia, cuma penonton.
Bab 5 – Ayah yang Hilang. Ayah duduk rumah kebun dengan isteri baru. Dah tak kerja. Bila aku datang melawat, dia termenung. Pandangan dia kosong, macam ada sesuatu yang ditinggalkan jauh dalam diri. Pernah aku dengar bini baru dia berbincang dengan imam kampung, cakap nak jual tanah kebun ayah. Tanah yang ayah usahakan bertahun, tempat aku pernah tengok dia peluh di bawah matahari.
Bab 6 – Hari Sawan. Beberapa hari lepas tu, mak tiri telefon. “Adik, ayah sawan.” Nada dia datar. Tak panik, tak cemas. Abang aku bergegas ke sana. Dia jumpa mak tiri tengah duduk mer0kok depan pintu, tak call ambulans, tak lap peluh ayah, tak apa pun. Bila ambulans sampai, dia tak nak ikut. Katanya, “Aku takut berjangkit.” Ayah masuk ICU dua minggu. Kad bank ayah semua dia pegang. Dalam masa tu, dia sempat beli set bilik tidur baru, peti ais, TV besar, semuanya dengan duit ayah yang koma.
Bab 7 – Kisah Tiga Hari. Rupanya sebelum ayah sawan, dia tinggalkan ayah tiga hari tanpa makan minum. Ubat d4rah tinggi ayah tak dimakan. Ayah yang dulu kuat, kini cuma jasad kering menunggu belas. Aku cuma mampu dengar cerita tu dari jauh. Ada rasa marah, tapi lebih banyak sedih. Sebab setiap kali aku nak marah, aku teringat, itu tetap ayah yang dulu belikan aku aiskrim masa aku menangis kecil.
Bab 8 – Discharge. Tiga minggu di hospital, alhamdulillah ayah beransur baik. Kami bawa balik. Mak tiri? Tak datang pun. Family belah ayah cadang ceraikan saja. Ayah kena str0k sebelah badan. Mula – mula mereka kata nak jaga, konon sebab pahala.
Tapi bila tahu kebenaran pasal perceraian dan curang, mereka tukar nada. Mereka ‘brainwash’ ayah, kata semua salah dia, kata kahwin tu sia – sia. Ayah yang dah mula boleh jalan sikit, m4kin teruk. Berulang kali ayah sebut, “Ayah nak duduk dengan abang kamu…” Tapi macam ada dinding yang tak nampak, halang dia pergi.
Bab 9 – Empat Tahun Penjagaan. Akhirnya abang jemput ayah duduk rumah dia. Empat tahun abang jaga tanpa upah, tanpa bantuan. Tak ada seorang pun adik beradik ayah datang melawat. Tak ada ucapan, tak ada hulur duit. Kadang – kadang aku terfikir, “Kalau dulu kata suka jaga orang s4kit sebab pahala, kenapa dengan adik beradik sendiri tak datang?” Tapi aku dah letih nak tanya soalan yang aku tahu takkan dijawab.
Bab 10 – Hari Raya yang Paling Pahit. Satu Syawal, tiba – tiba mereka datang rumah abang. Ayah duduk atas kerusi roda di luar, hirup ud4ra pagi. Mereka marah. “Kenapa tak baringkan dia? Kesian ayah.” Lepas tu, mereka sepakat nak bawa ayah balik rumah mereka. Katanya ada katil hospital arw4h atok.
Beberapa hari kemudian, aku dengar cerita, katanya kami adik beradik tak nak jaga ayah. Kononnya kami biar ayah. Bila kami datang ziarah, mereka cakap kami buat rumah dia macam rumah kebajikan. Aku cuma diam. Sebab kalau aku bersuara, mereka akan kata aku kurang ajar. Kadang – kadang dalam hidup, diam tu bukan tanda kalah, cuma cara bertahan.
Bab 11 – Ayah yang M4kin Susut. Mereka jaga ayah dengan bubur saja. Katanya ayah tak selera makan lain. Lama – lama ayah m4kin kurus. Aku tengok gambar dia — baju longgar, tulang pipi menonjol, mata cengkung. Monolog aku masa tu cuma satu: “Dulu aku dah hilang mak. Lepas tu aku hilang ayah walaupun dia masih hidup. Sekarang… aku tengok ayah hilang sekali lagi. Tapi kali ni, aku tak mampu buat apa – apa.”
Bab 12 – Doa yang Aku Tak Pernah Cerita. Ada satu doa yang aku simpan. Doa yang aku takut sebut kuat – kuat. Tapi aku dah tak sanggup. Malam – malam aku menangis. Bukan sebab aku tak sayang ayah, tapi sebab aku sayang sangat. “Ya Allah… kalau umur ayah hanya tinggal untuk rasa s4kit, ambillah dia dalam keadaan baik.” Itu doa yang paling berat pernah aku ucap. Dan paling ikhlas.
Bab 13 – Raya Terakhir. Raya tahun tu, aku rasa gelisah. Macam ada suara halus berbisik: “PergiIah tengok ayah. Ini kali terakhir.” Aku ikut kata hati. Masa aku sampai, ayah duduk di kerusi roda. Dia pandang aku lama. Mata dia tak berkedip. Aku genggam tangan dia — sejuk. Tak ada banyak cakap. Cuma pandangan yang penuh makna. Dan dalam hati aku tahu — ini perpisahan tanpa kata.
Bab 14 – Dua Minggu Kemudian. Dua minggu lepas raya, aku dapat panggiIan. Ayah dah tiada. Aku terdiam. Dunia seolah berhenti sekejap. Dalam hati, ada rasa lega sebab dia tak s4kit lagi. Tapi juga rasa bersalah sebab doa aku termakbul.
Masa ziarah, aku pandang wajah ayah. Tenang. Tenang macam orang yang akhirnya bebas. Bau kapur barus menyengat, tapi dalam hati aku rasa damai. Aku sentuh tangan ayah buat kali terakhir, dan bisik perlahan: “Ayah… rehatlah. Dunia dah tak mampu jaga ayah macam dulu. Biar Allah sambung jagaan tu.” – Lily (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Alina Said : Pengalaman yang pahit, pedih, sengsara, d3rita serta kepayahan yang menjadikan hidup ini keras. Namun ianya membuahkan kehidupan yang kita kecapi dalam emosi berbeza.. Kita akhirnya pasrah dan redha… Allah penentu segalanya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.