Aku dapat gambar persandingan suami selepas setahun dia nikah Siam. Aku forw4rd gambar tu bersama slip mahkamah dekat suami

Tahun lepas aku dapat tahu suami aku kahwin dekat Siam dengan kawan baik dia. Keluarga aku suruh kami bercerai. Suami menangis, meraung taknak bercerai. Tiba – tiba aku dapat gambar suami dan madu aku tengah bersanding, bahagia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan rakan – rakan FB. Sedikit luahan tentang kisah rumahtangga aku. Sama seperti isteri isteri lain diuji dengan suami curang. Malah yang lebih meny4kitkan hati, curang dengan kawan baik dia sendiri.

Selama ni aku percaya mereka hanyalah kawan baik. Tapi aku lupa, mana mungkin lelaki dan perempuan berkawan baik tanpa ada apa – apa perasaan. Setahun yang lalu aku mendapat tahu suami aku yang sangat dipercayai ke Thailand untuk bernikah dengan kawan baiknya sendiri.

Aku cuba memperbaiki diri dari segala segi apabila mendapat tahu hal ini. Tetapi aku tahu semuanya sudah terlewat. Walaupun suami aku berkahwin dua, setiap hari dia akan balik ke rumah seperti biasa agar aku tidak tertekan dengan apa yang telah dia lakukan.

Setahun aku menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan sesiapa pun termasuk ibu dan ayah aku. Segala s4kit dan perit menerima hakik4t dimadukan di awal usia 29 tahun. Selama setahun aku gigih mencuba untuk menerima kehidupan aku yang akan berubah.

Aku tidak jahiI agama, tetapi aku hanya perempuan biasa yang penuh dengan rasa amarah bila mengetahui hakik4t ini. Setelah setahun aku memendam dan menjeruk rasa, akhirnya aku menceritakan hal ini kepada keluarga aku dua hari lepas.

Ibu dan ayah aku terlalu terk3jut menerima hakik4t menantu yang selama ini disanjung dan disayangi membuat onar. Aku sendiri dah taw4r hati dengan suami aku. Aku tak berjaya mengembalikan kegembiraan rumahtangga aku setelah selama setahun aku memendam rasa.

Selama setahun aku menjeruk rasa dan makan hati walaupun suami tetap sayang aku dan anak. Dia sedaya upaya menggembirakan aku dengan balik ke rumah setiap hari seperti biasa tetapi aku rasa kosong dengan setiap tindakan dan kebaikan yang dia lakukan.

Apa jua kebaikan dia, hati aku tidak dapat merasakan keikhlasan itu. Semuanya bagai nak menutup keh4ncuran yang dia dah buat. Keluarga aku men3ntang perbuatan suami yang tak jujur. Mereka minta aku untuk berpisah dan aku sendiri nekad untuk berpisah.

Aku cuba pujuk suami untuk berpisah dengan cara baik. Namun dia terlalu keras untuk mempert4hankan rumahtangga yang tidak ada makna lagi. Aku gagal untuk memujuknya dan akhirnya aku ke mahkamah. Suami terlalu kecewa bila aku mengambil tindakan ke mahkamah.

Akhirnya, aku ambil peguam untuk menyelesaikan kes dengan cara fasakh. Tindakan yang aku buat ini sudah tidak boleh diundurkan. Keluarga aku tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia menangis, meraung, tetapi semuanya sudah terlambat.

Akhirnya perkahwinan yang mencecah umur enam tahun dengan seorang anak lima tahun sampai ke penghujungnya. Aku balik tinggal di kampung selama sebulan dengan ibu bapa. Aku sudah mencuba sedaya upaya untuk mengembalikan kebahagiaan rumah tangga ini selama setahun namun yang aku jumpa hanya jalan buntu.

Aku cuba untuk menggunakan psik0logi terbalik terhadap suami supaya dia dapat melepaskan aku dengan cara baik. Bagi aku, aku tidak akan pisahkan dia dengan anak. Aku sangat berharap dapat berkawan baik dengannya walaupun sudah bercerai.

Sebulan ini aku beri masa untuk dia berfikir untuk melepaskan aku dengan cara yang berhemah. Dia berjanji, sekiranya ada seseorang yang dapat meyakinkan tindakannya untuk menceraikan aku adalah tepat, dia akan reda.

Tindakannya selepas sebulan ini, aku perlu mencari kaunselor atau ustaz yang dapat meyakinkan dia untuk melepaskan aku. Kalau dia masih tidak mahu melepaskan aku, terp4ksalah aku ambil jalan sendiri. Tindakan aku sudah nekad. Tidak boleh berpatah balik lagi. Aku tak sanggup jadi tidak siuman sekiranya aku terus bersamanya.

Pada hujung minggu lepas, aku telah menerima gambar persandingan suami aku dengan madu aku. Akhirnya setelah setahun nikah, mereka bersanding. Yang paling tidak tahan, suami aku siap senyum simpul lagi. Dia sangat terk3jut bila aku kirim semula gambar itu kepadanya.

Aku minta campur tangan keluarga untuk memujuk dia menceraikan aku dengan cara baik. Ibunya menangis – nangis, tetapi aku sudah membuat keputusan aku. Aku failkan penceraian di mahkamah di kampung aku. Bila aku tunjukkan slip ke mahkamah, suami aku menangis merayu, tetapi bagi saya, hati aku sudah taw4r dan kering.

Dia minta tempoh, tetapi tidak bagi aku. Ahad ini aku akan ke mahkamah. Mengikut kata makciknya, dia akan buat apa yang membuatkan aku gembira. Aku sangat berharap agar dia melepaskan aku dengan cara yang baik dan berhemah. Dia masih lagi merayu – rayu saya, tetapi bagi saya, cukup sudah pend3ritaan aku selama ini.

Tabahkah saya? Mungkin aku buat keputusan begini sebab aku masih muda. Masa depan aku masih panjang jika dipanjangkan umur. Aku tidak rasa tergugat walau sedikit pun dengan madu yang umurnya sebaya dengan aku.

Cuma aku takut Ahad ini suami aku berdolak – dalik untuk melepaskan aku walaupun dia berjanji akan membuat apa yang aku gembira. Bagi saya, penceraian ini akan membahagiakan aku.

Komen W4rganet :

Jazaa : TT yang melalui semua ni. TT yang menanggung beban perasaan dan  TT dah cuba sebaik mungkin. Dah hati kata tak boleh terima lagi, nak buat macamana? Pada saya, biq pi lah dia nak meraung ke, nak tergolek ke sebab sebelum dia buat semua tu, ada dia pikir perasaan TT dan anak.. Semoga TT tabah menghadapi hari – hari mendatang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.